#23 : Prompt Wattvampira - Penyihir pontianak

Aku Mark Colin, ketua kumpulan dracula yang paling berkuasa disini. Kami bagaikan mengambil alih dunia dan matlamat kami turun ke bumi hanyalah untuk mendapatkan darah manusia. Segala kejahatan aku mampu lawan dan tangani hingga suatu malam seorang pontianak muncul dalam mimpi menagih simpati.

"Mark... tolong saya..." Aku cuba untuk mendekati si dia namun semakin aku cuba mendekati gadis itu, langkah kakiku semakin berat. Aku terjaga lalu meraup muka dan aku baru menyedari yang badanku berpeluh.

'Siapa gadis pontianak tu? Kenapa dia muncul dalam mimpi ku?'

*****

"Apa?" Mark terkejut dengan berita banyak dracula mati namun yang peliknya tiada punca yang mereka temukan. Sejak itu Mark tidak duduk diam sebab asyik terfikir punca kematian kawan-kawannya.

*****

'Jumpa pun kau!' Bisik hati Zurin.

"Hai." Tegur Zurin lalu Mark mendongak memandang Zurin. Dahi Mark berkerut seperti memikirkan sesuatu.

'Macam pernah nampaklah dia ni.' Ucap Mark didalam hati.

"Hai." Mark menyapa.

"Boleh saya duduk sini?" Mark mengangguk kepala membuatkan Zurin tersenyum lebar. Dengan kecantikkan yang dia miliki, mana mungkin ada lelaki yang menolaknya.

*****

Sejak kehadiran Zurin dalam hidupnya tanpa sedar dia sudah jatuh cinta dengan kejelitaan Zurin. Zurin adalah satu-satunya gadis yang mampu membuatnya jatuh cinta.

"Mark... sebenarnya saya bukan manusia." Mark yang sedang memandang langit terus menoleh memandang Zurin yang duduk disebelahnya.

"Jadi siapa kau sebenarnya?" Zurin diam sebentar sebelum menjawab.

"Pontianak." Lepas itu Zurin meleraikan sanggulnya.

"Kenapa kau datang ke bumi?" Zurin yang sudah sepenuhnya menukarkan dirinya kepada rupa pontianak mengangkat muka memandang langit.

"Selama bertahun-tahun saya tidak mati tapi keturunan saya mati kerana disumpah. Cuma darah golongan terpilih saja yang mampu bangkitkan keturunan saya."

"Jadi, siapa yang jadi golongan terpilih tu?" Zurin diam setelah mendengar soalan yang keluar dari mulut Mark. Zurin melompat dan terus menerkam Mark tanpa sempat Mark mengelak.

"Zurin! Kau nak buat apa ni?" Soal Mark sambil cuba melepaskan dirinya.

"Saya nak darah awak! Awak adalah golongan terpilih yang saya cari selama ni!" Terbuntang mata Mark melihat wajah Zurin dalam rupa pontianak.

"Kau... kau gadis yang muncul dalam mimpi aku! Aku takkan pernah bagi darah aku pada kau!" Jerit Mark.

"Awak taknak bagi? Saya akan bunuh semua keturunan awak!" Mark kaku dan tanpa sedar darahnya sudah diambil oleh Zurin. Mark kaku melihat Zurin melompat meninggalkannya seorang diri disitu.

*****

"Mark! Keturunan pontianak dah bangkit! Kita semua tak mampu nak lawan mereka." Mark menunduk kepala memandang lantai. Ini semua salah dia. Jika dia berkeras tidak mahu memberi darahnya pada Zurin mungkin semua ini tidak akan terjadi. Dia lemah! Sebab cinta dia jadi lemah.

"Kita akan lawan mereka pada malam ni juga. Beritahu juga pada yang lain." Lelaki itu mengangguk kepala sebelum berlalu.

*****

Mark terbaring lemah diatas lantai papan rumahnya. Hampir kesemua keturunan dracula mati ditangan pontianak. Mark terpandang laci meja dihujung bilik. Perlahan-lahan Mark bangun dan membuka laci itu. Sebatang paku kepunyaan moyangnya dipandang.

*****

"Argh!" Zurin menjerit apabila Mark mencucuk paku dibelakang tengkuknya. Mark terkejut melihat Zurin masih berdiri dengan teguh.

"Maafkan aku, Zurin." Dengan itu Mark mengambil keputusan untuk menikam jantung Zurin sebelum dia menikam jantungnya pula.

500 Patah perkataan

Miznyra_
TWG_NESSA

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top