16

"Eunju, kau betul ni nak balik?"

Eunju mengangguk.

"Ala, tak nak ke join? Esok kitorang dah nak pergi," Rowoon cuba memujuk.

Habis waktu sekolah hari itu, mereka bercadang untuk keluar makan di bandar. Memandangkan esok Rowoon, Doyoung dan Wonwoo akan ke sekolah lain selama seminggu untuk pertandingan bola sepak peringkat Seoul. Jadi, mereka memilih untuk meluangkan masa bersama.

"Jom lah, bukan selalu," Sooyoung meraih lengan Eunju dan dipeluk mesra.

Eunju jadi serba salah. Bukan dia tidak mahu, cuma hatinya tidak kuat untuk berhadapan dengan Doyoung.

Setelah apa yang terjadi beberapa hari lepas, dia dan Doyoung seakan menjauh. Doyoung seperti mengelak dari dia. Tiada lagi usikan berbaur ayat-ayat manis dari lelaki itu buatnya.

Waktu rehat pun, lelaki itu banyak berdiam diri sewaktu makan. Dan dari apa yang dia perasan juga, Doyoung dan Wonwoo juga nampak dingin.

"Eunju yaa,"

"Mianhei Sooyoung, Rowoon. Aku memang tak dapat join. Lain kali eh?"

Sooyoung mencebikkan bibirnya.

"Okay lah kalau kau tak nak. Tapi janji, lain kali kau kena ada,"

Eunju mengangguk sambil mengusap bahu Sooyoung.

"Aku pergi dulu,"

Dia melangkah keluar dari kelas kosong itu. Saat berjalan di hadapan kelas Doyoung, lelaki itu baru melangkah keluar dan mereka hampir berlanggar.

Lelaki itu hanya beriak biasa, membuatkan Eunju makin terasa. Kalau dulu, dari jauh Doyoung sudah akan melambai sambil tersenyum lebar dan memanggil namanya.

Tapi sekarang, satu senyuman pun seakan payah buat lelaki itu berikan pada dia. Tidak mahu terus sakit hati, Eunju meneruskan langkahnya laju untuk pergi dari situ.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top