09
"Hujung minggu ni birthday Omma aku. Sebab kau dah jadi kawan baik aku, kau kena datang birthday party dia. Aku nak kenal kan kau pada Omma aku,"
"Serius lah? Kita baru je kenal dalam sebulan macam tu, kau dah anggap aku kawan baik kau?"
Sooyoung mencebikkan bibirnya mendengar soalan dari Eunju itu. Lengan gadis itu yang dipautnya sejak dari lobi sekolah tadi turut dilepaskan.
"Kenapa? Kau tak sudi jadi kawan baik aku ke?" soal Sooyoung.
"Bukan macam tu. Cuma, sebelum ni aku tak ramai kawan, apatah lagi nak ada kawan baik. Jadi aku-,"
"Jangan risau! Aku pun sama macam kau. Ramai yang tak nak kawan dengan aku sebab aku couple dengan Rowoon. Jadi kawan aku cuma Rowoon, Doyoung dan Wonwoo je. Sekarang bila kau datang, aku dah ada kawan perempuan," ujar Sooyoung girang.
Eunju ikut tersenyum. Dia dapat rasakan keikhlasan dalam bicara Sooyoung. Bukan seperti beberapa pelajar di sekolah lamanya yang berkawan dengan dia hanya kerana dia dan Jinhyuk bercinta. Bila perkara sebenar terbongkar, dia ditinggalkan sendirian. Langsung tiada kawan di sekolah.
"Lee Eunju,"
Dua gadis yang baru ingin meneruskan langkah ke kelas itu terhenti bila Doyoung muncul dari arah tangga. Ada Rowoon dan Wonwoo juga di belakangnya.
"Dia muncul dah," Sooyoung menayang riak meluat.
"Ini, untuk kau Eunju,"
Tiga tangkai bunga ros merah kini berada di hadapan Eunju. Sudah pasti ianya disuakan oleh Kim Doyoung yang berhenti di hadapan gadis itu.
"Mana kau dapat ni?" soal Eunju.
"Yang tu tak penting. Yang pentingnya, kau suka atau tak? Kalau tak suka, aku buang,"
Eunju lantas mengambil bunga-bunga itu.
"Aku suka. Terima kasih Kim Doyoung," ujar Eunju membuatkan senyuman terus terlakar di wajah Doyoung.
Sementara itu, di sebuah kediaman sederhana dua tingkat, seorang wanita dalam lingkungan 40an keluar sambil menjinjit bakul untuk ke pasar pagi.
Baru beberapa langkah dia di luar, matanya terpandang sesuatu.
"Ya Tuhan, siapa pula yang potong pokok bunga ros aku ni?"
Bercekak pinggang dia melihat tanaman bunganya yang sepertinya dipotong itu. Kepalanya digeleng perlahan.
"Ni mesti kerja si Doyoung ni. Tunggu lah dia balik nanti. Aku potong telinga dia,"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top