04
Eunju yang sedang berbalas mesej dengan Sooyoung itu terhenti bila bahunya ditepuk seseorang dari sisi. Dia lantas menoleh ke sebelah kirinya.
Dan pipinya automatik dicucuk oleh jari telunjuk seseorang yang sedia berada di sebelah kirinya.
"Hai," Doyoung tersengih.
"Doyoung, kau baru sampai?" soal Eunju.
Sebenarnya dia sedang menunggu Sooyoung di lobi sekolah. Gadis itu meminta dia menunggu kerana mereka sudah berjanji untuk bersarapan bersama di kafe sekolah pagi itu.
"Ya, aku baru sampai. Kau tunggu aku ya?" soal Doyoung.
Eunju ketawa kecil.
"Aku tunggu Sooyoung. Kami nak breakfast sama-sama pagi ni,"
"Oh ya? Kebetulan, aku pun belum breakfast. Aku nak join boleh kan?"
"Boleh. Lagipun Sooyoung kata dia nak kenal kan aku dengan boyfriend dia. Dan boyfriend dia tu, katanya kawan baik kau,"
"Haa, betul lah tu. Rowoon namanya. By the way Eunju, aku rasa muka kau mirip dengan seseorang lah," Doyoung memandang wajah gadis itu tanpa berkelip.
"Serius? Mirip siapa?" soal Eunju ingin tahu.
Pertama kali dia dengan wajahnya ada mirip seseorang.
"Muka kau mirip dengan jodoh aku," senyuman lebar terukir di wajah Doyoung.
"Yaa! Kau jangan kacau kawan aku boleh tak? Tak habis-habis dengan pick up line old school dia tu,"
Sooyoung yang baru muncul menolak Doyoung menjauhi Eunju membuatkan lelaki itu menarik muka tidak puas hati.
"Yaa, biar lah! Eunju suka je, kau yang melebih," ujar Doyoung.
"Sudah lah! Korang berdua ni, nama je sepupu tapi asyik nak bergaduh,"
Rowoon yang turut tiba bersama Sooyoung memeluk erat bahu sahabatnya Doyoung.
"Korang sepupu?" soal Eunju kaget.
"Ya. Dia ni haa, sibuk je nak lahir tahun sama dengan aku," ujar Sooyoung bernada menyampah.
"Eh, elok sikit, aku yang lahir dulu. Maksudnya kau yang sibuk nak ikut aku," Doyoung bersuara tidak puas hati.
"Tak, kau yang tiru aku!"
Eunju sekadar tersenyum melihat keduanya bertikam lidah.
"Diorang memang macam ni," ujar Rowoon.
"Comel," puji Eunju.
"Mula-mula memang comel. Lama-lama mesti kau menyampah,"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top