The Truth Untold

Halilintar berjalan masuk ke dalam kelasnya dengan wajah yang datar seperti biasa. Dia melihat kumpulan kawan-kawannya sedang rancak berbual antara satu sama lain. Mereka yang tersedar akan kehadiran Halilintar terus mengangkat tangan masing-masing dan melambai ke arah Halilintar.

"Hey, bro! Apa khabar? Apa kes semalam? "

Halilintar meletakkan begnya di atas kerusi diselang dengan helaan nafas. Dia cuba mengatur nafasnya terlebih dahulu sebelum mengigit bibirnya.

"Weyh... Korang kenal tak Amato? "

Kawan-kawan Halilintar saling berpandangan antara satu sama lain. Mereka terdiam seketika sebelum Blaze mula membuka suara kembali.

"Kau ni biar betul, weyh? Amato tu kan nama pengerusi bangunan universiti kita ni? Kau lupa ke? "

"Kau hantuk kepala kau dekat mana-mana ke sampai lupa nama pak cik tu? "

Kini Solar pula bertanya. Sungguh mereka merasakan Halilintar pada hari itu cukup aneh. Padahal baru sahaja hari itu mereka berbual tentang pengurus universiti mereka itu. Hari ini Halilintar lupa pula?

"Ahh... Mungkinlah... Sebab sibuk, kan? "

Halilintar menggaru-garu belakang kepalanya yang tidak gatal. Malu pula rasanya pergi tanya soalan tadi. Kalau boleh undur masa, dah lama Halilintar nak buat sebab tak nak malu seperti sekarang.

"Memang ya pun kenapa dengan dia? "

Ais mula membuka suara pula. Tidak pernah Halilintar tiba-tiba bertanya akan sesuatu perkara. Melainkan jika ia penting atau ada sesuatu yang sedang Halilintar lakukan. Jadi Ais sudah mengesyaki sesuatu kepada kawannya yang seorang itu.

Halilintar terdiam seketika. Memikirkan bahawa patutkah dia memberitahu hal ini kepada kawan-kawannya? Jika beritahu, mungkin sekurang-kurangnya dia akan mendapat bantuan. Mungkin?

"Macam ni... Eerr... Semalam aku ada berbual dengan Gempa. Pasal keluarga dia lah. Awalnya dia tak nak cerita pasal tu tapi... Hari ni pagi tadi tiba-tiba dia beritahu nama ayah dia. Dan namanya ialah Amato. Jadi... Aku rasa pengerusi universiti kita ni... Mungkin ada kaitan dengan Gempa, kot? "

Halilintar memandang wajah sahabatnya satu per satu. Memohon agar mereka faham apa yang ingin disampaikan olehnya tadi.

"Kau nak cakap yang Si Amato tu ayah Gempa? Kau yakin? "

"Aku pun tak pasti. Tapi... Belum cuba belum tahu, kan? "

Yang lain mengangguk setuju. Kini mereka berenam diam buat seketika sebelum Blaze menghentak meja dengan kuat sehingga membuatkan Solar terpeluk Ais.

"Apa kata pergi tanya dia nak? Amacam? "

Ais melepaskan dirinya dari pelukan Solar dan mula berfikir. Walaupun dia agak malas tetapi jika hal ini berhubung kait dengan Halilintar rasanya dia boleh membantu. Hanya Halilintar sahaja yang Ais kalau boleh akan tolong. Kerana dia tahu, jika dia tolong yang lain, lainlah jadinya.

"Baiklah, kalau macam tu. Kita pergi jumpa dia lepas kelas. Korang ada kelas tak lepasni? "

Yang lain menggelengkan kepala masing-masing sebagai jawapan. Kini mereka sudah nekad. Mereka akan berjumpa insan bernama Amato itu.

°•°•°

"Nak jumpa Tuan Amato? "

Kerani pejabat memandang pelik ke arah 6 pelajar yang berada di hadapan mejanya. Masing-masing mempamerkan wajah yang berharap. Walaupun kerani itu akui bahawa mereka berenam sangatlah hensem dan bergaya, tetapi dia terpaksa berkeras hati.

"Uuhh... Saya rasa lebih baik salah seorang dari kamu sahaja yang masuk berjumpa dengan beliau. Sebab saya takut jika terlalu ramai Tuan Amato akan marah. "

Yang lain terpaksa mengeluh kesal. Tetapi mereka harus akur. Mereka juga tidak mahu memanjangkan hal ini.

"Takpe. Aku pergi jumpa dia. Korang semua tunggu dekat sini. "

"Ok. "

Halilintar pun berjalan menuju ke arah pintu bilik pejabat milik Amato. Sebelum masuk, dia mengetuk pintu bilik tersebut dan memulas tombol pintu lalu melangkah masuk. Sebaik sahaja pintu ditutup, yang lain pun duduk di kerusi yang sudah disediakan untuk tetamu dan mula membuat hal masing-masing sambil menunggu.

°•°•°

"Ya? Ada apa? "

Amato memandang ke arah salah seorang pelajarnya. Dia ingat-ingat lupa akan wajah pelajarnya yang seorang itu. Nak buat macam mana? Ramai kot pelajar yang ada di universitinya. Pasti tidak hairan jika dia tidak cam muka mereka. Tambahan pula jika jenis yang tidak terlalu menonjol.

"Eerr... Encik. Saya ada nak tanya sesuatu. "

"Ya? Silakan? "

"Tentang keluarga encik. Maksud saya... Tentang... Anak encik. "

"..."

Amato terdiam melihat wajah Halilintar. Fikirannya tiba-tiba menjadi kosong. Jantungnya mula berdegup kencang. Di dalam hatinya mula tertanya, adakah pelajarnya ini tahu sesuatu tentangnya?

°•°•°

"Betul ke... Gempa tu nama anak tuan? "

Amato masih kekal mendiamkan diri saat ditanya oleh Halilintar. Dia seolah-olah hilang apa yang ingin diperkatakan olehnya kepada pemuda itu.

Dan secara tidak sedar, air matanya mula mengalir turun dari pipi. Amato mula menangis mengingat kembali akan satu-satunya anak lelakinya yang telah hilang 20 tahun yang lalu.

"Tuan, tuan ok? "

Halilintar bertanya dengan nada yang risau. Tiba-tiba melihat Amato menangis membuatkan dirinya rasa serba salah pula kerana bertanya sebegitu tadi.

"Ah.. Ya. Saya ok. Duduklah. "

Halilintar akur dengan arahan atau lebih kepada pelawaan dari Amato. Dia mengambil tempat di hadapan Amato lalu duduk di atas kerusi yang berhadapan dengan lelaki separuh usia tersebut. Keadaan sekeliling mereka mula berasa redup dan dingin.

Amato mengalihkan semua barang dan perkakasnya di atas meja dan menggengam erat kedua belah tangannya di atas meja untuk menenangkan dirinya dari panik. Air matanya sudah dikesat dan berhenti dari mengalir. Amato cuba menenangkan dirinya. Sungguh dia tidak sangka bahawa kejadian yang melukakan hatinya dahulu kini disebut kembali. Lebih-lebih lagi dari salah seorang pelajarnya.

"Ya... Gempa ialah anak saya. Dia telah hilang semenjak 20 tahun yang lalu. "

Halilintar menganggukkan kepalanya. Benarlah apa yang disangkakannya. Lelaki separuh usia yang berada di hadapannya ini ialah ayah kandung Gempa.

"Sebenarnya... Anak tuan bukannya hilang."

Amato berkerut keningnya apabila mendengar apa yang diperkatakan oleh Halilintar. Dia diam sebagai tanda untuk lelaki itu meneruskan ucapannya.

"Sebenarnya... Dia sudah meninggal 20 tahun yang lalu. "

Bagai hendak luluh rasanya hati Amato apabila mendengar apa yang diperkatakan oleh Halilintar. Dia mahu memberontak dan marah kepada Halilintar kerana ingin menyangkalkan apa yang diperkatakan olehnya tetapi dia harus rasional. Dia harus tahu kenapa Halilintar berkata demikian.

"Kamu... Ada bukti tentang kematian anak saya? "

Halilintar menghela nafas seketika. Dia tidak berani untuk menceritakan perkara yang sebenar kepada Amato tetapi jika dia mereka cerita, dia khuatir jika Amato tidak akan mempercayainya. Sebolehnya, dia ingin lelaki separuh usia di hadapannya itu dapat menangkap apa yang bakal diperkatakan olehnya selepas ini.

"Uhh... Macam mana saya hendak cakap, ya? Saya kini saya sedang menyewanya. Dan...saya adalah ternampak beberapa barang yang mungkin kepunyaan tuan di sana. Jadi...saya datang untuk memastikannya."

Amato segera menganggukkan kepalanya sebagai jawapan. Rumah yang menjadi kenangan terakhir antara dirinya dan keluarganya. Terutama anak lelakinya, Gempa.

"Rumah itu katanya sudah terbakar. Saya tak tahu kenapa dan bagaimana ia terbakar tetapi penduduk di situ mengatakan bahawa rumah itu memang sudah tidak dapat diselamatkan. Tuan rumah itu menelefon saya pada malam kejadian itu dan menyatakan keadaan rumah itu. Saya dan isteri saya yang sedang bercuti sudah tentu terkejut. Perkara pertama yang kami risaukan ialah anak kami, Gempa. Bila kami bertanya tentang anak kami, tuan rumah katakan bahawa Gempa tidak kelihatan di rumah tersebut. Dia sangkakan mungkin Gempa sudah melarikan diri. Kami akur sahaja dengan apa yang diceritakan oleh tuan rumah tersebut. Berharap agar selepas sahaja cuti nanti kami dapat mencari anak kami. "

Amato menarik nafasnya bagi mengatur degupan jantungnya. Memori saat-saat kejadian malam itu cukup memberikan kesan yang teruk kepada dirinya dan isterinya. Mereka tidak dapat menggambarkan suasana keadaan rumah yang sudah rentung dan hangus itu. Tiada apa yang dapat diselamatkan.

"Sebaik sahaja kami pulang. Perkara pertama yang kami lakukan ialah mencari Gempa. Sepanjang 3 bulan kami mencari Gempa dari rumah kawan-kawannya sehingga rumah saudara mara. Tetapi mereka mengatakan bahawa Gempa tidak ada bersama mereka. Kami juga turut mencari di kawasan perumahan itu juga. Berharap agar mungkin Gempa tumpang tinggal di sekitar kawasan kejiranan, tetapi hasilnya tetap tidak ditemui. Akhirnya, kami menyerah dan menunggu keputusan pihak polis pula untuk mendapatkan keputusan. "

Amato menghentikan ceritanya buat seketika. Dia sedang termenungkan sesuatu. Dan dengan perlahan-lahan air matanya kembali berair dan turun melalui pipinya.

"Tapi... Akhirnya kes ditutup. Melihat keadaan rumah yang sudah rentung, ramai yang mengatakan bahawa jika Gempa masih ada di rumah itu sewaktu kejadian itu, dia sudahpun mati rentung. Tetapi mayatnya tidak ditemui. Entah ajaib atau apa tapi kami memang kehilangan jejak Gempa. Tidak lama selepas itu, isteri saya mula hilang kesedarannya kerana tidak boleh menerima pemergian Gempa. Kami cuba sebaik mungkin untuk merawatnya tetapi isteri saya hanya pulih buat seketika sebelum... Dia bunuh dirinya sendiri. "

Halilintar menelan ludahnya perit mendengar cerita dari Amato. Sungguh dia tidak sangka bahawa kejadian itu sungguh menyayatkan hati mereka sekeluarga. Kalau ikutkan hatinya yang lemah itu, mahu sahaja dia menangis di situ juga tetapi dia harus tabah. Jika tidak, Amato juga akan berasa sedih. Cukuplah dia sudah mempunyai memori kehilangan anaknya, kali ini dia tidak mahu membuka semula luka yang lama.

"Macam itulah ceritanya. Kami tak dapat nak cari Gempa. Dia ghaib selama 20 tahun. Pihak polis juga terpaksa menutup kes tersebut. "

Amato mengakhiri ceritanya dengan mengesat air matanya. Halilintar mendiamkan dirinya sepanjang waktu itu. Dia cuba untuk memproses jalan cerita yang diceritakan oleh Amato sebentar tadi. Di dalam hatinya mula memasang niat untuk menceritakan segalanya kepada lelaki itu. Biarlah apa yang dia akan fikir kepadanya, tetapi Halilintar tekad untuk membawa Amato berjumpa dengan Gempa kembali.

"Ah, ya. Saya juga ingin bertanya, apa kena-mengena kamu dengan rumah itu? Saya tahu mungkin tuan rumah itu sudahpun renovate rumah tersebut dan barang-barang saya dia mungkin simpan lagi di sana, tetapi... Tentang kematian anak saya, macam mana kamu tahu? "

Amato memandang wajah Halilintar dengan pandangan hairan. Halilintar menarik nafas sedalam-dalamnya lalu melepaskannya.

"Saya... Sebenarnya ada janji dengan anak tuan. Untuk membawa tuan berjumpa dengannya. "

Amato memandang Halilintar hairan. Berkerut keningnya memandang pemuda di hadapannya itu.

"Macam mana kamu bertemu dengan anak saya? "

Halilintar mengukirkan senyuman canggung. Sudah sampai masanya dia menceritakan segalanya kepada Amato.

"Saya... Tahu ini mungkin berbunyi tidak masuk akal tetapi... Sewaktu kali pertama saya pindah ke dalam rumah tersebut, roh anak tuan ada di situ. Di dalam rumah tersebut. "

Amato terdiam. Dia tidak tahu untuk berkata apa kerana dia terlalu terkejut dengan apa yang dikatakan oleh Halilintar.

"Mustahil.. "

"Memang bunyinya macam mustahil, tuan! Tapi... S-saya... Uhhh... Saya ada kelebihan untuk tengok roh yang sudah mati! Y-ya! Keturunan saya adalah keturunan yang ada kelebihan untuk melihat makhluk halus! "

Halilintar terpaksa menipu Amato supaya lelaki itu percaya. Sungguh dia pun sebenarnya sudah mati akal hendak menerangkan bagaimana lagi supaya Amato dapat mempercayainya. Harap-harap dengan cara tipuan ini, dia dapat meyakinkan Amato.

"Betul ke..? Betul ke kamu jumpa Gempa? Adakah anak saya betul-betul ada di sana?"

Halilintar terpaksa mengangguk sekali lagi. Ah, terseksanya apabila harus menipu orang! Apatah lagi orang tua macam Amato!

"Boleh ke... Kamu bawa saya jumpa Gempa? "

Halilintar terkedu. Akhirnya... Permintaan yang ditunggu-tunggu oleh dirinya! Amato ingin berjumpa dengan Gempa! Akhirnya Gempa boleh berjumpa dengan ayahnya semula!

"Y-ya! Boleh! "

Gempa... Akhirnya permintaan kau bakal ditunaikan!






Perlahan-lahan rahsia mula terbongkar.
Kita akhirnya sudah tahu kenapa Amato tidak mencari Gempa walaupun sudah 20 tahun berlalu.

Tapi sekarang, mesti ada yang tertanya pula kenapa bilik Gempa tidak dicari? Hmm... Kenapa, ya?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top