The Potret

"Ini kuncinya. Harap kamu selesa tinggal di sini. "

Seorang pemilik rumah sewa memberikan kunci rumah kepada Halilintar sebaik sahaja sesi pembayaran wang sewa selesai dijelaskan. Halilintar menerima kunci tersebut dengan bersahaja dan menunggu pemilik rumah tadi berlalu pergi meninggalkannya seorang diri.

Halilintar menolehkan wajahnya ke belakang. Melihat sebuah rumah banglo 2 tingkat yang kelihatan sunyi dan suram. Di sekeliling rumah itu tiada langsung rumah-rumah yang lain. Padahal ia ditempatkan di kawasan perumahan. Halilintar perasan bahawa hanya rumah ini sahaja yang dibiarkan sunyi tanpa penghuni.

Dengar kata dekat rumah ni ada penunggu yang akan menganggu penghuninya.

Halilintar diam seketika. Bukan bermaksud bahawa dia takut akan khabar angin yang sering diperkatakan oleh penduduk setempat di kawasan perumahan ini, sebaliknya dia rasa teratrik akannya. Entah kenapa hatinya terdetik untuk tinggal di sini sempena di tahun terakhirnya di universiti tempat dia sedang belajar sekarang. Jarak antara tempatnya dan universiti tidak terlalu jauh dan Halilintar mempunyai alasan yang kukuh untuk menetap di sini selain ingin mengambil tahu akan kebenaran tentang khabar angin tersebut.

Dengan langkah kaki yang sedang-sedang, Halilintar berjalan masuk ke dalam rumah tersebut.

Whoosshh~

Tiba-tiba angin sejuk menerpa dirinya. Halilintar dapat merasai satu malapetaka bakal menimpa dirinya. Namun entah kenapa dia tidak terlalu merisaukannya. Dia menghentikan langkah kakinya buat sementara. Namun setelah itu dia melangkah kembali.

Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam kawasan rumah yang suram ini, perasaan pelik mula hadir di dalam dirinya. Bulu romanya tegak berdiri dan darahnya terasa cepat mengalir di seluruh badannya.

Apa kes ni?

Halilintar terdiam sambil memikirkan keadaan yang sedang berlaku pada dirinya. Dia takut ke? Rasanya tidak.

Halilintar cuba mengabaikan perasannya sekarang. Dia hanya ingin mencari bilik utama rumah ini dan merehatkan diri. Bukan senang untuk dia uruskan hal menyewa rumah ini. Tambahan pula dia lakukannya seorang diri. Tidak dilupakan juga dengan dirinya yang kadang ragu-ragu untuk menyewa rumah ini kerana khabar angin itu.

Tetapi kerana hatinya yang keras itu, dia tetap juga menyewa rumah ini.

Halilintar melihat kawasan dalam rumah itu. Memang benar suram dan sunyi. Tambahan pula rumah itu dekat dengan kawasan hutan yang tidak seberapa tebal di bahagian belakang rumah. Dan di sekeliling luar rumah pula tidak dihiasi oleh apa-apa langsung. Hanya rumput-rumput kering dan lopak yang sedia menakung air hujan yang bakal turun tidak lama lagi.

Halilintar meletakkan dahulu beg galasnya di atas kerusi sofa di ruang utama rumah itu. Sekadar untuk meringankan bahunya.

Dia berniat untuk mengemas rumah itu terlebih dahulu, jadi dia memerhatikan kawasan dalaman rumah itu dan di dalam fikirannya sudah memikirkan bagaimana untuk ubah suai rumah tersebut.

Seketika dia sedang melihat di segenap tempat kawasan dalaman rumah itu, iris crimsonnya tertangkap sebuah potret yang tergantung sepi di dinding berwarna putih di atas kawasan tempat yang selalu digunakan untuk unggun api di kala musim sejuk.

Halilintar dengan rasa tertarik ke atas gambar tersebut terus mendekatinya. Semakin dia menghampiri semakin terasa suasana di sekelilingnya semakin sejuk. Angin di luar rumah mula bertiup dan menerbangkan seluruh daun-daun kering yang ada di sekitar rumah itu. Bunyi daun-daun di pokok-pokok yang berada di belakang rumah itu juga kedengaran. Tetapi ia sama sekali tidak menarik perhatian Halilintar.

Apa yang dia lebih tertarik ialah pada gambar potret tersebut.

Siapa ni? Gempa..? Siapa?

Halilintar melihat wajah yang terlukis di gambar potret tersebut. Dan namanya juga. Orang di dalamnya kelihatan muda sekali. Dan senyumannya juga kelihatan tenang.

"Siapa..? Gempa? "

"Orang baru ke? "

"Huh?! "

Halilintar segera menoleh ke belakang. Seiring dengan bunyi deruan angin yang kecang, jantung Halilintar berdegup dengan kencang sekali.

Tidak pernah dia terfikir dalam hidupnya. Untuk melihat seseorang... Yang putih wajahnya dan terapung di udara sambil memandang ke arahnya.

"Hi! "

"Gyaaaaaaaahhh!!!! "

KRAKOOOMMMM!!!










Ah, cerita yang pelik-pelik je kerjanya.
😂
Ya, author tahu ceritanya pelik tapi...
Layan jelah!
//will be slow update lagi. Kot
😂😂😂

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top