That Boy
Tidak pernah. Tidak pernah walau sekalipun Halilintar terfikir untuk melalui dan merasai sendiri apa yang sedang dirasakannya sekarang.
Kakinya bergetar hebat dan mulutnya tergagap-gagap untuk berkata-kata. Paling parah, wajahnya terus pucat dan dia rasa sekarang hanya ingin lari keluar dari rumah itu dan menangis.
Bruk!
Halilintar jatuh terduduk di atas lantai. Matanya sudah tidak dapat menahan lagi dari mengeluarkan air mata. Dia cukup berdebar hebat sekarang. Seolah-olah terkena serangan panic attack. Halilintar kaku di situ sambil memandang ke arah seorang lelaki yang kelihatan umur remaja sedang terapung di udara.
"S-s-s-se-siapa.. T-t-tolong... To.. Tolong..! "
Budak lelaki itu terus panik apabila melihat keadaan Halilintar. Dia terus terbang mendekati Halilintar untuk melihat keadaannya namun apabila Halilintar menjerit ketakutan kerana kehadirannya, dia terus berhenti dan berundur.
"H-hey... Janganlah takut! Aku ni tak serang orang pun! "
"P-pergi.. Pergi! J-jangan kacau aku!!! Aku tak kacau kau pun! "
"A-apa? H-hey aku bukan nak kacau kau pun lah! Aku nak sapa-"
"Pergi!! Pergi dari sini!! "
Halilintar menjerit keras ke arah budak itu dan membungkukkan dirinya ke lantai sambil memejam erat matanya. Dia berdoa dan berharap agar dia dapat pengsan di situ terus. Dia harap ia adalah mimpi ngeri semata-mata. Dia berharap ia hanyalah khayalan.
Seketika kemudian suasana di sekeliling terus senyap. Bunyi kilat dan guruh di luar rumah sudah tidak didengari. Dan bunyi deruan angin yang kencang tadi juga hilang. Meninggalkan keadaan yang seolah-olah tidak pernah berlaku apa-apa pun.
Halilintar kembali membuka matanya. Dia dengan perlahan namun masih dalam keadaan takut mengangkat kembali wajahnya. Dia melihat sekelilingnya.
Sunyi.
Halilintar menghembus nafas lega. Dia kembali duduk dengan keadaan selesa dan mengusap dadanya dengan lembut.
Huh... Mesti mimpi saja tadi.
Halilintar cuba melupakan situasi tadi dan menganggapnya hanya khayalannya sahaja.
Dia kembali bangkit dan berdiri tegak menghadap ke arah potret tadi. Wajahnya kembali serius memandang wajah budak di dalam gambar itu. Jika diingat balik, wajahnya sama seperti 'budak' yang dia tengok tadi. (Yang dia rasa itu mungkin khayalan sahaja. )
"Aku tak akan ganggu kau. Aku cuma nak tumpang berteduh. Jadi... Jangan ganggu aku kerana aku tak akan membuatkan kau sakit hati. Itu saja. "
Setelah berkata demikian, Halilintar pun membuka langkah untuk mengambil begnya dan menuju ke tingkat atas. Tempat bilik utama berada. Dia memang betul-betul berharap agar kejadian tadi takkan berulang kembali.
°•°•°
"Huh? Kau kata kau jumpa orang yang sama dalam potret dekat rumah kau? Tapi tengah terapung? "
"Kau ni demam ke apa, Hali? "
Taufan dan Solar memandang ke arah sahabat mereka iaitu Halilintar dengan pandangan tidak percaya.
Keesokan harinya, Halilintar pergi ke universitinya dan menceritakan apa yang dia alami kelmarin kepada dua sahabatnya iaitu Taufan dan Solar. Masih ada yang lain tapi mereka ada hal.
Halilintar mendengus kesal. Sakit hati kerana sahabatnya sendiri tidak percaya akan ceritanya. Dia menjeling wajah Taufan dan Solar dengan pandangan kesal.
"Aku cerita benda betul lah. Kau ingat aku ni gila nak cerita benda yang khayalan macam tu? "
"Tak lah... Sebab... Kau kan selalu duduk sorang dan layan perasaan sendiri je. Mana lah tahu kau cerita macam ni sebab nak lebih open dekat orang? Yelah kau kan lone ranger?"
"Cilaker kau! Aku cerita benda betullah! Aku takde masa nak cari kawan baru! "
"Aish... Yelah-yelah. "
Taufan menggelengkan kepalanya sambil menghabiskan minumannya. Mahu percaya atau tidak dia pun tidak tahu. Halilintar adalah sahabatnya. Dan sepanjang mereka berkenalan, Halilintar tidak pernah menipu. Namun selepas mendengar cerita dari mulut sahabatnya seorang ini, entah kenapa dia jadi ragu-ragu untuk percaya. Yelah, siapa nak percaya kalau orang kata mereka nampak hantu?
Solar pula pada masa yang sama masih sedang memikirkan apa yang diceritakan oleh Halilintar. Sebenarnya hal tersebut sedikit menarik minatnya sebagai pakar dalam mengetengahkan bakatnya yang sering berpegang kepada fakta yang benar dan nyata.
"Kau memang pasti ke kau nampak muka budak tu? "
"Haish.. Iyaaaa...! "
"Kau cakap... Dia ada bercakap juga, kan? Kau pasti itu suara dia? Bukan suara angin?"
"Dah kenapa nak kena suara angin pula? "
"Takde lah.. Kan kau ada ceritakan juga yang lepas kau menjerit tu tiba-tiba guruh dan kilat, kan? Dan aku syak mesti waktu tu nak hujan. Macam mana aku pasti? Sebab ramalan cuaca lah. Aku tengok semalam akan hujan kejap. Dan memang betul pun. Lepastu senyap balik. "
Solar dengan sigap menerangkan sebab-sebab yang terlintas di dalam fikirannya. Mendengar apa yang diceritakan oleh Solar, tiba-tiba Halilintar rasa meremang bulu romanya. Dan di dalam fikirannya terlintas sesuatu.
"Tunggu... Kalau kau cakapkan yang keadaan cuaca tu memang betul... Maksudnya... Aku memang alami lah benda tu? "
Taufan dan Solar saling berpandangan. Kini wajah mereka pula yang berkerut selepas mendengar soalan daripada Halilintar.
"Apahal kau tanya macam tu? Kau nak cakap yang kau ceritakan tu hanya imaginasi kau saja ke? Kata suruh percaya!"
Taufan mula kurang sabar dengan sikap sahabatnya seorang itu. Kejap suruh percaya, tapi kalau sudah imaginasi, buat apa nak percaya?
"Tak. Ish.. Macam mana aku nak cakap eh? Macam ni, jujur aku cakap memang aku alami apa yang aku ceritakan dekat korang tu, tapi bila budak tu hilang, aku ingatkan benda tu hanya imaginasi aku je tau. Takde realiti ke apa. So aku juga rasa yang mungkin cuaca pun hanya imaginasi aku. Tapi... Bila Solar kata yang memang kelmarin nak hujan... "
"Benda tu betul-betul terjadi? "
Solar cuba membantu memudahkan pemahaman semua. Kini suasana mula menjadi hening dan tegang. Masing-masing sedang melayan pemikiran yang ada di dalam kepala masing-masing.
"Ohooooooii hoi!! Korang apahal termenung macam hilang bini ni? "
Ketiga-tiga muka lelaki itu berpaling ke arah pemilik suara bising tadi. Blaze, salah seorang lagi sahabat baik Halilintar memandang muka mereka bertiga dengan pandangan yang hairan. Tidak lupa dengan kepalanya yang sedang benjol naik.
"Apahal dengan kepala kau tu? "
Taufan merenung pelik wajah sahabatnya itu. Lain macam kepala dia. Tapi dia dapat menduga apa sebabnya. Tentunya hanya disebabkan oleh...
"Ais ketuk aku!!! Aku cuma nak kejutkan dia dari tidur je!"
"Yang kau pergi kejutkan pakai suara hantu tu apsal hah?! "
Seorang lagi kawan baik mereka muncul bersama seseorang di sebelahnya. Ais, mahasiswa yang terkenal dengan personalitinya yang pendiam dan gemar tidur dalam waktu terluang. Di sebelahnya pula ialah Thorn, matanya yang bulat sering menjadi tumpuan para mahasiswi di universiti itu.
"Aku nak kejutkan kau lah!! Dah Hali suruh aku ajak semua berkumpul jadi aku jalankan jelah tugas aku! "
"Yelah, tapi tak payah lah sampai nak kejutkan macam tu sekali!!"
"Dah tu nak kejutkan macam mana?! "
"Weyh! Weyh! Dah lah tu! Jangan gaduh! Aduh... Korang ni. Sekarang ni apa kata kita bincang masalah Hali ni dulu? "
"Masalah Hali? "
Kini Blaze dan Ais pun berhenti bergaduh dan mereka berdua serentak memandang ke arah Halilintar yang hanya membalas pandangan mereka sambil menompang dagu.
Blaze segera duduk di atas paha Taufan dengan selambanya mengabaikan ringisan Taufan apabila harus menampung berat badannya. Blaze menatap ke arah Halilintar dengan pandangan yang menginginkan satu kepastian.
"Apa masalah kau? Kau gaduh lagi ke? "
"Ckh! Aku takkan bergaduh kalau orang tak cari pasal lah! "
"Habis? Apahal ni? Sampai kita semua berkumpul siap? "
Halilintar menggelengkan kepalanya. Susahnya untuk dia mula bercerita jika sahabatnya seorang ini suka bertanyakan bermacam-macam soalan. Dia memalingkan wajahnya ke luar tingkap lalu menghembus nafas lelah.
"Biar Taufan dan Solar lah ceritakan. "
"Eehhh??! Tak bestlah macam tu! "
Blaze mengembungkan pipinya geram dan tidak puas hati dengan respon yang dia dapat dari Halilintar. Manakala Taufan, Solar dan Thorn pula hanya mentertawakan Blaze dan masing-masing duduk untuk mendapatkan tempat mereka.
"Baiklah, kalau Hali yang nak aku dan Solar ceritakan, aku ceritakan jelah. Ekhem! Dengar eh..? "
Dengan fokus yang tertumpu sepenuhnya ke Taufan, masing-masing cuba mendalami dan memahami apa yang sedang diceritakan oleh mahasiswa itu. Sementara itu, Halilintar hanya terus mengabaikan mereka. Biarlah sekarang dia menenangkan dirinya terlebih dahulu.
Halilintar mengalihkan pandangannya ke luar tingkap semula. Dia melihat setiap awan yang bergerak dengan lembut sekali apabila ditiup angin. Mengingatkan angin, dia tiba-tiba teringat akan perkara yang berlaku semalam.
Memang betul ke dia muncul semalam..?
Ok so cerita ni memang akan dihabiskan dengan secepat yang boleh sebab... Ya.. Mungkin bosan sikit kot.
Tapi ada conflict juga sebenarnya. Tapi tak susah untuk semua teka.
Baiklah, harap semua enjoy untuk chap kali ini! 😆😆
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top