Tears of Happiness
FLASHBACK
_____________________
20 TAHUN YANG LALU
Tuhan... Izinkan aku... Buat kali terakhir... Tolonglah.. Izinkan aku... Untuk bertemu dan melihat wajah mak dan ayah aku. Buat kali terakhir sahaja... Sebelum aku meninggalkan dunia ini... Tolonglah. Aku sangat menyayangi mereka... Tolonglah...Dan biarkan bilik ini dilindungi juga.. Jangan ada yang hangus... Aku belum bersedia... Tolong..
Gempa melihat di kawasan sekelilingnya. Rumahnya sudah runtuh. Segalanya sudah terbakar. Api begitu banyak sekali marak di sana-sini. Segalanya sudah tidak dapat diselamatkan.
Gempa melihat jasadnya yang sudah hangus terbakar. Bunga ros yang dibawanya hanya menjadi kering kerana percampuran darahnya tadi. Mungkin kerana itulah api tidak dapat membakar bunga tersebut. Kerana darahnya yang melindungi bunga itu daripada hancur.
°•°•°
Keesokan harinya, Gempa kekal di dalam rumah itu bersama-sama dengan barang-barang yang sudah hangus di dalamnya. Gempa sudah rentung dan badannya sudah hancur kerana seluruh bangunan telah menimpa dirinya. Badannya sudah hancur. Dan Gempa hanya mampu berputus asa.
Tidak lama kemudian, Gempa melihat tuan rumah berjalan masuk ke dalam rumah yang sudah rentung itu. Wajahnya jelas kelihatan begitu kecewa sekali kerananya. Gempa yang memerhati dari jauh pun tidak berani berkata apa-apa.
Ya, sesuai dengan permintaannya, roh Gempa ditinggalkan di dunia kerana permintaan terakhirnya untuk kekal di situ sehinggalah dia bertemu dengan ibubapanya semula. Tetapi bagaimana untuk mereka mencari Gempa jika keadaan rumah mereka sudah sebegini?
"Anak muda, kamu tidak mahu menyatakan permintaan terakhir kamu? "
Gempa terkejut apabila mendengar suara seseorang tiba-tiba menegurnya. Dia mendongak kepalanya dan melihat tuan rumah sedang berdiri di hadapannya beserta senyuman kelamnya.
"Pak cik... B-boleh tengok saya..? "
Tuan rumah itu tersenyum.
"Sudah tentu. Pak cik ada keturunan seorang dukun dahulu. Pak cik ada kelebihan untuk melihat roh seperti kamu. Dan... Pak cik yakin bahawa jika ada yang masih tinggal di dunia ini, mereka ada permintaan yang masih belum ditunaikan. Jadi sebab itulah pak cik ingin tahu, apa yang kamu inginkan sebagai permintaan terakhir kamu? "
Gempa terdiam seketika. Dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk menyatakan kepada tuan rumah itu. Air matanya mula menitis turun.
"Isk... Pak cik.. Tolong.. Tolong bina semula rumah ini. Isk... Saya ingin tunggu mak dan ayah saya pulang. S-saya ingin jumpa mereka... Isk.. "
Wajah tuan rumah itu berubah simpati. Dia faham perasaan Gempa. Tetapi masih ada sesuatu yang perlu dia lakukan kepada remaja itu.
"Pak cik boleh bina semula rumah ini. Tetapi... Mayat kamu macam mana? Pak cik tak boleh biarkan mayat kamu terbiar sebegitu. "
Gempa terdiam. Dia mengetap bibirnya sebelum mengangguk faham.
"Kalau macam tu... Pak cik tolong kuburkan mayat saya. Biarlah jasad saya tiada. Tetapi... Saya masih ingin menunggu kepulangan mak dan ayah saya. "
Tuan rumah tersebut mengangguk faham. Selepas itu dia pun beredar dari situ. Meninggalkan Gempa sendirian dan menangis di situ keseorangan.
°•°•°
Gempa melihat jasadnya dikuburkan oleh keluarga tuan rumah tadi. Sesuai dengan permintaannya juga. Dia tidak mahu sesiapa pun tahu bahawa dia sudah mati. Terutama keluarganya.
"Ada lagi yang kamu mahukan? "
"Ah... S-saya tidak mahu terlalu menyusahkan pak cik.. Ja-jadi rasanya sudah cukup... "
"Jangan risau. Sudah menjadi tugas pak cik untuk menolong roh seperti kamu. Kamu tidak bersalah di atas kejadian semua ini. Dan pak cik juga tahu... Selain ingin bertemu dengan mak ayah kamu, kamu ingin menyelamatkan sesuatu juga, kan? "
Gempa memandang ke arah tuan rumah tadi. Selepas itu dia pun menganggukkan kepalanya. Ada satu sahaja lagi perkara yang dia berharap dapat dibetulkan.
°•°•°
"Tak sangka. Masih banyak buku kamu yang dapat diselamatkan di sini. "
Tuan rumah itu melihat kawasan di dalam bilik di mana mayat Gempa dibakar beberapa hari yang lalu. Gempa juga turut terkejut dengan keadaan bilik itu. Tidak sangka hanya tempat dia dibakar dan di kawasan pintu sahaja yang terkena tempias api. Rak buku dan meja masih boleh digunakan walaupun ada yang kelihatan terkena tempias api sedikit.
"Jadi, kamu mahu pak cik buat macam mana dengan ruang ini? "
Gempa melihat kawasan ruang itu.
"Pak cik tolong.. Tolong saya buatkan ruang ini sama seperti dahulu. Sama seperti keadaan sebelum rumah ini terbakar. "
Tuan rumah itu mengangguk faham. Dan lebih kurang selepas pihak polis selesai dengan kes pencarian Gempa, dia pun mula renovate semula rumah tersebut. Sama seperti rumah yang Gempa diami sebelum ini bersama keluarganya.
"Pak cik tinggalkan lukisan ini di sini. Sebagai kenangan buat kamu. "
"Eh? Lukisan apa pak cik? "
"Kamu akan tahu bila kamu melihatnya sendiri. "
Selepas itu, Gempa tinggal selamanya selama 20 tahun di rumah itu. Dia tahu, sebaik sahaja pihak polis telah menutup kes pencariannya, mak dan ayahnya takkan kembali lagi. Gempa juga hairan kenapa mak dan ayahnya tidak datang mencarinya. Adakah sesuatu berlaku kepada keluarganya juga?
Persoalan Gempa dibiarkan tergantung. Sepanjang 20 tahun itu Gempa menunggu ibubapanya untuk kembali. Sepanjang 20 tahun itu Gempa dihuni dengan suasana yang sunyi. Sepanjang 20 tahun itu Gempa menangis kerinduan. Sepanjang 20 tahun itu Gempa menangis kesunyian. Sepanjang 20 tahun itu dia berharap agar segala penantian ini berakhir.
Sehinggalah dia bertemu dengan Halilintar.
____________________
END FLASHBACK
Gempa termenung ke luar kawasan rumahnya. Dia melihat suasana laman rumahnya yang begitu cantik dengan tanaman bunga yang berwarna-warni. Selepas kebakaran 20 tahun yang lalu, bunga-bunga yang rosak kini telah ditanam semula dan tumbuh dengan mekar seperti biasa. Gempa masih ingat keadaan laman tersebut sebelum kebakaran itu, walaupun ada sedikit perubahan, tetapi salah satu bunga yang menjadi tempat ditanam harta pentingnya masih lagi ada. Mujur kerana bunga tersebut berada di sudut pagar yang jauh dari kawasan rumah.
Gempa ingin melangkah keluar untuk melihat bunga-bunga tersebut. Tetapi gerak langkahnya terhenti apabila dia mendengar Halilintar memanggil-manggil namanya.
"Gempa! Gempa!! "
Gempa menoleh ke arah ruang tamu. Tidak lama selepas dia ternampak Halilintar muncul bersama begnya yang setia dipikul di belakangnya. Seperti baru pulang dari universitinya. Gempa tersenyum apabila melihat kepulangan Halilintar.
Namun, senyuman Gempa mula memudar apabila dia melihat sekumpulan lelaki lain mula muncul dan masuk ke dalam rumah mengikuti Halilintar rapat dari belakang. Mereka melihat-lihat kawasan dalam rumah tersebut. Namun Halilintar hanya mengabaikan mereka dan berjalan mendekati Gempa.
"Halilintar... Apa yang mereka buat dekat sini? "
"Mereka datang nak jumpa kau. Dan ada seseorang-"
"Weyh, Hali. Kau cakap dengan siapa tu? "
Blaze yang sedang berpeluk erat dengan Taufan dan Thorn memandang ke arah Halilintar dengan tatapan yang menakutkan. Senang cakap, Blaze dan yang lain tidak dapat melihat Gempa kerana mereka tidak membenarkan diri sendiri untuk melihat kewujudan Gempa. Atau lebih senang sebab diorang takut untuk melihat Gempa.
Gempa tertawa kecil melihat mereka. Dia kemudian memandang ke arah Halilintar yang sedang menjeling ke arah kawan-kawanya.
"Aku tengah berbual dengan Gempa lah ni! Korang tak nampak ke? "
"Apa benda kau mengarut, hah?! Kitorang mana nampak sesiapa pun depan kau tu! "
Halilintar mendengus kesal. Mendengar kekekan tawa dari Gempa membuatkan dia menoleh semula ke arah Gempa.
"Haih... Maafkan mereka ya, Gempa? "
Gempa menggelengkan kepalanya. Selepas itu dia terbang mendekati kawan-kawan Halilintar yang ternyata masih belum menyedari kehadirannya.
"Halilintar, suruh diorang tutup mata. "
Halilintar mengangguk faham.
"Korang. Aku nak korang tutup mata masing-masing. "
"Huh? A-apahal pulak?! "
"Tch! Buat jelah. "
Kawan-kawan Halilintar terpaksa akur dan mereka pun menutup mata masing-masing.
Gempa tersenyum. Selepas itu dia menyuruh Halilintar untuk memberitahu kawan-kawannya untuk membuka mata semula.
"Ok, korang boleh buka mata balik. "
Dan dengan perlahan-lahan, kelima kawan-kawan Halilintar dapat melihat susuk tubuh seseorang di hadapan mereka. Tubuh badan yang seolah-olah sedang terbang dan lutsinar badannya tapi masih boleh nampak dengan jelas. Apabila pandangan mereka makin jelas, mereka melihat wajah seorang remaja yang begitu putih kulitnya dan begitu menawan sekali wajahnya.
"W-woaahh...! "
"I-ini ke Gempa yang Hali suka tu? "
"Woi!! "
Gempa tersenyum mendengar dan melihat reaksi kawan-kawan Halilintar. Nampaknya kali ini dia berpuas hati dengan reaksi kawan-kawan Halilintar kepadanya. Berbeza dengan pertama kali Halilintar bertemu dengannya.
"Selamat berkenalan. Nama aku Gempa. "
"K-kau memang betul-betul ke ni..? "
Solar bertanya dengan nada ragu-ragu. Dia sendiri tidak dapat percaya dengan mata kasarnya sendiri. Betul kah di hadapannya ini ialah roh yang telah mati?
"Betul. Tapi memandangkan korang semua susah untuk terima kewujudan aku, aku menggunakan keizinan sendiri untuk menunjukkan diri aku pada korang. Walaupun korang susah untuk percaya, tapi sebab aku benarkan korang untuk melihat aku, korang boleh melihat aku seperti korang sedang lihat sekarang. "
"Woaahh!! Ni barulah real! Hi, Gempa! Aku Blaze! Sebelah aku ni Taufan dan Thorn. Yang tanya kau tadi tu Pak Cik Attention Seeker a.k.a Solar. Sebelah dia pulak Ais. Kitorang ni kawan Hali. Dia selalu ceritakan tentang kau di U. "
Gempa tersenyum memandang kawan-kawan Halilintar. Selepas itu dia menoleh ke arah Halilintar yang berdiri di belakangnya. Kelihatannya Halilintar sedang menutup wajahnya kerana malu selepas mendengar apa yang Blaze katakan kepada Gempa tadi.
"Korang jemputlah duduk. Aku akan sediakan minuman. "
"Ah, Gempa. Tunggu. "
Gempa yang baru hendak terbang pergi berhenti apabila Halilintar menghentikannya. Gempa menoleh ke arah Halilintar semula.
Halilintar memberikan isyarat kepada kawan-kawannya supaya mereka segera memberi ruang. Mereka akur dan mula bergerak ke ruang tamu. Gempa memandang keadaan itu dengan hairan.
"Ada apa ni, Halilintar? "
"S-sebenarnya... Ada.. Sorang lagi yang ingin berjumpa dengan kau. "
"....oh? Siapa? Kawan kau lagi ke? Mana dia? Suruhlah dia masuk. "
"D-dia... "
Halilintar dan Gempa terdengar bunyi pintu rumah terbuka. Serentak mereka berdua melihat ke arah pintu utama rumah itu.
Terkedu Gempa apabila dia melihat susuk tubuh seseorang di hadapannya yang muncul di sebalik ambang pintu. Orang itu... Dialah yang selama ini ditunggu oleh Gempa. Menanti kepulangannya, kehadirannya dan kemunculannya. Tetapi sudah 20 tahun berlalu, penantian Gempa akhirnya tamat. Dia sudah menemui orang yang dicari dan ditunggunya.
Amato. Ayah kandungnya.
"Ayah...."
Halilintar melihat ke arah Gempa yang berada di sebelahnya. Dia kemudian melihat ke arah Amato yang sedang melihat-lihat kawasan dalam rumah tersebut. Jelas kelihatan wajah lelaki itu bahawa dia masih tidak sedar akan keberadaan Gempa, anaknya sendiri yang kini berada di hadapannya. Bukan tidak sedar, tetapi tidak dapat melihat Gempa.
"Hali, mana anak saya yang kamu katakan tu? "
Halilintar meneguk ludahnya sebelum mengangguk. Dia menoleh semula ke arah Gempa. Gempa membalas pandangannya. Matanya mula berkaca-kaca.
"Gempa... Pergilah munculkan diri kau. "
Gempa diam sebelum mengangguk faham. Dia mula berjalan mendekati Amato dalam keadaan lelaki itu masih tidak sedar akan kehadirannya.
"Hali? Mana anak saya? "
Amato memandang Halilintar hairan apabila melihat mata Halilintar seolah-olah sedang menuju ke arah sesuatu yang dia yakin bukannya ada apa-apa pun. Amato mengekori pandangan mata Halilintar sehinggalah dia melihat Halilintar menghentikan pandangannya di hadapannya.
"Tuan, sila pejam mata tuan sekejap. "
"K-kenapa? "
Halilintar tidak berkata apa-apa. Tetapi Amato tidak mahu terlalu tertanya. Selepas itu dia pun menutup matanya.
"Baiklah, tuan boleh buka mata tuan semula. "
Mendengar arahan Halilintar, Amato pun dengan perlahan-lahan membuka matanya. Dia dapat melihat cahaya-cahaya aneh mula menerpa masuk ke dalam pandangannya. Dia silau seketika sebelum cuba memulihkan pandangannya semula.
Dan, apa yang dilihatnya selepas itu membuat jantungnya berhenti berdegup seketika.
"Ayah...! "
Luluh hati Amato apabila dia melihat wajah yang selama ini dirinduinya. Wajah yang sentiasa menceriakan suasana keluarganya. Wajah yang selama ini dicarinya. Wajah yang selama ini ditangisinya.
"Gempa..! "
Gempa terbang mendekati Amato lalu memeluk Amato dengan erat. Dia melepaskan segala tangisannya di situ juga sambil memeluk Amato dengan begitu erat sekali.
"Gempa...! Anak ayah! Akhirnya ayah dapat tengok muka kamu! "
"Whaaa...! Ayah! Kenapa ayah tak datang cari Gempa..?! Gempa- isk.. Gempa rindu ayah! Gempa rindu semua! "
"Maafkan ayah, Gempa! Maafkan ayah.. Ayah gagal.. Ayah gagal lindungi kamu dan keluarga kita..! "
Halilintar melihat suasana itu dengan hati yang sendu dan terharu. Selepas itu kawan-kawannya muncul dan menepuk belakangnya sambil tersenyum.
"Kau dan lakukan tugas dengan baik, bro. "
Halilintar mengangguk setuju. Dan mereka terus sahaja melihat anak-beranak itu bersama. Setelah 20 tahun penantian, akhirnya segalanya berakhir.
Aish... Ani harap boleh tulis dengan lebih dramatik lagi tapi bila Ani rasa penulisan Ani makin kuno jadi Ani buat keputusan drastik untuk menulis dengan cepat. Nampak tak betapa tak ikhlasnya Ani di situ? 😂😂
By the way harap korang puas hati dengan chapter kali ini. Next, last chapter. Lepastu epilog. Isk.. Dah nak tamat dah cerita ni... 😢
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top