Long Kiss GoodBye

"Sampai di sini sahaja Gempa dapat jumpa dengan ayah.. "

Amato memandang ke arah anaknya dengan pandangan yang kecewa. Dia tahu dan sedar, anaknya bukan lagi manusia ataupun makhluk bernyawa di muka bumi ini. Dan bila-bila sahaja Gempa akan kembali ke tempat asalnya semula.

"Maafkan ayah, Gempa. Kalaulah ayah dan arwah mak kamu tidak bercuti waktu tu, semua ni takkan terjadi. "

Gempa tersenyum dan menggeleng.

"Tidak. Bukan salah ayah dan arwah mak. Sudah tertulis dalam takdir Gempa untuk mati dalam keadaan macam tu. Cuma... Gempa masih tidak dapat terima bahawa mak bunuh diri kerana terlalu kecewa dan tertekan kerana kehilangan Gempa. Maafkan Gempa.. "

Gempa menundukkan wajahnya dengan pandangan yang kecewa. Berita mengenai kematian ibunya itu amatlah tidak disangkakannya sendiri. Dan dia harus mendengarnya sendiri dari mulut ayahnya. Dia tahu, pasti keluarganya mengalami tekanan yang cukup tinggi semenjak kehilangannya.

"Kan bagus kalau ayah sempat. Bolehlah bawa dia sekali jumpa kamu sekarang. "

Gempa cuba tersenyum manis ke arah ayahnya. Dia memeluk ayahnya dengan erat dan menerima pelukan semula dari Amato.

"Ayah, terima kasih untuk segalanya sepanjang Gempa hidup sebelum ni. Lepas dapat jumpa ayah, sekarang Gempa rasa Gempa dah takde masalah untuk pergi. Ayah ada nak Gempa sampaikan apa-apa pada mak? "

Amato mengesat matanya seketika sebelum mengangguk.

"Tolong beritahu mak kamu, ayah sangat rindukan dia. Ayah agak sedih sebab dia tinggalkan kami sekeluarga tanpa berfikir dua kali. Tapi ayah tahu, kerana kehilangan kamu, dia tidak dapat terima apa-apa. Tapi... Ayah tak kisah. Ayah cuma harap, dia pula dapat jaga Gempa dengan baik selepas ni. Nanti... Ayah juga berharap dapat bersama kamu dan mak pula. Kita bersama-sama satu keluarga hidup bahagia. "

Gempa menganggukkan kepalanya. Air matanya juga sudah turun membasahi pipinya. Gempa memeluk Amato buat kali terakhir sebelum melepaskannya dan melihat Amato pergi.

"Ayah! "

Amato menoleh.

"Gempa sayang ayah tau! Tolong jaga yang lain dengan baik, ya? Dan.. Gempa akan jaga mak juga! Kami akan tunggu ayah dan yang lain juga nanti! "

Amato cuba mengukirkan senyumannya. Berat rasanya hatinya untuk pergi meninggalkan anaknya. Walaupun dia lega dapat berjumpa dengan Gempa, tapi selepas ini dia sudah tidak dapat melihat lagi. Gempa akan betul-betul pergi.

°•°•°

Sebaik sahaja Amato pulang, kini Gempa berdepan dengan kawan-kawan Halilintar pula.

"Gempa, walaupun kita baru je kenal hari ni, tapi kitoranh harap... Lepasni kau dapat pergi dengan tenang, ya? "

Gempa mengangguk. Dia melihat setiap wajah kawan-kawan Halilintar.

"Jangan risau. Di atas sana nanti, aku akan doakan korang, ya? Dan... Mana tahu 100 tahun akan datang kita akan bertemu semula? "

"Kalau kita bertemu, aku nak dekat dengan kau pula, Gempa. Supaya kau takkan keseorangan macam sekarang. Kita akan bersama dengan 7 orang. Macam mana? "

Thorn tersenyum ke arah Gempa sambil berkata demikian. Gempa menjadi terharu mendengarnya. Dia yang selama ini tidak pernah ada kawan tak pernah menerima layanan sebegini. Dia sangat terharu.

"Uhmm... Ya. Aku pun nak bersama dengan korang dan nak kenal korang dengan lebih rapat lagi. "

Selepas itu, mereka pun saling berpelukan antara satu sama lain sebelum kawan-kawan Halilintar mula beredar. Selepas mengucapkan selamat tinggal, kawan-kawan Halilintar pun pulang.

°•°•°

"Jadi... Kau akan pergi dah? "

Halilintar melirik ke arah Gempa yang berada di sebelahnya. Sebenarnya dia agak canggung untuk menegur Gempa kerana dia masih tidak dapat untuk memproses apa yang sedang berlaku dan bakal berlaku nanti.

"Ya. Sudah sampai masa untuk aku pergi. Semua permintaan aku sudah ditunaikan. Cuma... Ada satu saja lagi. "

"Huh? Bukan ke kau minta nak jumpa ayah kau saja? Apa lagi yang kau tak dapat? "

Gempa menoleh ke arah Halilintar sebelum mula mengukirkan senyuman manisnya. Kemudian, dia tiba-tiba menarik tangan Halilintar dan membawanya keluar dari rumah dan menuju ke arah halaman rumah.

"Gempa? Kau nak bawa aku ke mana ni? "

"Mencari harta karun aku. "

Gempa membalas dengan senyuman yang masih tidak lekang di bibirnya.

Gempa menarik Halilintar sehinggalah mereka tiba di salah satu pokok bunga yang ada di laman tersebut. Pokok bunga yang berada di satu sudut laman tersebut dan ia tumbuh dengan mekar sekali.

"Inilah bunga violet. Arwah mak kata yang bunga ini membawa maksud kepercayaan. Jadi, aku tanam 'peta' yang boleh membawa kita ke tempat 'harta karun' aku berada. "

"Harta karun? Peta? Kau tanam kertas dalam tanah ke? "

Gempa tersenyum mendengar soalan Halilintar. Selepas itu dia terbang mendekati satu tempat di atas bunga itu. Dia melihat-lihat keadaan bungan tersebut. Seolah-olah sedang mencari-cari sesuatu. Tidak lama kemudian dia akhirnya menemuinya.

"Halilintar cuba gali tanah di sini. "

Halilintar memandang hairan buat seketika apabila Gempa tiba-tiba menyuruhnya sedemikian. Tetapi malas untuk bersoal jawab, dia pun mencari kayu yang ada di sekitarnya lalu mula menggali.

Selepas penat menggali, akhirnya Halilintar ternampak sesuatu. Dia cuba menggali untuk melihatnya dengan lebih jelas. Sebuah kunci. Halilintar mengambil kunci tersebut lalu menunjukkannya kepada Gempa.

"Ni? "

"Yup. "

"Kenapa dengan kunci ni? Ini bukannya peta. "

Gempa tertawa kecil dengan persoalan Halilintar. Selepas itu dia terbang ke arahnya semula.

"Inilah yang akan membawa kita ke arah harta karun aku. Jom. "

Tidak menunggu tindak balas Halilintar, Gempa pun menarik tangannya untuk mereka masuk semula ke dalam rumah. Sebaik sahaja masuk, Gempa terus menarik Halilintar dan mereka terus menuju ke tingkat atas.

"Gempa.. Kau nak bawa aku ke mana ni? "

Halilintar bertanya sambil berkerut keningnya. Namun Gempa tidak membalas apa-apa melainkan terus mengheretnya ke tingkat atas.

Halilintar dan Gempa berhenti di hadapan sebuah pintu. Berdegup jantung Halilintar jadinya apabila dia melihat pintu tersebut. Pintu berwarna putih yang selama ini menjadi persoalannya untuk bagaimana membukanya. Dia tidak terfikir pun bahawa ada kunci untuk pintu ini.

Halilintar melihat kunci di tangannya. Kedua-dua kunci dan tombol pintu yang bulat itu berwarna emas. Selepas itu dia melihat ke arah Gempa pula.

"Bukalah. "

Halilintar terdiam. Dia berdebat dengan dirinya sendiri sama ada harus membukanya ataupun tidak. Pelbagai perkara yang mula bermain di dalam kepalanya. Apa akan jadi jika dia membukanya? Tidak pernah dia memikirkan apa akan jadi jika dia membuka pintu tersebut. Dan jika dia buka apa akan jadi? Bagaimana pula dengan Gempa?

Halilintar mula merasakan tidak sedap hati dengan keadaan sekarang. Hatinya seolah-olah meronta untuk menyuruhnya jangan kerana ia takut dia akan kehilangan sesuatu yang amat penting selepas ini. Namun fikirannya ingin dia membukanya juga.

"K-kau takkan buat apa-apa pada aku, kan?"

Berkerut kening Gempa apabila mendengar soalan tiba-tiba Halilintar.

"Kenapa pula? Aku takkan buat apa-apa pun lah. Buka saja. Semuanya akan baik-baik saja. Jangan risau. "

Halilintar mengangguk faham. Dia meneguk ludahnya bagi menenangkan jiwanya sebelum mula memasukkan kunci ke dalam lubang pada tombol pintu tersebut. Gempa yang sedari tadi melihat mula teringatkan janjinya pada arwah tuan rumah dahulu. Janji yang menjadi rahsianya selama ini.

FLASHBACK
_______________________

20 TAHUN YANG LALU

"Kenapa saya tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam bilik ni dah, Tok Aba? "

Gempa bertanya dengan wajahnya yang jelas menunjukkan kekecewaan. Manakala tuan rumah, iaitu Tok Aba hanya tersenyum sahaja sebelum dia membaca mantra sesuatu pada hadapan bilik berpintu berwarna putih itu.

"Atok tak nak kamu hilang sebelum apa yang kamu inginkan belum ditunaikan. Bukan ke kamu mati di dalam ini, Gempa?"

Gempa mengangguk untuk membalas soalan Tok Aba.

"Jika kamu kembali ke tempat yang mana kamu mati dahulu, kamu akan hilang selama-lamanya. Jadi sebab tak nak kamu jadi macam tu atok terpaksa buat macam ni. "

"Alaaa... Tapi Gempa sayang tempat ni, tok."

"Iya, atok tahu. Kamu boleh buka bilik ni semula. Tapi dengan syarat. Kamu kena suruh manusia biasa yang membukanya. Bila mana-mana manusia biasa berjaya membukanya, maka mantra yang atok letak akan hilang dan kamu boleh masuk ke dalam bilik ni buat kali terakhir. Selepas itu, kamu akan lenyap selama-lamanya. Kamu faham? "

Gempa mengangguk sebagai membalas penerangan Tok Aba. Walaupun di dalam hatinya meronta-ronta untuk ingin masuk ke dalam bilik itu, tetapi dia harus akur. Kerana pertemuan kembali antara dia dan keluarganya lebih penting sekarang. Dia tidak mahu hilang dengan penyesalan.

"Jadi bila sampai masanya, atok harap kamu tidak akan menyesal dan segala yang kamu inginkan sudah ditunaikan. "

"Baik Tok Aba. "

Walaupun selepas itu Gempa dikejutkan dengan pemergian Tok Aba, dia masih kekal dengan janjinya pada arwah. Dia ingin menunggu siapakah manusia yang boleh menunaikan hasrat terakhirnya ini. Dia akan tunggu, walaupun 100 tahun penungguannya tidak akan berakhir.

___________________

END FLASHBACK

KLIK!

Bunyi pintu terbuka menyedarkan Gempa dari lamunannya. Jantungnya mula berdegup kencang selepas melihat bahawa Halilintar telah berjaya membuka pintu tersebut. Di saat pintu sudah terbuka, maka terlerailah mantra yang selama ini melindungi pintu bilik tersebut.

Gempa menarik lalu menghela nafasnya bagi menenangkan dirinya sendiri. Dia harus tenang. Walaupun sudah sampai waktunya untuk dia pergi selama-lamanya.

"Mari masuk! "

Halilintar diheret oleh Gempa untuk masuk ke dalam bilik tersebut, dan apa pandangan yang diperolehi oleh Halilintar cukup mengejutkannya.

(A/N: Mohon abaikan pintu. Dan laptop. Lololol :v)

"I-ini.. "

Terpegun Halilintar jadinya apabila dia melihat keadaan dalam bilik tersebut. Tidak pernah dia menggambarkan suasana dalam bilik ini. Dan di saat dia dapat melihat keadaan dalam bilik ini, barulah dia tahu kenapa Gempa sangat sayang akan bilik ini.

"Cantik kan bilik ni? Sebenarnya bilik ni pernah terbakar juga dulu. Tapi ada seseorang telah membinanya balik dan selamatkan apa yang boleh. Walaupun tidak terlalu sama dengan rupa asal, tapi bilik ni masih lagi menjadi tempat kesayangan aku. "

"Kenapa... Kau sayang sangat bilik ni? "

Gempa tersenyum mendengarnya. Dia terbang mendekati Halilintar dengan tenang.

"Dulu bilik ni menjadi tempat aku cipta macam-macam kenangan. Saat aku sedih, gembira, marah, tertekan dan gembira, aku luangkan segalanya di sini. Dan sekarang..."

Gempa membuka topi yang dipakai Halilintar lalu meletakkannya di dadanya.

"...ia akan menjadi tempat perpisahan kita."

"A-apa..? "

Terkedu hati Halilintar jadinya apabila dia melihat wajah sedih Gempa yang sedang cuba untuk tersenyum. Dia dapat melihat air mata Gempa mula terbentuk.

"Sudah sampai saatnya untuk aku pergi, Halilintar. "

"T-tak.. Gempa ini-"

"Di sinilah aku mati. Dan... Di sini juga akan menjadi tempat aku pergi selama-lamanya. Halilintar. Aku harap kau akan dengar apa yang akan aku katakan sebelum aku pergi."

Badan Gempa mula mengeluarkan cahaya kecil. Dan cahaya-cahaya itu mula mencipta ruang di badan Gempa yang mana ia membawanya semakin menghilang dari pandangan Halilintar. Tapi hal itu sama sekali tidak dipedulikan oleh Gempa.

"Halilintar, sepanjang aku bersama dengan kau, aku rasa sangat bahagia. Kau tahu? Sepanjang 20 tahun, aku menanti sesiapa yang boleh tolong bukakan pintu ni dan bebaskan aku. Tapi... Aku sedar jika aku kembali ke bilik ni lagi, aku akan hilang. Dan aku dah tak akan ada peluang untuk jumpa dengan keluarga aku. Jadi, aku terpaksa menahan diri dari berputus asa. Aku sering menangis sendirian kerana kesunyian. Rasa macam aku hidup dalam keadaan yang tergantung. Hidup yang tiada pengakhiran. Dan kerana kewujudan aku, ramai yang mengelakkan diri dari tinggal di rumah ni. Sebab tulah, setelah sekian lama, aku bertemu dengan kau dan aku tak sangka... Kau bukan saja tolong aku buka pintu bilik ni, malah kau temukan aku dengan ayah aku semula. Aku rasa bahagia sangat sekarang. Dan.. Aku rasa aku dah sedia untuk pergi. "

"Tunggu, Gempa. K-kau cakap yang kau ada permintaan terakhir kau. Apa dia? Biarlah aku buat selagi sempat! "

Senyuman Gempa semakin terukir. Namun, kesedihan semakin terpancar di wajahnya.

"Ya.. Aku ada satu lagi permintaan. Halilintar, tolong... Aku nak kau jaga rumah ni dengan baik. Hanya pada kau saja aku berharap segalanya. Kau boleh lakukannya, Halilintar? "

Halilintar mengangguk. Dia tahu itu permintaan terakhir Gempa. Tapi, hatinya seolah-olah meronta untuk bertanya lagi. Kerana dia dapat merasakan bahawa Gempa masih ada satu lagi perkara yang ingin dia buat.

"K-kau... Tak nak apa-apa dah? "

Gempa menundukkan wajahnya buat seketika. Kemudian dia mengganguk.

"Ada satu lagi. T-tapi... Aku harap kau tak kisah.. "

"A-apa dia? "

Gempa terbang mendekati Halilintar. Topi yang dipegangnya dilepaskan lalu bibirnya terus disatukan pada bibir Halilintar. Dengan air mata yang mengalir turun dari pipinya, Gempa mencium lembut bibir Halilintar.

Terkedu Halilintar jadinya apabila dia menerima ciuman tersebut. Tidak lama selepas mereka bercium, Gempa melepaskan ciumannya dari Halilintar dan menatap Halilintar buat kali terakhir.

Senyuman manis cuba diukir Gempa.

"Halilintar, aku suka kau. Aku suka sangat pada kau, Halilintar. Aku harap kau jaga diri dengan baik, ya? Jaga orang yang kau sayang dengan baik. Boleh? "

Halilintar terkesima. Dia tidak dapat berfikir tentang kejadian sekarang. Bayangan Gempa pula semakin menghilang.

Mendapat respon kaku dari Halilintar, Gempa hanya mengeluh kecil sebelum tersenyum semula.

"Baiklah, rasanya itu saja. Terima kasih sekali lagi, Halilintar. Untuk segalanya. Aku akan sentiasa mendoakan kau di sana nanti. "

"Gempa-... !"

"Selamat tinggal, Halilintar... "

Dan bayangan Gempa hilang. Cahaya-cahaya kecil mula memudar dan menghilang tanpa jejak. Halilintar menatap ruang hadapannya dengan pandangan yang kosong. Hatinya sebak dan pilu. Dan tanpa disedarinya, air matanya mengalir turun.

"Gempa... "

Halilintar menangis di situ. Dia meraung nama Gempa berkali-kali walaupun dia tahu orang yang dipanggilnya tidak akan menyahut lagi selepas ini. Halilintar rebah di situ, memeluk kunci di tangannya dengan erat seolah-olah membayangkan dirinya sedang memeluk Gempa.

Di dalam tangisan Halilintar, tiba-tiba terjatuh sekuntum bunga di hadapannya. Halilintar berhenti dari menangis dan melihat bunga tersebut.

Bunga Sweat-Pea. Yang bermaksud, "Terima Kasih untuk Segalanya. " dipegang oleh Halilintar. Halilintar melihat bunga tersebut. Air matanya turun kembali. Segala ingatannya bersama Gempa mula bermain kembali di dalam memorinya.

Halilintar kekal di situ sehingga dia berharap agar tiada lagi air mata yang akan mengalir selepas ini.

°•°•°

Keesokannya, kelihatan Halilintar baru sahaja pulang dari keluar untuk membeli barang. Di tangannya, dia memegang bunga yang berwarna merah yang cantik dibalut di dalam guni yang sudah lengkap dengan baja dan tanah.

Halilintar mendekati pokok bunga Violet lalu mula menggali. Apabila dia merasakan bahawa tanah yang digali sudah cukup dalam, dia pun membuka pembalut tadi dan menanam tanah yang tumbuh bunga tadi.

"Bunga carnation, aku tahu kau mesti tahu maksudnya kan, Gempa? Jadi... Sebagai membalas balik perasaan kau, aku tanam bunga ni dah kira cukup, kan? "

Halilintar mengukirkan senyuman yang tak pernah dia tunjukkan kepada sesiapa pada bunga itu. Di dalam hatinya dia berdoa, supaya Gempa menerima mesej hatinya melalui bunga tersebut.

"Pertemuan aku dengan kau sudah ditakdirkan, Gempa. Dan aku pun tidak menyesal sama sekali meluangkan masa aku bersama kau. Aku malah rasa gembira dengan takdir kita. Fate. Itulah perkataan yang sesuai dengan kisah kita berdua. Betul tak? Baiklah. "

Halilintar bangkit dari duduknya, dia memandang bunga tadi buat kali terakhir sebelum beredar masuk ke dalam rumah kembali.

"Selamat tinggal, Gempa. "










Tamat.

Macam mana dengan penamat cerita ni? Puas hati tak? 😄 Jangan risau, akan ada epilog tau! Tapi... Apa akan jadi dalam epilog tu? Siapa dapat teka? Lol.

Berikan pendapat korang dengan ending cerita kali ni, ya? Ia boleh membantu author untuk menaik tarafkan lagi cerita author untuk masa akan datang. Mana tahu akan ada cerita lain lepas ni? Fufu~

Oklah, jumpa korang di epilog pula. 😆

P/S: Siapa suka tengok adengan kiss tu? Author cuba yang terbaik dengan adengan extra tu tau! 😂

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top