Last Wished
Trigger Warning!
Kepada yang tidak selesa atau tidak menyukai suasana pembunuhan dan kekejaman, anda di minta untuk berwaspada untuk membaca chapter ini.
Anda boleh skip ke bahagian yang hampir ke bawah untuk mengelakkan dari membaca bahagian pembunuhan.
Enjoy!
Bunyi tadi semakin jelas kedengaran dan terdapat juga bunyi beberapa buah tong dibaling ke atas lantai dengan cara dihempas kuat. Gempa cuba memberanikan dirinya untuk mendekati pintu bilik belajarnya. Dia dengan tangan yang terketar-ketar memulas tombol pintu tersebut.
"Biarkan rumah ni semua terbakar dan hancur! Aku tak peduli apa akan jadi lepas kita bakar rumah ni. Yang penting, aku nak segala harta dia hangus! "
"Baik! "
Gempa terpaksa menutup mulutnya agar suaranya tidak kedengaran. Dia ketakutan.
Dengan kadar yang segera Gempa kembali menutup pintu biliknya lalu menguncinya dari dalam. Dia berundur dengan perlahan-lahan menghampiri meja belajarnya. Gempa cuba mencari apa-apa di dalam bilik itu sebagai alat untuk melindungi diri ataupun boleh digunakan untuk dia melarikan diri. Tetapi segalanya tiada. Tiada apa yang boleh digunakannya. Pasu yang ada di dalam biliknya terlalu besar dan berat untuk diangkat. Kerusi pula ialah kerusi roda. Segala perkakas alat tulisnya berada di biliknya. Buku-buku yang ada di situ pula langsung tidak boleh digunakan. Gempa menjadi buntu.
"Korang cek dekat atas juga! Kalau boleh simbah semua ruang dengan minyak! Aku nak semua tempat dibakar! "
Selepas itu, Gempa dapat mendengar bunyi tapak kaki yang semakin mendekati tempat dia berada. Bunyi tong juga banyak yang jatuh. Setiap simbahan Gempa dapat mendengarnya dengan jelas.
Gguukk! Guk! Bam!
"Weyh, pintu bilik ni terkunci lah! "
"Terkunci? Kau simbah jelah pintu dan lantai depan bilik ni dengan minyak! Bukannya bos tahu pun! Cepatlah! "
"Haih, yelah! "
Splaashh!
Splash!
Gempa dapat melihat aliran minyak mengalir masuk ke dalam bilik tempat dia berada melalui ruang bawah pintu. Air matanya mula mengalir. Dia terlalu takut untuk berbuat apa. Bagai disuntik dengan ubat pelali, Gempa akhirnya kaku di situ beserta dengan serangan panic attacknya.
"Dah siap? Jom bakar!!!"
"Wooooo!! "
Derapan langkah kaki semakin menjauh. Gempa ingin cuba untuk bergerak. Dia cuba untuk memaksakan dirinya untuk bangun tetapi tidak berjaya.
BANG!
BANG!!
BANG!
"KAMI NAK RUMAH NI DIBIARKAN TERBAKAR!! JANGAN ADA SESIAPAPUN YANG BERANI MASUK CAMPUR!! BIARKAN RUMAH INI DIBAKAR!! "
"INI ADALAH ARAHAN DARI TUAN RUMAH INI SENDIRI!! JADI JANGAN ADA SESIAPA YANG MASUK CAMPUR!! DAN JANGAN RISAU! KELUARGA TUAN RUMAH INI TELAHPUN BERPINDAH KE LUAR NEGARA! MEREKA TIDAK AKAN KEMBALI! "
Tipu!! Aku masih ada! Barang mak dan ayah masih ada!! Tolonglah sesiapa jangan percaya mereka!!!
Semakin kuat Gempa menangis. Dia sudah tidak tahu untuk buat apa.
Dengan keadaan yang memaksa, Gempa cuba menggerakkan dirinya sendiri. Dia mengheret dirinya menghampiri pintu bilik. Dengan tangan yang terketar-ketar, dia mencapai tombol pintu bilik dan cuba membukanya.
T-t-tolong... Tolonglah... Sesiapa..!!
Gempa cuba untuk melawan rasa takutnya. Dia menggoncang tombol pintu dengan kuat. Perasaannya semakin takut. Dia takut. Dia tidak mahu mati!
Klik!
Bunyi pintu berjaya dibuka kuncinya kedengaran. Gempa akhirnya dapat bernafas buat seketika walaupun tersekat. Dia cuba untuk bangun, dengan kaki yang terketar-ketar dan longlai, dia cuba bertahan di tombol pintu bilik tersebut.
Akhirnya Gempa dapat bangun. Dia cuba mengawal emosi dan perasaannya. Dia tidak boleh panik! Dia harus cuba untuk mencari jalan untuk keluar sebelum orang-orang tadi membakar rumahnya!
Krreeaaakk~
"Oh? Tengok apa kita jumpa? "
Deg!
Jantung Gempa bagai terhenti dari berdenyut seketika. Dengan diri yang terketar-ketar, Gempa mengangkat wajahnya.
"Oh? Jangan cakap ini anak diorang..? "
"Diorang tinggalkan anak diorang sendirian? Heh, kesiannya... "
Gempa kaku. Deruan air matanya mengalir dengan deras tanpa henti. Wajahnya jelas menunjukkan ketakutan dan panik. Badannya yang bergetar itu tidak dapat bergerak walaupun seinci.
"Bunuh saja dia. Dia tidak penting. "
Tidak..!
"Heh, dengan senang hati~"
Tidak..
Tidak!
Tidakk!!
Jangan dekat!!
Gempa ingin menjerit. Dia ingin lari. Tetapi badannya yang lembap itu tidak ingin bergerak!
Salah seorang dari kumpulan lelaki dewasa tadi datang mendekati Gempa. Di tangannya terdapat sebilah pisau. Dan dengan kadar kelajuan yang tidak dapat Gempa tangkapnya, dia terus mengacukan pisau tersebut ke dada Gempa.
Slaaash!
Ti-tidak-!
Sejuk. Sakit. Pedih. Itu yang dapat Gempa rasakan pada dadanya sekarang. Nafasnya mula tidak teratur.
Klang!
"Heh, setel. "
"Baik, jom blah! Dan oh, simbah budak tu dengan minyak juga. Aku tak nak dia hidup."
"Beres bos! "
Gempa jatuh terduduk di atas lantai sambil memegang tempatnya ditikam. Dia melihat keadaannya sekarang. Berdarah. Begitu banyak sekali darah yang mengalir keluar dari badannya.
"Ugh- khookk!! "
Spraatt!!
Gempa termuntah keluar darah dari mulutnya. Dia melihat tangannya. Bunga mawar putih yang sedari tadi lagi dipegangnya kini sudah berwarna merah pekat. Diselaputi dengan warna darahnya. Warna mawar yang berwarna putih itu tadi kini telahpun bertukar menjadi warna mawar merah gelap.
Bunga mawar gelap... Kematian...
Air mata Gempa semakin deras mengalir. Segala rasa pedih dan kesakitannya semakin dapat dirasai. Dia dapat merasakan bahawa aliran darahnya semakin deras mengalir keluar dari badannya.
Splash!
Splash!
Gempa disimbah pula dengan air minyak pada badannya. Dia semakin lemah. Penglihatannya semakin kabur.
Dengan longlai Gempa mula rebah ke sisi kanannya. Dengan pandangan yang kabur, dia dapat melihat kumpulan lelaki tadi mula beredar. Dan salah seorang dari mereka masih kekal di situ. Gempa dapat mendengar bunyi mancis dibuka dan dengan waktu yang kelihatan perlahan, Gempa dapat melihat mancis tadi jatuh ke lantai.
Tidak-
WHOOOMMM!!
"Aghh-!! "
Gempa semakin kuat mengeluarkan darah dari mulutnya.
Sakit...
Sakit..!!
Sakit!!
Tolong..
Tolonglah!!
TOLONG!!
Badan Gempa mula dapat merasakan bahang yang panas dan rasa sakit dibakar. Kulitnya seolah-olah disiat dengan kejam sekali oleh ketajaman api. Isinya bagai direbus dengan minyak yang amat panas sekali.
"Tolong... M-mak.. A-ayah... Isk.. Tolong.. G-Gempa... Mak.. Ayah..! "
Gempa hanya mampu menangis meratapi dirinya sendiri. Dia sudah tewas. Dia sudah ditakdirkan untuk mati dengan keadaan sebegitu.
Dari dalam biliknya, dia dapat mendengar bunyi marak api yang memakan semua isi kandungan dalam rumahnya. Dan Gempa baru tersedar bahawa dirinya terperangkap di dalam bilik itu. Dia tidak sedar sejak bila lagi dirinya ditinggalkan.
Gempa dapat melihat pintu yang semakin terbakar. Dia juga masih dapat melihat bahawa tombol pintu mula mencair.
Tidak masuk akal. Tetapi itulah apa yang dilihat oleh Gempa sekarang. Sekarang barulah dia percaya bahawa sebarang perkara yang tidak masuk akal juga boleh berlaku tidak kira apa jua keadaan. Hanya kita yang sering bertelingkah dengan akal kerana ingin perkara yang logik sahaja untuk diterima.
Penglihatan Gempa semakin kabur. Dia dapat merasakan bahagian perutnya telah terbakar dengan sadis sekali. Dia ingin menjerit kesakitan tetapi dia sudah terlambat. Dia sedar dia sudah tidak dapat diselamatkan. Jika bomba atau pasukan menyelamatkan sampai sekalipun, dia akan mati juga.
Dan mulai dari hari itu, Gempa mula memohon permohonan terakhirnya.
Tuhan... Izinkan aku... Buat kali terakhir... Tolonglah.. Izinkan aku... Untuk bertemu dan melihat wajah mak dan ayah aku. Buat kali terakhir sahaja... Sebelum aku meninggalkan dunia ini... Tolonglah. Aku sangat menyayangi mereka... Tolonglah...Dan biarkan bilik ini dilindungi juga.. Jangan ada yang hangus... Aku belum bersedia... Tolong..
Dengan nafas yang mula perlahan, Gempa mula menutup matanya. Jantungnya sudah tidak dapat dirasai. Gempa menghembuskan nafasnya terakhirnya buat kali terakhir.
Rumah yang didiami oleh Gempa dan keluarganya hangus dibakar pada malam itu. Dan tiada sesiapa pun tahu bahawa mayat Gempa masih ada di dalam bilik tersebut. Sampailah sekarang.
__________________
END FLASHBACK
20 TAHUN KEMUDIAN
Halilintar cuba sehabis boleh untuk menahan air matanya dari mengalir keluar dari kelopak matanya. Sungguh dia merasakan perasaan hiba sekali atas apa yang terjadi kepada Gempa. Dia sendiri tidak percaya bahawa kejadian itu diceritakan sendiri oleh orang yang pernah merasainya. Dan dia sedang berada di depannya sekarang.
"Dan sejak dari hari itu, aku tersedar seperti baru bangun dari tidur. Aku cuba untuk mencari mak dan ayah aku. Tapi akhirnya aku sedar sesuatu, aku rupanya sudah tidak bernyawa. Aku sendiri melihat diri aku yang sudah rentung dan hangus terbakar. "
Gempa menundukkan wajahnya menatap lantai bilik dengan pandangan yang kosong. Dia mahu menangis. Tetapi rasanya air matanya sudah habis untuk dikeluarkan. Dia sudah meratapi nasibnya ini sudah 20 tahun lamanya. Dan sekarang apabila dia mengingat kembali akan memori hitam itu, dia sudah tidak merasakan apa-apa. Yang dirasainya hanyalah penyesalan.
Halilintar yang sedari tadi melihat Gempa sudah faham benar dengan roh itu. Dia menenangkan dirinya dengan menghela nafas.
"Itu... Kau tak cuba untuk cari mak ayah kau ke? "
Gempa menganggukkan kepalanya.
"Ada. Aku cuba untuk keluar dari rumah tapi... Aku rasa aku sudah tersekat sepenuhnya di dalam rumah ni. Aku tak boleh melangkah keluar dari pagar rumah. Kalau tak, aku akan ditarik semula masuk ke dalam rumah tanpa aku sedar langsung. Pernah juga aku tunggu kepulangan mak ayah aku. Tapi mereka tak muncul langsung. Aku syak yang... Mungkin mereka juga dibunuh oleh kumpulan lelaki tu sebaik sahaja mereka pulang. Sebab... Mereka tahu mak dan ayah aku ke luar negara untuk bercuti selama seminggu. "
Halilintar mengangguk faham. Dia juga memikirkan sekiranya dia berada di tempat Gempa, pasti dia pun akan memikirkan hal yang sama. Ditambah pula harus berputus asa kerana terikat dengan rumah lama ini.
Tetapi seketika kemudian Halilintar tersedar sesuatu. Dia diam seketika untuk cuba menyempurnakan pemikirannya. Selepas itu, dia pun memegang bahu Gempa.
"Gempa! "
Gempa berpaling ke arah Halilintar dengan wajah yang terkejut.
"Y-ya? "
"Kalau aku cakap yang aku akan tolong kau.. Macam mana? "
"A-apa? "
Tinggal beberapa chapter. Dan segalanya akan berakhir. 😭
By the way harap-harap takde yang menangis, ya? Author dah cuba kurangkan garam dan bawang dalam ni jadi rasanya tak akan ada kot yang menangis. Kan? 😅😂
Ok harap semua dapat tunggu kelanjutannya! Terima kasih sudi membaca! 😆
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top