It is Not A Dream!

"APA?! KAU MAKAN APA YANG BUDAK TU MASAK?!! "

Halilintar hanya mengangguk dengan bersahaja. Dia sudah menjangkakan bahawa Taufan dan Blaze akan memberikan reaksi sebegini jika dia menceritakan apa yang terjadi semalam.

"Biar betul?! Kau tak rasa apa-apa ke lepas makan?! "

"Entah. Rasa sedap adalah. "

Blaze merengus kasar. Dia berjalan mendekati Taufan yang sedang duduk lalu membuka luas kaki Taufan dan duduk di antara kaki Taufan. Disilang kakinya di atas kaki satu lagi dan tangannya di atas bahu Taufan. Amboi kau Blaze? :v Taufan tunjuk muka pasrah sahaja.

"Tak percayalah aku! Mana mungkin hantu boleh memasak! "

"Betullah. Aku tak tipu. Awalnya aku pun tak percaya. Tapi lepas dia menceritakan segalanya, baru lah perlahan-lahan aku percaya dan cuba untuk percaya. "

"Iya? Dia cerita apa? "

Solar yang semakin tertarik dengan kisah Halilintar mula semakin bertanya untuk ingin tahu. Kisah kali ini sungguh luar biasa. Tidak seperti fakta yang sering bermain dalam fikiran manusia. Kali ini kita akan berdebat hebat dalam alam ghaib!

"Hmmm... Dia cakap yang dia adalah roh baik. Alah, sama macam orang Timur percaya tu. Lepastu macam mana dia boleh memasak tu adalah sebabnya dia boleh membenarkan diri sendiri dan apa-apa sahaja untuk disentuh. Maksudnya.. Kalau dia membenarkan dirinya untuk menyentuh sesuatu barang, dia akan dapat menyentuhnya. Dan jika contohnya... Dia dia nak aku sentuh dia, aku boleh sentuh dia. "

"Kejap, sentuh dekat mana tu? "

Semua terdiam seketika apabila mendengar soalan Blaze. Tunggu, kenapa lain macam je soalan dia tu?

"WOY! KUNING PUNYA OTAK!! KAU INGAT HANTU ADA *beep* KE?!! "

Taufan memukul kuat kepala Blaze. Wajahnya dan yang lain sudah kemerahan kerana... Ya... Lelaki lah katakan?

"Cilaker! Kau ingat aku nak sentuh ke *beep* tu! Kalau dia suruh pun aku takkan sentuhlah *beep* tu!! "

Halilintar menghentakkan mejanya sambil cuba menenangkan dirinya. Sekarang dia mula serabut memikirkan dan mengingat kembali akan keadaan Gempa kelmarin. Gempa ada ke benda tu?

"Tak, tak. Dah kenapa semua seronok sebut *beep* *beep* ni? "

Solar mula bertanya hairan. Wajahnya masih kemerahan dan ia juga memberikan kesan pada telinganya. Amboi, merahnya!

"Itu satu hal. Yang semua ayat disensor dengan *beep* *beep* ni dah kenapa? "

Ais bertanya pula sambil memandang wajah setiap sahabatnya. Wajahnya juga tidak kalah merahnya.

"Shhh!! Thorn kan ada dekat sini! Kita kena sensor dengan *beep* sebab tak nak dia terkena! "

"A-apa?! Ish, Thorn dah besarlah! Mestilah Thorn tahu *beep* tu apa!! "

"Aish! Sudah! Sudah! Macam-macam lah korang ni! Dari cerita seram jadi cerita po**o pula! "

Taufan sudah panas wajahnya kerana harus mengelakkan dirinya dari memikirkan benda pelik-pelik. Inilah barahnya apabila ditakdirkan menjadi lelaki, mudah terbawa suasana apabila bercakap tentang benda yang tidak sepatutnya. Di dalam kelas pula tu!

°•°•°

Klik!

Halilintar melangkah masuk ke dalam rumah sewanya lalu membuka kasutnya. Disimpan kasut tersebut di atas rak lalu dia pun berjalan menuju ke ruang utama rumah. Dilabuhkan punggungnya di atas sofa diselangi dengan helaan nafas kerana kelelahan. Halilintar melihat ke arah siling rumah sewanya. Kosong.

Halilintar diam buat seketika. Cuma menenangkan jiwa dan mindanya yang penat dengan aktiviti hari ini. Dia melihat jam tangannya. Pukul 6 petang.

Grroowwl~

Bunyi perut Halilintar menyedarkannya bahawa dia masih belum makan apa-apa lagi petang itu. Kerana pembentangan berkumpulan tadi membuatkan dia tidak lalu makan kerana risau lecturernya akan memberi point rendah buat kumpulannya. Tetapi nasib baiklah hari ini mood lecturernya baik. Jadi markah seluruh student memuaskan.

Halilintar membuat keputusan untuk naik ke biliknya dan mandi. Peluh yang ada di badannya cukup membuatkan dirinya rimas dan melekit. Begnya dibawa di bahu semula dan dia pun berjalan naik ke tingkat atas.

Sementara dia berjalan menuju ke bilik yang ada di tengah ruang, Halilintar ternampak sebuah bilik yang berada di bahagian paling hujung. Pintu yang berwarna putih.

Pada hari pertama Halilintar masuk ke rumah ini dia ada ternampak akan bilik tersebut. Tetapi dia tidak terdetik untuk melihatnya kerana dia rasa ia tidak penting. Tetapi hari ini dia terdetik pula ingin melihat ruang dalamnya.

Dengan langkah yang biasa Halilintar mendekati bilik tersebut untuk membukanya. Dia dengan perlahan memulas tombol pintu tersebut.

Berkunci.

Halilintar berkerut hairan. Dia pun mengeluarkan kunci yang ada di dalam poket seluarnya.

Tuan rumah kata yang semua kunci rumah ni ada dekat sini. Harap-harap yang bilik ni ada.

Halilintar pun mencuba satu per satu setiap kunci untuk membuka bilik tersebut. Dari kunci pertama hingga kunci yang terakhir dia tidak dapat membuka langsung pintu bilik tersebut. Dia kemudian cuba untuk mengulanginya kembali.

"Halilintar? "

Panggilan suara Gempa mengejutkan Halilintar dari apa yang sedang dia lakukan. Halilintar pun segera menoleh dan mendapati Gempa sedang berada di belakangnya.

"G-Gempa. Kenapa kau muncul ni? "

"Hm? Tak boleh ke? Ini kan rumah aku. "

Halilintar mengetap bibirnya. Dia terlupa bahawa Gempa adalah roh yang berpenghuni di dalam rumah sewanya sekarang.

Walaupun masih tidak dapat membiasakan diri dengan keadaannya sekarang, tetapi Halilintar mencuba untuk menyesuaikan dirinya. Dia masih takut untuk melihat Gempa yang sedang terapung dan berbadan lutsinar itu. Tetapi kali ini dia tidak rasa untuk lari pun. Mungkin baginya Gempa bukan ancaman.

"Halilintar pula buat apa dekat sini? "

"Ah? Aku? Aku... Errr... N-nak tengok apa ada dekat dalam bilik ni. Tu je. "

Gempa menganggukkan kepalanya tanda faham. Selepas itu dia pun tersenyum.

"Abaikan jelah bilik ni. Tak penting pun. Apa kata aku bawa kau pergi laman rumah? Mesti kau tak tengok lagi, kan? "

"Eh, t-tapi aku nak mandi dulu lah. "

"Oh yeke..? Uumm... Kalau macam tu kau mandi dulu dan aku tunggu, ya? Aku nak tunjuk pokok-pokok yang ada dekat laman rumah ni. Mesti kau suka! "

"Eerr... O-okay... "

"Baiklah, aku tunggu dekat bawah, ya? Jangan lama sangat! "

Halilintar mengangguk tanda faham. Selepas itu, Gempa pun terbang pergi menuju ke tingkat bawah dan meninggalkan Halilintar sendirian di tempat yang sedang dia berdiri sekarang. Halilintar kembali menoleh ke arah bilik tadi. Ditenungnya lama pada pintu bilik berwarna putih itu. Jiwanya seolah-olah meronta untuk membuka pintu tersebut tetapi jiwa satu lagi cuba menolaknya. Seolah-olah mengatakan bahawa dia tidak perlu masuk campur dan ambil tahu segalanya.

Bukan masalah aku... Kan?

Tidak lama kemudian Halilintar pun berjalan menuju ke arah biliknya untuk bersiap mandi dan menukar pakaian. Biarlah niatnya itu ditunda. Kerana sekarang dia ingin menenangkan jiwanya.









Kisah yang mula menuju ke kemuncak.
Macam awal sangat tapi memang sengaja buat awal pun. 😂

Author pasti ramai yang dapat teka apa akan jadi lepasni. Biarlah semua menjadi cliche, ya? Malas nak buat misteri sangat. 😂

Oklah, see you in next update!
Berikan support dan review masing-masing ya?? 😆😆💞💕 Plus maaf sebab lambat update! Next update pun akan lambat juga! 😂💦

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top