I'm Scared

"Bagitahulah aku! Kenapa kau susah sangat nak bagitahu? "

"A-aku bukan tak nak bagitahu kau! A-aku cuma belum bersedia! "

"Apa yang kau tak sedia nya? Kan itu sebabnya kau masih ada di sini? "

Halilintar menatap roh di hadapannya dengan hairan. Mengikut apa yang diceritakan oleh Gempa siang tadi, Gempa kekal berada di dunia ini sesuai dengan permintaan terkahirnya. Dia akan pergi selepas bertemu dengan mak dan ayahnya.
Tetapi disebabkan dia tersekat di rumah ini, dia tidak dapat keluar mencari mak ayahnya melainkan menunggu mereka pulang ke rumah ini kembali. Tetapi ia membuatkan Gempa terpaksa menunggu selama 20 tahun lamanya! Malah, Gempa sendiri tidak pasti sekarang sama ada mak dan ayahnya itu masih hidup lagi ataupun tidak.

"Gempa, aku nak tanya kau juga tentang ni. Selain aku atau sebelum aku, ada ke orang lain yang datang untuk sewa rumah ni? "

Gempa menoleh ke arah Halilintar semula. Akhirnya, topik perbualan yang Halilintar sendiri mengubahnya. Sekarang barulah Gempa selesa untuk bercakap dengan Halilintar.

"Ada juga... Dalam 3 - 5 orang. Tapi sebab kehadiran aku kebanyakannya lari keluar selepas jumpa aku. Padahal aku tak bermaksud pun nak mengejutkan diorang."

Gempa mencebik bibirnya kesal. Dia agak kecewa dengan kehadiran penyewa lain yang pernah bertandang ke rumahnya ini. Setiap kali mereka ternampaknya, pasti ia akan diakhiri dengan jeritan yang sama dan keadaan yang sama. Iaitu mereka melarikan diri dan keluar dari rumah itu. Meninggalkan segala barang dan harta di rumah itu juga.

Halilintar menilik Gempa atas bawah. Sebenarnya dia ada syak sesuatu dengan cerita Gempa itu. Tidak mahu bersoal jawab sendirian, Halilintar pun bertanya.

"Jangan cakap yang kau pergi tegur diorang lepas diorang nampak kau.. Sama macam keadaan aku hari tu? "

Gempa memandang ke arah Halilintar sebelum mengangguk dan tersengih seperti kucing yang tak ikhlas. Mendapat respon dari Gempa, Halilintar pun terus menepuk dahinya kuat.

"Aduh, Gempa... Kau dah kenapa? Kau sedar tak kau tu 'apa'? "

Gempa memuncungkan bibirnya kecewa.

"Mesti lah. Aku tahu lah aku ni roh yang orang boleh nampak kalau aku izinkan. Tapi tak payahlah terkejut sampai macam tu sekali. Apa seram sangat ke muka aku ni? "

Halilintar menghela nafas buat kesekian kalinya. Ah, sabar sajalah. Tak boleh salahkan Gempa juga. Dia mati pada usia yang belum matang sepenuhnya. Jadi tidak hairanlah kalau pemikirannya juga singkat sebegitu rupa.

"Kau tak boleh tegur diorang sama macam kau tegur kawan-kawan kau, Gempa. Kau tahu kan manusia biasa kebanyakannya tak ada kelebihan untuk tengok benda macam... Kau ni. Jadi bila kena tengok tanpa persediaan dah sah diorang takut. Kau kira beruntung tau sebab aku ni lain dari diorang. Aku masih kekal duduk di sini walaupun kadang-kadang ragu-ragu juga dengan masakan kau tu. "

"Kau tak suka ke aku memasak untuk kau?"

"Bukanlah. Aihh.. Budak ni. Sudah, kembali ke topik asal tadi. Sekarang ni, aku nak kau kasi tahu aku nama mak ayah kau dan aku akan tolong cari. Boleh? "

Wajah Gempa kembali berubah masam. Dia terus menggelengkan kepalanya dan terbang pergi meninggalkan Halilintar seorang diri di ruang tengah rumah tersebut.

"Eh? Woi, Gempa! Tunggulah! "

Halilintar cuba mengejar dari belakang. Dia mengekori Gempa sehingga mereka berdua tiba di kawasan belakang rumah milik Gempa.

Halilintar melihat Gempa sedang berdiri di hadapan sebuah rimbunan pokok bunga yang banyak dan kelihatannya mekar di tengah malam itu. Halilintar pun terus menghampiri Gempa.

"Kau... Tak nak cakap juga ke kenapa kau tak nak kasi tahu aku nama mak ayah kau?"

Halilintar tidak memandang ke arah Gempa. Sebaliknya dia melihat ke arah pokok bunga yang sedang dipandang oleh Gempa. Kalau tak silap itu ialah bunga hydrangea.

Gempa menghela nafas buat seketika dan mula memandang ke bulan yang bercahaya terang pada malam itu.

"Aku bukan tak nak tapi... Uummm... S-salah ke kalau aku cakap aku tak nak tinggalkan kau..? "

Gempa menoleh ke arah Halilintar yang ternyata mendapat tatapan wajah oleh Halilintar. Kening Halilintar berkerut hairan.
"Apa maksud kau? "

Gempa mengetap bibir bawahnya bagi menahan rasa gugup sebelum mula membuka suara semula.

"Aku tak nak tinggalkan Halilintar seorang diri. Aku... Rasa selesa dengan Halilintar. Jadi bila aku fikir balik... Takpelah kalau tak jumpa mak ayah aku. Asalkan aku bersama Halilintar aku akan ok. "

Halilintar menelan ludahnya yang terasa perit untuk ditelan selepas mendengar kejujuran Gempa. Dia tidak sangka bahawa Gempa akan berfikir sebegitu.

Namun, Halilintar telah sedar akan sesuatu. Dia dan Gempa berbeza. Halilintar tertawa sendirian kerananya.

Gempa memandang ke arah Halilintar dengan hairan. Apa yang kelakar?

"K-kenapa? "

"Haih... Gempa.. Gempa.. "

Halilintar menggelengkan kepalanya buat beberapa kali sebelum memandang ke arah Gempa semula.

"Aku bertemu dengan kau tidak sepertimana orang lain bertemu dengan insan baharu di dalam hidup mereka. "

Gempa terdiam mendengarnya. Namun dia membiarkan Halilintar meneruskan kata-katanya.

"Pertemuan kita lain dari yang aku sangkakan namun... aku tidak menyesal bertemu dengan kau dan mengenali kau. "

Halilintar mengalihkan perhatiannya dari Gempa. Dia menundukkan kepalanya sebelum memandang ke arah Gempa semula.

"Jadi... Sebagai membayar balik segala kebaikan kau, Bolehkah aku lakukan sesuatu sebelum kau pergi? "

Gempa terdiam kerananya. Hatinya agak sakit untuk menerima bahawa Halilintar mungkin sudah ingin dia pergi dari dunia ini. Tetapi Gempa tidak mahu menunjukkan perasaannya. Dia diam sahaja.

"Berikan aku masa... Untuk fikirkannya dahulu... "

Halilintar mengangguk faham. Dia pun tidak ingin memaksa Gempa. Biarlah masa yang menentukan keadaan mereka di masa hadapan.

°•°•°

"Amato. "

Halilintar terhenti dari menikmati mee goreng untuk sarapan paginya. Dia memandang ke arah Gempa dengan pandangan yang memohon penjelasan.

"Nama ayah aku. Amato. Kalau kau kenal kau bawalah dia ke sini. Kalau kau tak kenal, pandai-pandai lah kau cari. "

Halilintar tidak menyangka bahawa keadaan seperti ini akan berlaku. Padahal baru sahaja semalam Gempa mengelak untuk memberitahu nama mak ayahnya. Sekarang pagi ini, dia tiba-tiba menyatakan nama ayahnya.

Halilintar mendiamkan dirinya sahaja apabila dia mendengar nama yang disebut oleh Gempa itu keluar dari mulut roh itu. Dia cuba mengingatkan memorinya kepada orang bernama Amato itu.

Pelik... Rasanya macam pernah dengar nama tu.

Baru sahaja Halilintar hendak bertanya, telefonnya tiba-tiba berdering sehingga mengejutkan dirinya sendiri. Halilintar melihat skrin telefonnya. Nampaknya kawan-kawannya sudah mula mencari keberadaannya. Satu helaan nafas dilepaskan oleh Halilintar sebelum dia mengambil telefonnya dan menjawab.

"Helo? Ya, aku on the way dah ni. Kalau aku masuk lambat pun takpe. Aku memang sengaja. Korang masuk lah dulu. Nanti aku datang. "

Selepas itu, panggilan pun berakhir dan Halilintar menyimpan semula telefonnya sebelum dia sambung menghabiskan mee gorengnya. Sementara Halilintar sedang menghabiskan makanannya, dia diperhatikan sahaja oleh Gempa di hadapannya.

Pandangan wajah Gempa jelas menunjukkan riak wajah yang sedih. Namun dia tidak mahu mengatakannya. Biarlah apa akan jadi selepas ini terjadi. Dia mahu fokus pada keadaannya dan Halilintar sekarang.







Mungkin tinggal 2 atau 3 chapter lagi rasanya. Tapi yang pasti cerita ini akan habis dah. 😭

Oh ya, author nak tanya, korang nak tak epilog untuk cerita ni? Rasanya untuk 1 chapter khas epilog pun bagus juga, kan? Tapi epilog sajalah. Sambungannya takde. 😂😂

Nantikan next chapter ya! 😆

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top