History
"Y-ya... Aku terpaksa cuti. Jadi kau t-tolong isi borang cuti, ya? Hm.. Tq. "
Halilintar mematikan panggilan telefonnya dan menyimpan telefonnya di atas meja belajar di sebelah katilnya. Satu helaan nafas dilepaskan dengan berat.
Sekarang ini Halilintar terlantar di atas katil biliknya. Dengan cool fever di atas dahinya dan diselimutkan dirinya dengan kain selimut tebal pula. Wajahnya juga kemerahan kerana demam teruk.
Di dalam hati Halilintar memang menyumpah seranah pada dirinya sendiri. Dia tak dapat terima kenyataan bahawa hanya kerana terkejut dia boleh demam sampai begini sekali.
Manakala Gempa yang menjadi penyebab utama demam Halilintar mula memohon maaf dan ingin menjaga Halilintar sebagai penebus kesalahannya. Dia terbang sambil membawa masuk mangkuk bubur untuk diberikan kepada Halilintar.
"M-maafkan aku, Halilintar... Aku... Aku tak tahu pun kau akan terkejut... "
"KAU GILA KE?! MACAM MANA AKU TAK TERKEJUT BILA TENGOK MUKA KAU MACAM TU SEMALAM?! "
Halilintar memandang ke arah Gempa dengan mata yang membutang. Dia masih malu dengan Gempa kerana dia menunjukkan kelemahannya pada roh itu. Dan dia merasakan bahawa dia memang sudah hilang kebanggannya sebagai anak jantan.
Gempa mengetap bibirnya dengan serba salah. Dia pun mula mengubah posisinya dengan duduk berlutut di atas lantai dan menundukkan kepalanya menghadap ke arah Halilintar.
"Aku... Aku betul-betul minta maaf! Aku tak tahu pun yang... Yang muka aku hodoh gila waktu menangis... "
"Kau tak pernah tengok cermin ke waktu kau menangis, hah? "
"..."
Halilintar baru tersedar bahawa dia bertanya akan soalan yang tidak masuk akal. Seketika dia mengutuk pada dirinya sendiri kerana terlupa bahawa Gempa memang tak boleh tengok cermin kerana 'keadaannya'.
"Maaf. "
Gempa menggeleng kecil.
"Bukan salah Halilintar. Memang salah aku. Tak kira aku hidup atau dah mati, aku tetap menyusahkan ramai orang di sekeliling aku. Aku ni tak guna, kan? "
Halilintar berpaling ke arah Gempa dengan kening yang berkerut. Dia seolah-olah menangkap bahawa Gempa sedang menyampaikan sesuatu kepadanya.
"Oi, Gempa. "
Gempa mendongak ke atas untuk memandang ke arah Halilintar semula. Halilintar melambaikan tangannya sebagai arahan untuk dia mendekat. Gempa tanpa berfikir panjang pun terus bangun dan terbang mendekati Halilintar.
Halilintar cuba menarik nafas dan menghembusnya untuk menenangkan dirinya. Walaupun kepalanya sedang pening sekarang, tetapi dia ingin selesaikan sesuatu dengan Gempa.
Jadi, dengan perasaan yang dibuat-buat berani, dia pun menghulurkan tangannya dan memegang tangan Gempa. Dan hal itu membuatkan Gempa sedikit terkedu.
Apa yang mengejutkan Halilintar adalah dia memang dapat memegang tangan Gempa. Dan dia dapat merasakan hawa sejuk dari tangan tersebut. Tetapi apa yang lebih mengejutkannya adalah dia dapat merasakan bahawa betapa lembutnya tangan Gempa. Tetapi Halilintar tidak ingin ia terbawa suasana. Dia masih tetap dengan niatnya.
"Boleh tak kau ceritakan pada aku tentang kisah kau semasa kau hidup sampailah kau mati? Aku nak tahu. "
Gempa terkejut dengan soalan Halilintar. Dia cuba untuk menarik tangannya dari Halilintar dengan perlahan-lahan tetapi Halilintar seolah-olah tahu tindakannya jadi Halilintar terus mengemaskan pegangannya pada tangan Gempa.
"Jangan sesekali kau ingin cuba untuk lari, Gempa. "
Gempa terdiam seketika. Melihat wajah serius Halilintar yang menunjukkan dia betul-betul berharap, membuatkan roh itu menghela nafas dan mengangguk faham.
"Baiklah.. "
Halilintar tersenyum mendengarnya. Dia pun membiarkan roh itu duduk di atas katil bersamanya agar roh itu selesa dengan kedudukannya.
"Uuhmm... Tapi boleh tak kau lepaskan tangan aku dulu? "
Halilintar baru tersedar bahawa dia masih memegang tangan Gempa. Mereka berdua diam seketika. Kemudian Halilintar buat-buat batuk.
"Ugh.. B-biarkan. Aku takut kau.. L-lari je. "
"Aku takkan lari lah... "
"Dah lah! Kembali ke topik asal! Baik kau ceritakan cepat. "
Halilintar mula mengugut. Gempa menghela nafas untuk kesekian kalinya sebelum mengangguk faham.
"Hmm... Macam mana nak mula, ya? Baik aku terus kepada beberapa hari sebelum kejadian aku mati dibunuh saja. "
Halilintar mengangguk faham.
FLASHBACK
__________________
20 TAHUN YANG LALU
"Eh? Pergi melancong? "
Seorang remaja beriris emas memandang terkejut ke arah ibubapanya. Buah nanas di tangannya terus disumbatkan ke dalam mulutnya dan dikunyah perlahan.
"Iya. Jadi mak dan ayah nak tanya kamu, kamu nak tak pergi bersama? "
Mak Gempa mengukirkan senyuman manisnya yang sama seperti Gempa ke arah anak tunggalnya itu. Gempa mengangguk faham.
"Kami rancang tak nak pergi lama sangat pun. Tapi kalau kamu nak ikut, kami plan baik kita pergi seminggu? "
Gempa menelan nanas yang selesai dikunyahnya. Dia mengambil satu lagi potongan nanas dan dimakan pula.
"Gempa bukan tak nak. Tapi Gempa rasa baik mak dan ayah pergi saja. Sebab Gempa nak fokus pada matapelajaran Gempa nanti. Kan tak lama lagi Gempa akan masuk U? "
Mak dan ayah Gempa saling berpandangan antara satu sama lain. Jelas kelihatan wajah mereka kecewa dan risau ke atas anak tunggal mereka itu.
Mak Gempa segera meraih tangan anaknya dan digenggam lembut.
"Sayang, sudah-sudahlah tu. Kamu sudah belajar tanpa henti sejak mula bersekolah. Mak dan ayah nak juga luangkan masa dengan kamu. Kita bercuti sama-sama, ya? Ayah kamu dah tempah tempat untuk kita bercuti tau? "
Gempa menggelengkan kepalanya. Dia menelan nanas di dalam mulutnya.
"Takpelah, mak. Gempa tak rasa nak bercuti lagi. Mak dan ayah pergilah, ya? "
Jawapan Gempa mendapat helaan nafas kecewa daripada kedua ibubapanya. Gempa tahu bahawa apa yang dilakukannya itu telah menyentuh hati dan perasaan ibubapanya. Tetapi dia masih ingin terus berada di rumah walaupun dia sudah habis belajar di dalam era sekolah menengahnya.
3 HARI KEMUDIAN
"Gempa betul ni tak nak ikut? "
Mak Gempa bertanya sekali lagi bagi mendapatkan kepastian. Gempa dengan yakin menganggukkan kepalanya. Dia tidak tahu sebenarnya bahawa hari itu dia akan pergi meninggalkan ibubapanya buat selama-lamanya. Mungkin tanda-tanda untuk dia pergi tidak dapat dikesan.
"Mak dan ayah berseronoklah, ya? Jaga diri! Gempa sayang mak dan ayah! "
Mak dan ayah Gempa saling berpandangan sebelum mereka pun mendekati Gempa lalu memeluk anak tunggal kesayangan mereka dengan erat. Di dalam pelukan itu, Gempa dapat mendengar suara bisikan lembut dari maknya.
"Mak dan ayah sayang kamu juga. Jaga diri juga tau. Jangan kemana-mana seorang diri. "
Mak Gempa melepaskan pelukannya dari Gempa. Begitu juga dengan ayah Gempa. Mereka menatap wajah anak tunggal mereka dengan lekat. Entah kenapa mereka rasa sebak dan takut untuk meninggalkan Gempa seorang diri kali ini. Padahal ibubapa Gempa sering keluar negeri kerana kerja dan tugas ayah Gempa. Tetapi kali ini... Entahlah. Rasanya seperti inilah kali terakhir mereka akan menatap wajah Gempa.
"Mak dan ayah sayang kamu, sayang. Tolong janji pada mak yang kamu akan jaga diri dan tunggu kami balik ya? "
"Mak ni... Gempa tahu jaga diri lah. Mak dan ayah risau sangat tau! Bukannya Gempa akan pergi selama-lamanya pun. "
Salah. Gempa tidak sepatutnya berkata sedemikian. Dia tidak tahu apa akan jadi kepadanya selepas ini. Dia tidak tahu bahawa saat itu sahaja dia ada kesempatan untuk melihat wajah ibubapanya. Sebelum tiba saatnya dia akan pergi meninggalkan mereka.
Mak Gempa memeluk Gempa buat kali terakhir dan pasangan suami isteri tersebut pun bertolak ke airport. Meninggalkan anak mereka sendirian. Tanpa pengawasan dan keselamatan yang kukuh.
°•°•°
2 hari kemudian selepas ibubapa Gempa pergi bercuti. Gempa mengambil kesempatan untuk menikmati suasana di laman rumahnya. Dia melihat kebun-kebun bunga yang begitu mekar sekali di sekeliling rumah tersebut. Segalanya adalah hasil daripada mereka sekeluarga. Gempa melihat di kawasan rumahnya. Begitu banyak sekali bunga-bunga yang mula mekar di kebun mereka.
Gempa mendekati sebuah pokok bunga yang kelihatan banyak sekali daun-daun dan bunganya. Dia kenal nama bunga tersebut.
"Poeny. Sama seperti maksudnya. Semoga bunga ini memberikan kebahagiaan kepada keluarga aku."
Gempa tersenyum melihat bunga tersebut. Kemudian dia beralih pula ke bunga lain. Dalam banyak-banyak bunga di situ, ada juga yang menarik perhatiannya. Dan Gempa mendekatinya pula.
"Hydrangea. Mak kata dia nak tanam bunga ni sebagai tanda terima kasih kepada ayah kerana sudi menerimanya sebagai isteri. Dan juga sebagai simbolik perkahwinan mereka. Tak sangka... Cantik juga bunga ni, ya? Hydrangea... Maksudnya ialah terima kasih, ya? "
Gempa akui memang bunga tersebut cantik sekali. Kesemuanya berkembang mekar di dalam kebun tersebut. Kebanyakan bunga tidak ditanam di kawasan hadapan rumah mereka kerana tidak mahu dirosakkan oleh kanak-kanak nakal, jadi keluarga Gempa mengambil inisiatif untuk menanam sebanyak yang boleh di kawasan belakang rumah mereka agar ia akan tetap memberikan seri kepada rumah tersebut.
Gempa berjalan-jalan dengan senang hati sambil mengelilingi kawasan rumahnya. Suaranya bersenandungkan sebuah lagu kecil dari mulutnya. Tidak lama kemudian, dia ternampak pula kawasan bunga violet di sebelah kawasan bunga mawar. Dengan perasaan teruja dia terus berlari-lari anak mendekati kawasan bunga berwarna ungu tersebut.
"Waaahh! Banyaknya! "
Gempa terjerit kagum. Namun dia tidak kekal lama di situ. Dia terus berlari masuk ke dalam rumah dan naik ke tingkat atas untuk mengambil sesuatu. Tidak lama kemudian, dia pun turun semula dan menuju ke arah bunga violet tadi.
Gempa sempat mengambil cangkul kecil dan dia menggali tanah yang berada berdekatan kawasan bunga violet tersebut. Selepas dia yakin dengan kedalaman tanah tersebut, dia pun mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.
Sebuah kunci.
Kunci tersebut diikat dan dibungkus ke dalam plastik yang lutsinar. Dengan senyuman manisnya, Gempa menanam kunci tersebut ke dalam tanah tempat dia gali dan menimbus semula.
"Aku tak tahu kenapa aku buat macam ni tapi... Aku harap ia bermanfaat. Memandangkan aku ada kunci satu lagi, jadi kunci yang ni baik aku tanam. Jadi pokok violet... Tolong jagakan kunci ni baik-baik,ya?"
Gempa tersenyum. Kunci yang ditamanya itu bukanlah kunci biasa. Ia adalah kunci bilik belajarnya. Bilik yang menyimpan segala memori manis Gempa sejak dari kecil hinggalah dia tamat sekolah menengah. Gempa menyimpan segala memorinya di dalam bilik tersebut dan dia berharap selamanya dia akan jaga bilik itu dengan baik.
Setelah puas hati dengan tindakannya, Gempa pun bangun semula dan berjalan mendekati pokok bunga mawar. Dia melihat satu per satu warna-warna bunga mawar itu. Tiba-tiba dia ternampak pohon bunga mawar yang bunganya berwarna putih.
Gempa kagum dengan warna putih suci bunga tersebut. Tanpa berfikir panjang, dia pun memetik salah satu dari bunga tersebut.
Gempa melihat bunga di tangannya. Dia sendiri tertanya akan setiap maksud bunga yang ada dalam ingatannya. Kenapa setiap bunga membawa maksud yang berbeza? Kenapa warnanya juga memainkan peranan yang berbeza? Bunga hanyalah tumbuhan yang tumbuh mekar di atas bumi dan ia menghiasi segala tanah di bawahnya. Tetapi kenapa manusia perlu memberikan maksud tersendiri buat kesemua bunga ini?
Gempa tidak mahu terlalu memikirkannya. Kerana pernah sekali dia bertanya kepada maknya, seorang penggubah bunga, maknya berkata bahawa setiap bunga ada kisah silamnya tersendiri. Gempa terlalu kecil waktu itu jadi dia percayakan sahaja. Tetapi sekarang, dia kembali tertanya semula.
Terutama pada bunga mawar yang sedang dipegangnya sekarang. Bunga mawar putih. Ia membawa kepada kesucian dan keharmonian. Tapi untuk sesetengah situasi ada yang menggunakan bunga warna putih sebegini untuk pengebumian.
"Takpelah. Asalkan kesemuanya berkembang mekar aku tak peduli yang lain dah. "
Gempa tertawa sendirian. Dia pun kembali berjalan masuk ke dalam rumahnya sambil membawa bunga mawar tadi bersama.
Tidak sedar bahawa segala gerak-gerinya diperhatikan oleh sekumpulan lelaki asing.
°•°•°
Gempa berjalan naik ke tingkat atas. Hari semakin menjelang petang dan bulan mula memunculkan diri lebih awal dari biasa. Matahari pula masih kelihatan di sebalik bukit-bukau yang berada di kawasan perumahan tempat tinggal Gempa.
Gempa masuk ke dalam bilik belajarnya. Suasana bilik yang serba putih itu dihiasi dengan warna jingga petang hari. Dia melihat suasana dalam bilik tersebut. Banyak buku dan diarinya disimpan di rak buku berdekatan dengan tempat dia belajar. Gempa sengaja ingin mempunyai bilik belajarnya sendiri dan ia diwarnai dengan warna putih. Kerana baginya, warna putih sangat indah apabila digabungkan dengan pelbagai warna lain. Jadi, tidak hairanlah di dalam bilik Gempa mempunyai pelbagai jenis bunga yang masih mekar sebagai hiasan. Itu juga atas jasa baik maknya yang sudi menggubah bunga untuk hiasan bilik.
Gempa hendak mendekati meja belajarnya sebelum tiba-tiba dia terdengar bunyi sebuah kerusi jatuh menimpa lantai. Sontak Gempa berpaling ke arah pintu bilik belajarnya.
Here comes the angst. 😢
Aaaahhh!! Ani tak sanggup untuk buat tragedi yang menyakitkan! 😭 Tapi Ani perlu buaaatt!!!
By the way harap semua faham bahawa jika Gempa tidak mati, dia akan bertemu Halilintar. Jadi diharap agar semua orang boleh terima pemergian Gempa selepas ini. 😢 //Amboi cakap macam Gempa nak mati betul-betul pulak. :v
Oh ya, kepada yang tidak tahu akan rupa bunga yang dilihat Gempa, meh Ani tolong tunjukkan. UwU
Peony
(Kebahagiaan)
Hydrangea
(Terima Kasih)
Violet
(Kepercayaan)
Mawar Putih
(Kesucian)
Mawar Dark Crimson
(Ratapan/Kematian)
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top