Freaking Out

Halilintar merebahkan dirinya di atas sofa yang berada di ruang utama rumah sewanya. Hari ini dia rasa cukup penat kerana aktivitinya di kolej dan fikirannya yang masih tidak dapat lari dari mengingati perkara yang berlaku semalam.

Sepanjang masa dia tertanya sama ada adakah dia sudah gila kerana boleh bermimpikan perkara yang mustahil seperti itu? Macam mana manusia biasa seperti dia boleh bertemu dengan roh? Setahu Halilintar, keturunan keluarganya bukanlah dari keturunan dukun atau pembela hantu atau makhluk ghaib. Jadi mustahil untuk dia ada kelebihan untuk dapat melihat hantu.

Dan jika ada sekalipun, kenapa dia tidak dapat melihat awal-awal? Ah, mungkin sebab dia terlalu baca banyak sangat komik yang melibatkan alam ghaib sampai termimpi-mimpi ingin melaluinya sendiri. Pfff... Gila.

Halilintar memejamkan matanya sambil cuba menenangkan dirinya. Dia cuba memikirkan apa yang perlu dilakukannya selepas ini. Mandi dan buat kerja. Itu saja?

Salahkan Halilintar yang jenis introvert pada orang lain. Untuk keluar berjalan-jalan dan menikmati kehidupannya bukanlah pilihan Halilintar. Dia lebih gemar untuk kekal diam di dalam rumah dan membuang masa di dalamnya berbanding keluar dan meluangkan masa dengan perkara-perkara yang entah baginya juga membuang masa. Lagipun, keluar rumah boleh mendapat risiko kemalangan atau cedera. Paling parah, hilang duit belanja.

Fikiran Halilintar terhenti tatkala dia mencium bau yang enak. Dia cuba mendalami bau tersebut. Bau ni... Bau makanan!

Halilintar cuba mencari datang dari mana bau tersebut. Sepertinya datang dari dapur. Tetapi jika diingat balik, Halilintar baru sahaja pulang dari universitinya dan perkara pertama yang dia buat ialah duduk di atas sofa. Mustahil Halilintar ada kuasa ajaib untuk memasak!

Habis kalau bukan aku yang masak siapa pulak?!

Penat Halilintar kena berperang dengan otaknya sendiri kerana saling berdebat cuba menyelesaikan apa yang ada dalam fikirannya sekarang. Dan tidak menunggu lama, dia pun bangun dari duduknya dan mula melangkah masuk ke ruangan dapur untuk menentukan kebenaran dalam fikirannya.

Tercengang Halilintar jadinya apabila dia melihat sebuah mangkuk yang masih panas terhidang di atas kaunter dapur di rumahnya. Ralat, rumah sewanya. Halilintar meneguk ludahnya kelat apabila fikirannya mula memikirkan sesuatu yang mustahil dalam akal sihatnya. Dan paling parah jantungnya juga mula berdegup kencang kerananya.

Dengan langkah yang terketar-ketar Halilintar berjalan mendekati mangkuk tadi. Dia cuba mengintai apa yang terhidang di dalam mangkuk tersebut. Sebuah mee sup. Halilintar cuba memberanikan dirinya untuk berjalan lebih dekat dan cuba menghidu bau tersebut. Memang bau sup!

Dia cuba mengambil garfu dan menguis mee yang ada di dalam tu. Ditarik dan digulung mee itu untuk cuba melihat sama ada ia realistik ataupun tidak. Tapi macam mee betullah!!

Halilintar semakin terketar-ketar kerana ketakutan. Otaknya mula berdebat hebat dengan akal fikirannya sambil cuba memahami apa yang sedang berlaku sekarang. Tak mungkinlah ada dapur ajaib yang boleh membantu dia memasak!

"Makanlah. "

"Hik! "

Halilintar terus berpaling ke suara asal yang dia secara tiba-tiba mendengarnya. Membutang matanya apabila dia melihat wajah yang familiar di dalam pandangannya.

"K-kau-!!? "

"Kau tak perlu takut. Aku tak letak racunlah. "

Halilintar mula bergetar hebat. Bibirnya mula terketar-ketar dan kakinya mula terasa kejang. Melihat wajah seseorang yang kelihatannya tembus dan dapat melihat apa di belakangnya amatlah menggerunkan. Dan paling menakutkan... Dia tiada kaki!!!

Halilintar cuba mengundurkan diri dan mendekati singki dapur. Dia mengambil sebuah cawan yang kosong lalu diisikan dengan air paip dan tanpa ragu dia pun terus menyimbahkannya pada 'orang itu'.

"Woah!! H-hey apahal kau ni! "

Halilintar mula rebah di atas lantai dapur apabila dia menyaksikan sendiri bahawa badan 'orang itu' tembus dari air yang disimbahnya. Dan 'orang itu' kelihatannya tiada kesan apa-apa!! Air mata mula mengalir keluar dari kelopak matanya.

Pengsan. Dia mahu pengsan! Dia tak nak benda ni terjadi di dalam hidupnya! Ini terlalu menakutkan!

'Orang tadi' melihat keadaan Halilintar. Dia dapat mengesan bahawa Halilintar sedang takut akannya. Dia pada awalnya agak resah untuk mendekati Halilintar kerana dia khawatir dia sudah menakutkan Halilintar. Tetapi pada masa yang sama, dia mahu Halilintar menyedari sesuatu. Dia tidak mahu masalah dan perkara yang sama berulang dan terus berulang. Jadi dengan perlahan dia terbang mendekati Halilintar.

"JANGAN DEKAT!!! KALAU TAK AKU SEBUT JAMPI UNTUK HILANGKAN KAU!! "

Tidak berhenti. Malah dia terus semakin mendekat.

"AKU KATA JANGAN DEKAT!! PERGI!! PERGI!!! "

Dia semakin hampir.

"PERGI AKU KATA!!!! PERGIIIIII!!! "

Halilintar memejamkan matanya erat. Dia sudah mula memikirkan nasibnya. Betapa malangnya dirinya kerana harus ditakdirkan untuk mati dalam keadaan begini. Tetapi jika ia dapat membawa Halilintar keluar dari ketakutan ini dia sanggup!

Halilintar mula menghitung nasibnya. Dia mula membayangkan nasibnya sepertimana apa yang pernah dia baca dan lihat sebelum di dalam cerita seram.

...

"Hey... "

Sebuah tangan sejuk mula menyentuh wajah Halilintar.

"Isk... Pergi!! "

Halilintar tidak dapat melarikan diri. Kakinya terlalu kejang kerana ketakutan. Tapi dia tidak mahu keadaan itu kekal macam tu. Dia tidak tahu jantungnya akan lama mana untuk bertahan dari berdegup kencang. Rasa macam jantungnya bakal keluar pun ada!

"Hey... Tengok. Aku tak makan oranglah.. "

Halilintar diam seketika sebelum dia mula memberanikan dirinya untuk membuka mata. Dan dengan perlahan-lahan, dia melihat wajah 'orang itu' di hadapannya dan sedang tersenyum lembut. Terpana seketika Halilintar jadinya apabila melihat senyuman itu.

Manis.

Itulah kata-kata pertama yang terlintas di dalam fikiran Halilintar apabila melihat senyumannya.

"Hey, tengok. Aku tahu kau mungkin terkejut dengan kehadiran tiba-tiba aku ni. Dan kau mungkin ingat aku ini macam penunggu yang marah pada kau sebab datang ke kawasan aku, kan? "

Halilintar tidak membalas apa-apa melainkan kekal diam. Dia masih sedang memproses apa yang sedang terjadi sekarang.

"Jangan risau. Aku tak makan orang pun. Aku nak berkenalan dengan kau... Boleh tak? "

"B-b-berkenalan...? "

'Orang itu' menganggukkan kepalanya. Tangannya melepaskan wajah Halilintar dan dia pun duduk (terapung) di hadapan Halilintar dengan menyamakan kedudukannya seperti Halilintar.

"Nama aku Gempa. Dan seperti yang kau lihat... Inilah aku. Kau ok? "

"Aaahh... Uuhh... Ha-Halilintar... N-nama aku Halilintar... "

"Oh.. Halilintar. Umur kau berapa? "

"Dua.. P-puluh tiga... "

Gempa mengangguk faham sambil membuat bunyi "Oh. " Dia kembali ke posisi berdiri dalam keadaan terapung dan kemudian dia terbang ke arah kaunter dapur.

"Halilintar, mari makan mee yang aku buat ni! Aku yakin dengan masakan aku! "

Halilintar mula meneguk ludahnya. Makan? Makan mee tu? Makan masakan yang dimaaak oleh hantu?

Dia nak aku mati macam dia ke apa?!

Gempa terdiam apabila melihat Halilintar seolah-olah ragu-ragu untuk bangun dari duduknya. Dia pun kembali semula ke arah Halilintar. Dia kembali ke posisi duduk di hadapan Halilintar.

"Kenapa? Kau tak suka makan mee ke? "

Halilintar menggelengkan kepalanya dengan kadar yang cepat. Dia sendiri pun tak pasti sama ada apa yang dia buatkan itu adalah jawapan untuk soalan Gempa ataupun menafikannya bahawa dia bencikan mee tersebut. Tetapi yang pasti, dia akan berdepan dengan risiko untuk setiap jawapannya itu.

Cuba bayangkan, jika dia menggeleng dan Gempa anggap gelengannya itu menafikan bahawa dia membencikan mee tersebut, mesti Gempa mahu dia makan. Jika diingat balik setiap movie seram yang selalu dia tonton selama ini, apa-apa yang 'dimasak' oleh hantu adalah... Ulat, serangga berbisa, daun kering, tanah dan... Macam-macam lagilah!!

Dan jika Gempa anggap gelengan Halilintar tadi adalah menyatakan bahawa Halilintar tidak suka mee tersebut dan Gempa kecewa? Entah-entah nyawanya dalam bahaya! Seperti dalam setiap cerita seram, jika buat mana-mana roh kecewa atau sedih atau marah, roh itu akan terus membunuh atau menyedut roh manusia itu!

Omma!! Tak naakkk!!! Andwaee!!!!

"Halilintar? Hey, kenapa ni? "

Halilintar tersedar dari benak fikirannya. Dia melihat wajah Gempa yang kelihatan masih menunggu jawapannya. Adakah gelengan Halilintar tadi dia memberi apa-apa petunjuk pada roh itu?

"Aahh... M-macam mana nak cakap, ya..? A-aku bukan tak suka makan mee tu. T-tapi... K-kau yang buat mee tu... B-buatkan aku... Ragu-ragu untuk makannya... "

Gempa terdiam seketika.

Habislah!! Dia nak mengamuk!! Selamat tinggal dunia... Syurga... Tunggu kehadiranku..!!

"Pffft- ahahahahahaha!!! "

Halilintar mencelikkan matanya apabila dia tiba-tiba terdengar suara ketawa Gempa. Tunggu? Kenapa Gempa ketawa macam orang biasa?

"Aduuhh... Halilintar ni! Kau ingat aku nak letak ulat dan benda-benda pelik ke dalam makanan tu? Hahaha! Kau baca dan tengok banyak sangat lah cerita seram! "

"A-apa...? "

"Heheh! Aku bukan jenis macam tu lah. Macam mana nak cakap, ya? Dalam dunia roh ni, akan ada roh jahat dan baik tau? Ala, macam kepercayaan orang Cina, Jepun dan lain-lain tu. Jadi senang cakap, aku ni roh baik. Aku tak akan bunuh kau lah. "

"K-kenapa..?"

"Roh jahat dan baik tu akan ada melalui macam mana mereka mati sebenarnya. Jika dia bertekad untuk berdendam selamanya selepas dia mati, maka dia akan jadi roh jahat. Sampailah dia puas membalas dendam. Tapi kalau dia mati... Macam tidak ada kesudahan atau dia menjanjikan sesuatu yang baik, maka dia akan jadi roh yang baik. Macam aku! "

"O-oh... "

Gempa tersenyum kecil seketika sebelum dia berubah senyum ceria semula.

"Baiklah! Apa kata kau makan mee tu? Aku dah buat dengan yakin sekali! Makanlah selagi masih panas! "

Halilintar pada awalnya ragu-ragu untuk mempercayai kata-kata Gempa. Betulkah Gempa tidak meletakkan apa-apa? Bagaimana kalau selepas Halilintar makan dia akan terus mati?

"Halilintar, kau percayakan aku, kan? "

Terdiam Halilintar jadinya apabila Gempa tiba-tiba bersuara soalan sebegitu. Dia berpaling semula ke arah Gempa. Mereka kini sudah berada di kaunter dapur. Halilintar sedang duduk di atas kerusi berdepan dengan mee yang masih berasap manakala Gempa sedang terapung di sebelahnya.

"K-kenapa kau tanya macam tu...? "

Gempa tersenyum sahaja mendengar soalan Halilintar tadi. Selepas itu dia pun menggelengkan sahaja kepalanya.

"Tak. Takde apa... Makanlah. "

Halilintar hanya diam sahaja. Selepas itu, dia cuba memaksa dirinya untuk makan mee tadi. Dalam hati dia berdoa semoga dia tidak makan benda pelik-pelik. Dia sangat takut sekarang!

Gulp!

Terdiam Halilintar jadinya apabila dia menelan kuah mee yang dihirupnya.

A-apa ni...? Kenapa tak rasa pelik pun? R-rasa... Rasa sedap adalah!

"Macam mana..? "

Gempa memandang dengan perasaan ingin tahu dan teruja. Halilintar melirik ke arah Gempa sebelum tersenyum kecil dan mengetap bibirnya.

"Hm. Sedap! "

"Betul ke?! Yaaayy!! Skill memasak aku masih ada! Ha, kau makanlah! Aku tengok kau makan dah rasa gembira! "

"K-kau... Tak perlu makan ke? "

"Hm? Tak. Makanlah. Nanti kita berkenalan dengan lebih rapat, ya? "

Gempa tersenyum sambil mempamerkan barisan giginya yang putih dan tersusun rapi itu kepada Halilintar. Melihat senyuman manis Gempa, membuatkan jantung Halilintar tiba-tiba berdegup kencang.

Perasaan apa ni..?










Walaupun nampak macam slow progress hubungan mereka, tetapi Author dah cuba yang terbaik untuk mempercepatkannya.

Author note untuk semua! Cerita ini berdasarkan fiksi dan fantasi semata-mata, ya? Tiada kaitan dengan yang hidup atau mati dan tiada berlandaskan agama atau kepercayaan semata-mata!

Memandangkan cerita ini (mungkin) akan ada unsur yaoi. Jadi bagi Author tak eloklah kalau letak agama dalam cerita macam ini. Seluruh agama sangat menentang hal ini jadi... Senang cakap kita jangan libatkan agama, ya? Faham semuanya, ya?

Thanks for reading! 😄

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top