Family
"Terima kasih untuk kepada semua student yang sudi mengerahkan tenaga anda semua untuk universiti kita. Dan saya harap di setiap semester kamu akan dilimpahkan dan dipenuhi dengan kenangan yang manis. Sekian dari ucapan saya, anda semua boleh bersurai. "
Semua student di universiti yang berada di dalam dewan besar tersebut menepuk tangan masing-masing selepas pengurus universiti mengakhiri ucapan beliau. Para hadirin yang berada di dalam dewan mula berpusu-pusu untuk keluar dari situ untuk mengosongkan dewan dan kembali ke kelas.
Kumpulan Halilintar masih lagi kekal di dalam dewan dan tempat mereka. Tidak mahu saling tolak menolak antara satu sama lain dengan para student. Mereka berbual kosong sementara menunggu yang lain beredar.
"Pengurus U kita ni dah berusia, kan? Tua sangat dah aku tengok. Beruban bagai. "
Blaze mula membuka topik perbualan mereka. Manakala Taufan dan Thorn pula menganggukkan sahaja.
"Ish, kau ni! Sempat kutuk Encik Amato, kan? Biarlah dia nak beruban ke apa. Rambut dia, bukan rambut kau! "
Solar mengetuk kepala Blaze sekadar ingin menegur kawannya seorang itu. Yang lain mula mentertawakan Blaze kerana menerima pukulan Solar tadi sementara yang dipukul hanya memuncungkan sahaja mulutnya.
"Aku saja je nak gosip pasal dia. Dengar kata isteri dia mati sebab bunuh diri tau! "
"Kau ni! Memandai je! Kau ada ke time isteri dia bunuh diri? Takde, kan? "
Ais menjeling tajam ke arah Blaze. Ada-ada saja benda pelik ingin dibualkannya.
"Haih, korang ni! Tak bestlah! Cuba lah sokong sikit apa yang aku nak ceritakan! "
Blaze menghentakkan kakinya berulang kali di atas lantai dewan tersebut. Sekadar ingin protes kerana tidak puas hati. Manakala yang lain mula mentertawakan Blaze tanpa rasa kasihan terhadap kawannya yang seorang itu.
"By the way, Hali. Amacam 'housemate' kau tu? Ada apa-apa cerita ke? "
Kini semua mata tertumpu pada Halilintar yang sedari tadi lagi mendiamkan diri. Halilintar yang menjadi tumpuan kawan-kawannya hanya mengeluh sahaja.
"Takde yang penting sangat. Sebab semalam dia bawa aku tengok kawasan laman rumah. "
"Iye? Apa yang dia tunjuk? "
"Macam aku cakaplah. Tak penting sangat. Semuanya bunga-bunga belaka. Dia ingat aku ni jenis yang dalam hati ada taman ke apa? "
"Hahahaha! Elok juga tu! Dari muka luaran kau yang nampak bengis ni, entah-entah ada sisi lembut tak?! Hahahahaha! "
Halilintar memberikan jelingan maut kepada Taufan dan Blaze. Sempat mereka kutuk dirinya secara depan-depan.
"Haih, tapi tulah. Semalam aku ada terkejut sikit dengan perangai dia. "
"Kenapa? Ada apa-apa terjadi ke? "
"Hmm.. Nak kata ada benda yang terjadi tu taklah. Tapi entahlah. Waktu tu aku ada pergi jalan-jalan sambil biarkan dia layan bunga-bunga dia tu. Lepastu aku ada ternampak kawasan bersemak macam tu. Entah nampak serabut je aku tengok jadi aku nak cabutlah pokok-pokok semak tu semua. Entah kenapa tiba-tiba dia menjerit dan halang aku dari mendekati semak tu. "
"Uish! Entah-entah ada harta karun tak?! "
"Karutlah! Dia tu aku tengok macam orang biasa je. Bukannya nampak mewah pun. Sebab tengoklah, dia belajar memasak kot! Kalau anak kaya mana mungkin dibenarkan masuk dapur!"
"Iyeke? Atau kau terlalu terbawa pengaruh drama? "
Ais menayangkan senyuman sinisnya ke arah Halilintar. Kenal sangat dengan kawannya yang seorang itu. Pakar dalam segala jenis drama dan siri yang pelbagai jenis genre. Baik dari komedi dan hiburan, sehinggalah drama, romantis dan pembunuhan sehingga seram. K, takde kaitan. :v
"Haih. Betullah! Dan lepas je dia tak beri aku dekati tempat tu, aku memang tak pergi dekat dah. Walaupun kalau ikutkan hati aku nak tapi aku tak nak main-main dengan dia. Yelah, Gempa tu roh terbang kot. Sebumbung dengan aku pulak! Kang nanti mati aku siapa nak teruskan keturunan aku? "
Kawan-kawan Halilintar yang lain hanya menggelengkan kepala mereka sahaja. Ada-ada sahaja fikiran pelik Halilintar itu.
Tidak lama mereka berada di situ, apabila melihat keadaan semakin tenang, mereka pun mula mengangkat punggung masing-masing dan keluar dari dewan untuk ke kelas masing-masing.
°•°•°
Halilintar memakai kasutnya selepas dia keluar dari perpustakaan universitinya. Dia melihat skrin telefonnya. Sudah pukul 3 petang. Sudah sampai masanya untuk dia pulang ke rumah.
Semasa dalam perjalanan, Halilintar menggerakkan langkah kakinya sambil menikmati lagu yang bergeming di dalam indra pendengarannya melalui earphone di telinganya. Sambil-sambil itu dia memerhatikan kawasan sekelilingnya iaitu kawasan universitinya sendiri. Suasana petang yang sunyi tetapi nyaman. Itulah yang Halilintar suka.
Dalam Halilintar sedang mendekati pagar keluar masuk universiti, dia ternampak kereta milik orang yang dikenalinya. Kereta pengerusi pemilik bangunan universitinya ini. Encik Amato. Seketika Halilintar teringat akan perkara yang dibualkan olehnya dan kawan-kawannya. Walaupun kebanyakannya hanya dibualkan oleh kawan-kawannya berbanding dirinya, tetapi perkataan 'keluarga' menjadi topik yang menarik perhatian Halilintar.
Bila aku ingat balik, Gempa takde pun bercerita pasal keluarga dia selama kami kenal. Patut tak aku tanya?
Halilintar terdiam sambil menghentikan gerak langkahnya. Dia memikirkan beberapa kali keputusannya dan akhirnya dia membuat keputusan untuk bertanya. Sekurang-kurangnya Gempa perlu tahu adakah ahli keluarganya masih hidup ataupun tidak.
°•°•°
"Aku takde keluarga. "
Itulah jawapan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran Halilintar selepas dia bertanyakan soalan tentang keberadaan keluarga Gempa. Dia tidak pernah sangka bahawa Gempa akan memberikan jawapan sebegitu.
"Apa? Macam mana kau tahu kau takde keluarga? "
Gempa menghentikan aktivitinya yang sedang memotong daging ayam tadi lalu menoleh ke arah Halilintar. Pandangannya kelihatan kosong dan suram.
"Aku ada memori Halilintar. Sebelum aku mati dibunuh, pembunuh tu kata mak ayah aku sudah dibunuh sebelum aku. "
Suara lembut Gempa yang seolah-olah kedengaran bisikkan halus membuatkan Halilintar merasakan bahawa roh remaja itu sedang bersedih. Dia menghampiri Gempa dan menatap roh tersebut.
"Kau betul-betul yakin? Kau tak nak cari ke?"
Gempa tersenyum nipis sebelum beralih semula ke sesi memotong ayam tadi. Dia diam untuk menjawab soalan Halilintar sebelum membuka mulutnya semula.
"Aku tak rasa yang mereka hidup lagi, Halilintar. Sudah 20 tahun berlalu. Aku sepatutnya sudah berumur 37 tahun. Mak ayah aku pula 50-60 tahun. Sudah tua sangat umur mereka. Kalau mereka hidup pun, aku tak rasa mereka ingat aku. "
"Kau takde adik-beradik ke? "
Gempa menggeleng sebagai tanda menjawab soalan Halilintar. Mendapat jawapannya, Halilintar mengangguk faham. Dia tidak mahu mengganggu roh remaja itu, jadi dia membuat keputusan untuk naik ke tingkat atas dan membersihkan diri. Dia pun tak nak ambil tahu sangat akan hal Gempa.
°•°•°
Malam itu, jam 3 pagi. Halilintar tersedar dari tidurnya kerana ingin ke tandas. Dia segera bangkit dari pembaringannya di atas katil dan dengan mata yang masih terpejam dia berjalan menuju ke arah bilik mandi.
Tidak lama selepas dia membuang 'hajat', Halilintar pun keluar dari bilik air dan menuju ke ruang untuk dia tidur semula. Namun, gerak langkahnya terhenti apabila dia terdengar suara seseorang sedang menangis.
Halilintar pada awalnya ingin mengabaikannya tetapi apabila dia semakin mendengar suara tersebut, bulu romanya terus naik sehingga membuatkan dia tersedar sepenuhnya dari mengantuknya.
Halilintar menoleh ke arah pintu biliknya. Di dalam hatinya mula berdebar-debar kuat apabila suara tangisan tersebut semakin bergema di ruang rumah sewanya.
Fikiran Halilintar berdebat kuat sama ada untuk pergi melihatnya ataupun tidak. Namun, ia segera berhenti apabila dia mengingatkan ada 'seorang' lagi yang tinggal dalam rumah ini. Tetapi Halilintar tak pasti. Adakah benar ia adalah Gempa?
Jap. Suara Gempa ke tu..? Maksud aku, memanglah kalau betul tu suara Gempa aku tak kisah. Tapi ni cerita lain weyh. Dah lah Gempa tu adalah roh orang mati. Dan... Dan... K-kalau suara tu bukan Gempa punya pula macam mana?
Wajah Halilintar terus berubah pucat. Dia rasa kalau boleh dia nak pitam waktu itu juga. Tapi entah kenapa akal sihatnya berdebat kuat ingin dirinya pergi melihat suara asal tersebut. Kerana ingin tahu, Halilintar pun mula memberanikan diri menuju ke pintu biliknya untuk keluar.
Kreeeaakk~
"Isk.. Isk... Mak... A-ayah... "
Dari dalam biliknya Halilintar dapat dengar suara tersebut. Suara orang menangis. Dan ia seolah-olah berada tepat di depan pintunya.
Dengan pergerakan yang perlahan, Halilintar membuka pintunya lebih kuat. Bunyi pintu yang lama membuatkan 'orang' yang menangis tadi berhenti dari tangisannya. Dia perlahan-lahan mengangkat kepalanya yang membelakangi Halilintar. Namun dari belakang Halilintar sudah tahu itu ialah Gempa, cuma entah kenapa dia rasa takut untuk tegur 'roh' di depannya itu.
"Ugh... G-Gempa-"
BHOOOM!!
"WAAAAARRGHHHH!!! "
Cliffhanger. Chill Ani suka bila keadaan suspend tapi tergantung. 😂😂 Gomen.
Cerita ini bakal menuju ke penamatnya. 😢 Ani nak letak drama dan angst dalam ni jadi maaf kalau ada yang tak suka, ya? 😅
Maaf juga lambat update! 😂 Ani memang sengaja. Hahahahahha! //plakk!
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top