Epilogue

1 Tahun Kemudian

Halilintar kini sedang bersiap sedia dengan pakaian sut hitamnya. Dia melihat pantulan cermin yang ada di hadapannya. Semuanya lengkap dan sempurna.

"Halilintar? Sudah siap? "

Kedengaran suara perempuan di sebalik pintu biliknya. Halilintar menoleh ke arah pintu biliknya yang menyembunyikan wajah perempuan tadi. Dia kemudian melihat semula dirinya di pantulan cermin.

"Ya, aku dah siap. Kau tunggu dekat kereta."

"Ok. "

Selepas itu Halilintar dapat mendengar suara langkah kaki semakin menjauh dari biliknya. Satu helaan nafas dilepaskan oleh Halilintar.

Sudah 1 tahun berlalu...

°•°•°

Kini Halilintar berdiri di hadapan sebuah tapak perkuburan. Ditulis di batu nisan kubur tersebut ialah nama yang selama ini telah mengubah hidupnya yang dahulunya kelam menjadi terang dan jelas. Halilintar meletakkan sejambak bunga carnation di atas tanah kubur tersebut. Senyuman nipis terukir di bibirnya.

"Kau tahu tak, Gempa? Aku... Masih tak dapat nak percaya bahawa apa yang aku dan kau lalui selama ni... Masih lagi nyata. Aku tiba-tiba rasa rindu dekat kau. Kalau boleh nak dengar lagi setiap ayat yang keluar dari mulut kau. "

Halilintar tertawa sendirian dengan jenakanya sendiri. Dia merenung pada nama yang tertulis di batu nisan tersebut. Dia duduk mencangkung di hadapan kubur tadi lalu mengusap batu nisan itu dengan lembut.

"Sekarang aku dah graduate. Tunggu permohonan untuk kerja diluluskan dan.. Menghitung waktu sebelum disatukan dengan orang yang aku sayang. Siapa kau tanya? Heh.. Aku rasa kau mesti terkejut bila tahu siapa. "

Halilintar menoleh ke belakang dan melihat ke arah seorang gadis yang sedang berjalan masuk ke dalam kawasan perkuburan bersama bunga mawar berwarna putih dan dilengkapi dengan bunga Baby Breath. Halilintar tersenyum melihatnya, atau lebih tepat tunangnya.

"Kenapa lambat sangat, Gem? "

"Ah, m-maaf. Saya cuba cari makna bunga Baby Breath ni. Tapi tak jumpa. Padahal cantik sangat bila dihias dengan bunga mawar putih ni. Macam sejambak bunga untuk perkahwinan pula. "

Semakin kembang senyuman Halilintar melihat telatah comel tunangnya. Dia bangkit dari duduknya lalu menarik tangannya. Dia pun mendorong badan kecil gadis itu supaya lebih mendekati dirinya.

"Tak payah nak fikir sangat lah. Letak saja bunga ni atas kubur abang awak dan cakap sesuatu. Abang awak bukannya suka sangat menunggu tahu? "

"Eh?! B-betul ke?! Maaf abang! Saya tak tahu! "

Gadis tadi terus menundukkan badannya. Hal itu mendapat kekekan tawa dari Halilintar. Gadis tadi kemudiannya meletakkan bunga di tangannya di atas kubur milik Gempa bersebelahan dengan bunga Carnation Halilintar. Halilintar hanya memerhatikan sahaja kelakuan tunangnya.
Tak sangka, Gempa. Selepas kepulangan mak ayah kau rupa-rupanya mak kau sedang mengandung. Beberapa bulan lamanya mak kau mengandungkan adik kau selepas kematian kau, akhirnya adik perempuan kau lahir. Kerana rindunya kepada kau, mak dan ayah kau meletakkan nama adik perempuan kau sebagai nama Gempa juga. Tapi kalau kau nama Boboiboy Gempa, adik kau ni Gempa je. Cuma apa yang sedihnya lepas saja melahirkan adik kau, mak kau bunuh diri kerana rindu yang terlampau pada kau. Tapi aku akui Gempa, wajah adik kau sama macam kau. Mirip. Suara dia pun lembut macam kau. Tapi dia lebih cemerkap dari kau. Tapi itu yang membuatkan aku suka pada dia.

Halilintar mendekati tunangnya. Dia merangkul pinggang gadis itu lalu menatap ke arah kubur Gempa semula.

"Kau nak tahu macam mana aku jumpa dengan adik kau ni? Waktu aku nak terima beberapa surat dari ayah kau, aku terjumpa adik kau ni. Nampaknya dia baru nak daftar masuk U. Ketara gila umur kau dan adik kau ni tahu? "

"Halilintar tak baik lah cakap macam tu depan kubur abang saya. Awak sepatutnya rasa bertuah tau sebab dapat jumpa abang saya. Sedangkan saya ni? Lahir-lahir je dah hilang abang. Saya cemburu dengan awak tau sebab dapat tengok muka dan bercakap dengan abang saya walaupun dalam keadaan roh macam tu. Padahal saya nak juga jumpa dengan dia. "

Gadis yang turut bernama Gempa itu menundukkan kepalanya kecewa. Halilintar geli hati melihatnya. Selepas itu dia pun mengusap kepala tunangnya dengan lembut.

"Tak perlu nak sedih sangatlah. Dah, jom balik? Tak nak cakap apa-apa dulu pada abang awak? "

"Uh? Aaa.. A-abang. Ini Gem. W-walaupun Gem tak dapat nak tengok abang, tapi Gem cuma nak abang tahu y-yang Gem sayang abang tau! Dari apa yang Gem dengar dari Halilintar, Gem tahu yang abang sangat baik orangnya! W-walaupun Gem bukannya arif dalam bunga macam abang, tapi... Gem harap bunga yang Gem beri pada abang ni membuatkan abang suka, ya? "

Halilintar tersenyum mendengarnya. Dia ingin menerangkan pada gadis itu tentang maksud bunga yang diberinya kepada arwah abangnya itu, tetapi melihat keadaan rasanya elok dia tangguh dahulu.

Carnation, macam kau pernah tanam di sebelah bunga violet yang kau sayang tu, maksudnya kekal sama, Gempa. Aku tidak akan pernah melupakanmu. Itu kan maksudnya? Sudah tentu.. Aku takkan lupakan kau. Siapa yang akan lupa roh yang beraninya curi ciuman pertama aku lepastu hilang macam tu je? Sakit hati aku tahu tak? Kau buat aku menangis macam orang gila.

Halilintar tersenyum sendirian. Kemudian dia melihat pula ke arah bunga yang diberikan oleh tunangnya tadi.

Mawar putih dan Baby Breath, huh? Sucinya adik kau, Gempa. Mawar putih, cinta sejati, kemurnian, kesucian kelembutan dan rendah diri. Baby Breath pula, cinta sejati yang tak akan pernah berakhir. Patut tak aku cemburu dengan orang yang aku suka? Kau, orang yang aku suka, dapat bunga yang maknanya cantik dari orang yang aku suka juga. Dua-dua aku suka tapi aku tak sangka boleh cemburu juga.

"Halilintar? Jom balik? Saya sudah selesai."

"Ok. Balik dulu, Gempa. Apa-apa pun jangan lupa doakan kebahagiaan aku dan adik kau ni. Jangan risau, aku akan jaga dia dengan baik. "

Halilintar memberikan ciuman mesra pada dahi tunangnya. Dia mendapat kekekan tawa dari gadis itu. Selepas itu, mereka pun keluar dari kawasan perkuburan itu dengan hati yang lega. Menanti dan menghitung waktu yang akan tiba untuk mereka di masa hadapan nanti.

Halilintar sudah sedar, banyak yang perlu dia lihat di sekelilingnya. Dia ingin mula sayang kepada orang yang penting baginya. Dan memandangkan dia dapat menggantikan Gempa dengan adiknya, dia sudah berjanji bahawa kali ini dia ingin menjaganya dengan baik. Sebagai membalas jasa Gempa sepanjang mereka pernah bersama dahulu.

THE END







Yaaayy~ tamat juga akhirnya! 😄🎉

Macam mana dengan epilog kali ni? Korang dapat sangka tak bahawa Halilintar akan bersama dengan adik Gempa? Aish... Author dah kasi hint tau! Kalau korang ingat balik, Amato selalu mention 'kami' dalam setiap penerangannya. Tu kalau korang perasan lah. 😂

Dah nama pun HaliGem ff jadi mestilah Hali kena bersama dengan Gem juga tak kira macam mana pun. Uwu

Ok itu saja, harap hari korang dipenuhi dengan kebahagiaan dan kegembiraan! Stay Health and Stay at Home! Bye!! 😆😆💞

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top