FDTKA 8

FANG DAN TUJUH KEMBAR AJAIB
"Kau kena tolong kami,"
"Kembar bertujuh!
...

"APA lagi yang kau tahu? Beritahu aku," Retak'ka berpeluk tubuh memandang tajam anak mata robot itu, membuatkan GamaBot menjadi takut untuk membalas pandangannya.

   Dengan tergagap - gagap, GamaBot menjawab. "A... Ada tiga orang dekat situ. Dua orang kembar dan seorang yang seiras dengan Pahlawan Kegelapan."

   Retak'ka terkedu mendengar kata - kata GamaBot. "Seiras dengan Pahlawan Kegelapan? Bukankah sudah ku bunuh dia?"

   "Tidak... Dia... Ada anak. Mungkin itu cicit Pahlawan Kegelapan."

   Retak'ka tersedar dari lamunannya yang panjang tatkala terdengar suara - suara bertengkar yang datang dari rumah pokok di sebelahnya. Entah kenapa dia seakan berminat mahu mencuri dengar perbualan mereka.

   Sementara itu, Ayuyu mengangkat tongkat saktinya ke atas. Memandang kasut ajaib itu dengan penuh marah. "APA KAU CAKAP TADI?"

   Hang Kasa cuba mengelakkan anak matanya bertembung dengan Ayuyu. "Fang... Fang lebih popular."

   "Huh!" Ayuyu menurunkan tongkat saktinya dengan laju sekali. Dia mengalihkan pandangan ke arah pekerja - pekerjanya. "Fang? Bukan kau orang dah buang dia ke hutan ke? Kenapa masih hidup?"

   "Ka... Mi... Kami dah buang dia. Sumpah!" Gogobi mengangkat tangan seperti melafaz ikrar, dengan harapan, Ayuyu percayakan kata - katanya.

   "Tipu! Kalau begitu, bagaimana Hang Kasa masih sebut nama dia? Mesti kau orang buat kerja tak betul!" Nyaring suara Ayuyu memarahi mereka. Sampai naik urat - urat pada muka hijaunya.

   "Mungkin... Sebab dia rambut warna ungu. Mata warna merah. Dan ramai followers dekat InstaRintis... Sebab itu mungkin dia lebih popular dari ahli sihir Ayuyu." Lancar Kechik memberi pendapatnya. Langsung tidak bertapis!

   Cakada dan Gogobi menyiku kepala Kechik serentak. Budak ini... Celupar sangat mulut!

   Seperti dalam filem seram, Ayuyu mengoyakkan senyumannya sambil merenung Kechik bagaikan kelaparan seminggu. Tanpa sebarang amaran, Ayuyu menghayunkan tongkatnya ke arah Kechik. Sesaat kemudian, Kechik bertukar menjadi mangkuk tandas.

   "Tolong! Maafkan aku! Maafkan aku!" Terlopong Cakada dan Gogobi melihat Kechik sebegitu rupa. Mereka berdua saling berpandangan sebelum menelan air liur masing - masing.

   Tidak semena - mena, Cakada dan Gogobi jatuh terduduk memandang gerangan di belakang Ayuyu. Beberapa saat kemudian, kedengaran satu suara menyapa Ayuyu dari belakang. "Aku dengar kau sebut ciri - ciri Pahlawan Kegelapan."

    Ayuyu hairan bercampur bengang mendengar suara itu menyapanya. Terus dia berpusing untuk melihat siapa yang berani menegurnya. "Siapa pula yang masuk rumah orang tak reti bagi sa..." Katanya terhenti apabila melihat Retak'ka di hadapannya.

   "Si... Siapa kau? Macam mana kau boleh masuk dekat sini?" Soal Ayuyu sambil berjalan mengundur ke belakang.

    Retak'ka berpeluk tubuh memandang satu - satu makhluk berada di rumah pokok itu. Dahinya berkerut memandang mangkuk jamban yang tiba - tiba berada di ruang tamu itu.

  "Kau..." Hang Kasa si kasut ajaib kelihatan terkejut melihat Retak'ka.

   Retak'ka tersenyum dan mencangkung menghadap Hang Kasa. "Apa khabar sahabatku Hang Kasa? Seronok bukan menjadi kasut selama 100 tahun?"

   Ayuyu tergamam. "Sahabat?"

   "Rasakan ucapan selamat datang, sahabatku Hang Kasa." Retak'ka dengan kejam, memijak serta menggerak - gerakkan kasut itu sehingga terkeluar air dari kasut itu. Hang Kasa melaung kesakitan apabila dibuat begitu.

   Retak'ka mengalihkan kakinya, berhenti menyeksa Hang Kasa yang sudah kepenatan. Dia kemudian mengalihkan wajahnya ke arah Ayuyu yang sedang ketakutan. "Aku dengar semuanya. Rambut ungu. Mata merah. Fang, bukan? Sudah ku agak itu Pahlawan Kegelapan seterusnya."

   Ayuyu tergamam bercampur keliru mendengar kenyataan Retak'ka. "Pahlawan Kegelapan? Apa kau merepek ni?"

   "Aku bukan bergurau - senda. Aku katakan benda yang benar." Retak'ka tersenyum senget. "Beginilah... Aku akan bekerjasama dengan kau untuk hapuskan makhluk Fang itu."

   Raut wajah Gogobi berubah bingung. Dia bertanya dengan penuh berhati - hati. "Kenapa kita orang nak percayakan kau?"

   "Kalau kau nak tahu. Aku pemilik kuasa Elemental Gama. Dan dulu nenek moyang kau..." Retak'ka menuding jari ke arah Ayuyu. "...telah tukarkan pemilik kuasa Elemental Kristal kepada sebuah kasut ajaib."

   "Takkan kau tak nak sambung apa yang nenek moyang kau buat? Hapuskan generasi Pahlawan Kegelapan. Dan kau akan jadi popular juga."

   Pada mulanya, Ayuyu kelihatan tidak setuju. Setelah beberapa saat berfikir, barulah Ayuyu memutuskan jawapannya. "Aku setuju."

...

   Tok Aba mengeluh perlahan. "Nampaknya kau orang kena selesaikan perang 100 tahun tersebut. Kemungkinan Retak'ka akan datang mengambil kuasa kau orang."

   Solar yang selesai membaca pantun tersebut bertanya. "Tapi... Pada baris kedua pantun itu tertulis, 'sang Elemental bersama pahlawannya.' Apa maksudnya, tok?"

   "Pahlawan Kegelapan. Pahlawan yang bekerjasama dengan penguasa - penguasa Elemental. Kira macam orang belakang tapi peranannya sangat penting. Senang kata, Pahlawan Kegelapan itu pembela penguasa Elemental. Dia akan melindungi penguasa Elemental dari belakang dan memastikan mereka semua selamat." Terang Tok Aba sambil menayangkan wajah seriusnya."Tapi... Pahlawan Kegelapan yang asal telah dibunuh oleh Penguasa Elemental Gama."

   "Memang betullah dia jahat." Bisik Blaze kepada Fang. Sempat lagi mengumpat!

   "Tak hairanlah." Balas Fang dengan nada perlahan tapi masih dapat didengari Solar.

   Solar yang mendengar kutukan mereka, menoleh ke belakang tidak puas hati. "Woi, aku dengarlah."
 
   "Takkanlah tak ada seorang pun generasi Pahlawan Kegelapan? Tak apa kan kalau kita orang lawan tanpa dia?" Soal Gempa meminta kepastian.

   "Atuk bukan apalah tapi kamu semua tak boleh buat sendiri. Kadang - kala kita kena meminta pertolongan orang. Sebab kita ni bukannya makhluk yang berkuasa atas segala - galanya, kita makhluk yang perlukan bantu..." Kata - kata Tok Aba terhenti tatkala perutnya berkeroncong. Tok Aba tersengih memandang cucu - cucunya dan Fang silih berganti. "Tok masuk dululah. Laparlah pula."

   Gempa memalingkan wajahnya ke arah Halilintar. "Kau bawa tak cendawan?"

   Mendengar soalan itu, Halilintar laju menepuk dahi. "Wey, aku lupa!"

   Gempa mengeluh sebelum melukiskan senyuman tenang. "Haih... Dah agak dah. Jomlah. Aku ada buat nasi goreng." Sebaik sahaja habis berkata, Gempa terus mengorak masuk ke dalam rumah.

   "Fang." Fang yang jauh ke depan berpaling ke belakang tatkala terdengar namanya dipanggil.

   "Kenapa?" Tanya Fang.

   "Kau dengarkan cerita Tok Aba fasal Pahlawan Kegelapan?" Soal Halilintar. Tetapi kalau ditilik balik soalan itu bagaikan ada serampang dua mata.

   "Lah... Mestilah aku dengar. Aku kan duduk dekat situ." Ujar Fang dalam nada sarkistik. Sudahlah dia belum mandi lagi.

   Taufan yang seakan dapat meneka apa yang ingin dikatakan Halilintar seterusnya, seraya bersuara. "Kejap... Jangan kata kau..."

   "Aku nak minta tolong kau jadi 'Pahlawan Kegelapan' secara sementara. Kau kena tolong kitaorang dari ditangkap si Retak'ka tu." Halilintar memandang Fang dengan tiada perasaan. "Kau nak tak?"

   "Pahlawan Kegelapan. Kau biar betul? Dia mana  ada kuasa." Ujar Solar seakan membantah.

   "Tak apa aku akan latih dia. Jadi kau nak tak?" Tanya Halilintar lagi.

   Fang pula sudah terkulat dekat situ. Woi, bagilah aku mandi dulu! Tidak pun bagi dia makan sekejap. Ini, tidak. Terus tanya berbagai soalan. Jadi pahlawan? Tak sesuai betul dengan orang popular sepertinya!

  Blaze yang baru mengambil sepinggan nasi goreng menyampuk. "Ala, tak apa. Aku pun akan bantu juga."

   Fang memusingkan bola matanya. "Haih, yalah, aku setuju!"

  

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top