FDTKA 7

FANG DAN TUJUH KEMBAR AJAIB
"Kau kena tolong kami,"
"Kembar bertujuh!
...

AROMA nasi goreng kampung berlumba - lumba masuk ke dalam hidung Gempa. Gempa tersenyum puas melihat hasil masakannya. Dia menutup permukaan kuali itu dengan penutupnya.

   Gempa mengetap bibir, rasa seperti ada sesuatu yang tertinggal. "Oh, yalah. Mana si Hali tu? Dia orang kutip cendawan ke buat ladang cendawan?" Gempa berbisik perlahan.

   "Oh, Gempa. Kau dah siap ma..." Ochobot yang baru tiba tergamam memandang Gempa. Seperti nampak cik Ponti gayanya. "Ke..."

   Kening Gempa bercantum. "Kenapa dengan kau ni? Macam nampak hantu je." Sambil berkata, Gempa menoleh sedikit ke belakang. Tiada pula hantu. Ke... Ochobot ini mempunyai penglihatan mata kasar?

   "Mata kau bercahaya!" Teriak Ochobot membuatkan Gempa bertambah keliru.

   "Bercahaya?" Gempa menyentuh perlahan kelopak matanya. "Apa maksud kau?"

   Tanpa bersuara, Ochobot segera menolak tubuh Gempa menuju ke bilik air.

   "Eh, eh. Hati - hatilah! Nanti terlanggar dinding pula aku ini!" Tiba sahaja di bilik air, Ochobot melarikan pandangannya apabila dijeling sipi - sipi oleh Gempa. Kurang asam punya Ochobot. Mentang - mentang dia robot bulat.

   "Ha, pandanglah depan. Tengok cermin." Ochobot memegang kepala Gempa menghadap cermin.

   Gempa tergamam melihat iris matanya bersinar dengan cahaya emas. Perlahan - lahan jarinya menyentuh bawah matanya. "Apa... Apa yang dah jadi ini?"

...

   Gempa dan Ochobot bergegas menuju ke arah kolam menempatkan Tok Aba dan kembar BoBoiBoy yang lain.

   Kelihatan Tok Aba dalam bentuk manusia duduk bersila di hadapan kembar - kembar tersebut. Tok Aba menyembunyikan apabila melihat Gempa dan Ochobot tiba di sisinya.

   Dan... Iris mata si kembar masing - masing bercahaya.

   Tok Aba memandang setiap orang di situ silih berganti. "Kau orang mesti nak nak tahu cerita sebenar, kan?"

   Ice dalam kantuknya mengerutkan dahi. "Cerita apa pula, tok? Bed story time, ke?"

   "Bed story time ibu bapa kau. Dah siang hari kot. Mengarut." Solar membetulkan kata - kata Ice sekaligus mengutuk abang kembarnya.

     Ice menyampuk perlahan. "Tapi... Ibu bapa kita sama."

    Tok Aba mula membuka cerita. "Kuasa kau orang bukan kuasa asli."

   Blaze membulatkan matanya. "Eh, kalau begitu... Kuasa kita orang cetak rompaklah?"

   Ochobot memandang Blaze yang salah faham dengan pandangan menoya. "Woi. Mana ada kuasa cetak rompak."

   "Duduklah Gempa. Berapa lama nak berdiri macam penjaga istana?" Tok Aba menegur Gempa yang berdiri kaku seperti patung.

  Gempa yang tersedar dari lamunannya  tersengih sendiri. "Hehehe." Dia terus melabuhkan punggungnya di sebelah Blaze.

   "Ehem." Tok Aba membetulkan kotak suaranya sebelum meneruskan penceritaan. "100 tahun dahulu, ada tujuh penguasa Elemental. Sama kuasa seperti kau orang. Penguasa elmental Kristal, penguasa elemental Voltra, penguasa elemental Beliung, penguasa elemental Pyro, penguasa elemental..."

   Gempa menyampuk dengan menanyakan soalan. "Kenapa semua kuasa elemental tu tak sama dengan kuasa yang kita orang ada?"

   "Itu sebab kuasa kau orang masih dalam tahap kedua." Ujar robot bulat itu.

   "Jadi... Kuasa itu tahap ketigalah?" Tanya Taufan, meminta kepastian. "Oh... Entah macam mana kuasa Beliung tu. Nampaknya aku kena berlatih lagi untuk dapat kuasa tu."

   "Oh... Jadi berlatih dengan aku esok."

   "Wargh!" Taufan berpusing ke belakang dengan mata terbeliak. Halilintar rupanya. Dia mengurut dadanya yang bagai mahu terlonjat keluar tadi. Fuh... Kurus semangat.

   "Apa yang Tok Aba ceritakan?" Soal Thorn, ingin tahu.

    Taufan yang menyedari sesuatu berkata. "Mata kau orang tak bercahaya."

   "Mata kau orang pun."

   "Ehem. Kuasa ini bukan kita yang punya sebab ini kuasa penguasa Elemental 100 tahun dahulu. Kuasa kita ni baru tahap kedua, belum tahap ketiga. Okay, dah." Blaze menerangkan secara ringkas sebelum menggoncang riba Tok Aba. "Tok Aba. Cepatlah sambung."

   Tok Aba berdehem secara sembunyi apabila dirinya digoncang sebegitu. Memaksa betullah budak ini. "Okay atuk sambung. Macam kau orang dengar tadi, ada tujuh penguasa Elemental pada 100 tahun dahulu. Tapi... Semuanya berubah bila Retak'ka penguasa Elemental Solar mula merebut kuasa - kuasa penguasa Elemental yang lain. Dan terjadi satu peperangan antara penguasa Elemental yang sangat besar apabila Retak'ka berjaya mengambil kuasa Elemental Beliung, Kuputeri."

  Sempat lagi Blaze  berbisik kepada Fang yang berada di belakangnya. "Patutlah perangai Solar tidak semegah."

   Fang turut bersuara perlahan. "Itulah. Dua kali pandang pun macam penjahat dah."

   Solar tersenyum mendengar setiap perbualan mereka sehingga panas telinga Solar dibuatnya! "Aku dengarlah, kau orang!"

   Thorn mengangkat - angkat tangan seperti budak darjah satu ingin menanyakan sesuatu. "Apa jadi dekat penguasa Elemental yang lain?"

   "Semuanya meninggal dunia dibunuh Retak'ka." Raut muka Thorn berubah kelat setelah mendengar kata - kata Ochobot. Seriuslah?

   "Oh... Aku ada baca buku tentang ini. Ada yang mengatakan salah seorang penguasa Elemental disumpah oleh ahli sihir dalam peperangan tersebut." Fang memberikan maklumat tambahan.

   "Disumpah menjadi apa?" Soal Taufan.

   Fang mengangkat bahu. "Mana aku tahu. Aku cuma Fang."

   Tok Aba tersenyum kekok. Banyak betul iklan. "Kau orang dapat kuasa tu dari Ochobot. Penguasa Elemental Kristal serap kuasa - kuasa yang berjaya diserap Retak'ka melalui Ochobot. Sebelum serap kuasa itu, penguasa Elemental Kristal telah mengurung Retak'ka dalam satu bekas kristal gergasi. Manakala  Ochobot pula disimpan di bilik bawah tanah istana."

   Ochobot menyambung pula. "Tetapi. Satu hari..."

   "Tak sangka kau penting dalam cerita ni." Komen Blaze tanpa rasa bersalah.

   Ochobot mempedulikan Blaze lalu meneruskan cerita. "Sampailah satu hari, waktu kau orang masih dua tahun. Ada seorang ahli sihir berasal dari puak Atata Tiga datang curi aku. Tapi nasib aya... Ada orang selamatkan aku. Ada satu kemalangan berlaku, secara tidak sengaja, aku termasukkan kuasa Elemental dalam badan korang."

  "Owh..." Taufan, Blaze dan Thorn mengiyakan serentak.

   Halilintar tersentak tatkala dia tiba - tiba teringatkan sesuatu. Dia mencapai telefon dari poketnya lalu menunjukkan kepada Tok Aba. "Tok Aba... Apa maksud pantun ini?"

    "Eh? Telefon?" Fang bersuara terkejut.

   "Kenapa?" Soal Solar dalam masa yang sama mengawal nada suaranya yang tersentak mendengar Fang berteriak tiba - tiba.

   "Sini ada line ke?"

   "Adalah." Mendengar kata Solar, Fang terus membelek telefon miliknya. Betullah, ada internet!

   Tok Aba mencapai telefon Halilintar. Riak mukanya berubah seakan terkedu. "Halilintar, Thorn. Ada salah seorang daripada kau orang baca pantun ini?"

   "Saya yang baca, tok."Jawab Halilintar." Dan... Ada sesuatu yang pelik. Ada tujuh pokok yang berlainan warna. Bila saya dah habis baca, daun  pada ketujuh - tujuh pokok itu bercahaya. Kabus yang berada di belakang kita orang, hilang... Lepas itu kita orang nampak sebuah kota."

  Tok Aba menunduk ke bawah sebelum perlahan - lahan mengangkat kepalanya. "Itu bukan sebarang kota... Itu Kerajaan Elemental."

   "Kerajaan Elemental?" Ulang kembar bertujuh tersebut. Tidak pernah dengar pula nama kerajaan tersebut.

   Fang yang larit bermain telefon tadi memandang Tok Aba, bingung. "Kejap... Kerajaan... Apa?"

   "Kerajaan Elemental." Tok Aba mengeluh perlahan. "Nampaknya kau orang kena selesaikan perang 100 tahun tersebut. Kemungkinan Retak'ka akan datang mengambil kuasa kau orang."

  

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top