FDTKA 5
FANG DAN TUJUH KEMBAR AJAIB
"Kau kena tolong kami"
"Kembar bertujuh!"
...
AIR liur basi yang keluar meleleh cepat dia seka. Ish, bahaya betul kalau ada orang tengok! Lebih - lebih lagi si 'Light' itu. Boleh jatuh maruahnya! Fang berdecit sambil mengalihkan kaki Blaze yang berada di dadanya. Tekaknya yang sakit diurut perlahan.
"Teruk benar budak ini tidur. Tak macho langsung." Fang sempat lagi mengutuk cara tidur Blaze. Lagi - lagi Solar. Dengan rambut serabai dan mulut ternganga. Haih... lagi teruk dari aku.
Sampai sahaja di dapur, dia terus mencari dengan hajat untuk melembapkan tekak. Fang yang sedang meneguk air tersembur air ke tingkap melihat kepingan salji berterbangan di sebalik tingkap.
"Apa benda tu?" Fang tertanya sendiri. Apa yang penting, basuh gelas dahulu. Bagus Fang ini. Pergi rumah orang dia basuh gelas selepas minum. Yang tidak bagusnya dia minum berdiri.
Kepingan salji itu semakin banyak berterbangan di sebalik tingkap membuatkan Fang naik seram sejuk. Bagaimana kalau itu nenek si bongkok tiga yang nyanyi tadi? Ataupun warga Ghost Kingdom yang cuba untuk memikatnya? Yalah, dia kan hensem sampai semua orang terpikat.
Fang yang tadi mempedulikan apa yang dilihatnya, berhenti menaiki tangga apabila kepingan salji itu mula masuk ke dalam rumah.
Fang mula kehairanan. "Apa semua ini?"
Dengan nekad, Fang mencari punca dari mana kepingan salji itu datang. Keluar sahaja dari rumah, atmosfera di sekelilingnya menjadi seram sejuk seperti duduk di Kutub Utara! Baru sahaja Fang ingin menghentikan niatnya, muncul satu kepingan salji berterbangan di hadapannya.
Sambil mengurut bahunya untuk menghilangkan kesejukan, Fang bergerak perlahan menuju ke hadapan.
Kelihatan Ice yang sedang berbual dengan Tok Aba yang berada di dalam kolam. Yang membuatkan Fang takjub adalah tangan Ice yang mengeluarkan kepingan salji itu.
"Ice, kau... kau ahli sihir juga ke?" Soal Fang penuh curiga. Tidak pernah lagi dia lihat magis sebegitu sebelum ini. Nampak seperti nyata dan bukan magis jampi.
Ice terkedu melihat Fang tiba - tiba menegurnya. Serta - merta tangannya tidak lagi keluarkan kepingan salji. "Tak. Tak. Aku bukan ahli sihir."
"Habis tu, apa yang keluar dari tangan kau? Bukan ke tu magis?" Tanya Fang apabila merasakan Ice seakan - akan berbohong pada dirinya.
Ice mengetap bibir. "Ini bukan magis... tapi... kuasa."
"Kuasa?" Fang mengerutkan dahi mendengarnya.
Melihatkan Fang sedang keliru, Ice mengalihkan pandangannya pada wajah ikan koi yang berada di dalam kolam itu. Tok Aba mengangguk, seperti memberi kebenaran memberitahu cerita sebenar.
"Kalau kau nak tahu, kau kena janji... Jangan beritahu sesiapa tentang hal ini. Ataupun aku akan bunuh kau." Ice merenung Fang dengan pandangan yang menakutkan.
Fang meneguk air liur melihat raut muka Ice. Seram sejuk pula dia dengan budak ini. Nanti aku tidak jadi mahu tahu kan...
"Huargh..." Ice menguap sehingga menampakkan anak tekaknya. Dia tersengih memandang wajah pucat Fang. "Jangan risau aku bergurau sahaja. Tapi kalau Hali, mungkin dia akan buat macam tu."
"Kami kembar bertujuh dilahirkan dengan kuasa Elemental. Berdasarkan nama kau akan tahu kuasa mereka. Macam... aku. Nama aku Ice dan aku ada kuasa elemental air. Begitu juga dengan Gempa, Blaze dan lain - lain." Sambil berkata, Ice mengeluarkan beberapa titik salji dari tangannya ke tanah.
"Pergh... bestnya." Fang membayangkan dirinya mendapat kuasa. Hahaha, pasti dia jadi lebih popular! "Oh, ya. Maaf tanya tapi mana ibu bapa korang?" Tanya Fang.
"Erm..." Ice dalam kantuk menoleh ke arah Tok Aba tetapi ikan koi itu seakan - akan tidak tahu memberi jawapan kepada soalan itu.
Perlahan - lahan Tok Aba menjawab. "Atuk pun tak pasti sama ada dia orang sudah mati ataupun masih hidup."
Fang menjadi tertanya. "Tak pasti?"
"Tok Aba sebenarnya manusia tapi dia disumpah menjadi ikan koi oleh seorang ahli sihir. Tok Aba hanya boleh bertukar menjadi manusia apabila siang mula menjelma. Ahli sihir sekarang memang kejam." Fang dapat membaca kegeraman di sebalik wajah kuyu Ice.
Ketika itu, si Fang sudah menggelabah di dalam hati. Kenapalah ahli sihir itu gatal tangan tukarkan Tok Aba jadi ikan koi? Habislah kalau dia orang tahu bahawa dia ini ahli sihir. Mesti dia orang sangat anti dengan ahli sihir. Naya kena halau nanti.
"Bukan semua ahli sihir jahat. Tak apalah. Ini Fang tak tidur lagi ni?" Tok Aba menukar topik.
"Tadi dahaga tuk. Sebab tu saya minum air tadi," jawab Fang dengan penuh sopan santun. Kalau Solar yang tanya tadi mesti dijawab penuh sindiran.
"Atuk boleh nampak diri dia dalam mata kamu."
"Apa, tuk?"
"Tak ada apa - apa. Baik kamu masuk rumah sekarang. Nanti warga Ghost Kingdom datang. Lari tak cukup tanah korang masuk rumah," kata Tok Aba.
Warga Ghost Kingdom? Pergh, baru sebut sahaja dah menggigil tubuh badan. Belum jumpa dengan adik ipar penanggal lagi.
"Yalah, tok." Fang bingkas bangun. Dia memandang aneh ke arah Ice yang senyap menunduk ke tanah.
"Ice? Jomlah masuk rumah." Fang mencuit bahu Ice namun hanya dibalas Ice hanyalah bunyi 'hmm...'.
Sekejap. Dia marah aku ke sebab tanya fasal ibu bapa dia? Ataupun dia sudah tahu yang aku ahli sihir?
"Ice. Woi, bangun!" Fang menarik tubuh Ice ke belakang. Ice rebah ke belakang dengan muka yang tersengih dan air liur basi keluar.
"Sedapnya tidur..."
Fang memandang Ice dengan muka toya. Lah... tidur rupanya. Ingatkan marah aku tadi. Buat takut aku sahaja.
"Woi, bangunlah." Fang menggerakkan tubuh Ice. Kalau ikutkan hati nak sepak sahaja kaki dia tetapi mengenangkan Tok Aba ada di sini, dia batalkan sahaja niatnya.
"Janganlah kacau aku tidur. Bagilah lima minit lagi." Ice bersuara dengan nada kuyu. Sempat lagi dia mengiring ke tepi.
"Kepala kaulah lima minit. Cepatlah bangun." Fang menggoncang lagi tubuh Ice tetapi membuatkan Ice makin nyenyak tidur. Budak ini ingat aku tengah buat kerusi urut percuma ke?
"Biar atuk cuba." Tok Aba bergerak menuju ke permukaan air.
Kaki Ice yang tidak bersarung itu digeletek menggunakan siripnya. Terbuntang mata Ice apabila tapak kakinya terasa basah. Ada benda jilat kaki akukah? Dengan sepenuh tenaga, Ice menendang Tok Aba sekuat - kuatnya!
"Opocot!" Tok Aba tertolak ke sisi kolam. "Rasa patah tulang aku."
Ice memandang ke kiri dan ke kanan. Masih mamai dengan apa yang terjadi. Matanya membulat memandang ke sosok tubuh berwarna putih di sebelah kirinya. Dengan hujungnya yang diikat tepi. Matanya yang merah seperti tidak tidur satu bulan.
Sah, itu memang warga Ghost Kingdom!
Tanpa pedulikan apa - apa, Ice terus berlari menuju ke rumah. "Aaa!"
"Apa fasal dia lari tiba - tiba?" Fang menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia memalingkan kepalanya ke kiri. Muncul seekor pocong tersenyum ke arahnya.
"Oh... Hai." Fang meneguk air liur sebelum berlari termengah - mengah menuju ke dalam rumah. "ICE, TUNGGU AKU!"
Pocong meludah buku nota dan pensel dari mulutnya. "Ala..."
...
"Kau jumpa dia semalam?" Blaze memandang Ice, seakan tidak percaya.
"Ya. Aku dah kata dah kat Nina Pocong tu. Aku tak nak ajarkan dia Matematik. Aku sendiri pun tak faham sangat tulisan hantu." Ice mengeluh teringatkan pocong itu. Setiap hari datang jilat tingkap biliknya minta tolong ajarkan Matematik. Tak ada kerja betul.
"Ala. Kenapa tak suruh Solar? Dia kan pandai Matematik." Soal Thorn, polos.
"Aku dengar tu!" Solar meninggikan suaranya walhal kedudukan mereka tidaklah jauh mana.
"Solar. Fokus." Tegur Halilintar dengan nada tegas.
"Yalah." Solar kembali fokus ke sesi latihan. Setiap pagi selepas subuh, Halilintar akan mengheret salah seorang kembarnya untuk mengadakan sesi latihan. Dan selalu menjadi mangsanya mestilah Solar.
"Nina kan pocong. Mestilah Solar takut dengan dia. Ataupun dia tak nak muka dia viral sebab mengajar pocong. Jatuh maruahlah katakan..." Taufan membuat spekulasi sendiri.
"Tembakan Solar!" Balang kaca yang tersusun dia atas meja pecah semuanya terkena tembakan dari jari Solar.
"Gilalah..."
Solar mengalihkan pandangannya ke arah Fang yang baru tiba di muka pintu. Raut Solar berubah menjadi panik. Fang nampakkah semua itu?
"Eh, Fang. Bila masa kau sampai?" Tanya Taufan. Dia cuba sedaya - upaya menyembunyikan rasa gementarnya.
"Kau nampak ke semua tu tadi?" Soal Halilintar tanpa selindung. Fang perlahan - lahan mengangguk.
Ice menyampuk. "Erm... Fang sebenarnya dah tahu."
"Dah tahu?" Teriak mereka berlima mendengar bicara Ice.
"Aku janji aku akan simpan rahsia ini elok - elok." Fang mengangkat sebelah tangannya, cuba meyakinkan kembar di hadapannya.
"Shring!"
Fang mengawal riak wajahnya yang pucat tatkala hujung pedang halilintar menghampiri tekaknya.
Anak mata Halilintar merenung tajam Fang. "Janji. Kalau tak aku bunuh kau."
"Ha, iya, janji. Boleh alihkan tak pedang kau ni?"
Halilintar menurunkan pedangnya. Beberapa saat kemudian, pedang itu hilang dari pandangan mata semua.
Gempa yang baru tiba di muka pintu mengerutkan dahi apabila merasakan terdapat aura tidak baik di hadapannya. "Kenapa muka kau tegang ni, Hali?"
Halilintar menundingkan jari ke arah Fang. "Budak ini dah tahu semuanya. Si Icelah, beritahu."
Gempa memandang Ice yang menguis - ngusi tanah. Dia melepaskan keluhan. "Haih. Kalau dah tahu tu biarlah. Lagipun Fang dah janjikan. Nah."
Halilintar menyambut huluran Gempa. Tali bakul dipegang. Dia tersenyum sinis memandang Gempa. "Kutip cendawan lagi?"
"Yalah. Nak masak. Ha pergi cepat. Fang kalau kau nak ikut pun boleh." Kata Gempa. Fang menoleh pantas ke arah Gempa. Eh, apa fasal aku kena ikut pula?
"Ha, nak ikut." Thorn mengangkat tangan, menyuarakan hasratnya untuk mengikut serta.
"Ha, jom Thorn. Fang, kau ikut sekalilah. Bukan kau buat kerja apa - apa pun dekat rumah."
"Eh? Haih... Yalah."Fang akur dengan arahan Halilintar. Tetapi dalam hati pelbagai jenis kutukan dilemparkan. Sudahlah aku tak mandi lagi. Kena ikut pula. Reda sahajalah.
"Bye, landak!" Solar melambaikan tangan penuh ceria ke arah Fang.
Fang mencapai batu ke tanah lalu melemparkannya ke arah Solar. Gol! Betul - betul kena dekat perut Solar! Fang ketawa terkekek - kekek sambil menuju ke arah Halilintar dan Thorn yang sudah masuk ke dalam hutan.
Kedengaran suara Solar melaungkan namanya tidak puas hati. Hahaha, puas hatiku! Puas hatiku!
🌟🌟🌟
Wey. Aku rasa aku writerblock tadi. Kenapa tiba - tiba panjang ni? 😂
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top