FDTKA 18

FANG DAN TUJUH KEMBAR AJAIB
"Kau kena tolong kami"
"Kembar bertujuh"
...

6 jam 30 minit sebelum...
8:00 PAGI

"FANG..."

   "Siapa tu?" Dilihat kiri dan ke kanan tetapi hanya menghiasi pemandangannya hanyalah warna hitam. Kening Fang bercantum. Adakah ini... tempat yang pernah dia mimpi sebelum ini?

   Suara seorang perempuan mengalihkan perhatian Fang. "Hidupkan jalan cerita kamu, Fang."

  "Hidupkan? Apa maksud ka..." Fang mengalihkan pandangannya ke arah tangannya yang bercahaya. Tempat yang dipijaknya turut mengeluarkan cahaya berwarna ungu.

  Perlahan - lahan Fang mengangkat wajahnya mengikut arah tuju cahaya tersebut. Matanya menangkap pasangan suami isteri sedang tersenyum tidak jauh darinya. Si isteri mendepakan tangan, seolah - olah ingin memberikan pelukan pada Fang.

  Tanpa sedar, Fang berkata sesuatu. "Mak?"

   "Ya, Fang. Kami ibu bapa kandung kau," jawab si suami itu.

   Entah apa yang mendorong Fang sehingga dia berlari menuju ke arah mereka. Tangisan yang mengalir tiada siapa dapat hentikan. "Mak! Ayah!"

  Tubuh mereka berdua didakap penuh erat. Tanpa Fang perasan, tubuhnya berubah menjadi tubuh seorang kanak - kanak. Fang mendongak memandang wajah kedua ibu - bapanya. "Betul ke kamu berdua ni, ibu bapa Fang?"

   Ibu Fang mengusap kepala Fang. "Ya, Fang. Kami memang ibu bapa kau."

   "Maafkan ayah sebab serahkan engkau kepada orang lain. Kami ingin lindungi engkau dari Retak'ka. Ayah risau kalau si monyet tu bunuh kau," sampuk ayah Fang. Sempat lagi dikutuk si Retak'ka itu.

   "Ayah dan mak... dekat mana selama ini?" Sayu Fang bertanya.

   Ibu dan ayah Fang saling berpandangan sebelum mereka berdua tersenyum pasrah sendiri. Ibu Fang menuturkan kata dengan nada sebak. "Kami tiada lagi di sini. Yang penting, kau dan abang kau masih hidup."

   Sempat Fang bermonolog dalam hati. "Ha? Aku ada abang? Agaknya dia hensem dari aku atau apa?"

   "Ayah akan cari jalan untuk jumpa kau berdua. Tapi... kau kena tewaskan Retak'ka. Jangan bagi dia kuasai kerajaan Elemental kalau tidak buruk padahnya yang akan diterima kita," pesan ayah Fang dalam nada tegas.

   Tiba - tiba kedengaran suara Tok Aba menyapa halwa telinga mereka. "Fang, bangun Fang."

   "Belum tiba masanya untuk kau ikut kami. Teruskan perjuangan kamu di sana." Sebaik sahaja berkata, tangan ayah Fang hilang bagaikan debu.

   Tergagap - gagap Fang menyusun kata. Matanya tidak lepas memandang wajah ibu bapanya. "Mak dengan ayah nak pergi mana?"

  "Mak dan ayah tak pergi jauh, Fang. Kami sentiasa di hati kau. Betul kata ayah kau, kau kena kalahkan Retak'ka." Ibu Fang tersenyum sebak, begitu juga dengan ayah Fang. Mereka berdua hilang bagaikan debu - debu berterbangan.

  Fang jatuh melutut melihat situasi itu. Tubuhnya bertukar menjadi normal. Dia bingkas bangun dan mencari ibu bapanya. "Ayah! Mak!"

   Merata dia pergi di ruangan gelap itu semata - mata untuk mencari ibu bapanya. Setiap langkahnya diikuti dengan taburan cahaya ungu. "Mak! Ayah!"

   Kedengaran suara ibunya menangis berteriak. "Pergi... hiks... Fang! Hadapi realitinya!"

   "Ini, tok, Fang. Bangun!"

   "Meow, meow!"

  Langkah Fang terhenti sendiri. Dia menutup kelopak matanya. Bersedia untuk bangun dari mimpi ini. Air matanya dibiarkan mengalir di pipi. Dia berkata perlahan, "Fang. Hadapi realitinya."

   "Fang!"

   "Huh!" Fang segera bangun dari tidurnya. Dia mengesat air matanya yang masih mengalir. Tidak semena - mena, tubuhnya dipeluk oleh seseorang. Dia mengerling ke arah songkok dipakai oleh orang yang memeluknya. "Atuk?"

   "Syukurlah kau dah sedar. Dah 4 jam kau tak sedarkan diri." Tok Aba perlahan - lahan melepaskan pelukannya.

   Cattus menolak Pedang Berkilauan menggunakan hidungnya. Walaupun pergelangan kaki kucing itu sakit, Cattus tetap cuba mendekati Fang.

  "Terima kasih." Fang mengambil pedang itu dengan senyuman di bibir. Dia serta - merta terkedu melihat balutan pada pergelangan kaki Cattus. "Aku ke yang buat?"

   "Meow meow!" Cattus menggeleng tanda dia langsung tidak kisah.

   Fang membelek Pedang Berkilauan yang sudah bertukar menjadi buruk dan kelabu. Seperti sudah lama ditinggalkan. "Kenapa pedang ini boleh jadi macam ni? Bukan dia warna ungu ke?"

   Tok Aba yang tadi duduk melutut bertukar posisi kepada bersila. Terukir sengihan di wajah tua itu. "Oh, memanglah! Pedang Berkilauan hanya aktif pada waktu malam sahaja. Tapi kau, Pahlawan Kegelapan. Boleh kawal pedang ni."

   Fang memandang wajah Tok Aba, tidak percaya. "Ha? Macam... mana? Semalam saya pegang je pedang ni, terus pengsan saya dibuatnya."

   "Ada kamu maafkan semua orang?" Soalan Tok Aba menyentakkan hati Fang.

   "Apa kena mengena maafkan orang lain dengan buat kawal pedang?" Fang masih lagi keliru.

  "Adalah tu. Cepat, duduk bersimpuh dan pegang pedang itu." Arah Tok Aba. Walaupun tidak faham, Fang menuruti sahaja arahan Tok Aba.

   "Macam ni?"

   Tok Aba mengangguk sekali. "Bagus. Sekarang maafkan semua orang yang pernah buat salah dengan kamu."

   Fang ternganga sedikit. Belum sempat dia menidakkan, Tok Aba menyambung katanya. "Macam mana kamu nak berubah  menjadi sesuatu yang baru kalau kamu masih berdendam? Maafkan semua orang termasuk diri kamu."

   Fang tergamam mendengar akhir ayat Tok Aba. Kepalanya perlahan - lahan ditundukkan merenung lantai. Nafas ditarik dalam - dalam serta kelopak matanya ditutup.

  "Maafkan semua orang."

   Kebengangan terhadap Gogobi yang memerangkap dirinya. Kebenciannya akan Ayuyu yang sanggup meracuninya. Rasa marah akan Retak'ka yang menyerang kawan - kawannya. Rasa kecewa kerana ibu bapanya sanggup membuangnya dahulu. Dia lepaskan segalanya.

   "Maafkan semua orang termasuk diri kamu."

  Prasangka dia membawa nasib malang ke rumah kembar Elemental dihapus. Rasa terkilan tidak dapat mengawal Pedang Berkilauan juga dicampak jauh - jauh.

   Setelah selesai semuanya, Fang membuka matanya. Dia merasakan satu ketenangan yang dia tidak pernah rasa sebelum ini. Rasa seperti dia menjadi orang yang baru.

   Melihat senyuman Fang itu membuatkan Tok Aba melukiskan senyuman bangga. "Bagus. Sekarang tok nak cuba kamu bangun dan pegang pedang itu."

   Fang segera bangun dari duduk berlunjur namun dia tiba - tiba terjatuh kerana jampi melindungi kakinya yang cedera sudah hilang kesannya.

   "Argh, sakitnya!" Fang mengerang kesakitan sambil memegang kakinya. Sungguh dia lupa bahawa dia masih dalam keadaan cedera.

   "Kau okay ke, Fang?" Tok Aba bingkas mendekati Fang. Sempat diimbas kecederaan yang dialami Fang. Kaki kanan Fang dibelek. "Oh, kaki kau bengkak teruk. Tapi... dah surut sikit. Kau ada comor minyak gamat ke?"

   "Ha'ah. Probe tolong sapukan." Fang yang perasan ketiadaan Probe memandang ke kiri dan ke kanan, laju. "Eh, mana Probe."

   "Dia dah balik rumah dia. Sekejap..." Tok Aba mengeluarkan minyak gamat dari poketnya. Dihulurkan botol minyak itu kepada Fang. "Nah, sebelum lawan Retak'ka. Kau elok sapu minyak ini pada kaki kau."

  "Terima kasih, tok." Fang menyambut botol minyak itu.

   "Sama - sama. Ha..." Tok Aba berpaling ke belakang lalu mengambil setangkai buah anggur. Dia memberi sebuah buah anggur yang telah dikupas kepada Fang. "Nah."

   "Terima kasih sekali lagi, tok." Fang terus menyuakan anggur itu ke dalam mulutnya. Kunyahan terhenti apabila selesai memproses ayat Tok Aba sebelum ini. "Kejap... lawan dengan Retak'ka?"

   Tok Aba yang sedang mengunyah buah anggur mengangkat kepala seolah bertanya 'apa?'

   "Saya sendiri tak tahu Retak'ka tu kat mana. Takkan nak main belasah saja redah kerajaan Elemental," luah Fang.

   "Ala, apa susah. Cattus kan ada." Tok Aba menjuihkan mulutnya ke arah Cattus seronok menggigit papan rotan. Tok Aba kemudiannya menguis beberapa helai rambut berwarna putih di sebelahnya. "Lagipun Cattus boleh hidu jejak Retak'ka melalui rambut si bedebah ni."

   Sambil makan, Tok Aba menerangkan. "Cattus boleh membesar sebegitu sebab dia ada power sphera Bellbot. Yang tergantung pada leher dia itulah. Cuma sekarang Bellbot tengah dalam fasa tidur. Jadi, mungkin kamu akan bercakap dengannya lain kali."

   Fang yang seakan tidak mempercayai kata Tok Aba terus membelek rantai leher milik Cattus. Memang benar! Ada robot berbentuk bulat kecil dalam fasa mengisi tenaga berada di bawah leher Cattus.

  "Pedang ini ada keistimewaan sendiri. Ianya seperti bersatu dengan Pahlawan Kegelapan. Jadi, kalau kau dalam kesusahan, kau boleh seru pedang ni." Tok Aba memberikan satu fakta menarik tentang Pedang Berkilauan.

   "Wah, tak sangka tok banyak tahu fasal pedang ni," ujar Fang, kagum. Sempat lagi dikopek buah anggur tersebut sebelum dimasukkan ke dalam mulut.

   "Atuk banyak membaca. Membaca kan jambatan ilmu." Tok Aba menukar topik. "Ha, makan dulu. Nanti bercakap."

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top