FDTKA 17

FANG DAN TUJUH KEMBAR AJAIB
"Kau kena tolong kami"
"Kembar bertujuh"
...

RAKSASA Tidur terjaga dari lenanya apabila mendengar bunyi tapak kaki menuju ke ruangan penjara. Mahu berjaga - jaga, malas pula. Tidak mungkin ada orang akan selamatkan tujuh kembar Elemental di sini.

   Bunyi langkah kaki itu terhenti di hadapan pintu penjara. Raksasa Tidur memalingkan wajahnya ke arah pintu penjara. Rasa curiga mula tumbuh di dalam hati. Entah - entah, pegawai kerajaan Elemental yang datang menyerang. Aduh, kacau dia tidur sahajalah!

   Dengan malas, Raksasa Tidur bergerak menuju ke pintu. Diintai melalui celah bawah pintu itu. Hmm, tidak ada seorang makhluk pun. Untuk mendapat kepastian, Raksasa Tidur memulas tombol pintu dan menjenguk ke luar. Serentak dengan itu, satu jerkahan menyapa dirinya dari sisi pintu. "BAA!"

   "Opocot, tembakan tidur!" Kechik rebah ke tanah akibat serangan tidur dari Raksasa Tidur yang melatah tadi. Gogobi terkebil - kebil memandang Kechik sudah melayari alam mimpi. Siap mengusap jari lagi!

   Gogobi menyoal. "Kenapa kau tembak Kechik?"

   Raksasa Tidur menayangkan riak menyampah. "Woi, dah kau sergah aku! Memang aku melatah jawabnya."

   "Ala, maaflah. Dahlah, aku nak hantar makanan ni." Gogobi masuk sambil memegang sisi dulang. Di atas dulang itu terdapat tujuh mangkuk yang berisi ulat merah besar yang masih bergerak.

   Setiap dulang itu dimasukkan ke dalam tujuh ruang sel penjara yang berbeza. Sampai sahaja di hadapan sel penjara Solar, Solar tegas bersuara. "Jangan letak. Aku tak akan makan benda jijik tu."

   "Aku pun!" Teriak Taufan dari sel bersebelahan sel penjara Blaze.

   Gogobi tayang muka bengang. "Bersyukurlah sedikit. Makan sahajalah ulat ni. Susah sangat ke?"

   Solar yang terbaring menghadap dinding mengalihkan pandangan ke arah Gogobi. "Kalau macam tu, aku nak kau makan sebelum aku. Mesti lapar, bukan? Yalah, kau dah jaga kita orang dari malam semalam."

   Masih segar di ingatan Solar, Gogobi membawa bangkai kucing untuk mereka berenam makan. Thorn dibiarkan kelaparan dalam pengsan sejak semalam. Malah, dengan kejamnya, Kechik membenamkan wajah Halilintar ke bangkai kucing yang masih berdarah. Disebabkan mereka berenam berdegil tidak mahu makan, mereka bertujuh direnjat dengan elektrik serentak.

   Betapa jahatnya mereka sehingga kembarnya yang lain  terbaring lemah. Thorn juga diseksa walaupun dia pengsan. Kini, hanya Taufan dan Solar yang masih segar membuka mata.

   "Hahaha, susah - susah saja! Aku dah makan tadi." Gogobi menolak. Perutnya diusap - usap. Gila! Tidak mahu dia menelan ulat - ulat merah itu. Menggelikan tekak sahaja.

   "Tak apalah, Solar. Mungkin dia dah makan berudu. Rupa pun macam ikan buntal. Patutlah tak kahwin lagi." Muka Gogobi merah menahan marah mendengar kutukan Taufan.

   Solar terus menyertai sesi kutukan. "Ha'ahlah. Mungkin dia dah makan banyak berudu tadi. Maaf tadi pelawa abang Gogobi. Mesti abang dan kenyang, kan?"

   "Eh, makan jelah! Banyak bunyi pula." Raksasa Tidur menghampiri Solar, bersedia untuk tidurkan Solar dengan kuasanya tetapi dihalang Gogobi.

   Gogobi bertanya dengan satu senyuman yang menyeramkan. "Aku tanya kau lagi, nak makan... atau tidak?"

   "Tak nak." Taufan dan Solar berkata serentak.

   "Baiklah." Gogobi mengeluarkan tongkat saktinya.

   Terketar - ketar Solar mengujarkan soalan. "Woi... kau... kau... na... nak buat apa... tu?"

   "Takkanlah nak..."

   "Encik katak mandi di paya, seksalah mereka dengan cahaya!" Sebaik sahaja mantera itu dibaca, tujuh pancaran cahaya kilat memancar ke setiap tujuh sel. Serta - merta mereka berenam mengerang kesakitan manakala Thorn mengerutkan dahi seperti menahan sakit yang amat.

  "Hentikan... ARGH!"

   "Ah!"

   Putera Amato bingkas bangun dari pembaringannya. Jantungnya berdebar - debar. Apa maksud mimpi itu? Kenapa rambut mereka bertujuh hampir kesemuanya putih?

   Dan... kenapa mereka menyeksa anak - anaknya?

   Laksamana Maskmana yang baru tiba di situ menyoal. "Kau dah kenapa  tiba - tiba menjerit dekat taman istana ni? Hilang akal ke apa?"

   Putera Amato menggelengkan kepalanya, perlahan. "Aku... aku mimpi buruk tadi."

   "Tulah." Termengah - mengah Pian berkata. Penat sangat berlari ke, bang? "Tidur... wa.. tu... petang. Tak... baca... do... huh... a... huh... penat!"

   Putera Amato dan Laksamana Maskmana memandang sesama sendiri sebelum menoleh ke arah Pian kembali. Putera Amato berkata. "Wey, kita orang tak faham langsung apa yang kau kata."

   Pian tidak membalas tetapi terus baring ke rumput. Dia menstabilkan pernafasannya sebelum bersuara. "Patutlah kau suka baring dekat atas rumput ini waktu petang. Rasa diurut dengan rumput - rumput ni."

  Seperti perasan ketiadaan seseorang itu, Amato bertanya, "mana Kaizo?"

   "Oh..." Laksamana Maskmana menuding jari ke belakang. "Dia pergi melawat tempat tu lagi."

   "Amato!"  Sayup - sayup suara seseorang memanggil Amato.

   Amato memandang ke arah sekeliling. "Wey, ada orang panggil aku ke?"

   Laksamana Maskmana menggerakkan kepalanya ke kanan dan ke kiri manakala Pian menjongket bahu.

   "Amato!" Semakin lama, suara memanggil namanya itu semakin kuat. Amato mengorek telinganya. Mana tahu salah dengar. Banyak sangat tahi telinga dalam telinga.

   "AMATO!" Muncul Mechabot terbang menuju Amato tidak jauh dari mereka. Laksamana Maskmana segera mengelak dari dilanggar Mechabot.

  "WARGH!" Putera Amato membulatkan matanya melihat Mechabot seakan hilang kawalan. Sedar - sedar sahaja dirinya dan Mechabot melekat di dinding tembok istana.

  "Aduh... yang kau lari macam robot gila ni kenapa?"  Putera Amato memandang Mechabot dengan penuh rasa bengang di dada. Suka hati robot itu sahaja menyondol dirinya.

   "Retak'ka, buat kecoh dekat rumah rakyat kerajaan Elemental sekarang ini! Si tak ada hidung itu suruh kita serahkan semua power sphera Elemental. Kalau tidak, dia akan bunuh anak - anak kau."

   "Betul ke kau ni? Ke kau prank aku sekarang?" Putera Amato seakan susah mahu mempercayai berita yang dibawakan Mechabot.

   "Ya, memang aku selalu prank kau. Tapi ini betul - betul!" Mechabot cuba meyakinkan Putera Amato.

   "Betul kata Mechabot." Putera Amato menoleh ke punca suara itu. Kelihatan Deep berdiri penuh bergaya di atas tembok. Disebabkan tersilap langkah, Deep jatuh terjelepok macam nangka busuk ke bawah.

   "Itulah... berlagak macam hero pula." Pian merenung Deep dengan pandangan menoya.

   Deep menahan sakit dalam diam dan cuba bangun perlahan - lahan. Sakit betul punggungnya! Jatuh maruah di hadapan kawan - kawannya.

   "Kau okay tak, manusia?" Soal Mechabot dalam nada menyindir.

   "Ya, aku okay." Deep berpaling ke arah Amato. Nada suaranya berubah menjadi macho. "Betul kata si Mechabot tu. Retak'ka tengah serang kerajaan Elemental. Dan... paling mengejutkan..."

   Mechabot yang teringatkan sesuatu terus memotong. "Ha, lupa nak bagitahu! Ada pahlawan kegelapan di sana! Pahlawan  yang dah hilang semasa masih bayi, 17 tahun yang lalu!"

   Putera Amato tergamam mendengarnya. "Apa?"

  Deep menjeling Mechabot. Tidak guna betul. Berani - berani robot ini memotong katanya. Nasiblah kau power sphera kesayangan kawan baik aku, kalau tak malam nanti aku potong kau pakai gergaji.

   Putera Amato memberikan arahan. "Pian dan Maskmana, tolong aku dengan siapkan tentera kita. Kita akan menentang Retak'ka. Deep..."

   Deep yang sudah melompat ke luar tembok melaungkan  kata. "Aku akan selamatkan anak - anak kau!"

   Putera Amato tersenyum sendiri. "Terima kasih!"

  "Baik." Laksamana Maskamana menegur Amato apabila melihat Amato mengeluarkan alat untuk bergabung dengan Mechabot yang berupa telefon. "Kau nak pergi mana?"

   Amato tersengih sendiri. "Aku akan tolong Pahlawan Kegelapan tu. Jom Mechabot!"

   "Baik!" Mechabot mengekori Amato berlari ke luar istana.

   "MECHABOT, MEGANIZE!"

  

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top