FDTKA 16

FANG DAN TUJUH KEMBAR AJAIB
"Kau kena tolong kami"
"Kembar bertujuh"
...

"KENAPA kita ke sini?" Soal Fang, perlahan. Memang benar sangkaannya. Kesemua pokok Elemental telah ditebang oleh Retak'ka.

  Setiap daun pada kesemua pokok Elemental bertukar menjadi putih. Hanya beberapa helai daun yang masih kekal dengan warna asalnya. Fang perlahan - lahan mencapai topi milik Halilintar yang agak lusuh di atas tanah. "Tak guna betul Retak'ka tu. Nantilah... aduh!"

  Fang berpaling laju ke arah ketua Multimonster. Ketua Multimonster menayangkan riak tidak bersalah selepas membaling batu kecil ke arah pipi Fang.

   Kaki kecil si ketua mendaki batu - batu kecil untuk naik ke atas batu besar bersebelahan pokok Elemental Gempa. Sebaik sahaja melabuhkan punggungnya di atas barulah ketua Multimonster bersuara. "Kita datang ke sini untuk latih diri kau, Pahlawan Kegelapan."

   Fang mengerutkan dahi. Macam pernah dengar nama itu? Tetapi kenapa dia gelaran aku Pahlawan Kegelapan? "Pahlawan Kegelapan? Apa kau merepek ini?"

  "Ya, kaulah Pahlawan Kegelapan. Pahlawan yang boleh memanipulasi bayang - bayang." Jelas Ketua Multimonster. Suaranya kedengaran tegang menunjukkan bahawa dia benar - benar serius.

  Fang tertawa sinis. "Hahaha! Aku mana ada kuasa manipulasi bayang. Aku ni cuma popular dan pandai kawal magis saja."

   Ketua Multimonster tarik muka menyampah. Sempat lagi selit perkataan 'popular' itu. "Jangan menidakkan perkara yang benar. Buka mata kau dan hadapi realitinya." Bersungguh - sungguh ketua Multimonster meyakinkan Fang bahawa Fanglah waris keturunan Pahlawan Kegelapan.

   Tidak mungkin dia tersilap. Wajah Fang seiras benar dengan Pahlawan Kegelapan seratus tahun dahulu. Dari rambut hingga ke iris mata yang merah menyala... ya, dia yakin yang dia tidak silap!

   Raut muka Fang berubah bingung. Dia merenung rumput. Rasa keliru dan tidak percaya bercampur di dada. Fang masih lagi menidakkan. "Aku tak kenal pun siapa ibu bapa aku. Dibesarkan oleh ahli sihir jahat. Hrgh, tak mungkinlah aku Pahlawan Kegelapan!" Pada akhir kata, Fang meramas kuat rambutnya.

   Terbit rasa menyesal mengikuti ketua Multimonster. Kalau duduk melepak dan berborak dengan Multimonster yang lain kan lebih seronok.

   Ketua Multimonster menyembunyikan keluhannya. "Aku tahu kau keliru. Sebab itu aku nak ajar kau, Fang."

   "Ajar saya?" Panggilan Fang serta - merta berubah.

   "Ya." Ketua Multimonster yang tadi duduk bersila terus tegak berdiri. Dia memejamkan mata sebelum membuat bunyi seakan memanggil kucing. Siap geleng kepala berulang kali.

   Sempat lagi Fang mengutuk ketua Multimonster di dalam hati. 'Sewel ke apa dia ni.'

   Dalam beberapa saat ketua Multimonster kekal begitu sehinggalah terasa gegaran tapak kaki seseorang di sekitar mereka. Burung yang berteduh di sarang mereka terbang tidak tentu arah akibat gegaran itu. Fang terpaksa berpaut pada batu yang dipijak ketua Multimonster. Hanya ketua Multimonster yang masih gagah berdiri.

   Lama - kelamaan gegaran itu hilang sendiri. Fang menyandarkan diri pada batu sambil mengurut dada. "Apa... apa benda tadi tu?"

   "Meow!" Ngiauan seekor kucing memecahkan kesunyian hutan itu. Kucing berbulu hijau itu berlari dengan cergas menuju ke arah mereka. Kucing itu menggeserkan kepalanya pada batu ketua Multimonster sambil mengiau sendiri.

   "Da... datang... pun... ka... mu, Ca... Cact... Cactus." Ketua Multimonster menyambut kedatangan Cattus si kucing dengan tergagap - gagap. Pehanya terkepit - kepit seperti menahan daripada buang air.

   "Yang ketua tergedik - gedik macam nak kencing ni kenapa?" Seloroh Fang.

   "Memang aku nak kencing pun! Aduh, tepi! TEPI!" Ketua Multimonster melalui bawah kelangkang Fang sambil memegang pusatnya yang ditutupi kain (Multimonster membuang air melalui pusat). Kakinya berlari pantas menuju semak yang tidak jauh dari mereka.

   Beberapa minit juga diambil untuk ketua Multimonster selesai membuang air. Sebab itulah Fang dan Cattus mengisi masa dengan bermain 'osom'. Hahaha, nampak comel sahaja melihat Fang bermain dengan kucing. Tetapi kesudahannya, Cattus yang menang. Yalah, air lawan batu, air yang menang, bukan?

   "Ah, lega..." Ketua Multimonster berjalan ke arah mereka dengan penuh rasa senang. Dalam banyak - banyak terapi yang menenangkan, buang airlah merupakan terapi yang menenangkan. Rasa lega lepas buang air itu, aura dia lain macam! Terus segar dan bersemangat!

   Lamunan ketua Multimonster terhenti apabila perlihatkannya terganggu dengan hayunan tangan Fang betul - betul di hadapan wajahnya. Ketua Multimonster segera menepis tangan Fang menggunakan ranting kayu lalu menaiki ke atas batu. Dia kemudiannya mengeluarkan suara yang amat tegas. "Baik, kita akan mulakan latihan, pagi - pagi buta ni, sekarang!"

   Serta - merta Fang dan Cattus bertukar posisi seperti seorang askar.

   "Baik, ketua!"

   "Meow meow, meow meow!"

   "Panggil sahaja tok." Ujar ketua Multimonster.

   "Baik, tok!"

   "Meow meow, meow!"

   "Kita mulakan dengan pertahanan." Ketua Multimonster menghalakan ranting kayunya ke arah Cattus, "Cattus kamu boleh serang Fang. Tapi jangan kasar sangat. Dia masih baru."

   Fang mengalihkan pandangannya ke arah ketua Multimonster. "Tok bergurau, kan? Tak mungkin saya nak..." Fang berhenti bersuara tatkala merasakan angin panas mengenai kepalanya. Perlahan - lahan Fang mendongak kan kepalanya sebelum menjatuhkannya kembali.

   "Argh!" Fang melompat ke kiri. Seakan susah hendak dipercayai! Seekor kucing yang menang bermain osom dengannya  telah menjadi kucing gergasi yang tingginya lebih 10 kaki! Raut muka comelnya juga berubah menjadi ganas.

   "Untuk kali ini, kamu tidak akan dibenarkan menggunakan Pedang Berkilauan ini. Guna magis untuk benda penting sahaja dan jangan guna untuk serang Cattus balik." Fang menoleh laju ke arah Ketua Multimonster yang tersenyum tenang.

   "Ha? Dah gila ke?" Teriak Fang, bengang.

   Fang melompat ke secara gimnastik ke belakang. Cattus mengiau kuat. Mungkin kucing itu bengang tamparannya tidak mengenai Fang. Tidak semena - mena, Cattus belari laju mendekati Fang.

   Fang apa lagi? Terus Instafamous, mastershadowFang membuka langkah melarikan diri dari Cattus yang kini seakan kerbau yang ingin menyondolnya.

   Lari punya laju, sehinggakan Fang sendiri tidak sedar dia sudah berada di atas dahan pokok. Dia mengelap peluh yang menitik di dahinya. Fang menarik nafas lega. "Nasib baik kucing tak pandai panjat pokok."

   "Meow." Fang memalingkan wajahnya ke sebelah. Hampir luruh jantungnya melihat wajah Cattus betul - betul di sebelahnya. Fang terus terjun dari pokok yang setinggi bangunan tingkat 2.

   "Kucing emak berbulu lebat, tolong sediakan timbunan lembut!" Tongkat sakti dihayunkan laju ke bawah. Muncul sebuah tilam empuk yang menyambut punggung Fang dari dihempap ke lantai tanah.

   "Meow..." Cattus versi gergasi menunduk memerhati Fang umpama seekor landak di bawah.

   Fang melompat - lompat di atas tilam apabila tapak kaki kucing gergasi itu cuba memeluk dirinya. Sayangnya tidak dipasangkan lagu 'si katak lompat'. Kalau tidak mesti lagi rancak.

Fang: Kepala otak engkau.

   Pada lompatan yang kelapan, dia tiba - tiba melonjak tinggi menyamai ketinggian dahan yang diduduki tadi. Entah mana silapnya, dia telah mendarat di atas tubuh Cattus.

   Cattus yang merasa rimas dirinya ditunggangi, menggoyangkan tubuhnya ke kanan dan ke kiri. Fang terus berpaut pada bulu Cattus bagi mengelakkan dirinya melayang. Kalau melayang, terus jatuh popularitinya. Tidak mahu!

   Tetapi sepandai - pandai Fang berpaut, akhirnya jatuh ke tanah jua. Fang bangun lalu menggosok punggungnya yang terasa perit. Cattus sudah mengangkat tangan, bersedia untuk memberi tamparan kasih sayang terhadap Fang.

   Fang bangun dan menjadi panik hingga tidak tahu berbuat apa. Akhirnya, dia melindungi wajahnya sebagai langkah berjaga - jaga dengan serangan Cattus. Cattus melayangkan tangannya  ke arah Fang secara perlahan. Walaupun lembut sahaja tamparan itu, Fang terpaksa berundur beberapa langkah ke belakang.

   Fang meneliti lengannya. "Peliknya. Aku dah buat pertahanan kot."

   "Itu sebab bukaan langkah kamu." Tegas ketua Multimonster berkata. Entah dari mana dia datang. Tiba - tiba menyelit antara mereka.

   Ketua Multimonster mencucuk kaki kiri Fang dengan ranting kayu. "Bukalah langkah kaki kau ni besar sikit. Macam nak tunggu bini je gayanya. Rapat kaki macam tu."

   Fang membawa kaki kanannya ke hadapan. Dia melunjurkan tangannya ke hadapan. Cuma tangan kirinya ke belakang sedikit. Fang mengerling ke arah ketua Multimonster. "Macam ni ke, tok?"

   Ketua Multimonster menepuk tangan sekali. "Bagus, begitulah!"

   Ketua Multimonster memuntahkan sebilah pedang ke tanah. Air liurnya dikesat dengan satu senyuman di bibir. "Rasanya pedang ini sedia untuk kamu gunakan."

   Fang tersenyum nipis. Pedang Berkilauan itu dicapai. "Baiklah."

...

   "Tumpang tanya, tok. Apa keburukan Pedang Berkilauan? Saja tanya. Nak tahu." Pinta Probe. Siap keluarkan buku nota dan pen lagi. Wah, Probe ini mesti sebuah robot pendengar yang baik.

   Salah seekor Multimonster menghalang. "Ah, jangan tok! Entah - entah dia ni perisik!"

   "Hish, aku ni dah jadi robot baiklah! Sampai hati kau orang tuduh aku macam - macam. Hmph, merajuklah macam ni!" Probe berpaling ke belakang. Nada suara robot itu seakan berjauh hati.

   Tok Aba segera meredakan keadaan. "Sudah - sudah. Dekat sikit. Mari atuk cerita."

   Mendengar sahaja kata Tok Aba, semua Multimonster dan Probe mengerumuni balang ikan itu.

   Tok Aba memulakan cerita. "Pedang Berkilauan walaupun nampak hebat. Berikan penggunanya bergerak seperti kilat. Kekuatan melebihi seekor gergasi tetapi ada satu keburukan. Dan ini keburukan yang paling terus."

   Ternganga Taufan dibuatnya. "Apa?"

   "Ya, penggunanya akan dikawal oleh pedang itu sendiri." Kata Ketua Multimonster.

   Iris mata Fang bercahaya merenung tujuh Cattus yang lemah. Menitik darah dari pergelangan kaki Cattus yang terluka. Cattus sudah kembali pada saiz asalnya.

  "Cukup, Fang!" Ketua Multimonster berdiri di hadapan Fang. Tangannya didepakan, cuba melindungi Cattus.

   "Lah... kalau teruk sampai macam tu. Kenapa bagi Fang yang pegang? Dia dahlah tak ada kuasa." Soal Taufan sambil mengunyah bertih jagung yang diambil satu Multimonster sebelahnya. Sempat dilihat pertarungan Fang dan Halilintar. Haih... ini yang bosan! Laju sangat mereka bergerak.

   Ketua Multimonster menghela nafas berat. "Hal ini kerana, hanya Fang saja yang dapat mengawal roh pedang itu kembali."

   Fang jatuh menghempap tanya. Pedang itu terlepas dari pegangannya. Satu keluhan dilepaskan oleh ketua Multimonster. Dia mendekati Fang yang terpejam rapat matanya.

   "Meow..." Terhinjut - hinjut Cattus cuba mendekati Fang. Cattus menjilat muka Fang. Namun, sayang sama sekali kerana Fang masih lagi pengsan.

   "Tak apa, Cactus. Kita tunggu Fang bangun."

  

  

  

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top