FDTKA 14

FANG DAN TUJUH KEMBAR AJAIB
"Kau kena tolong kami"
"Kembar bertujuh"
...

"F... ang. Kau... ke.. kena... tolong... kami, kembar bertujuh!

  "Huh?" Fang meliar ke kiri dan ke kanan. Pemandangannya hanyalah kawasan hitam dan sepi. Dia menjadi bingung mendengar suara itu. "Hali?"

   Fang mendongak ke atas. Tiba - tiba, dia terundur beberapa langkah ke belakang apabila ternampak  Retak'ka, berada di hadapannya tetapi lebih tinggi kedudukan darinya. Lebih mengejutkan, jasad dia sedang diapungkan dengan magis Gogobi.

   "Retak'ka, mana kami nak campak si landak ungu ni?" Soal Gogobi.

   "Kau nampak bukit curam di depan kita tu?" Retak'ka menuding jari ke arahnya.  "Buang di sana."

   Gogobi mengikut arahan, mencampakkan jasad itu menggunakan magisnya. Tubuh Fang yang lemah itu bergolek - golek menuju ke arah Fang sendiri. Semakin laju ianya bergolek, semakin membesar jasad itu sehingga lagi besar dari Fang sendiri.

   Kaki Fang seolah terpasak kukuh di tanah. Dia tak mampu berbuat apa. Dia melindungi wajahnya dengan harapan, dia akan terselamat dari dirempuh badan sendiri. Fang sempat berbisik perlahan. "Tolonglah berhenti..."

   Masa seakan berhenti secara tiba - tiba. Jasad itu berhenti bergolek. Sekeliling Fang bercahaya dengan aura berwarna ungu. Fang mengalihkan tangannya setelah menyedari tiada apa - apa yang terjadi terhadapnya.

   "Eh, aura apa ni?" Fang memandang telapak tangannya sendiri. Celah - celah jarinya turut mengeluarkan cahaya ungu.

   "Fang..."

   Muncul seorang perempuan dan seorang lelaki berdiri jauh di kirinya. Wajah yang samar - samar itu cuba diteliti.

   "Siapa kau orang?"

   "Fang... kau tak kenal kami ke? Kami berdua..."

   "BUK!"

   Muka Fang berlaga dengan lantai rumah. Dia bingkas bangun melutut sambil mengusap - usap mukanya. Habislah kalau penyek hidung, tidak hensemlah dia nanti.

   Mata Fang mengimbas keadaan sekeliling. Sebentar, ini bukan rumah Tok Aba. Kepalanya yang tiba - tiba berdenyut diurut perlahan. "Apa yang jadi se..."

    "Malamnya suram merahnya bulan. Jatuhkan dia ke dalam kegelapan!" Beberapa tangan - tangan muncul dari tanah lalu menghempap Fang. Fang terbaring menelentang.  Pergerakannya juga menjadi terbatas akibat tangan - tangan ini memeluknya.

   "Aku dah ingat!" Fang cuba bangun namun dia terjatuh kembali. Barulah dia perasan, kaki kanannya berbalut dengan kain putih.

  Tidak semena - mena, kedengaran nyanyian seseorang diiringi dengan robot ungu bermisai membawa dulang. "Sesuatu masa... keadaan dunia. Ten... ten... ten... ten... ten. Penuh bergaya, ancaman dari kami - kami ini..." Tubuh robot serupa tudung saji itu kaku melihat Fang yang sudah tersedar.

  "Eh, ehem..." Robot itu terus berlagak seperti orang tua berpengalaman. "Kamu dah sedar, wahai makhluk yang tidak aku kenali. Sudah lama aku menunggu..."

  Fang memandang robot itu dengan muka menoya. "Sudahlah Probe. Aku tahu tu kaulah."

  "Huhuhu," Dengan pasrah, Probe mencabut misai palsunya. "Macam mana kau boleh detect aku?"

   "Setakat bubuh misai palsu, aku boleh dapat kesanlah. Aku pun boleh buat. Mesti nampak lebih kacak." Fang lantas tersengih - sengih membayangkan dia dengan misai yang bergaya. Mesti makin bertambah peminatnya!

   Sengihan Fang terhenti. "Oh, ya. Macam mana aku boleh ada dekat sini?"

   "Macam ni." Probe memandang siling diikuti Fang. "Aku nampak kau terbaring lemah berdekatan curam. Kaki kau pun bengkak. Tak tahu kena apa. Jadi aku angkutlah kau pulang ke rumah aku."

   "Oh..." Fang mengiyakan cerita Probe. Dia mengerutkan dahi. "Eh, tapi aku dekat mana pula sekarang ini?"

  "Kau sekarang di Kerajaan Elemental. Selamat datang aku ucapkan ke Kerajaan Elemental! Oh, ya sekarang pukul 1 pagi." Probe mengucapkan kata - kata aluan. Hati robotnya sedikit tersentuh melihat Fang yang sudah besar. "Tak sangka kau dah besar dah Fang. Sejak peperangan antara Raja Elemental dan Adudu, rakyat Kerajaan Elemental tersorok di sini disebabkan kabus. Kita orang boleh keluar, tapi tidak boleh terlalu kerap."

   Fang tersentak. "Kabus... kabus itu kabus apa sebenarnya?"

   "Oh, kabus itu mengelilingi Kerajaan Elemental apabila kuasa Elemental menerima host baru. Kira macam nak melindungi penguasa Elementallah. Kabus itu akan hilang apabila salah seorang penguasa Elemental baca pantun tu. Bila baca pantun tu, bermakna penguasa - penguasa akan memegang tanggungjawab yang besar."

  "Apa khabar Adudu sekarang?" Soalan itu membuatkan Fang terkedu.

  Fang menunduk sebelum perlahan - lahan menggeleng. "Adudu dah meninggal setahun yang lepas."

  Dulang di tangan Probe terlepas. Nasib baik bukan dulang kaca. Fang memalingkan wajahnya ke arah Probe yang seperti nampak kecewa. Walaupun bibir robot itu kelihatan tersenyum tapi di dalam robot itu pasti sedang berduka.

   Fang menukar topik. "Boleh tak bawakan aku ke satu tempat ni? Dekat situ aku akan ceritakan segalanya."

...

  Badan Fang kehilangan keseimbangan lalu jatuh terduduk sendiri. Fang terkesima melihat pemandangan di hadapannya kini.

  Rumah yang dulunya tempat tujuh Kembar Elemental tinggal kini roboh seakan berlakunya gempa bumi di situ. Bumbung tercampak entah ke mana. Tiang - tiang yang berdiri kukuh juga sudah jatuh menimpa bumi. Lebih menyayat hati, patung - patung kegemaran Ice bersepah di sekitar rumah. Ada yang sudah terkeluar kapas - kapas dari sarungnya.

   Dan... topi milik Thorn. Berada betul - betul di hadapannya.

   Probe yang kehairanan bertanyakan sendiri. "Apa dah jadi ni?" Perhatian Probe teralih pada Fang tatkala terdengar esakan dari remaja itu.

   "Ka... kalau aku tak ikut Gogobi masuk ke hutan ni, mesti... hiks... tak akan jadi macam ni," Ujar Fang berselang - seli dengan esakan. Buat pertama kalinya, dia menangis tanpa hiraukan popularitinya, tanpa hiraukan maruahnya.

   Maka, itu cukup membuktikan bahawa Fang merasa bersalah yang amat. Walhal itu bukan salahnya.

   Topi itu digenggam kuat. Dia pun tidak tahu mana Retak'ka sudah membawa mereka pergi. Kolam milik Tok Aba juga sudah musnah. Mungkin mereka sudah cedera parah atau lebih teruk.

  Bahunya seakan dicuit oleh seseorang. Fang menoleh ke belakang. Kelihatan ketua Multimonster mengukirkan senyuman untuknya. "Perlukan bantuan?"

   Makin ramai Multimonster muncul di belakang ketua mereka. Probe memandang setiap wajah mereka. Probe berkata sendiri. "Macam aku pernah kenal mereka tapi kat mana, ya?"

  Fang mengesat sisa air matanya yang mengalir. Dahinya bercantum, aneh dirasakan. "Kejap, siapa panggil kau orang ke sini?"

  Salah seekor Multimonster tergesa - gesa menuju ke salah satu pokok. Dia mengambil sebuah balang kecil berisi air sebelum berjalan terkedek - kedek mendekati Fang. Di dalam balang itu, terdapat seekor ikan Koi memandang tepat ke arahnya.

   "Atuk yang panggil."

  

  
  

  

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top