FDTKA 12
FANG DAN TUJUH KEMBAR AJAIB
"Kau kena tolong kami"
"Kembar bertujuh"
...
"PERTUNJUKAN nyanyian? Wah, papa! Pipi nak pergi, boleh tak? Bolehlah... bolehlah..." Pujuk si anak kepada si bapa.
Papa Zola sudah menggaru kepala. Ingatkan nak beli serbuk cili, tiba - tiba terjumpa pula poster iklan ini. "Ala, Pipi. Pipi ingat tak Nek Pi dekat rumah? Mesti Nek Pi nak main magis dengan Pipi. Pipi tak nak ke?"
Namun tawaran sebegitu tidak menarik pada gadis kecil bernama Pipi Zola itu. "Ala papa. Pipi naaak. Papa tak sayang Pipi en?"
Papa Zola sudah resah di dalam hati. Haih... anak dia main soal perasaan pula! Sudahlah teringat bini di rumah.Dia membongkokkan badan, cuba bercakap dengan bola kuasa yang bergabung dengannya. "Eggabot, Kebenaran nak teman anak Kebenaran pergi pertunjukan. Boleh kan kamu balik sendiri?"
"Hmm!" Kedengaran persetujuan dari bola kuasa itu. Eggabot menyahgabungkan dirinya dengan Papa Zola.
Belum sempat Eggabot bergolek menuju ke rumah, Papa Zola sempat berpesan. "Hah, nah cili." Dibuka tempurung atas Eggabot. Disimpan cili di dalam dlama itu. Nama pun 'Egg'abot. Mesti bentuk macam telur, bukan? "Cakap dekat dinda Kebenaran. Kanda balik lewat sikit en?"
Pipi Zola sempat menyampuk. "Nak teman Pipi pergi tengok pertunjukan!"
Eggabot akur. Bola kuasa itu terus bergolek menuju ke rumah.
Papa Zola menggulung poster itu sebelum dilambungkan poster itu ke atas. Poster itu terus bertukar menjadi burung origami kertas. Sempat lagi burung origami itu bersorak riang.
"Tunjukkan jalan ke pertunjukkan, wahai burung muda!" Sebaik sahaja Papa Zola berkata, burung origami itu mengangguk. Burung itu mengibarkan sayap dan terbang ke arah tempat yang dituju diikuti langkah Pipi dan Papa Zola.
Sementara itu, di belakang pentas kayu (Gempa telah buatkan pentas khas bersebelahan gerai Tok Aba), kelihatan Fang sedang terjenguk - jenguk memerhati keadaan sekeliling. Sudah beberapa orang ramai datang bersila di hadapan pentas. Malah kalau orang kerabat, mereka akan duduk di atas awan magis.
Disebabkan kaki pentas itu tinggi, Fang terpaksa menjengketkan kakinya untuk melihat para penonton. Dia terus menoleh ke arah ketujuh - tujuh kembar itu. "Okay, memang ramai gila orang."
"Erm..." Thorn bermain dengan jarinya sendiri. "Betul ke nak buat semua ini?"
"Ala kau ni. Beranilah sikit!" Blaze menepuk kuat belakang badan Thorn. Untuk hilangkan gemuruh katanya.
Gempa mencuit lembut bahu Blaze. "Blaze, tak baiklah kau buat dekat Thorn macam tu."
"Yalah," balas Blaze, perlahan.
"Selamat datang para tetamu." Tok Aba memakai janggut palsu, menyambut kedatangan tetamu di atas pentas. Entah mengapa dia mempalsukan identitinya. "Terima kasih kerana sudi datang ke Kedai KokoTiam! Sementara menunggu, rasalah air Special Koko Tok Aba dari salah satu resepi kami."
Yaya, Ying dan Gopal lantas menjalankan tugas, mengedarkan gelas - gelas air pada tetamu yang hadir.
"Terima kasih, kakak," ucap Pipi yang merupakan salah tetamu di situ. Gelas air itu diambil lembut.
Ying tersenyum senang dengan ucapan Pipi. "Sama - sama."
"Dengan ini, saya persilakan Fang dan Tujuh Kembar Ajaib!" Tok Aba turun dari pentas sekaligus memberi isyarat supaya tujuh cucunya berserta Fang untuk naik ke pentas.
"Okay, geng. Mari mulakan!" Bersemangat Blaze laungkan. Tidak sabar mahu tunjukkan bakatnya dalam menyanyi.
Paling menarik, ketujuh - tujuh kembar itu disarungkan topeng yang menutup seluruh muka. Pada setiap topeng itu terdapat logo masing - masing. Contohnya, pada topeng Gempa, terdapat logo Gempa dan begitu juga pada yang lain. Semua ini kerana arahan Tok Aba.
Sebaik sahaja BoBoiBoy berkembar dan Fang naik ke pentas, muzik di latar belakang pentas dimainkan.
FIRE AND WATER
Faizal Tahir
(Fang)
Oh oh oh oh
Oh oh oh oh
Ada masa ku mahu jadi biasa
Ada masa ku mahu luar biasa
Mahu ku jadi juara
Mahu ku berjaya
(Halilintar)
Kata orang hidup biar berjasa
Dunia ini hanya sementara
Berani hadapi semua
Harus kau percaya
(Solar)
Ku cuba dan cuba
Ku tak putus asa
Terus ikut cahaya
Ku cuba dan cuba
Ku tak putus asa
Pasti sampai ke sana
(Blaze)
I'm Fire
(Ice)
And I'm Water
(Fang)
Kau memberiku kuasa
(Gempa)
I'm Earth and
(Halilintar, Taufan, Thorn, Solar)
I'm Nature
(Fang)
Kau membuatku rasa
Pada tempat yang berlainan, ketujuh - tujuh pokok Elemental mengeluarkan cahaya pada daun masing - masing.
(Fang)
Woah oh oh oh oh
Woah oh oh oh oh
Boy oh boy oh boy oh boy oh
Jangan mudah mengalah
Tanpa disedari sesiapa, hatta Tok Aba pun langsung tidak perasan. Seorang perempuan tua seiras Ayuyu menonton pertunjukan itu dengan penuh khusyuk. Malah, Fang menjadi tumpuannya.
Dia menyelak kain yang menutupi permukaan bakulnya. Epal yang bersinar mengandungi racun itu dipandang sinis. Bersabar, sayang. Sedikit lagi... kau akan masuk dalam perut Fang.
Kini, dia kembali menonton pertunjukan itu.
(Blaze)
I'm Fire
(Ice)
And I'm Water
(Fang)
Kau memberiku kuasa
(Gempa)
I'm Earth and
(Halilintar, Taufan, Thorn, Solar)
I'm Nature
(Fang)
Kau membuatku rasa
(Semua)
Oh!
(Fang)
Woah oh oh oh oh
Woah oh oh oh oh
Boy oh boy oh boy oh boy oh
Jangan mudah mengalah
(Kembar BoBoiBoy)
I'm rising up
I'm feel it now
I never let you down
I' rising up
I feel it it now
I keep you safe and sound
Penonton semua sudah mulai seronok. Malah ada yang menjerit teruja!
(Fang)
Ku berikan segalanya
Mengharungi semuanya
Woah oh
Woah oh
(Blaze dan Ice)
I'm Fire and I'm Water
(Fang)
Kau memberiku kuasa
(Gempa, Halilintar, Taufan, Thorn, Solar)
I'm Earth and I'm Nature
(Fang)
Kau membuatku rasa
(Semua)
Yeah!
(Blaze)
I'm Fire
(Ice)
And I'm Water
(Fang)
Kau memberiku kuasa
(Gempa)
I'm Earth and
(Halilintar, Taufan, Thorn, Solar)
I'm Nature
(Semua)
Kau membuatku rasa
Oh!
Woah oh oh oh oh
Woah oh oh oh oh
Boy oh boy oh boy oh boy oh
Jangan mudah mengalah
Ketika itu, semua penonton mula bersorak, malah menyanyikan bersama - sama Fang Dan Tujuh Kembar Ajaib. "Woah oh oh oh oh! Woah oh oh oh oh! Boy oh boy oh boy oh boy oh! Jatuh bukannya kalah! OH! "
"I'm Fire and I'm Water!"
...
Taufan membuka topeng yang tersarung pada wajahnya. Dia meluahkan kegembiraannya "Baguslah kita tadi!"
"Alamak!" Tidak semena - mena, Fang menepuk dahi. "Aku lupalah nak rakam tadi! Ah, habislah... habislah... aku tak boleh dengar lagi suara merdu aku nyanyi tadi!"
Solar yang turut menyedarinya, terus menepuk paha. "Yalah! Betul cakap kau. Aduh, macam mana ni?"
Halilintar memandang mereka dengan pandangan toya. Itu pula yang kau orang fikirkan?
"Hai..." Mereka berlapan berpaling ke arah gerangan yang menyapa mereka. Seorang nenek tua sedang memegang bakul. "Nenek tengok persembahan kamu tadi. Memang bagus."
Gempa menolak pujian nenek itu. "Ala mana ada nenek. Biasa - biasa saja."
"Biasa - biasa? Kita kan dah luar biasa tadi! Eh, mana Ice?" Blaze berpusing ke kiri dan ke kanan mencari kelibat Ice.
"Tu..." Solar menjuihkan bibirnya pada meja separuh bujur di gerai Tok Aba. Kelihatan Ice sedang melentokkan kepalanya di situ. "Tengah tidur."
"Ice!" Blaze bersuara menghampiri Ice.
"Jadi, nenek nak bagi cucu semua ni epal. Hadiah..." Ayuyu mengeluarkan sebiji epal yang tidak beracun, dia menghulurkan pada Gempa.
"Susah - susah saja, nek. Terima kasih." Gempa menyuakan epal itu ke mulut.
"Nah..." Ayuyu memberikan epalnya kepada beberapa orang kembar yang lain (tidak termasuk Blaze dan Ice yang melepak dekat gerai Tok Aba) sehinggalah diserahkan epal beracun pada Fang.
Halilintar senyum sekilas. Mahal benar senyuman itu! "Terima kasih, nek."
"Sama - sama, cu. Bagus persembahan kamu tadi. Nenek balik dulu en." Ayuyu berpusing membelakangi mereka. Sempat lagi senyuman sinis meniti di bibirnya sebelum berlalu dari situ.
Fang menghulurkan epalnya pada Thorn. "Ambillah. Aku tak suka makan epal."
Thorn menyambut epal itu. "Wah, terima kasih Fang!"
Sempat lagi si Fang itu terkembang hidung. "Hahaha sama - sama. Sama - sama. Dahlah aku nak pergi order air." Selesai sahaja berkata, Fang berjalan menuju ke gerai Tok Aba.
Thorn mengikuti langkah mereka mendekati Tok Aba. Dia menyuakan epal beracun ke dalam mulutnya sebelum satu gigitan diambil.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top