29

Kereta milik Sunwoo akhirnya berhenti di hadapan sebuah rumah. Sunwoo memandang Jiwoo yang tertidur di kerusi sebelah. Perlahan tangannya menyentuh bahu Jiwoo.

"Yaa, bangun. Kita dah sampai,"

Jiwoo membuka mata lantas menggeliat kecil. Dia memandang ke luar kereta. Kelihatan sebuah rumah setingkat bewarna coklat di luar sana. Dia kemudian mengikut langkah Sunwoo keluar dari kereta.

"Jom, masuk,"

Mereka berdua melangkah ke halaman rumah. Baru sahaja Sunwoo ingin mengetuk pintu, ianya dibuka terlebih dahulu dari dalam.

"Nenek,"

Seorang wanita lingkungan lebih separuh abad keluar. Tubuhnya tersarung pakaian untuk ke kebun. Dia memandang Sunwoo dan tubuh lelaki itu dipeluknya.

"Kalau nenek tak panggil, jangan harap kamu nak balik," belakang badan Sunwoo ditepuk beberapa kali.

Sunwoo hanya tersengih sebelum pelukan dileraikan.

"Nek, kenalkan isteri Sunwoo. Jung Jiwoo,"

Jiwoo menghulurkan tangan untuk bersalam namun ianya tidak disambut. Sebaliknya, Nenek Kim memandang dia dari atas hingga bawah, dan berakhir dengan memandang perutnya.

"Dah nak masuk dua bulan kahwin, belum ada isi ke?"

Jiwoo dan Sunwoo dua-duanya tersentak dengan soalan dari Nenek Kim.

"Belum nek," jawab Jiwoo perlahan.

Tidur sekali pun tak, macam mana nak mengandung?

"Kamu berdua merancang ke?" soal Nenek Kim lagi.

"Tak lah nek. Cuma belum ada peluang lagi," Sunwoo menjawab sambil memeluk bahu neneknya.

"Huh. Harapnya betul belum ada peluang lah, bukannya mandul,"

Tersentak Jiwoo mendengar itu. Boleh tahan juga mulut nenek Sunwoo ni, tak padan dengan umurnya langsung.

"Ni nenek nak ke mana ni?" Sunwoo cuba mengubah topuk.

"Pergi kebun lah. Kamu berdua pergi lah masuk berehat dulu,"

Sunwoo memandang neneknya yang mula melangkah pergi itu. Kemudian, dia memandang pula Jiwoo yang wajahnya sudah nampak kurang senang itu.

"Kau tak payah lah terasa dengan nenek tu. Mulut dia memang macam tu pun. Tapi hati dia baik,"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top