27

"So, macam mana? Apa perasaan selepas sebulan jadi isteri Sunwoo?" Yeji memulakan perbualan.

Hujung minggu itu, Jiwoo, Yeji dan Karina keluar bersama. Sudah lama mereka bertiga tidak keluar meluangkan masa bersama seperti ini.

"Biasa je. Kitorang buat hal masing-masing. Pagi, dia keluar kerja aku belum bangun lagi. Petang dia balik, kitorang jumpa lah sekejap kalau aku keluar bilik,"

Itu lah hakikatnya. Dia dan Sunwoo hanya seperti rakan serumah biasa sekarang. Keduanya hanya melakukan hal masing-masing. Ada hari kalau Sunwoo balik awal, suaminya itu akan membeli makanan buat dia dan mereka akan makan bersama.

Kalau ada topik, mereka akan berbual. Tetapi selalunya perbualan mereka akan berakhir dengan pertikaman lidah. Ada sahaja idea Kim Sunwoo untuk mencari gaduh dengannya.

"Boring lah korang ni. Macam mana perasaan cinta nak datang kalau asyik buat hal sendiri je," Karina menggelengkan kepala.

"Amboi kau, sedapnya bercakap. Kau tu macam mana? Aku dengar cerita Omma kau sekarang pun dah nak jadi macam Omma aku. Sibuk nak carikan jodoh untuk kau,"

Karina mengeluh mendengar itu. Baru dua hari lepas dia mengadu pada Jihoon, tapi cerita dah sampai pada Jiwoo. Sah lah, Jiwoo tahu dari Sunwoo. Lelaki kalau bergosip boleh tahan juga ya.

"Kau tahu kan aku ni anak tunggal? Dia belum ada cucu lagi. Itu yang bila tengok kawan-kawan main dengan cucu, dia sibuk minta cucu juga,"

"Apa susah? Jihoon kan ada," Yeji tersengih nakal.

"Betul! Aku rasa kau dengan Jihoon tu sesuai," Jiwoo menyokong.

"Jangan nak mengarut. Aku rasa Jihoon sukakan orang lain,"

"Bunyi macam kecewa je," Jiwoo mengusik.

"Ish, mana ada lah. Aku dengan Jihoon tu macam kau dengan Sunwoo lah Jiwoo. Rapat, tapi takde lah sampai rasa nak bercinta,"

"Tapi Jiwoo dengan Sunwoo dah kahwin. Maksudnya kau dengan Jihoon pun boleh," ujar Yeji yakin.

"Kau ni! Kalau kita berenam semua kahwin sesama kita, tak berkembang lah! Sampai ke tua asyik hadap muka sama je," Karina menggeleng.

"Eh, aku suka je. Kan Jiwoo?"

"Betul! Aku rasa dengan umur sekarang ni, malas dah nak bergaul dengan orang baru,"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top