EYRUL SPECIAL

"MOMMY!"

"Woi Eyra!"

Kelam kabut pagi itu.Baik bapak atau anak,dua-dua menyusahkan Eyra.Yang si bapak,dah tua bangka pun masih mengharapkan isteri.

Anak,tak boleh buat apalah.Budak kecilkan?Hasilnya,Eyra tak tentu hala.Ke sana ke sini,ke sana ke sini.

"Mommy!"

Kelana Puri,anak kedua mereka yang berusia enam tahun memanggil Eyra dengan lantang.Dia yang sedang sibuk di dapur terkocoh-kocoh ke ruang tamu.Senduk pun dibawa sekali.

"Ya Puri?" sahut Eyra.

Peluh di dahi dikesat.Pagi-pagi dah berpeluh.

"Sayang!" laung Fairul dari tingkat atas.

"Sabarlah!Aku tengah layan Puri ni!" balas Eyra.

Itulah mereka.Penggunaan aku-kau sudah sebati dalam diri.Kadang-kadang mereka tersasul di hadapan Kelana Puri dan Kelana Jaya.

Kelana Jaya ialah anak sulung mereka.Senang cerita,Puri dan Jaya merupakan kembar tak seiras berlainan jantina.

"Mommy!" rengek Puri dalam dakapan Eyra.

"Kenapa sayang?"

"Puri tak mahu pergi sekolah," kata anak kecil itu tersedu-sedan.

"Pasaipa?"

"Ada kawan ejek nama Puri!Dia ejek tomato puri!Malulah!" adu Puri.

Eyra hanya buat tidak endah.Sudah lali.Hanya kerana nama anak-anaknya unik,mereka diejek.

Sebelum Eyra melahirkan,dia dan Fairul acap kali bergaduh kerana Eyra mahu juga meletakkan nama anak-anak mereka sebagai Kelana.

Hah,padan muka!Kan dah kena ejek!

"Apa nama kawan Puri tu?" soal Eyra.

"Aizam"

Eyra melutut di hadapan anaknya.

"Puri nak dengar tips dari mommy tak?"

Budak kecil itu mengangguk bersungguh-sungguh.

"Okay,kalau dia ejek lagi,Puri kata macam ni,eh Aizam,!Atuk kau biru,nenek kau kuning eh?"

"Kalau dia tanya kenapa nak jawab apa?"

"Puri jawab,sebab mak kau hijau ahh,sambil jelir lidah.Kuning campur birukan jadi hijau," terang Eyra.

Puri masih lagi risau.

"Kalau mak ayah dia datang marah Puri macam mana?"

"Heh,ingat si Aizam sorang je ada mak bapak.Puri takde mak bapak?Macam tu?" tanya Eyra.

Terus gadis manis itu tersenyum.Air mata dilap. Siap kau Aizam!Eyra menggosok rambut anaknya yang bertocang.

"Eh,mana abang Puri?"

"Tak tahulah mommy," balas Puri sambil mengunyah roti.

Eyra bercekak pinggang.Ni lagi sekor,tak reti bahasa.Orang dah kata turun,tak turun!Degil macam bapak dia!

"Kelana Jaya!" jerit Eyra.

"Ya!"

"Mana kau!"

"Sini!"

Kelana Jaya tergesa-gesa turun ke bawah.Seluarnya dizip pantas.

"Ke mana je Jaya tadi?"

"Jaya berak ah mommy.Makan roti banyak sangat," terang Jaya.

"Okaylah.Dah cepat!Pergi sekolah!" arah Eyra.

"Tak mahulah mommy!" bantah Jaya.

"Lah,yang ni apahal pula?Tadi Puri,ni Jaya pula"

Naik heran dibuatnya.Nak kata anak-anaknya tak mendengar kata,tak rasanya kerana Eyra sudah mengajar mereka sehabis baik.

"Ada kawan ejek nama Jaya.Dia kata nama Jaya macam nama jalan dekat KL!Jalan Kelana Jaya!" adu Jaya.

"Siapa yang ejek?Aizam?"

Jaya mengangguk.Eyra menepuk dahi.Budak Aizam ni problem siot!

"Sayang!" panggil Fairul lagi.

"Kejaplah woi!"

Eyra memandang semula anak-anaknya.

"Puri,ajar abang eh macam mana nak jawab si Aizam tu.Mommy dah ajar tadikan?"

"Sure mommy!"

"Good girl!Dah,ambil beg lepastu pergi sekolah cepat!"

Kembar itu hanya menurut.Masing-masing mengambil beg dan mula melangkah keluar.Basikal dikeluarkan oleh mereka.

Pergi sekolah naik basikal je.Tak pakai driver pun.Tangan dan pipi Eyra dicium. Kemudian,mereka bergerak.

Eyra menarik nafas lega.Satu masalah selesai!Bolehlah dia berehat lepasni!

"Eyra Hayati!"

Senyumannya mati.Bapak pula buat masalah!Namun,dia tetap bergegas ke arah suaminya.

🐂🐂🐂🐂🐂

"EYRA" rintih Fairul.

"Yes,Caro?"

"Anak-anak dah pergi sekolah?"

"Dah," jawab Eyra ringkas.

Fairul tersenyum lebar.Yahoo!Masa untuk bermanja!

"Sayang," tegur Fairul dengan suara meleret.

"Ya baby?"

"Nak hug," pinta Fairul sambil mendepakan tangan.

"Hug mak lu!Kau tu demam,buat cara orang demam"

"Alah,bolehlah!Mana tau pelukan kau boleh kebahkan demam aku," kata Fairul.

Eyra mendengus.Dia maju ke arah Fairul,lantas mereka berpelukan.Dapat dia rasakan haba panas dari tubuh suaminya.

"Peninglah kepala aku," rungut Fairul.

"Nak buat macam mana?Demamkan?Takkan kau nak tukar kepala dengan aku," balas Eyra selamba.

Fairul mencubit pipi isterinya.Loyar buruk eh!Eyra tak mudah mengalah.Dia menjentik pula dahi suaminya.

"Sakitlah woi!" marah Fairul.

"Adan uke"

Fairul mengetatkan lagi pelukan mereka menyebabkan Eyra sedikit rimas.

"Longgarlah sikit.Tak bernafas aku"

"Tak nak longgarkan selagi kau tak setuju nak bagi Jaya dengan Puri adik," ugut Fairul.

Eyra terdiam.Aduh,dia ungkit lagi hal ni.Dua anak cukuplah tu.Kau nak apa lagi?

"Cukuplah tu dua.Kau nak berapa lagi?"

"Kan aku dah kata,aku nak tujuh ke atas.Pastu kau setuju.Ohh,dah kahwin ni tak nak tunaikan janji eh!"

Telinga Eyra dipiat.Tubuhnya dikunci Fairul.Demam ke buat-buat demam Fairul ni?

"Alah,bukan tak nak bagi.Line tak clear ahh.Puri dengan Jaya tu kan selalu berkepit dengan aku"

Iya,memang benar.Tak pasal-pasal,masa mereka tidur bersama pun diganggu oleh mereka berdua.

"Kalau kita hantar diaorang rumah umi,clear tak?"

Ah,sudah!Ada pula idea dia ni.Selalunya Fairul bengap.

"Bolehlah Eyra.Sementara masih muda ni,kena ada ramai anaklah," pujuk Fairul.

"Hisy,iyalah.Boleh.Aku bagi kembar lagi"

Akhirnya Eyra bersetuju.Fairul bersorak riang!Tak sia-sia pujuk.

"Nanti nak bagi nama apa?"

"Tamar dan Tamrin," kata Eyra.

"Oi,nama apa tu?Kau gila ke?"

Terkejut benar Fairul mendengar nama tersebut.Manalah isterinya dapat nama pelik-pelik.

"Alah,aku nak kelainan sikit.Tak nak nama moden"

"Cukup-cukuplah kau rosakkan nama Jaya dengan Puri.Anak lepasni,biar aku bagi.Dulu aku dah mengalah dengan kau tau," bebel Fairul.

"Iyalah!" pasrah Eyra.

Fairul melabuhkan ciuman di serata wajah isterinya.Sayang betul dekat bini eh bang.

"Hmm sayang,anak-anak takdekan?Jadi,apa kata kita...."

Lantas Eyra bangun.Tak payah habiskan,dia sudah tahu!

"Melampau eh!Dah,takde!Tunggu hujung minggu.Kita hantar diaorang rumah umi.Aku nak masak.Caro tidur je"

Fairul tergelak melihat wajah cuak isterinya.Baru usik sikit dah gelabah.Cium kang!

"Okay sayang!I love you!" jerit Fairul saat Eyra sudah menjauh.

Dia tersenyum seraya memejamkan mata.

"I love you to Caro"

Matanya dibuka.Eyra sedang berdiri di hadapan pintu dengan kenyitan mata.Selepas itu,wanita itu pergi.

"Haihlah sayang aku ni"





Okay done. Siapa nak baca,baca. Tak nak sudah.

Oh ya,aku ada buat new story tajuknya Silent Killer Husband. Jemputlah baca ya. Support aku tau tau tau dengan votes and comments. Refer dekat profile aku tau.Bye!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top