9-Karma

"PADAN muka kau Eyra Sundal!Seronoknya hati aku,adik aku ceraikan kau!"

Tawanya bergema di dalam keretanya. Kejadian seminggu lepas masih bermain di fikirannya.

Sumpah,dia masih tidak berpuas hati.Cerai je?Mana cukup untuk betina seperti Eyra.

Masih banyak lagi rancangan kotornya untuk menjatuhkan bekas adik iparnya.Selagi yang namanya Eyra wujud dalam dunia ni,selagi itulah dia akan mencari cara untuk menghapuskan gadis itu.

Bayinya sudah dihantar awal-awal ke rumah ayahnya bagi ditumpangkan seketika.

Liyana sudah dimaklumkannya untuk bertemu.Apabila wanita itu menceritakan yang dia ditinggalkan Fairul di Langkawi,bukan main marah dirinya.

Mahu sahaja ditendang wajah Eyra kerana disebabkan perempuan itulah adiknya bertindak meninggalkan Liyana.

Hari ini,dia akan menceritakan rancangannya kepada Liyana bagi menyakitkan hati Eyra.

Dia tidak kisah jika Fairul terjejas sekalipun,asalkan dirinya puas dan hajatnya untuk menjatuhkan bekas adik iparnya tercapai.

Fatin akan memaksa Liyana menipu Fairul.Liyana akan disuruh untuk mengatakan yang dia dirogol di Langkawi selepas sahaja Fairul meninggalkannya.Selepas itu,minta Fairul bertanggungjawab!Ha.Ha.Ha.

Bertepuk tampar dua wanita itu apabila mendengarkan plan Fatin.Bukan main gembira ingin menghancurkan orang.

Kak Fatin tersenyum bahagia dengan permainannya.Eyra akan diperhatinya dari jauh.Segala gerak-geri gadis itu tidak akan terlepas dari pandangannya.

"Eyra,Eyra.Kau tak akan bahagia selepas bercerai pun sebab kau tak layak.Kau hanya layak menderita," monolog Fatin sendirian lalu tertawa bagaikan dirasuk.

Keretanya yang sedang menyusuri jalan yang sunyi tidak sesekali menggerunkannya.Fikirannya melayang kepada penderitaan Eyra.

Kiri dan kanan kelihatan semak samun atau hutan.Sudahlah waktu malam,lagilah terasa kengeriannya.Tetapi tidak bagi Fatin.

Dia masih lagi tenang sambil senyuman tidak lekang dari bibir.Setelah beberapa minit memandu,sebuah motosikal menghalang laluannya membuatkan dirinya bengang.

Diberi hon berulang kali pun pembawa itu masih degil mahu berganjak.Merasakan orang itu pekak agaknya,Fatin turun dari kereta sambil membawa payung.

Payung pun bolehlah.Janji ada jaminan untuk selamat.

"Woi,telinga letak mana?Pekak ke?Nak aku jerit dekat telinga kau ke?" marah Fatin nyaring tanpa memikirkan betapa bahayanya lelaki dihadapannya kini.

"Bagi aku duit.Aku tak boleh tahan dah ni," kata pemuda itu.

"Penagih dadah?!Dahlah selekeh,buruk pula tu.Menghisap tapi mengemis duit dekat orang.Mampus kaulah nak tahan macam mana pun," hina Fatin.

"Tolonglah! Aku merayu.Nanti aku tolong kau balik," pintanya lagi lalu melutut.

"Kau nak tolong aku?Penagih,ada hati nak cuba tolong orang.Ke tepilah kau! Aku dah lambat.Dasar penagih!Sampah masyarakat!Tak ada siapa nak terima kaulah!"

"Tolong aku," rayunya.

"Baiklah, aku akan tolong kau," ujar Fatin secara tiba-tiba.

Terbit satu senyuman pada wajah jejaka itu.Akalnya masih waras ketika itu.

"Tolong ludah muka buruk kau!"

Diludah wajah itu.Bukan sekali,banyak kali sampaikan Fatin gelak kuat.Satu pukulan pula hinggap tepat pada perut lelaki itu.Kalau ini Eyra, bagus juga ya?Fikir benak Fatin.Dia melangkah dengan hati yang puas.Tak guna punya penagih!Membuang masa je!

"Sial kau!"

Tubuh Fatin ditendang dari belakang.Jatuh wanita itu.Dia ditumbuk dan disepak bertubi-tubi sehingga tidak berdaya.Darah merah pekat mengalir keluar.

Fatin tidak mampu bertindak mahupun menjerit kerana dia sudah tidak berdaya lagi.Apalah sangat kudratnya jika nak dibandingkan dengan lelaki baya adiknya?

Akhirnya,dia ditarik ke dalam semak di tengah kepekatan malam yang sunyi.Menerima nasib akan tindakannya yang menghina orang lain.

🐂🐂🐂🐂🐂

"EYRA,cepatlah!Takkan nak tunggu kau pula!" laung Izzat dari luar.

Rombongan pengantin dah sampai dan adiknya itu masih terhegeh-hegeh mahu keluar.Pengapit penting tau!

Sementara Eyra mundar-mandir di seluruh rumah mencari kipas pengapit.Tadi dia ada membawa kipas itu masuk ke dalam tandas dan terlupa untuk bawa keluar semula.

Bila dia memeriksa di tandas,kipas itu sudah lesap.Ke mana pergi benda itu?Ada orang buat guna bakar sate ke?

Kan bagus kalau bersanding ni tak kecoh macam akad nikah semalam.Tak adalah Eyra terkocoh-kocoh.Macam dia pula wedding planner.

"Woi!Cepatlah!"

"Iyalah,nak datanglah ni!" balas Eyra.

Kipas sate yang kebetulan berada di dapur dicapainya dan dibawa keluar.Eyra menyusup masuk sehingga ke sebelah Zabedah.

Sempat lagi matanya ingin mengerling wajah pengapit lelaki.Namun hampa sebab dihalang.

"Apasal lambat?" tanya Zabedah.

"Kipas hilang.Aku capailah sate punya kipas.Maaf ya?"

"Tak kisahlah Eyra.Janji sanding," ujar Zabedah tidak peduli.

Mereka berarak masuk sambil diiringi paluan kompang.

Pengantin baru,
Pengantin baru,
Duduk bersanding,
Tidak tahu malu......

Setelah pengantin mengambil tempat di pelamin,barulah Eyra dapat melihat dengan jelas wajah pengapit abangnya yang Zabedah kata tampan tahap neraka.

Fairul tersengih manis memandang Eyra  yang kelihatan terkejut.

"Ya Allah!Kacaknya Fairul!Kenapa dia extra handsome hari ni?Kenapa?Dahlah baju sedondon dengan aku!Sado,tinggi lagi!Yang mahal,perfume dia!Tabahkanlah hati aku dari terkam dia!"

Eyra mengipas dirinya yang sudah angau.Panas!

"Sis,bagi balik kipas tu.Saya tertukar dengan kipas pengapit akak ni.Boleh pula saya terlupa mana saya letak kipas ni.Check punya check,ada kipas dalam toilet.Sorry," bisik seorang budak lelaki.

Dia melulu naik ke atas pelamin dan berbisik di telinga Eyra.

"Oh patutlah aku tak jumpa.Kau dalangnya.Hah,ambil balik"

Segera pertukaran antara mereka berlaku.Eyra mengetuk kepala budak lelaki itu dengan kipas.Menyusahkan orang je.Yang dia pun satu,kenapa bawa kipas tu masuk tandas?Nak keringkan kencing?

Pandangannya difokuskan kepada Zabedah.Dikipas kuat wajah itu dan mengundang kerutan kakak iparnya.

"Kipas tu perlahanlah sikit.Kalau kipas laju-laju,baik aku letak kipas besi dekat tepi aku ni," rungut Zabedah.

"Hisy,iyalah pengantin"

Kini,persembahan silat dari Makcik-makcik Kampung Bola Disko menarik perhatian tetamu.Eyra turut sama meniru aksi orang-orang tua itu di atas pelamin.Tinggal tunggu join je.

"Go Makciks go!" jerit Eyra memberi semangat.

Terlupa akan tugasnya untuk menjaga Zabedah.Serius,siapa yang melihat persembahan mereka,pasti teruja!

Habis sahaja segalanya,sesi foto pula mengambil tempat.Fairul menarik Eyra untuk berdiri bersebelahannya tanpa ragu.

Mereka mengambil gambar sebanyak mungkin sebagai kenangan.Selepas itu,masing-masing menjamah selera.Eyra duduk di sebelah Zabedah dan Fairul pula bersama Izzi.

Perasan atau tidak,kelakuan Fairul dan Eyra seolah-olah hari ini majlis persandingan mereka.Dua-dua buat ikut suka hati.Habislah kena marah dengan Izzi dan Zabedah.

"Eyra,jom naik pelamin,ambil gambar," ajak Fairul.

"Perut aku nak meletop ni.Aku tak larat", kata Eyra.

"Ah,kita berdua je.Lagipun,majlis hampir selesai.Orang pun tak ramai.Tinggal orang kampung je"

Tangan Eyra ditarik ke atas pelamin.Eyra yang malas bangun hanya akur.Lantak kaulah Rul,perut dia yang senak ni lagi penting.

"Dik,ambil gambar aku dengan akak ni banyak-banyak," arah Fairul kepada jurugambar muda itu.

"Tapi bang,saya dibayar untuk ambil gambar pengantin je"

"Aku bayarlah nanti.Alamak aii"

"Okaylah bang," pasrah jurugambar itu.

Gembira bukan kepalang Fairul dapat bergambar dengan buah hatinya.Pelbagai aksi dilakukan oleh mereka.Hilang kesenakan perut Eyra.

Dia memang pantang masuk bab-bab bergambar ni.Semua masalah ditolak belakang.

"Nanti dah siap gambarnya,aku nak buat album"

"Album apa ni?" soal Eyra sambil memegang perutnya kembali.

"Kita akan ada tiga album nanti.Album kahwin dua tahun lepas,album pengapit dan album kahwin semula!" sorak Fairul riang lalu berlari ke arah DJ yang sedang memutarkan lagu.

Tak sempat Eyra mengejar.Terlalu laju lelaki itu bergerak sana sini.Lincah betul!Mikrofon dirampas.Suaranya bergema.

"Hoi orang kampung!Nama saya Fairul!Saya nak mengucapkan selamat pengantin baru untuk Izzi dan Zabedah!Bagi aku anak buah banyak-banyak wei!Nak harapkan Eyra, belum tentu.Hah,satu lagi!Makcik-makcik silat kena get ready bersilat dekat wedding saya dan Eyra pula!Saya dah book awal-awal! Jangan ambil job lain!"

"Bilanya nak kahwin tu?" tanya Pak Majid berminat.

"Tak tahulah Pak Jid.Doakan saya tabah mengorat Eyra!Jual mahal tu!"

Seisi khemah tergelak mendengar jawapan Fairul sedangkan Eyra sudah malu.Boleh menggelupas kulitnya.

"Macam budak-budaklah dia ni.Malu aku," monolog Eyra dan melangkah masuk ke dalam rumah.

Gelak tawa Fairul terhenti apabila melihat kelibat seseorang yang amat dibencinya.Figura itu tersenyum manis kepadanya.Ayu berbaju kurung dan bertudung litup.Di tangannya ada sebuah hamper.

"Hai Fairul.Aku tak terlambat lagikan?" tegur wanita itu.

"Liyana?"



Maaflah ya.Aku betul-betul tak tahu perjalanan majlis sanding.Bila ambil gambar,makan.Jadi,aku skip ikut suka hati ajelah.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top