6-Mcd or Kfc?
"KATA tadi nak bawa aku shopping.Mcd ni tempat beli-belah ke?" soal Eyra hairan.
"Tahu.Aku tak bodoh.Sebelum puaskan nafsu shopping kau,apa kata kita makan dulu.Baru semangat!" ujar Fairul.
"Kau yang ajak,aku pula yang dikata bernafsu.Aku follow je tau.Tak naklah menghabiskan duit kau"
"Iya,aku tahu.Cukup kau sebagai peneman,aku dah bahagia sangat," nyata Fairul lalu memandang bekas isterinya tak berkelip.
Pandangan Fairul kepadanya membuatkan dirinya tidak selesa.Lain macam renungan lelaki itu.Renungan ketika malam terakhir mereka bersama pada dua tahun lepas.
"Wei siot!Ada kucing terbang guna belon udara panaslah!" jerit Eyra riang.
Jarinya menunjuk ke arah kucing itu.Fairul lantas menoleh dan kesempatan itu diambil Eyra untuk melarikan diri keluar dari kereta.
Kekok woo dia bagi pandangan cinta menggoda tu!
"Mana?!Balik ni kena ajar Si Penyapu terbang juga ni!" fikir Fairul teruja.
Tidak sedar akan ketiadaan gadis itu.Kata tak bodoh,tipu je lebih.Buktinya,mudah ditipu oleh orang lain.
Tingkap keretanya diketuk Eyra dari luar.Terkejut lelaki itu akan ketukan tadi.Macam mana Eyra boleh ada di luar sedangkan mereka bersama-sama melihat kucing terbang.
Bosan dengan kekakuan Fairul,Eyra membuka pintu.
"Tercegat apa lagi tu?Turunlah cepat," gesa Eyra.
Lengan jejaka itu dipaut menyebabkan senyuman lebar terlukis di dua ulas bibirnya yang indah.
"Kau nak bawa aku tengok kucing tadi eh?" soal Fairul polos.
Sepanjang dua tahun ni adakah Fairul kerap melepak dengan Zabedah 2.0?Sama aje sifat dan pemikiran mereka berdua.
"Kucing tadi dah tak ada.Masa dia tengah terbang belon kena sumpit dengan burung.Jadi,kepala dia terhantuk dekat tiang elektrik.Arwah dah," layan Eyra.
"Cis,melepas!Kalau tak,boleh tularkan," rungut Fairul.
Ini lagi menarik daripada berita Abang Bangla cakap slang utara.Kauorang tak pernah dengarkan kes itu?Memanglah,sebab aku reka cerita je.
"Kalau nak tengok sangat,kita ajar Penyapu nanti.Sekarang ni,jom melantak"
Penat melayan karenah Fairul.Tak tahulah samada lurus bendul itu dibuat-buat atau memang lurus.
Fairul ditarik sehingga masuk ke dalam restoran terkenal seantero dunia itu.Sejuk penhawa dingin mencengkam kulit.
"Kejap.Apahal bawa aku masuk sini?Aku nak pergi KFC"
Tubuhnya dikeraskan di hadapan pintu.Tak lalu nak makan Mcd.Dia lebih rela makan jenama lain asalkan bukan jenama restoran ini.
"Ah,aku nak makan sini.Sebenarnya bukan nak makan sangat pun.Aku nak jumpa maskot Mcd!Rindu"
Kenangan beberapa tahun lalu kembali berlayar di minda.Masa awal perkenalan mereka,Fairul membawanya ke sini.
Maskot tu kacak kot!Mana boleh lepaskan peluang sebegitu sahaja!Sementara solo ni,baik kutip cepat-cepat.
Wajah meluat ditunjukkan Fairul.Ingat dia tak tahu ke kenapa Eyra rindu sangat dengan maskot tu.
"Aku boleh jadi maskot kau," cadang Fairul.
"Hahaha.Kau?Kirim salam!" jawab Eyra.
Eyra ditarik Fairul.Akhirnya,tercetus perbalahan kecil dilengkapkan dengan aksi tarik-menarik di antara mereka.
"Kita pergi KFC"
"Kepci tak ada maskot hensem.Tak mahu"
"Lelaki yang jadi maskot Mcd ni dah berhenti kerja.Dia dapat tawaran kerja jadi maskot sukan olimpik Tokyo 2020 yang akan datang tak lama lagi"
Alasan spontan diucapkan Fairul.Ah,olimpik pun olimpiklah!
"Mana kau tahu?"
"Dia kawan aku," kata Fairul ringkas.
"Tak mahu!"
"Encik,cik ingat ni family day ke nak main tarik-tarik?" tegur seorang pekerja.
Style mereka diteliti olehnya.Cara macam orang ada-ada.Tapi perangai tak serupa manusia.
"Maaf ya dik.Seluar dalam isteri saya terselit.Itu yang dia minta tolong untuk tarikkan.Nampaknya,masalah ini tak jumpa jalan penyelesaian.Adik boleh tolong sekali tak?"
Terbuntang besar mata Eyra mendengar kenyataan Fairul.Lain kali,tak nak keluar lagi dengan lelaki ini.Bikin malu je!
"Tak apa dik.Dah tak terselit.Maaf mengganggu.Kami keluar dulu," pamit Eyra memberi tunduk hormat.
Kemarahan dan rasa malunya dihamburkan kepada Fairul yang sedang selamba tersengih di hadapannya.
"Kau gila eh?Nak kena?"
"Relaxlah.Marah benar kenapa ni?"
"Of course!Kesian budak tu kena tipu.Aku mana pakai spender," bilang Eyra perlahan.
"What?! Biar betul!" respon Fairul.
"Fikir kau seorang je yang boleh gurau kasar?Dahlah,kita nak makan mana ni?Cepat shopping, cepatlah kita balik"
"Kita makan KFC.Sebelah ni aje"
"Daripada tadi Acik Colonel Sandal punya makanan yang kau sebut.Tak ada makan lain ke?"
"It's Colonel Sanders!Not Sandal!Kau tak ingat apa-apa ke memori kita pasal KFC?"
"Beri masa aku fikir," pinta Eyra.
"Airul",panggil Eyra
Fairul mengeluh.Tahulah dia bahawa jika isterinya memanggilnya Airul,mesti Eyra mahukan sesuatu.
"Apa?" tanya Fairul kasar.
"Nak tu"
Eyra tunjuk ke arah televisyen yang sedang menayangkan kerangupan ayam KFC.
"Takde duit," jawab Fairul pendek.
Eyra membisu.Jadi,Fairul mahu tunaikan permintaannya lah ni?
"Ingat dah?"
"Ingat.Tak payah susah-susah.Baucar kan kau dah bagi.So, kiranya selesaiah hal ni"
"Kau tak guna.Aku tahu tu," ujar Fairul.
"Aku simpan sebagai kenanganlah.Bukan tak sudi guna"
"Aku janji aku akan tunaikan permintaan yang kau pernah request pada aku dulu perlahan-lahan ya?"
"Aku tak suruh pun"
Eleh,jual mahal pula!Tumbuk kang!Dah orang nak,terima ajelah.Ramai lagi anak dara tua yang kempunan di luar sana.
"Suruh ke tak suruh ada aku kisah?Lelaki nak ambil hati perempuan kesayangan dia,mestilah bersungguh-sungguh," jujur Fairul.
"Jujur sangat kau ni Rul," sampuk Eyra gelisah.
"Kehidupan lepas aku dah jadi penipu.Sekarang,takkan nak jadi penipu lagi.Macam mana kau nak yakin dengan aku kan?"
"Kucing terbang tu datang balik!"
"Eyra,Eyra.Aku takkan terpedaya lagilah," ketawa Fairul dengan alasan Eyra.
"Serius!Tengoklah dekat langit tu!"
"No.Aku takkan tertipu"
Akan tetapi,akalnya meronta-ronta mahu melihat sejauh mana kebenaran kata-kata Eyra.Kepala dikawal agar tidak berpusing.
"Tak percaya sudah," rajuk Eyra sambil melangkah pergi.
Melihat pada keseriusan Eyra,Fairul menoleh jua.Seketika dia tersedar,dia kena tipu lagi!
🐂🐂🐂🐂🐂
"OI,duduk dulu.Kaki aku lenguh ni," adu Fairul.
Sakit hatinya apabila dihidangkan dengan cebikan pada wajah gadis kesayangannya itu.Wajah mengejek!
"Tadi dia yang beria ajak kita,dia pancit dulu.Lemah!" ejek Eyra.
Menyesal pula dia mempelawa Eyra untuk membelanja wanita itu.Akibatnya,satu pusat beli-belah diteroka mereka.
Nasib sayang,jika tak sudah lama dia meninggalkan Eyra berseorangan.Sudahlah dia menjadi kuli Eyra untuk mengangkat barang.
"Aku tak tahu pula kau sebegini agresif"
"Kau yang paksa tau.Orang nak belanja,wajiblah minta macam-macam.Bangun!Banyak lagi makanan yang aku tak beli.Sebelah barat daya tak jejak lagi"
Pergh,pergi beli-belah pun ada arah mata angin!Mesti subjek Geografi Eyra cemerlang masa sekolah dulu!
Hakikatnya,Eyra bukanlah memborong baju,kasut,perhiasan bagai.Setiap kedai makan,dia masuk.Hang Lekir pernah mengatakan, 'no food no life buddies '.
"Go Fairul go!Demi cinta dan kesungguhan kau nak dapatkan dia balik!"
"Anything for you, sayang," ucap Fairul.
Matanya dikenyitkan seraya bangkit dari duduk.Tersentap jantung Eyra dengan kenyitan itu.Sungguh,sungguh menawan bak Penyapu!
Inilah jadinya bila dah habis sekolah.Kemelalutan aku makin menjadi-jadi.Adik²,jangan ikut macam aku tau😂
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top