3-Pertemuan Dramatik

SELEPAS selesai bersarapan pada pagi itu,Puan Salmah dan Encik Naqi bergegas keluar ke pasar.Tinggallah Eyra berseorangan bermain dengan kucing peliharaan Fairul yang dinamakan Penyapu.

Nama itu tercetus apabila kucing kampung itu gemar sangat bermain dengan penyapu.Nampak sahaja alat itu,tidak kira kepunyaan siapa,terus diterkamnya.

"Nyapu,rindu aku tak?"

Penyapu hanya memandang sepi panggilan Eyra.Meluat pula rasanya kucing itu dengan wanita yang mencangkung di hadapannya.

"Kenapa makin kurus ni?Tuan kau yang kacak bak bidadara sado tu tak bagi makan ke?"

Dalam diam,Eyra memuji bekas suaminya.Terbayang wajah tampan duda teruna itu.Entah apa khabar jejaka itu sekarang?

Benarkah dia keluar bekerja atau itu semua sekadar penipuan Encik Naqi?Boleh jadi juga Fairul tidak balik kerana tak mahu bertemu dengan dirinya.

Bulu Penyapu yang berwarna-warni itu diusap dengan penuh kasih.Warna-warni maksudnya kelabu dan hitam.Bukan macam aiskrim rainbow yang dia selalu makan tu!

"Woi Eyra!" jerit Zabedah dari luar sebelum melulu masuk tanpa izin.

Dek terkejut,Penyapu terus melarikan diri ke luar melalui tingkap yang terbuka luas.

"Penyapu!" panggil Eyra.

Dia terjenguk-jenguk mencari kelibat kucing kampung itu.Hilanglah pula!Penyapu tu sahajalah ubat rindunya kepada Fairul.Setelah itu,dia memandang tajam Zabedah.

"Tengok tu!Nyapu dah lari," marah Eyra.

"Tak ke manalah dia tu.Nanti baliklah tu.Tuan dia pun memang tinggal sini"

Berubah riak wajah Eyra.Tuan Penyapu,Fairul.Dia tinggal di sini?

"Maksudnya?"

"Abang Fairul dia memang tinggal kat sini selepas kauorang berpisah.Itu pun tak faham ke?" terang Zabedah.

Eyra terdiam.Lantas dia menjeling dan menjerit ke arah Zabedah.

"Kau nak apa datang sini?Pergi balik," halau Eyra.

"Dah kenapa tiba-tiba halau aku?Apa salah aku?Teganya kau.Aku datang sini bawa cendol untuk kau tau," soal Zabedah polos dan tidak bersalah.

"Kau sengaja hantar aku dekat sini!Kau nak aku jumpa Fairul kan?"

Plastik cendol itu dirampas walaupun sedang marah.Wanita itu tersenyum sambil mengangkat keningnya.Haiyoo,lain macam perangai Eyra.

"Aik,yang kau kisah kenapa?Haritu kata tak kisah kalau Rul ada.Sekarang ni,marah pula.Nampak sangat ambil kisah lagi kan?"

"Eh,taklah.Pandai aje kau.Aku memang okay je dengan dia.Lantak dialah nak balik atau tak," kata Eyra tergagap-gagap.

Aduh,kantoi sudah!Eyra memalingkan wajahnya dan menyembunyikan rasa malunya sedangkan Zabedah masih tersenyum.

"Yeah,ada harapan ni!Izzi!I sukses!"

"Kau tak payah risaulah.Nanti dia habis kerja,dia balik.Tak silap aku tiga hari lagi," usik Zabedah sambil mencuit peha Eyra.

"Risau apanya.Suka hati dialah"

Rasa terujanya segera dikawal.Alamak,Fairul baliklah pula!Tapi,aku suka sangat!Kata Eyra di hati.

"Alah,iyalah.Jangan buat tak kisah sangat,kelak jatuh hati kembali," ujar Zabedah dengan tawa mengekeknya.

"Dah,jangan mengarut.Nak apa datang?"

"Berlagaknya.Aku saje nak tengok keadaan kau.Mana tau tak selesa atau ada yang tak kena"

"Memang pun ada yang tak kena," jawab Eyra.

"Apa tu?"

Keadaan sekelilingnya diperhati terlebih dahulu.Kot dah balik dua orang tua itu,susah dibuatnya.

"Zaki mana?"

"Lah,pasal budak tu ke?Esok dia balik memandangkan cuti sem dia dah mula.Itu je yang kau nak tanya?"

"Tak,ada yang lagi penting sebenarnya.Aku harap kau tak mengelak," bilang Eyra perlahan.

"Aku cuba.Tanyalah"

Tubuhnya didekatkan sedikit ke arah Zabedah.Dibisik sesuatu ke telinganya.

"Kak Fatin mana?Selalunya dia yang paling awal sampai," tanya Eyra.

Zabedah mengeluh.Dia mendiamkan diri sebentar.Eyra tidak berpuas hati dengan sikap gadis itu.

"Tak nak jawab boleh tak?Malaslah nak buka mulut," elak Zabedah.

"Aku tanya ayah,dia mengelak,tanya mak dia suruh aku tanya ayah balik.Tanya kau,kau tak jawab.Aku tanya pasal Kak Fatin aje.Adakah dia tu ejen rahsia sampai aku tak boleh tahu keberadaan dia?"

"Bukanlah macam tu.Kau betul-betul nak tahu?"

"Nak!"

"Ask your ex y and z"

Mendecit geram Eyra dibuatnya.Buat apa tanya lelaki itu?Fikir tentang dia pun sudah membuatkan Eyra tak tentu hala,apatah lagi mahu memulakan bicara.

"Hah,diam pun kau Eyra"

"Okaylah,tak apa.Aku nak simpan cendol ni dalam peti ais"

"Iyalah,aku pun nak balik dulu"

"Awalnya.Tunggulah kejap"

"Aku busy.Makcik-makcik tu suruh aku tengok diaorang praktis silat.Nak dengar pendapat bakal pengantin"

Zabedah segera menyarung seliparnya.Tidak mahu berlama-lama.Orang lain sibuk uruskan majlisnya,dia berjimba melepak pula.

Lambaian Eyra dibiarkan tidak berbalas.Sengaja nak menyakiti hati rakannya itu.Eyra kembali duduk bersendirian di tengah ruang tamu.

"Apa yang diaorang susah sangat nak bagitahu pasal Kak Fatin?"

Walaupun wanita itu selalu menghinanya mahupun memandang sinis terhadapanya,Kak Fatin itu tetap kakaknya.Biarlah ibu muda itu tidak menganggapnya keluarga asalkan tiada dendam di hati Eyra.

🐂🐂🐂🐂🐂🐂

"MAK,tak tidur lagi?"

Puan Salmah yang leka menonton perlawanan bola sepak di televisyen sambil menjahit membuang pandang pada Eyra.

"Eyra,mak memang macam ni bila tengah malam datang.Dia bukan tak tidur lagi,dia tengah mengigau tu," jelas Encik Naqi lalu menggeleng kepala mengenangkan habit isterinya.

Setiap malam jugalah dia yang mengejutkan Puan Salmah.Nak harapkan Fairul,sampai kiamat tak buat.

"Dah,bangun.Masuk tidur," arah Encik Naqi dan menolak tubuh isterinya.

Wanita separuh abad itu mendengus tidak selesa.

"Apa benda abang ni?!Malam ni saya tak ngigaulah!" jerit Puan Salmah

"Lah,iya?Mana abang tahu.Awak duduk dalam gelap ni nampak ke nak jahit tu?"

"Ini Salmah Tailor Swift lah!Gelap atau terang bukan penghalang"

Sebelum perangai kedua-duanya makin pelik,Eyra segera berlari ke tandas.Perutnya memulas sejak dari tadi.Tapi,dalam sakit sempat pula menonton drama NaqiMah.

Selak pintu dipasang.Toleh sahaja dia ke arah mangkuk tandas,dia menjerit nyaring mengalahkan petir.

"Woi!Tak guna!"

Pintu dibuka dengan kelam-kabut.Seluar yang londeh dibetulkan kembali.Puan Salmah dan suaminya bergegas menerpa menantu mereka.

"Kenapa ni?Ada ular?" teka Puan Salmah.

"Bukan!"

"Ada mak ular?" soal Encik Hadi pula.

"Bukan juga!"

"Orang mengintip?"

"Tak!Benda ni ekstrim gila!Siapa yang terpandang, akibatnya susah nak usir benda tu dari fikiran"

"Sabun?"

"Apa pula sabun ayah oi.Eyra tak sanggup nak beritahu"

"Bagitahu ajelah," desak Puan Salmah.

Nafasnya ditarik seketika.Masih terbayang di kepalanya bayangan benda itu.

"TAHI SIAPA YANG TERAPUNG DALAM MANGKUK TANDAS TU!"

"Tak tahu!Mak tak berak pun harini.Awak ke bang?"

"Amboi,main tuduh pula!Saya ni mandi pun tak apatah lagi berak"

"Sudahnya,siapa punya?Terbantut Eyra nak membuang tahu tak?Ini dahsyat punya kes!"

"Ini kalau dapat,memang aku akan ajar dia cukup-cukup adab berak!"

"Aku punya"

Serentak mereka bertiga melihat gerangan yang mencelah topik hangat perbualan mereka.Eyra terlopong sambil jarinya menuding kepada orang itu.Begitu juga lelaki itu.

"Eh,Eyra?Is that you sayang?"

Melihat akan sepi Eyra,Fairul terus menyedari akan keterlanjurannya.

"Tak sengaja nak panggil kau sayang.Tersasul.Sorry"

"Sebab tahi Rul,Eyra tak selesa nak membuang," marah Encik Naqi.

"Maaflah ya?Masa dah selesai hajat,aku nak flush tapi telefon atas meja makan berbunyi.Dah syok berbual,terus lupa aset berharga tu"

Eyra masih kaku sehingga membuatkan mereka yang lain pelik.

"Ui,Eyra okay tak ni?"

Puan Salmah memetik jarinya di hadapan wajah Eyra.Gadis itu tersedar.Dia meneliti bekas suaminya sambil memintal-mintal rambutnya.

"Ini Fairul.Aku Eyra.Kami bukan suami isteri lagi.Aku free hair sekarang.Hmm"

"Ya Allah!Aurat aku!" pekik Eyra di tengah kepekatan malam.

Fairul menutup matanya dan berkata,

"Tak!Aku tak nampak rambut kau!Rambut kau yang berkilat hitam,ikal mayang,panjang tu"

Lintang-pukang dia masuk semula ke dalam bilik.Tak nampak apanya?Siap bagi penerangan lagi.Di katil,berbakul sumpah seranah dihadiahkan kepada dirinya.

"Sejak bila dia balik?!Arghhhh!"

Jejaka itu mengetuk kepalanya.Macam manalah boleh terlepas cakap ni?

"Mak,ayah.Fairul tak sengaja"

Pasangan tua itu tidak mengendahkan aduan Fairul.Mereka lebih memilih memerhatikan sekeliling.

"Kami tak tahu," ujar Encik Naqi ringkas.





Dramatik tak cara pertemuan mereka?😂😆
Masalahnya,betul ke Fairul ni hero?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top