22-Bukti
GADIS itu dia kejar sambil mulutnya tidak henti-henti bersuara.
"Eyra!Eyra!Tunggulah kejap!"
Dia tidak mempedulikan panggilan Fairul.Eyra benar-benar naik angin.Patutlah tak beritahu nak ke mana.Fairul penipu!
"Sayang!"
Lantas lengan Eyra dipaut.Laju wanita itu berjalan,laju dan besar lagi langkah Fairul.
"Apa?!" tengking Eyra.
"Janganlah marah.Dengarlah dulu," pinta Fairul.
Eyra mendengus kasar.Relax Eyra,relax.Jangan marah.
"Kau nak aku batalkan majlis perkahwinan ni?"
Fairul menggeleng laju.Gila ke nak batal?Dah nak sampai ke penghujung kot.
"Dah tu kenapa?Kau tipu aku hidup-hidup!Kau dah janjikan?Kenapa menggatal jumpa dia lagi?"
Panas hatinya melihat Fairul dan Liyana.Dahlah cuaca panas!
"Aku tak tipulah.Sumpah tak"
"Benda aku dah nampak depan mata.Tak tipu kau kata?"
"Eyra,please!Lusa kita kahwin.Jangan buat hal boleh?Saudara-mara kita semua dah ada.Malulah mak ayah kita kalau majlis batal"
Fairul cuba memujuk Eyra.
"Buat hal kau kata?Patutlah aku tanya tadi nak ke mana kau tak beritahu.Ada benda lain rupanya"
"Kau kata kau dah percayakan aku?"
"Iya,memang aku percaya.Tapi ini?"
"Sumpah aku cakap,aku tak tipu kau," kata Fairul bersungguh-sungguh.
Eyra menarik nafas sedalamnya.Cuba menenangkan diri.Cuba berfikiran positif.
"Okay baik.Aku bagi kau peluang jelaskan semuanya"
Eyra beralah.Mungkin ini hanya salah faham?
"Aku boleh terangkan sekarang ni juga"
"Tak perlu.Takut nanti aku makin marah.Ingat,peluang tu sampai esok pagi je.Kau gagal,batal!" ugut Eyra.
"Thank you so much sayang!Thank you,thank you," ucap Fairul bersyukur.
Eyra hanya mengangguk.Fairul ditinggalkan sendirian.Dia segera menerobos masuk ke dalam kereta.
"Patutlah aku tanya tadi beria mengelak," dengus Eyra.
"Kau nak pergi mana Rul handsome semacam ni?"
Fairul memerhatikan pakaiannya.Handsome ke?Dia pakai jeans dengan t-shirt je.
"Handsome ke?"
"Mestilah.Nak ke mana?"
Lelaki itu tersengih mendengar pujian itu.
"Nak keluar sekejap"
"Iyalah.Pergi mana?Nak ikut boleh?"
"Eh,tak boleh.Rahsia.Kau tak boleh ikut.Duduk je rumah," tegas Fairul.
"Alah,nak berahsia pula.Tak sayang aku eh?" soal Eyra.
"Sebab sayanglah aku tak boleh bagitahu.Duduk je rumah okay sayang?Aku gerak lu!"
Tanpa sempat Eyra menjawab,Fairul terlebih dahulu meloloskan diri.Terdiam Eyra tidak tahu bereaksi apa.
Tak apalah.Lagipun,dia sendiri mahu ke pejabat sebentar.
"Aku harap dia tak tipulah.Aku betul-betul nak kahwin ni," pinta Eyra sendirian.
Dia membunyikan hon kereta apabila Fairul tidak berganjak daripada tadi.Terpacak di hadapan keretanya.
Setelah menyedari,Fairul memberi laluan sambil tersengih.Sebelum Eyra pergi,dia sempat membuka tingkap dan menjerit,
"Woi,kau nak mati awal ke berdiri tengah-tengah panas macam ni?"
"Untuk kau,apa pun boleh!" balas Fairul.
Eyra mencebik geram.Nak bodeklah tu.
🐂🐂🐂🐂🐂
SEJAK tadi,Fairul tidak habis-habis mengekori Eyra ke sana sini.Naik rimas wanita itu dibuatnya.
Tetapi,Eyra hanya diam dan membiarkan.Tengah merajukkan?
Jejaka itu tidak lekang senyuman dari wajahnya.Dia memerhati Eyra yang sedang membasuh cawan.
Kemudian,Eyra duduk di kerusi.Sebiji karipap diambil lalu dikunyah perlahan.Fairul juga turut mengambil tempat di sebelah Eyra.
"Sayang," panggil Fairul meleret.
"Hmm," jawab Eyra malas.
"I love you," bisik Fairul.
Eyra menjarakkan diri dari Fairul seraya duduk di kerusi lain.Tergelak jejaka itu dibuatnya.
"Sayang,I bawa bukti yang I tak tipu you," kata Fairul riang.
Gadis itu buat tidak endah.Fairul mengeluarkan telefonnya lalu dibuka aplikasi Whatsapp.Disentuh perbualannya dengan Malik.
"Nah,bacalah"
Eyra mencuri pandang skrin telefon itu.Dapat dilihat olehnya isi perbualan mereka.
Gambar yang dihantar oleh Malik ditekan olehnya.Terpampang kad kahwinnya dan Liyana.
Dia scroll pula ke atas.Gambar itu bertarikh semalam.Masa pula sebelum dia terserempak dengan Fairul dan Liyana.
"Hmm,macam ni barulah sayang," bilang Eyra dingin.
"So,kita jadi kahwinkan?"
Eyra mengangguk.Senang hatinya kerana Fairul berlaku jujur.Dia je yang melatah lebih.
"Yes!"
Dah agak!Fairul sudah agak.Tunjuk sahaja gambar itu serta perbualan mereka,Eyra sudah percaya.Dia mengucap syukur.
Nasib ada gambar itu,kalau tidak,tak jadi kahwinlah mereka.
"Dah,pergi balik.Jangan semak-semak kat sini," halau Eyra.
"Alah,tak mahu.Nak merasai perbualan single sebelum jadi suami orang"
Eyra menjulingkan matanya.Melebih pula Fairul ni.
"Ni single kau!Tak ada.Pergi balik.Esok nak berkepit lama-lama,buatlah"
Penumbuk diacu.Mengada je dia ni.
"Iyalah.Sayang jangan lari tau esok.Tunggu aku tau," nasihat Fairul.
"Baik boss!Mana boleh lari.Kalau aku lari,kau nak kahwin dengan siapa?"
"Mendudalah sampai tua.Aku nak kahwin dengan kau je," jawab Fairul.
"Ish,gedik!Sudah!Berambus"
"Kasarlah awak ni," usik Fairul sambil mencuit bahu Eyra.
"Kau nak aku lembut-lembut,tunggu esok.Lelaki hidung belang macam kau,mana boleh bagi chance"
"Oh,lelaki hidung belang eh.Siap kau esok.Aku gigit kau," ugut Fairul.
Eyra tersenyum sinis lalu berjalan meninggalkan Fairul.Dah halau,tak nak pergikan?Biar dia je pergi.
🐂🐂🐂🐂🐂
FAIRUL baring di atas katil empuknya.Rumah Rykal menjadi tumpangannya.Mak dan ayahnya turut berada di situ.
"Wei,pengantin baru yang tak berapa nak baru!" tegur Rykal.
Dia melulu masuk tanpa meminta izin Fairul.Tak apalah,itu rumah dia.
"Apa kau nak?"
"Ceh,berlagak eh.Tahulah dah nak kahwin"
"Nanti kau nak kahwin dengan Iman pun,kau akan macam ni juga"
Rykal tersengih malu.Kemudian,tiba-tiba dia memarahi Fairul.
"Kau!Kenapa awal sangat kahwin?Tunggulah aku dengan Iman!Baru ingat nak buat serentak!"
"Nak tunggu kauorang?Memang taklah.Tunang pun bulan depan.Kahwinnya bila?" jawab Fairul.
"Ingatkan lama lagi kauorang kahwin"
Fairul diam.Tidak tahu mahu membalas apa.Seketika,kedengaran esakan kecil.
"Kal,oo Kal.Kau nangis ke?" tanya Fairul.
Rykal tidak mengangkat wajahnya.Dia menepis tangan Fairul yang cuba mengacaunya.
"Jangan kacaulah!"
Bergetar suara Rykal.Fairul ketawa besar.
"Aik,kes kau lambat kahwin pun nak menangis ke?Chilllah.Lambat laun kahwin juga"
"Bukanlah!" bentak Rykal lalu mengangkat wajah.
Merah matanya.Hidungnya merah persis badut.
"Dahtu?"
"Aku sedih kau dah nak kahwin.Nanti siapa nak lepak dengan aku?Temankan aku?"
"Poyo siak kau!Nak sendu dah kenapa?Geli tahu tak"
Makin lebat tangisan Rykal.Fairul terdiam.Sebelum ni dia kahwin,Rykal okay je.Macam tak bagi kahwin je dia ni.
"Lek lu.Aku sentiasa ingat kau.Kaulah kawan dunia akhirat aku.Banyak tolong aku.Tak mungkin aku lupa kau.Kau cousin aku.Hubungan kita tak akan terputus.Jadi,jangan sedih.Kau sepatutnya gembira untuk aku.Okay?"
Rykal mengangguk lalu mengesat air matanya.Entah kenapa dia begitu terkesan dengan perkahwinan Fairul.
"Dah,jangan cengeng sangat.Nak aku bagitahu Iman?"
"Tak nak!"
"Hah,kesat air mata tu"
"Okay"
Fairul menggeleng kepala melihat telatah Rykal.Bukannya dia nak pergi berperang.Kahwin je.
"Nak hug"
"Eh,buang tebiat ke?!"
"Nak jugak!"
"Hmm,iyalah!"
Mereka berdua berpelukan.Mana mungkin Fairul semudah itu melupakan Rykal.Kawan sejak kecil.
"Aku doakan kau bahagia Rul"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top