20-Terbongkar
"LAMBAT balik.Sampai ke malam?Buat apa lama-lama?" tegur Puan Salmah.
"Ni dia barangnya mak," kata Eyra tanpa membalas pertanyaan Puan Salmah.
Baru sahaja dia ingin melangkah pergi,orang tua itu menarik tangannya.
"Ni kenapa ni?Masam aje muka"
"Penat," kata Eyra dan tersenyum nipis.
Eyra terus menapak masuk ke dalam bilik.Puan Salmah berasa pelik melihat sikap wanita itu.
Kemudian,selang beberapa minit,anak terunanya pula yang masuk ke dapur.
Fairul mengambil sebiji gelas lalu dituang air sejuk itu.Dia meneguk dengan rakus.Wajahnya tidak dihiasi dengan senyuman.Muram sahaja.
"Kauorang berdua ni dah kenapa?Balik-balik je tunjuk muka minta penampar"
Puan Salmah cuba bertanyakan kepada anaknya.
"Tak ada apalah mak.Hal orang muda," jawab Fairul.
"Dahtu aku ni tak mudalah Rul?" soal Puan Salmah.
"Mak tu dah tua.Tak payahlah tanya pasal kami.Ada ke Rul tanya pasal mak dengan ayah?Tak adakan?"
"Hisy,pergilah sana.Pergi dari sini sebelum mak tumbuk mulut Rul sampai patah gigi.Shuh,shuh!" halau Puan Salmah.
"Iyalah!Semua orang nak susahkan aku!" bentak Fairul dan berlalu pergi.
Encik Naqi yang baru selesai mandi segera bersuara.
"Apa bising-bising ni?Dari dalam bilik air saya dengar"
"Entah.Budak dua ketul tulah.Balik rumah je buat perangai," adu Puan Salmah.
"Hmm,hal orang muda.Yang awak sibuk kenapa?"
"Eh,suka hatilah.Daripada saya sibuk hal anak orang,baik sibuk hal anak sendiri"
"Patutlah Fairul tu suka menjawab.Ikut awak rupanya," perli Encik Naqi.
"Pergilah sana!Pakai baju cepat.Kang terlondeh tuala tu siapa nak tanggung?Dahlah kain pelikat melorot haritu"
Encik Naqi tersengih.Boleh pula soal lama dibangkitkan.Akhrinya,dia mengalah.Lawan macam mana pun tetap isterinya yang menang.
Sementara di dalam bilik,Eyra melepaskan geram semahu-mahunya.Bantal dan katil menjadi mangsa amukkannya.
"Tak guna betullah dia tu!Baru nak tunjuk skill bowling,dah kena kacau!"
Dia teringat kembali perbualannya dan Fairul di dalam kereta.
"Kau okay?"
"Okay je.Cuma,terkilan sikit," bilang Eyra.
"Terkilan kenapa?"
"Pasal tak dapat tunjuk skill bowling"
Lah,itu yang dia risaukan?
"Tak,maksud aku,kau okay pasal Liyana tadi?"
"Eh,okay.Tak ada apalah.Muka dia pun nampak macam penipu"
"Kau percaya yang aku tinggalkan kau haritu sebab dia?" tanya Fairul.
Eyra hanya diam.Dalam dilema.Di antara percaya dan tidak percaya.
"Lupakan ajelah.Takde faedah fikir pasal diakan?" cadang Fairul.
"Hah,iyalah.Betul tu"
"Suka hati dia je nak suruh aku lupakan.Ingat senang ke?Puih!"
Dia diam sebentar.Tudung yang dibaling sebentar tadi,dikutip dan disangkut.
"Tak apalah.Esok aku tanyalah dia balik.Baik tidur dulu"
Iya,apa-apa pun,tidurlah yang paling penting sebab tidur ni boleh membuatkan kita tenang.Tapi,esok hari serabut balik.Ya tak?
🐂🐂🐂🐂🐂
PINTU biliknya diketuk.Fairul bingkas bangun lantas membuka pintu.Terpacul wajah Eyra di muka pintu.
"Aku nak cakap sikit," pinta Eyra.
"Masuklah," pelawa Fairul.
"Pahal pula?Dekat luarlah," bangkang Eyra tidak selesa.
"Masuk ajelah.Aku tak tutup pintu.Kau ingat aku bodoh ke?"
Wanita itu akur.Fairul mengambil tempat di katilnya sementara Eyra duduk di kerusi berhadapan dengan cermin.
"Nak cakap apa?"
"Pasal semalam"
"Hisy,malaslah.Tak ada topik lain ke?"
"Malas ke nak mengelak?"
Fairul bangun dari pembaringannya.Matanya fokus memanah wajah gadis di hadapannya.
"Jangan mulakan boleh tak?" pinta Fairul dingin.
"Jadi,betullahkan apa yang Yana cakap semalam?" duga Eyra.
"Kau juga yang cakap dia muka penipukan?"
"Kau sayang aku tak?"
Lelaki itu mengangguk pantas.Sayanglah.Sebab sayanglah dia buat macam ni.
"Kalau sayang,jujur dengan aku"
"Kau tu sayang aku tak?" soal Fairul kembali.
"Sayang," balas Eyra.
"Iya,aku tinggalkan kau haritu sebab dia"
"Betullah apa yang aku dengar.Liyana datang masa sanding Izzi?"
"Mana kau tahu?Mana kau dengar.Siapa yang buka mulut?"
Dia punyalah rahsiakan hal itu.Alih-alih dapat juga Eyra tahu.
"Adalah tiga orang makcik tu.Kenapa kau jumpa dia?"
"Dia yang jumpa aku"
"Semalam bukan kau yang jumpa dia?"
"Haah.Ada kerja sikit"
"Kerja apa macam ni?"
Eyra menunjukkan foto yang diambil oleh Rykal kepada Fairul.
"Kerja ke namanya tu kalau dok minum,makan sama-sama.Ke hulur ke hilir sama-sama?Kerja ke tu?"
"Kau ikut aku ke Eyra?"
"Aku suruh Rykal ikut," jawab Eyra jujur.
"Aku rasa,bukan aku je yang kena jujur.Kau pun sama"
"Maksud kau?"
"Puan Eyra,ada apa-apa yang puan nak kata dekat saya?" tanya Fairul sinis.
Eyra sudah tergagap.Apa maksud lelaki ini?
"Tak..Tak ada..Merepeklah kau ni," elak Eyra.
"Kata sayang aku.Kalau sayang,jujurlah"
Eyra terdiam.Nampaknya,dia pula yang terkena.
"Jawablah.Aku tahu kau ada sesuatu nak cakap cuma tak tahu bila.Jadi,aku dah bagi peluang ni,cakaplah"
"Aku tak ada apa nak cakap"
"Sudahlah tu,sepandai-pandai aku simpan rahsia,kau tetap dapat tahu.Sama juga macam kau.Kantoi juga"
"Apa yang kau tahu?"
"Apa yang kau sorokkan?Jawab dulu!" desak Fairul.
Eyra mengeluh.Nampak gayanya tiada apa lagi yang boleh disembunyikan.
"Aku..aku tak hilang ingatan"
Fairul tersenyum sinis.Akhirnya mengaku juga.
"Macam mana kau tahu?"
"Lain kali kalau nak gossip dengan mak,pandang sekeliling dulu.Tengok aku ada ke tak"
Terkejut Eyra dibuatnya.
"Dasar perempuan penipu," bisik Fairul perlahan di telinga Eyra.
"Aku terpaksa!Sumpah aku terpaksa!"
"Aku pun terpaksa juga tinggalkan kau.Tapi,aku tak sekeji kau!Menipu orang!"
"Aku buat sebab aku sayang kau!Aku nak tahu pasal Liyana je supaya aku tak buat keputusan yang salah untuk bernikah balik dengan kau," terang Eyra teresak-esak.
"Kau tahu tak apa masalah kita sampai susah nak bersatu?Masalahnya bukan pada Liyana!Kaulah masalahnya!Kau tak percayakan aku sampai kau sanggup buat macam ni.Aku ni punyalah percayakan kau!"
Eyra menangis teresak-esak di kaki Fairul.Tangisannya tidak sesekali menyejukkan hati jejaka itu.
"Kau nak tahu sangatkan kenapa aku jumpa Liyana?Nakkan?!"
"Tak nak!Aku minta maaf!"
"Aku jumpa Liyana sebab nak selamatkan kau!Sebab aku jaga hati aku untuk kau!Dia tuntut janji arwah Kak Fatin dulu!Arwah janji dengan Liyana untuk kahwinkan kami sebab duit!Aku tak nak kahwin dengan dia sebab aku tunggu kau!Aku tunggu kau Eyra!"
Tubuh Eyra digoncang kuat.Sungguh Fairul sakit hati.
"Aku jumpa dia sebab aku tolong dia dengan Malik buka perniagaan sendiri.Aku sanggup jatuhkan ego aku tolong Liyana semata-mata untuk kau,orang yang aku sayang.Tapi,tak sangka kau balas aku macam ni"
"Siapa Malik?"
"Malik tu kekasih dia"
Makin bersalah Eyra dibuatnya.Bersalah kerana menuduh Fairul yang bukan-bukan.
"Masa aku dapat tahu kau tipu aku,aku diamkan je sebab masa tu ajelah aku boleh dekat dengan kau,gurau dengan kau,dengar kau panggil aku lembut-lembut.Aku maafkan kau.Tapi,kau tak percaya aku.Aku kecewa"
"Rul!Aku minta maaf!"
"Sekarang ni,kau pergi balik"
"Tak nak!Aku nak kau maafkan aku!Jangan halau aku!" raung Fairul.
"Baliklah.Aku perlukan masa.Kata orang,kalau orang yang kita sayang jauh dari kita,rindu akan datang.Lebih baik kau pergi.Kalau kau ada dekat depan mata aku,benci yang hadir"
Eyra mengesat air matanya.Dia pasrah.Dia juga sedar bahawa ada masanya dia perlu mengalah.
"Macam mana aku nak balik?Kereta takde"
Fairul mengambil kunci kereta di atas meja.Lalu kunci itu dibaling sehingga mendarat di peha Eyra.
"Dah,pergi balik"
Tersentap hati Eyra saat kunci itu dibaling.Namun,dia segera berdiri dan berlalu ke biliknya mengemas apa yang patut.
Setelah sejam selesai,dia kembali semula mencari Fairul.Lelaki itu sedang duduk di ruang tamu.
"Mak dengan ayah okay kalau aku pergi tak bagitahu?"
"Okay.Pandailah aku cakap"
Dingin nada suaranya.Eyra mengangkat begnya.
"Aku balik dulu tau.Aku tunggu kau datang ambil aku balik"
"Hmmm"
Eyra tersenyum nipis mendengar jawapan Fairul.Dia akhirnya pergi seperti yang diminta Fairul.
Fairul yang sempat mengintai di balik tingkap,mengesat matanya yang bertakung.
"Baiklah kau pergi dulu," gumamnya sendirian.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top