2-Penipuan Zabedah

"UMI,Eyra gerak dulu.Apa-apa pm tepi atas bawah belakang depan pakai wechat.Baling botol,nanti Eyra kutip dan baca,"seloroh Eyra.

Tiba-tiba rasa teruja melebihi segalanya.Teruja untuk merasai suasana kampung.Ingatkan dah tak berpeluang setelah kejadian itu.

"Eyra tu behave sikit perangai tu.Sopan sikit macam anak dara,"nasihat Puan Wahidah.

Risau akan kelakuan selamba anaknya yang tidak pernah berubah.Eh dia ni!Anak murung kau risau,anak gembira tahap babun pun kau risau.

"Aku ni bekas oranglah.Anak dara apanya?"

"Jangan risaulah umi.Zabed yakin bila dia dekat sana,dia akan jadi keras macam patung cendana,"balas Zabedah

"Apa maksud kau?" soal Eyra serasa tidak kena dengan ayat yang baru sahaja dilontarkan oleh Zabedah.

"Ah,just wait and see," kata Zabedah sambil tersenyum misteri.

Dalam fikirannya sudah terbayang akan kesopanan sepenuhnya yang ditunjukkan Eyra.Mana taknya,dia dan Izzi sudah merancang perkara yang tidak diketahui adik mereka.

"Lantak kaulah.Hah,umi!Gerak lu!" pamit Eyra lalu menari-nari riang.

Tanpa mendengar bebelan Puan Wahidah,Eyra segera masuk ke dalam kereta tempat penumpang.Uminya sempat berpesan kepada Zabedah,

"Kalau ada budak-budak bujang kampung kacau Eyra, pandai-pandailah tolong eh.Bagilah diaorang coklat ke gula-gula ke"

Kau fikir budak-budak bujang tu anak-anak kecil ke?Hulurlah duit sekurang-kurangnya.

"No problem umi.Dia akan bahagia dekat sana.Percayalah"

Seraya bahu wanita tua itu ditepuk dan disalam tangan itu.

"Woi!Cepatlah!Pukul berapa nak sampai kalau terhegeh-hegeh!" jerit Eyra dari tingkap kereta memecahkan keheningan malam.

Kepala dikeluarkan memandang tajam ke arah mereka.Punyalah lama tunggu.

"Nak berdrama salam-salam pula!Dah kahwin nanti salamlah puas-puas," bebel Eyra tidak puas hati.

"Hmm,dia dah mengamuk tu.Pergi berambus cepat"

Bahu bakal menantunya ditolak perlahan.Kang tak dengar kata,makin bising anak perempuannya.

Segera Zabedah menapak ke arah kereta.Setelah bersedia,mereka memulakan perjalanan.

"Nanti aku nak tidur mana ni?"

"Kau tidur rumah aku dululah"

"Tak nak!Kan ada saudara-mara kau," tolak Eyra.

Sebenarnya,dia malu mahu berhadapan dengan lelaki.Entah kenapa sejak perpisahan itu,dia jadi malu untuk bergaul dengan lelaki.

Yang dia boleh hanyalah lelaki dari keluarganya dan pekerja sahaja.Lelaki luar,kirim salam!

Kerana itu jugalah dia menolak apabila Izzat mahupun Izzi ingin mengenalkannya dengan lelaki.Ada lagi sebab lain.Tak payah terangkan,semua sudah tahu.

"Diaorang balik lambat lagi.Esok pagi aku bawa kau tempat tinggal kau sepanjang majlis okay?"

"Baik!"

Melihat akan ulah Eyra membuatkan Zabedah pening kepala.Tapi mesti seronok tengok kekakuannya apabila bertentang mata dengan bekas suaminya.

Dalam memandu,Zabedah sudah galak memikirkan reaksi mereka berdua nanti.Mesti gempak seperti dosanya sendiri!

🐂🐂🐂🐂🐂🐂

"HAH!Bangun pun janda dara ni!"

Kelihatan Eyra masih lagi mamai.Baru bangun tidurlah katakan.Dia terus mengambil pinggan dan mencedok mee yang sudah sejuk.

"Tertidur lepas subuhlah.Maaf," ujar Eyra.

"Buruk punya perangai!Bangun terus makan!Dengan tak cuci mukanya"

"Aku dah mandilah!Wah kau,tahulah dah nak kahwin.Kau nak nasihatkan aku pula.Padahal sama je perangai kita.Ingat aku tak tahu kau pun baru bangkit?"

Mee itu disuap ke dalam mulut sehingga penuh.Zabedah sudah tersengih malu.

"Mana tahu ni?"

"Ada air liur basi dekat tepi bibir kau"

Zabedah membelek wajahnya di skrin telefon.Siot!Izzi tahu,mampus dia!

"Biarlah Eyra tu nak bangun bila-bila pun.Dia kan tetamu," sampuk Puan Mona.

"Betul tu Makcik!Entah apa-apa si Katrina ni," sokong Eyra sambil mengangkat sudu.

Ah,dirinya pula yang terkena sudahnya.

"Ni dah kemas barang belum?" soal Zabedah.

"Dah"

"Alah,tidurlah sehari dua lagi kat sini"

"Tak apalah Makcik.Orang dok sibuk kerja,Eyra pula buat tambah beban je"

"Iya mak.Eyra ni segan dengan keluarga kita"

Puan Mona mengiyakan sahaja telatah dua wanita muda di hadapannya ini.Selepas itu,dia keluar dari dapur.

"Eyra jom"

"Cepatnya!Aku belum kenyang lagi!"

"Nanti sambung makan dekat rumah ayah"

Serta-merta suapannya terhenti.Ayah?Encik Hadi ke?

"Ayah mana ni?"

"Hadi Bracesslah.Baru dua tahun,dah lupa bapak sendiri," ujar Zabedah.

"Nak buat apa ke sana?"

"Ada barang aku yang tertinggal.Tempoh hari aku tidur kat sana," jelas Zabedah.

Sekadar alasan selamat.Dah sampai nanti,barulah dia akan terangkan segala-galanya.

"Pergilah sendiri.Asal nak bawa aku sekali?"

Dia belum bersedia!Lagi-lagi datang mengejut sebegini!Apa yang digusarkannya ialah Fairul.Setakat jumpa ayah dan mak,tidak menjadi masalah baginya.

"Ayah dah tahu kau ada kat sini.Apa kata dia nanti kalau kau tak menjenguk?Kecil hati dia," tipu Zabedah.

Eyra meletakkan sudu.Di lap mulutnya dengan tisu lalu diteguk air sirap panas itu.

"Sekejap je eh.Tak nak lama-lama.Aku tak selesa," pinta Eyra.

"Hmm,insyallah"

"Macam manalah aku nak tipu dia ni?"

"Aku masuk bilik kejap.Ambil beg"

Eyra melangkah ke bilik.Diangkut segala macam beg.Setelah itu,dia ke ruang tamu.

"Masukkan beg aku dalam kereta," arah Eyra.

Arahan Eyra dituruti.Apa dia nak jawab kalau bakal adik iparnya marah?

Beberapa minit perjalanan,mereka sampai ke destinasi.Eyra memandang rumah kayu itu dengan penuh debaran.Hanya kelihatan dua buah kereta di halaman tanah merah rumah itu.

"Ya Allah,jauhkanlah aku dari sebarang kejutan"

"Dah sampai.Jom!"

"Kau turun seoranglah!Cakap dengan ayah aku datang lusa"

"Ini kampung tau.Orang senang nampak kau.Dibuatnya mak ke Zaki nampak kau"

Susah juga nak memujuk Eyra.Naik bosan Zabedah dibuatnya.

"Fine!"

"Bawa turun beg kau sekali"

"Macam-macamlah kau ni!Nak buat apa?"

"Ikut jelah"

Terpaksa jua dia menggagahkan diri.Kalau ada Fairul,buat tak tahu sudahlah.Takkan nak menggedik-gedik mengesot dekat dia.

"Ayah!Mak!" jerit Zabedah dari luar rumah.

Encik Hadi dan Puan Salmah berlari anak ke pintu.Sekali pandang seperti larian maraton lagaknya.

"Hah,dah sampai pun.Masuklah," pelawa Puan Salmah.

"Tak apa mak.Zabed nak cepat.Zabed datang nak hantar dia ni je"

Dia menunjuk ke arah Eyra di sebelahnya.Aik,hilang?Terasa dengusan nafas di tengkuknya.Oh,menyorok dekat belakang rupanya.

Tubuh Eyra ditolak ke depan.Dipaut bahu itu.

"Eyra.Zabed kata kamu nak tinggal sini dulu betul ke?"

Eyra menatap Zabedah.Dia menayangkan senyuman terpaksa.

"Betul tu!" jawab Eyra seraya mencubit lengan Zabedah.

"Hah bye!Nanti aku telefon kau balik ya Eyra"

Wanita itu berlari ke kereta.Yes!Misi berjaya.

"Buatlah apa yang kau suka Eyra.Sampai bila kau nak pendam rasa kalau aku tak buat macam ni?"

Eyra menghantar pemergian Zabedah dengan hati yang walang.Macam mana dia nak hadap semua ini?

"Penipu punya perempuan!"

Boleh tak dia nak tanam kepalanya dalam tanah?Malu bila ayah dan mak menumpukan perhatian kepada mereka.

"Eyra," panggil Puan Salmah

"Ya mak?"

Senyuman manis diukir.Tanpa disangka,tangannya ditarik menuju ke atas tetapi Eyra sempat mengeraskan badannya.

"Jangan risau.Fairul tak ada.Outstation"

Seakan mengetahui isi hati menantunya,Encik Hadi berkata tenang.Eyra kecewa dan lega.Kecewa kerana tidak dapat melepaskan rindu.Lega kerana tidak perlu berhadapan dengan kisah silam.

Langkah sahaja dia ke rumah itu,lantas memorinya dihalau bermain di fikiran.Sebak datang bertandang.Adakah dia akan melalui hal yang sama selepas dua tahun?

"Eyra mesti penatkan?Pergilah tidur dulu.Letak beg dalam bilik Fatin"

Penat apanya sedangkan dirinya baru sahaja bangkit dari tidur.Tapi,bagus juga.Dapatlah dia tenangkan diri dahulu.

"Kak Fatin nak tidur mana nanti?"

Encik Hadi dan isterinya hanya berpandangan sesama sendiri.Eyra mengerutkan dahinya.Dia salah tanya ke?

"Letak je.Ayah pergi dulu"

Puan Salmah mengekori suaminya.Eyra yang berasa sangsi masih tercegat di situ.

"Aku tanya pasal Fatin je,dah merajuk.Monopos agaknya ayah ni"

Dia menapak ke dalam bilik dan merebahkan tubuhnya di katil.Malam nantilah beramah mesra.Sekarang,dia mahu berlayar ke alam mimpi!




Next chapter hero kita muncul yaa.Siapa nak Fairul?Angkat ketiak!Penat aku taip,dermalah komen and votes walaupun bab ni bosan💐💐

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top