19-Akhirnya

HARI demi hari,Eyra masih bersikap acuh tak acuh dengannya.Gadis itu tetap melayannya tetapi tidak seperti selalu.

Nak bergurau pun terpaksa fikir dua tiga kali.Senyum pun macam nak tak nak.Lagi-lagi Iman sudah pulang.Lagilah susah mahu melihat Eyra tersenyum.

Eyra pula,nak dekat seminggu menipu.Tetapi tiada apa-apa perkembangan.Nak terus terang malas pula.Nak menipu pun dah takde hati.

"Fairul!" panggil Puan Salmah.

"Ya mak?"

Tergesa-gesa lelaki itu berlari ke arah emaknya.Penyapu dibawa sekali.

"Tolong belikan barang dapur.Dah nak habis ni," arah Puan Salmah.

"Mak,semalam Rul pergi kedai Pak Leman kenapa tak pesan awal-awal?Mak ni," rajuk Fairul.

"Tak mahulah kedai Leman tu.Harga cekik darah.Rul pergi Tesco je"

"Lah,kenapa nak pergi jauh-jauh?Kan memang beli kat kedai Pak Leman?"

"Banyak songeh siot.Dengar ajelah cakap mak.Mak nak suruh belikan blender sekali.Kedai Pak Leman kau tu ada ke blender?"

"Takde"

"Hah,dahtu?Alang-alang tu,pergilah beli barang sekali"

"Iyalah,jom"

"Pergi sendirilah.Mak busy ni"

"Alah,nanti Rul salah beli mak juga yang bising.Lepastu jeling-jeling orang.Dah jeling,mengungkit pula tu.Dahlah dia punya mengungkit macam apa," bebel Fairul.

"Menjawab!Pergilah ajak Eyra tu," cadang Puan Salmah.

"Mak cakap sendiri dengan dia.Rul tak nak"

"Apahal pula?"

"Mak tak nampak ke dia layan Rul macam mana semenjak dua menjak ni?Malaslah nak cakap.Buat sakit hati je"

"Menyusahkanlah kauorang ni.Eyra!"

"Ya?"

Eyra yang berada di belakang rumah segera masuk apabila namanya dipanggil.

"Kenapa kotor ni?" tanya Puan Salmah.

Baju dan seluar gadis molek itu bertanah.Tak kurang juga tangannya.

"Tengah tanam bunga tadi.Kenapa mak panggil?"

"Ni,teman Fairul beli barang dapur"

"Itu pun nak kena teman ke?"

"Takut salah ambil barang katanya.Carikan mak blender sekali"

"Alah mak.Takkan tu pun tak reti?"

"Ni lagi sekor banyak songeh.Cepatlah beli!Esok mak nak buat smoothie!Teringin tau tak?" tengking Puan Salmah.

"Baiklah mak!" balas Eyra.

Eyra mengacukan penumbuknya kepada Fairul tanda geram.Masa dia tengah bosan,tak nak ajak.Masa dia tak ada rasa mahu keluar,sibuk nak ajak.

"Cepat sikit.Tak payah nak bersiap lama-lama.Aku je yang suka kau!" kata Fairul.

"Diamlah!"

🐂🐂🐂🐂🐂

"BOWLING jom"

Berkerut wajah Eyra mendengar ajakan Fairul.

"Saya nak balik cepatlah.Bowling apanya?"

"Alah,kejap je.Please!" rayu Fairul.

"Tak mahulah.Saya tak reti main bowling.Forex retilah," jujur Eyra.

Sekalipun dalam hidupnya tidak pernah menyentuh bola itu.Buang duit je.Baik melancong.

"Jomlah!Jomlah!Kita lawan!"

"Ah,mentang-mentanglah dia pro.Ajak saya yang noob ni.Tak naklah," elak Eyra.

"Kali ni je,lepasni tak ajak dah," jamin Fairul.

Eyra mengeluh seraya berkata,

"Fine!Lepastu balik eh?"

"Sure"

Tangan Eyra segera ditarik dengan penuh semangat.Sudah lama tak berseronok macam ni.

"Eh,troli tu macam mana?"

"Tinggallah.Buat apa bawak?"

"Nanti ada orang curi macam mana?" tanya Eyra gusar.

"Belilah yang lain.Apa susah?Yang hilang tu anggap je sedekah," bilang Fairul selamba.

Tahulah banyak duit.Tapi,tak usahlah membazir macam ni.Eyra akhirnya pasrah.Tangannya masih tidak dilepaskan.Mereka menuju ke kaunter.

"Nak buat apa ni?"

"Kasutlah"

"Lah,untuk apa?Kan kita dah pakai kasut ni?"

Tergelak Fairul melihat kasut tumit tinggi Eyra.

"Kau gila nak pakai heel?Nak jatuh tergolek ke apa?"

"Siapa kata saya nak main?Saya tengok je"

"Dik,bagi dua kasut," kata Fairul tanpa mempedulikan Eyra.

"Saiz apa bang?"

"Saiz XL dengan S," gurau Fairul.

"Apa ni?Betul-betullah.Ni bukan baju," marah Eyra.

"Saiz berapa kaki kau?"

"Lima kot"

"Bagi saiz lima dengan lapan,dik," arah Fairul.

Remaja itu hanya mengangguk.Setelah selesai,mereka duduk.

"Nah,pakai kasut ni"

"Tak naklah.Buruk"

"Hisy!"

Kaki Eyra diletakkan di pehanya.Lantas heel wanita itu dibuka lalu dicampak.

"Oi,apa ni?"

"Susah sangat ke nak pakai?" soal Fairul setelah selesai.

Eyra hanya diam.Dia memerhati suasana.Bingit!Dengan bunyi laungan,bunyi pin jatuh.

"Aku mula dulu eh?"

"Mulalah," balas Eyra.

Jejaka itu mengambil bola.Dengan kiraan satu,dua,tiga,Fairul menggolekkan bola itu.

"Yes,strike!"

"Strike tu apa Nyet?"

"Pin jatuh semua.Your turn"

"Tak mahu," geleng Eyra.

"Sebelum aku golekkan kau,baik kau bangun sekarang," ugut Fairul.

Eyra mendengus.Dia dah kata,dia tak pandai main.

"Aku cabar kau dapatkan Turkey"

"Kita tengah main bowling tau.Mana nak dapat Turkey?Biol ke?"

"Turkey tu maksudnya three strikes in a rowlah"

Tergelak Eyra dibuatnya dengan permintaan Fairul.

"Awak perli saya ke Nyet?Sentuh bola pun tak pernah apatah lagi Turkey"

"Eh,kadang-kadang orang yang tak pernah main nilah sebenarnya lagi  power  tau.Balinglah cepat"

"Okay.Kalau masuk parit jangan gelak"

"Parit?"

"Ni.Garis panjang ni,paritlah kan?" soal Eyra polos.

"Longkanglah Eyra sayang"

Fairul membetulkan kesalahan Eyra sambil ketawa.Polos sungguh.

"Saya baling ni," bilang Eyra.

Eyra menggolekkan bola tanpa ragu.Hasilnya,bola itu termasuk longkang.

Dia kaku di situ sebelum berpaling ke belakang.Kelihatan Fairul ketawa berdekah-dekah.

Tidak lupa juga orang yang berdekatan dengan mereka.Semuanya menyembunyikan senyuman.

"Saya dah kata jangan gelakkan?Apa masalah awak?"

Tubuh Fairul dipukul dengan tas tangan Eyra bertubi-tubi.Dia masih lagi gelak tak ingat dunia.

"Kelakarlah kau main.Kaki kau pengkang.Tangan pula kaku," komen Fairul.

"Aku dah katakan aku tak pandai main.What you expect?"

Ei,tak puas hatinya!

"Ni!Meh tengok pro main!Aku akan dapatkan double"

"Tak kisahlah double ke triple ke.Jangan nak berlagak sangat.Kang nanti bola ke belakang,awak pula yang ke depan"

"Tak mungkin!" ujar Fairul berlagak.

Dia mengambil bola lalu memandang Eyra semula sambil tersenyum-senyum.

"Apa?!"

Heel diangkat untuk dibaling ke arah Fairul.Tak habis-habis nak mengejek.

"Hei Fairul.Apasallah pergi bawak perempuan yang tak reti main?Buat malu je?"

Eyra berpusing untuk mencari suara itu.Fairul pula segera meletakkan bola apabila Liyana mendekati mereka.

"Siapa kau?" tanya Eyra.

Sumpah dirinya terkejut melihat kedatangan Liyana.Setelah sekian lama tidak bersua muka.

"Kau tak kenal aku?"

"Dia hilang ingatanlah," sampuk Fairul.

"Really? Tak bagitahu aku pun"

"Buat apa nak bagitahu?Tak penting pun"

"Onyet?Siapa perempuan ni?"

Eyra berdiri di sebelah Fairul.Wajah Liyana ditatap tajam.Ikutkan hati mahu sahaja dia menyepak kepala wanita itu.

"Hahahaha!Onyet?Siapa Onyet?"

Tawa Liyana terhambur kuat.Pelik-pelik je.

"Blahlah kau.Jangan kacau kitaorang nak main.Kau dah dapat apa yang kau nakkan?"

"Apa ni?Dia nak apa?Siapa ni Onyet?"

Fairul diam.Makinlah Eyra mendesak.

"Onyet!Jawablah!"

"Liyana"

Walaupun dia tahu,tapi masih juga air matanya bertakung.

"Hei,baru kena tinggal dah hilang ingatan?" celah Liyana.

"Apa kau cakap ni?"

"Kalau kau nak tahu,masa kauorang pergi memancing,Fairul ada tinggalkan kau bukan?Nak tahu kenapa dia tinggalkan kau?"

"Kenapa?"

"Diamlah Yana.Sudahlah tu"

"Diamlah Onyet.Saya nak dengar apa dia kata"

Liyana tersenyum sinis.Seronoknya tengok Eyra menangis!

"Dia tinggalkan kau sebab nak jumpa akulah"

Dah agak!Aku dah agak!Kata Eyra dalam hati.

Namun,dia masih kekal tenang.Tidak mahu mengamuk tanpa bertanya.

"Balik jom Eyra," ajak Fairul.

"Okay"

Mereka mengemas apa yang patut.Setelah beres,mereka meninggalkan tempat itu.Sebelum itu Fairul sempat berkata,

"Stupid you"

Sambil menjelir lidah.Liyana membuat muka.Puas hatinya.Ketika mereka keluar,mereka berselisih dengan Malik.

"Eh,sayang.Itu bukan Fairul dengan Eyra ke?" tanya Malik yang baru pulang dari tandas.

"Haah.Biarlah diaorang.Sayang,kita sambung game Fairul.Dia bagi tadi"

Pandai kau je.Malik mengangguk tanpa bicara.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top