18-Abai

HARI sudah malam,barulah mereka ternampak batang hidung Fairul.Lelaki itu kelihatan serabai.Dia melangkah masuk dengan longlainya.

Iman dan Eyra memandang sepi Fairul tanpa ada rasa mahu menegur.Masing-masing sudah tahu kenapa jejaka itu begitu penat.

Iyalah,ke sana ke mari dengan Liyana.Mana tak penatnya?Rykal pula belum menunjukkan kehadiran.

Dia pun ke hulur ke hilir mengintip Fairul.Tetapi,mulutnya sempat bercerita itu ini dan menghantar segala maklumat kepada Eyra.

Fairul mengambil tempat di sebelah Eyra lantas tersenyum.Dia beriak biasa.

Kemudian,beberapa minit selepas itu,Rykal pula menyertai mereka.

"Ke mana sayang?Baru balik?" tanya Iman pura-pura.

"Jumpa kawan," jawab Rykal sepatah.

Ingin sahaja dia membelasah Fairul apabila terpandang wajah itu.Ceh,balik rumah buat muka penat padahal tadi bukan main gembira berkepit sana sini.

"Sayang,tadi aku kata aku balik petangkan?Sorry ya.Tak sedar dah malam," tegur Fairul.

Puih!Kau duduk planet mana sampai tak perasan hari dah malam?

"Hmm,takpe.Tak nak balik pun boleh," balas Eyra sambil tersengih.

Eyra memandang semula televisyen lalu membuat muka meluat. Maaf,maaf!Bunuh kang!

"Kenapa ni?Aku ada buat salah ke?" tanya Fairul apabila mendengar jawapan Eyra yang seolah memerlinya.

"Tak ada.Hmm,aku dah mengantuk ni.Iman,jom tidur," ajak Eyra.

"Sabarlah,cerita best ni!" tolak Iman.

"Cepatlah.Nak gossip hangat ni," desak Eyra.

"Hisy,iyalah!"

Iman terpaksa akur.Entah gossip apa yang hangat tu pun dia tak tahu.Eyra memberi isyarat mata kepada Rykal.

Jejaka itu yang seakan faham,turut meminta diri.

"Aku pun nak tidur ni.Bye," pamit Rykal.

"Apahal semua orang tidur awal ni?Temanlah aku,Kal," pinta Fairul.

"Tak mahu.Aku penat.Kau tidur kat lantai.Aku nak tidur atas katil.Sakit belakang aku," arah Rykal selamba.

Suka hati mak nenek kau je eh Rykal.Pakwe siapalah ni?

"Mampus kaulah!" dengus Fairul.

Dah orang tak nak tu sudahlah.Tak payahlah marah.Tanpa Fairul ketahui,Rykal masuk ke dalam bilik Eyra secara senyap.

Oi,oi!Apa ni masuk bilik perempuan?!

"Hah,Kal,Kal.Citelah cepat," kata Eyra.

"Eh,aku backhand juga kau ni.Kejaplah.Apa kata kauorang duduk dekat bawah.Bagi aku baring atas katil ni," cadang Rykal.

Eyra dan Iman segera menurut arahan.Malas mahu bertekak.Rykal pula sudah baring dengan selesa.

"Macam ni baru syok.Okay,may I start? "

"Ya,ya.Cepat"

"Cepat,cepat ni nak pergi mana Eyra?Sabarlah.Aku tengah ingat balik ni"

Mereka berdua memfokuskan pandangan kepada Rykal yang sedang berfikir.

"Kau nak tahu apa?Setahu aku,aku dah cerita semuanya dekat kau," soal Rykal.

"Entah.Mungkin ada apa-apa yang kau tertinggal ke?"

"Ada rasanya.Aku dah cerita ke masa Fairul balik,Liyana tak ikut sama?"

"Ada ke Iman?"

"Tak rasanya," jawab Iman.

"Masa balik tu,Liyana naik kereta lelaki lain.Aku tak tahu tu siapa"

Hakikatnya lelaki itu ialah Malik,kekasih Liyana.Hanya Fairul seorang sahaja yang tahu mengenai lelaki itu.

"Buat apa dia naik kereta lelaki lain kalau diaorang bercinta?"

"Kau yakin ke Fairul dengan Liyana tu bercinta?Kau yakin?" ujar Iman.

"Betul tu.Daripada pengamatan aku tadi,diaorang tak nampak mesra.Muka masing-masing tegang.Lepas Yana dah masuk dalam kereta,baru ceria muka dia.Rul pun nampak tenang," terang Rykal.

Eyra mengangkat bahu.Dia sendiri tidak pasti.Kalau bercinta,kenapa Fairul marah-marah Liyana siang tadi.

Dan,kenapa Liyana naik kereta lelaki lain?

"Woi,Kal!Kau dalam ni ke?!" jerit Fairul sambil mengetuk pintu bilik Eyra bertalu-talu.

"Alah,kacau daunlah dia ni.Aku blah dululah.Apa-apa roger esok"

Rykal bangun dari pembaringan lalu menapak keluar.Sebaik sahaja ternampak Rykal,Fairul terus mengetuk kepala lelaki itu.

"Kau pahal hah nak ketuk-ketuk kepala aku?Ingat kepala aku ni tong dram?"

"Kau buat apa masuk bilik perempuan?Tak tahu malu ke?"

"Eh,akukan popular dalam kalangan wanita.Jangan sibuk.Dah,aku nak tidur"

Tubuh Fairul ditolak ke belakang.Rykal meloloskan diri ke dalam bilik.Sementara Fairul berteka-teki dengan dirinya.

"Apa yang budak tiga ketul ni gossip sampai abaikan aku?"

🐂🐂🐂🐂🐂

"MAK!"

"Apa kau nak?!" sahut Puan Salmah dari luar rumah.

Fairul turun dan merapati emaknya yang sibuk memberi ayam makan.

"Mana si tak guna tiga ekor tu?"

"Sawah padi"

Fairul mendengus.Kenapa mereka abaikan dirinya?Sedih woo kena tinggal dengan kawan-kawan.

"Kenapa tak suruh tunggu Rul?" bentak Fairul tidak puas hati.

"Dah Rul membongkang macam takde hari esok,diaorang tinggalkanlah"

Fairul naik ke atas semula.Kunci motor dicari.Aik,takde pun.Siapa yang ambil?

"Mak!"

"Apa lagi?!"

"Mana kunci motor?"

"Rykal pakai"

"Biadap punya orang.Bukannya nak minta izin," bebel Fairul.

Dia menyarung selipar dan menuju ke belakang rumah.Kemudian,dia ke hadapan semula.

"Mak!"

"Allahuakbar!Mak,mak!Nanti aku dah mati nanti kau nak panggil siapa?Dahlah takde bini!" perli Puan Salmah geram.

"Mana basikal Rul?Motor takde,basikal hilang!"

"Eyra pakai.Pergilah jalan kaki.Bukannya jauh sawah tu," kata Puan Salmah.

"Menyusahkan orang betullah!"

Dia mula pergi.Pergerakannya terhenti apabila emaknya memanggil.

"Tak mandi dulu ke?Kot ya pun cucilah muka dulu!"

"Malaslah,mak!" katanya lalu pergi.

Beberapa minit selepas itu,dia akhirnya sampai ke destinasi.Ceh,macam pergi luar negara pula.

Kelihatan tiga serangkai itu sibuk melepak dan bergelak ketawa di pondok ditemani tiupan angin yang kuat.

"Oi!"

Fairul mendekati mereka dengan wajah yang masam mencuka.Eyra,Iman dan Rykal meneruskan aktiviti mereka tanpa menghiraukan lelaki itu.

"Kenapa tak ajak aku hah?!"

Bahu Rykal ditolak kuat,melepaskan kemarahan.

"Dah kau tidur.Kitaorang dah kejut kot.Kan Iman kan?"

Iman mengangguk.Fairul menjeling sepupunya dan menanggalkan selipar lalu melabuhkan duduk di sebelah Eyra.

"Hei,sayang!Buat apa tu?" tanya Fairul sambil memukul manja lengan Eyra.

"Tengah bertukang," jawab Eyra malas.

Fairul mencebikkan muka.Nak bermesra pun tak boleh.

"Kau tahu dia tengah main congkak.Tanya buat apa?" celah Rykal.

"Suka hati akulah.Kang aku mesra dengan Iman,kau yang panas"

Rykal mengajuk percakapan Fairul.Tak puas hatilah tu.

"Kenapa tak ajak aku eh?Daripada semalam kauorang asyik berkepit tiga orang.Dahtu aku ni apa?Tunggul?"

"Tak ada apalah Onyet.Hari ni tak keluar macam semalam ke?" tanya Eyra.

"Tak.Penatlah asyik keluar je"

"Huh,alasan!"

"Jom mandi sungai nak?" ajak Fairul.

"Asyik-asyik sungai.Air mandi dekat rumah tu siapa nak guna?Hantu air?"

"Sayang ni kenapa?Datang bulan eh nak marah-marah?"

"Mana ada apa.Cuma memang rasa nak marah je"

Aik,tadi masa mula-mula dia datang seronok bukan main.Tiba-tiba berubah.

"Balik jom,Iman"

"Eh,kejaplah!Balik cepat-cepat nak buat apa?"

Lagi-lagi Iman yang jadi mangsa.Balik-balik dia je kena ikut perangai Eyra.

"Kalau macam tu,kauorang lepaklah bertiga.Aku nak balik,nak solat"

Solat apa pukul lapan pagi macam ni?Nak kata subuh,subuh dah lepas.Eyra mendekati basikal lalu gadis itu dengan pantas mengayuh.

"Pahal dia tu wei?"

"Entah"


Jangan bosan tau kita asyik tulis pasal Liyana.Bagi semangat dekat aku pliss.Bosan yang amat ni..

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top