16-Tegur
Ada orang dm makcik tanya tak nak buat group whatsapp Eyrul ke?Di sini aunty nak bagitahu,aunty bukan J.K Rowling tau nak buat fanclub bagai.Aunty hanyalah sekadar Joking Rolling.
"APA kes dia tu?"
Masuk sahaja Fairul ke dalam rumah,dapat dilihat olehnya Eyra yang sedang baring terlentang di ruang tamu.Terdapat sekuntum bunga dalam tangannya.
"Bilik ada tak nak masuk," kata Fairul perlahan.
Eyra nampak gayanya tidur kot sebab wanita itu tidak dengar akan derap kaki Fairul.
Setelah meletakkan barang di biliknya,Fairul dengan perlahan dan senyap duduk bersila di sebelah Eyra.
Dia mengambil keputusan untuk mendiamkan diri dan melihat terlebih dahulu.
"Hmm,sayang,tak sayang,sayang,tak sayang," omel Eyra apabila dia tiba-tiba mengangkat bunga itu.
Tangannya lincah mencabut setiap kelopak.Alah,macam orang selalu buat.Tahukan?
Fairul tersenyum.Mengomel pun comel.Hmm,susah ni.
"Setiap yang bernyawa pasti merasai mati"
Seperti terkena renjatan elektrik,Eyra terus membuka matanya.Nasib baik dia baring dengan sopan.
"Eh,Onyet!Bukan awak keluar ke tadi?"
Tak sangka pula secepat ini jejaka itu pulang.Fairul kalau keluar memang lambat balik.Itulah yang Eyra tahu sepanjang mereka hidup bersama.
"Apa yang sayang tak sayang tu?" soal Fairul padahal dia dapat mengagak wanita itu memikirkan tentangnya.
"Tak ada apalah"
Bunga tersebut dibaling ke luar tingkap dan dia baring semula.
"Sayang ni seperti kera mendapat bungalah.Yang sayang pergi baling bunga tu kenapa?"
"Bunga sebelah saya ni dah ada,buat apa nak bunga yang tadi?"
"Kalau Onyet bunga,sayang apa?"
Hah,dah mula dah.
"Sayalah tangkainya.Bunga tanpa tangkai takkan dapat berdiri tegak"
"Bunga berdiri ke?"
"Iyalah!Onyet tanpa Eyra,akan layu"
"Alah sayang ni,comellah!Rasa nak gigit je!"
Eyra hanya menguntumkan senyuman.Mereka saling berbalas pandangan.Agak lama sebelum Fairul mendekatkan wajahnya dan memuncungkan bibirnya sambil tersengih.
Serta-merta Eyra menolak dada Fairul lantas bangun apabila lelaki itu bertindak sedemikian.
"Fairul!" marah Eyra.
"Sayang,kenapa marah-marah ni?What's wrong with you honey?"
Tersentak Fairul.Tiba-tiba sahaja wanita itu memarahinya.
"Sorry Onyet.Saya terkejut je," ucap Eyra.
"Hai,dah kenapa?"
"Macam nilah,saya sebenarnya nak tegur Onyet sikit"
"Hah apa dia?"
"Pasal semalam yang awak kiss kepala saya tu"
Fairul diam menunggu bicara dari Eyra.
"Saya tahu awak suka tapi awak tak boleh buat macam tu dekat saya," kata Eyra.
Ceh,perasannya kau Eyra.
"Kenapa?"
"Sebab semalam saya tak syampu rambut lagi.Busuk tau tak"
"Iya ke?Semalam Onyet tak bau apa pun.Bau-bau cinta adalah"
"Bukanlah.Gurau je.Onyet tak boleh buat macam tu sebab kita bukan suami isteri lagi"
"Dahtu bila lagi Onyet boleh buat?" soal Fairul.
Degilnya kau Fairul.Nak juga tu.
"Hmm,Onyet nak kahwin dengan sayang tak?"
"Eh,tanya kita pula.Sayang tu nak ke kahwin dengan Onyet?" soal Fairul kembali.
"Kalau Onyet sudi,apa salahnya?"
Peha Fairul dicuit lalu mereka tersengih malu.Masing-masing memandang sesama sendiri dan sekali lagi mereka malu.
"Hah,tunggu kita kahwin baru boleh buat macam tadi dan semalam tau"
"Alah,bila nak kahwin ni?"
"Mengada siot Onyet ni.Tunggu saya dah ingat balik,baru boleh"
Eyra memberi jaminan walhal dia tidak hilang ingatan.Dia harus mendapatkan kepercayaan dahulu,baru Eyra bersetuju untuk diijabkabulkan.
Tapi macam mana nak buat sebegitu kalau Fairul tak bagi dia menyebut nama Liyana selagi jejaka itu tidak membuka mulut sendiri?Ada cadangan tak?
"Ini yang semangat ni!" laung Fairul.
"Semangat,semangat juga.Tapi,selagi tak halal selagi tu jangan sentuh-sentuh macam semalam"
"Okay tayang Onyet!I wove you!"
"I wove you too Onyet!Dalam mimpi!"
"Hisy,susahlah macam ni!"
"Aku terpaksalah!Kalau tak kau tahu aku tipu kau!"
"Apa yang susah?"
"Mampuslah Onyet kena tidur selalu supaya dapat mimpi yang sayang cintakan Onyet.Aduh,macam mana ni?"
"Ei,mengada sangatlah Onyet ni!Geram titew!" kata Eyra lalu mencubit lengan Fairul yang berlapik.
"Selalunya geram cubit pipi,sayang cubit lengan kenapa?"
"Nanti dah halal,Onyet nak sayang cubit jerawat Onyet pun sayang rela"
Auch,jerawat is bae!
"Sweetlah sayang ni.Lempang kang"
"Tumbuk kang!" balas Eyra.
"Terajang kang!"
"Ei,peluk kang!"
"Sepak kang!"
"Ish,dahlah.Kang saya kangkang kang baru tahu," bilang Eyra sudah naik bosan.
"Okay!Jom mandi sungai nak?" ajak Fairul.
"Kita berdua je ke?"
"Taklah.Zabedah ajak.Sayang ingat Zabed?"
"Mestilah ingat.Wife abang saya"
Siak!Aku,kau tak ingat.Kata Fairul dalam hati.
"Jomlah,sayang pun bosan ni.Sebelum tu,boleh tak kita beli ABC?"
"ABC?Aku beli cincin?Hah,sayang nak beli cincin kahwin kita ke?!"
"Aloh,bingainya Onyet.Pijak pakai kasut bola nak?"
"Main-main je.Boleh je.Sayang nak beli kedai ABC tu pun Onyet boleh bagi"
"Nanti,Makcik Kiah nak meniaga apa?"
"Diakan dah dapat bantuan.Marilah,nanti marah pula Zabedah tu"
"Baik!"
Mereka berdua bangkit.Eyra setuju pun sebab dia nak bergosip dengan kakak iparnya nanti.Kalau tak,takde maknanya nak ikut.
🐂🐂🐂🐂🐂
"HAH,baru sampai.Lama kami tunggu tahu tak?"
Izzi dan isterinya sudah lama berendam di dalam sungai.Nasib mereka sudah sampai,jika tak confirm air sungai sudah kering.
"Kitorang beli nilah"
ABC tersebut dijulang tinggi oleh Fairul.
"Wow,beli sebab nak ambil hati girlfriend punya abang ke?"
Izzi naik ke atas dan terus merampas bungkusan tersebut dari tangan Fairul.Belum sempat Fairul membalas, Eyra menerpa abangnya.
"Rindu kau"
Izzi dipeluk erat.Peluk Izzi ni ibarat dia memeluk seluruh keluarganya.
"Peluklah puas-puas sebelum aku balik petang nanti," kata Izzi.
"Awalnya balik bang.Kau nak tinggalkan aku?"
"Dah seminggu kat sini.Baliklah"
Zabedah pula naik lalu memeluk suaminya.Ceh,dia pun tak nak kalah.
"Heaven eh kau Izzi.Dipeluk oleh dua orang wanita"
"Inilah namanya perempuan keliling pinggang," bilang Izzi sambil menyedut ABC.
"Meh sini Zabed peluk abang"
Zabedah memeluk Fairul,tetapi hanya sebentar.Nanti Encik suami cemburu.
"Tak adilnya.Dua-dua kau boleh peluk," celah Eyra.
"Nak peluk Fairul,kahwinlah," cadang Zabedah.
Fairul tersenyum memandang Eyra.Eyra pula buat tidak endah.
"Bang,rindu papalah," adu Eyra.
"Papa mana ni?"
"Eh,walid.Maaf,tersasul pula," sengih Eyra.
"Hmm,Eyra," panggil Fairul.
"Ya Onyet?"
"I can be your papa"
Amboi,volunteer nampak!
"Papa,papaya kau!Jangan nak mengada.Ada juga aku bawak balik adik aku ni," kata Izzi.
Padan muka kau!Menggedik sangatkan?
"Alahai,cukup baik aku tak offer dekat bini kau"
Izzi membaling plastik yang sudah kosong itu kepada Fairul.Bini,kau jangan bawak main eh.
"Dahlah tu.Kau marah kenapa bang? Aku tak kata pun aku tolak offer dia"
"Amboi,kau pun menggedik juga eh!Ni kena kahwinkan cepat ni," fikir Izzi.
"Cukuplah.Kenapa Izzi?Awak jealous ke?Jangan risau,if Fairul 'papa' Eyra,I'm your mommy"
"Gedik siot kauorang berempat ni.Aku dengar je daripada tadi,apa kauorang cakap," tegur seseorang.
Serentak mereka berempat berpaling ke arah gerangan itu.
"Rykal,Iman!"
Chapter ni kita santai-santai lu.Lek lu.Korang jangan terberak sebab baca benda menggelikan kat atas.Kalau terburai,makcik tak tanggung.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top