15-Onyet dan Sayang

Korang jangan expect lebih part sweet dorang tau.Makcik bagitau awal2 ni.. Sebab srs talk makcik tak pro.

"HAI Onyet!" sapa Eyra lalu menepuk bahu Fairul.

Fairul yang sedang leka memikirkan sesuatu sambil melihat ke luar tingkap terus berpaling ke arah Eyra.

"Kau tegur aku ke?"

"Iya,awaklah Onyet.Siapa lagi nama Onyet dalam rumah ni.Awaklah," kata Eyra.

"Nama aku Fairullah.Bukan Onyet"

"Oh,sedap nama awak.Fairullah.Saya panggil awak Rullah boleh?" balas Eyra.

"Bukan Fairullah lah!Nama aku Fairul!"

Eh,aku tahulah!Tak payah ah tengking-tengking.Rungut Eyra dalam hati.

"Jadi,Onyet tu ayah awaklah?"

Naik angin Fairul dibuatnya.Hilang ingatan je kot Eyra ni,bukannya hilang otak.

"Onyet tu nama monyet mak aku," terang Fairul dengan sabar.

"Oh ya ke?Saya tak kesah!Saya tetap nak panggil awak Onyet!" usik Eyra.

Hidung Eyra dicuit lembut.Manjalah pula kekasih hatinya ini.Selalunya garang macam Bidan Siak.

"Kenapa manja sangat ni,sayang?" soal Fairul.

"Selama ni saya tak pernah manja ke Onyet?"

"Tak.Selalu garang dan kasar"

"Bagus juga dia hilang ingatan.Dapatlah manja-manja dengan dia"

"Iya ke awak?Kenapa awak panggil saya sayang?" duga Eyra.

"Ceh,kau dah ada Liyana,nak lagi panggil aku sayang!Puihh!"

"Sebelum sebelum ni memang itu yang aku panggil kau," kata Fairul.

Haktuih!Nampak sangat menipu!

"Apa hubungan kita dulu sampai awak panggil saya sayang?"

"Aku bekas...."

"Bekas makanan?" celah Eyra.

Jangan salahkan Eyra eh.Bekas suami dengan bekas makanan dua-dua ada perkataan bekas.Jadi,logiklah juga tekaan Eyra.

"Apa pulak.Aku bekas suami kaulah,Eyra," jujur Fairul.

"Hah?Onyet ni biar betul?!"

"Betullah sayang.Buat apa nak tipu?Akukan dah janji nak pulihkan ingatan kau"

Siot!Tadi baru je kau tipu Eyra.

"Tipulah awak ni.Saya tanya mak nanti"

"Apa hubungan kau dengan mak aku?"

"Dia mak mertua aku"

"Dahtu aku ni siapa?Aku ni anak dia dan kau menantu dia.Jadi?"

"Tapi Onyet,boleh jadi Zaki tu suami saya tau Nyet"

"Aku peliklah kau ni.Zaki,mak,ayah,Penyapu kau boleh ingat.Aku kau tak ingat pula.Kau ni bukan hilang ingatan.Kau kena sihir ni"

Macam tak adillah pula.Orang lain dia ingat,Fairul tak ingat.

"Kau ada sorokkan sesuatu ke?"

"Mana ada.Setahu saya,orang yang kita tak sayang,kita tak ingat bila hilang ingatan.Saya tak ingat awak maksudnya saya tak sayang awaklah kan?"

Ahh reka jelah!Masih terlalu awal untuk semuanya terbongkar.Sakit dahi Eyra,boleh jadi tujuh tahun tak sembuh.Jadi kita kena tipu Fairul selama tujuh tahun.

"Haah.Betullah tu.Kau tak sayang aku,Liyana pun tak sayang"

Jantung Eyra berdebar-berdebar mendengar nama perempuan itu.Kau pahal nak libatkan perempuan lain bro?

"Liyana tu siapa Onyet?"

Dia masih mengawal riak wajahnya.Nampaknya,Eyra sudah tekad untuk mengetahui hubungan sebenar Fairul dan Liyana.

Teringat akan pesan kakak iparnya,Zabedah semalam semasa mereka berbual di telefon.

Zabedah menasihatinya agar meneruskan lakonannya dan mencari tahu hubungan mereka.Dari situ juga mereka dapat tahu perasaan sebenar Fairul kepada Eyra.

"Liyana tu oranglah sayang," jawab Fairul.

"Alo,tipulah awak ni!"

"Takkanlah Liyana nama lembu sayang"

"Macam awaklah.Awak manusia tapi panggil Onyet"

"Onyet tu kau je yang panggil"

"Siapa Liyana tu?Awak cakap awak nak pulihkan ingatan saya.Dia mesti ada kaitan dengan kita sebelum nikan?"

"Nantilah aku cerita.Aku jujur je dengan kau.Aku tak tahu cara nak pulihkan ingatan orang tapi aku cuba bantu sebab aku sayang kau sangat-sangat," luah Fairul ikhlas.

"Kalau sayang kenapa awak cederakan dahi saya?"

"Jangan fitnah wei.Aku tertolak.Kata tak ingat,mana tahu ni?"

"Mak cerita," bilang Eyra.

Kesabarannya masih kuat.Dia kena tahu juga pasal Fairul dan Liyana.

"Mak cakap dahi saya cedera sebab awak tinggalkan saya.Kenapa awak tinggalkan saya?"

Aduh,Puan Salmah ni mulut tempayanlah!Cubalah simpan sikit rahsia tu.

"Mana ada aku tinggalkan.Aku masa tu pergi semak depan,nak terberak"

Tak munasabahnya alasan.Alasan Fairul munasarawak je.Okay,kalau tak ada sambutan lawak ni,nanti akan dipadam ya.

"Onyet ni,mengarutlah"

"Aku ada hal pentinglah.Untuk kebaikan kau juga nanti.Aku buat bersebab"

"Hal tu untuk kepentingan saya tapi awak tinggalkan saya.Apa benda ni Onyet?Apa kebaikan yang saya dapat?"

Sabar Eyra,sabar.In character!

"Kau marah aku ke?"

"Tak,saya tanya je," elak Eyra.

Mestilah dia marah.Jangan-jangan Fairul tak nak cerita sebab ada kaitan dengan Liyana tak?Fikir Eyra.

"Apa kebaikan yang saya dapat Nyet?Apa sebab awak tinggalkan saya?" tanya Eyra sekali lagi.

"Sibuk je nak tahu"

"Saya nak ingatan saya balik.Mestilah saya sibuk"

"Sebab,C.I.N.T.A K.I.T.A,cinta kita!" nyanyi Fairul.

"Hah?"

"Sebab Onyet loves you,sayang," kata Fairul memandang serius wajah Eyra.

"Onyet janganlah main-main.Saya serius ni," tegas Eyra.

"Betullah sayang.Kalau Onyet tak cinta,buat apa Onyet meraung macam orang gila bila sayang hilang ingatan?"

"Mungkin lakonan semata-mata"

Eyra,kau pun berlakon juga tau.Ingat sikit.

"Tak baik tuduh orang tau"

Kepala Eyra yang berbalut dengan tudung diusap dan ditepuk oleh Fairul.

"Okaylah,tak apa.Nanti,saya korek perlahan-lahan sebab Onyet tinggalkan saya haritu"

Dia akhirnya mengalah.Tak apa,banyak lagi masa untuk cungkil rahsia.

"Kalau sayang tak korek pun,Onyet akan  bagitau juga nanti,sebab apa?"

"Eh,tanya kita pula"

"Sebab I love you"

"You love me,we are happy family?"

Eleh,buat-buat tak tahu pula dak Eyra ni.

"Hisy,sayang ni!Dahlah,malas nak layan.Orang betul-betul kot"

Eyra hanya tersenyum simpul.Sukalah bergurau sebegini.Tak payah gaduh-gaduh.

"Okaylah sayang.Nanti kita dating lagi.Onyet nak mandi.Dah hapak macam kambing ni"

"Boleh tak jangan panggil saya sayang?"

"Why not?You want to call me Onyet kan?"

"Nak"

"Then,let me call you sayang"

"Tak naklah.Gelilah"

"Two choices,baby or sayang?"

"Okaylah,panggil aje sayang"

Sejujurnya,baby lagi menggelikan dari sayang.

"Good.Malam ni Onyet nak tunjukkan sesuatu dekat sayang tau.Jangan lupa," bilang Fairul sambil mengenyit mata.

Sejurus selepas itu Fairul meninggalkan Eyra berseorangan.Ikhlaskah lelaki itu atau hanya sekadar menutup sesuatu dari pengetahuannya?

Tak apa Eyra.Slow slow dulu.

🐂🐂🐂🐂🐂

"SAYANG"

"Ya Onyet?"

"Meh duduk dekat sebelah Onyet," pelawa Fairul.

Eyra tanpa membantah hanya akur dengan ajakan Fairul.Dapat dilihat olehnya sebuah album gambar di hadapan mereka.

"Album apa ni?"

"Inilah yang Onyet nak tunjuk dekat sayang"

Fairul membuka helaian pertama album tersebut.Terpampang gambar ketika akad nikah mereka.

"Sebagai permulaan untuk pulihkan ingatan sayang,Onyet kena buat sayang percayakan Onyet dulu.Jadi,ini bukti yang kita pernah berkahwin"

Gambar-gambar tersebut mengundang sebaknya.Kalau dia ada hubungan dengan Liyana,kenapa Fairul masih menyimpan album mereka?

Atau jejaka itu hanya berpura-pura?Jika ya,baik Fairul tak payah beria tunjuk album nikan?Eyra mula runsing.

Jadi,kenapa Liyana datang majlis Izzi dan Zabedah tempoh hari?

"Sayang?"

"Hah ya?Maaf maaf.So,betullah kita pernah kahwin?"

"Iyalah,takkan edit.Kalau edit sekalipun takkan boleh siap dalam masa singkat padahal sayang hilang ingatan baru je semalam"

"Okay,apa motif Onyet tunjuk gambar ni?"

"Lah,kan Onyet dah kata sebagai bukti.Lagipun Onyet tak nak sayang takut dengan Onyet"

"Aku tak pernah takut dengan kau Rul.Aku cuma susah nak percaya"

Kepercayaannya hilang akibat kedatangan Liyana.Kenapalah wanita itu perlu muncul di saat dia mula mempercayai Fairul sepenuhnya.

Curiganya semakin kuat apabila Fairul tersasul menyebut nama Liyana semasa dahinya terhentak.

Tiba-tiba sahaja tersasul.Takkanlah tak sengaja.Mesti ada sebab.

"Sayang tengoklah gambar-gambar ni dulu.Mana tahu boleh ingat serba-sedikit.Onyet tak minta banyak.Onyet cuma minta sayang ingat memori kita je"

"Kenapa awak beria eh tunjuk semua ni?Saya boleh pulihkan ingatan saya tanpa bantuan awaklah Onyet," duga Eyra.

"Banyak sebabnya.Sayang nak berapa sebab?"

"Hmm,tiga!"

"First,cause I love you.Second,cause I love you,third cause I love you"

"Eh,sama je semua alasan tu.Mana boleh," bantah Eyra.

Fairul bertindak mendekati Eyra lalu dia memaut bahu wanita itu.Kedudukan mereka tika itu,amat rapat.Fairul berbisik,

"I love you.Tiga perkataan tu dah cukup untuk bagitau yang you are my everything,you are my universe and my priority "

Eyra memandang ke kanannya iaitu tempat Fairul berada.Wajah mereka amat hampir sehingga dapat merasakan deru nafas masing-masing.

"I will tell you about us tomorrow okay? Jangan tanya pasal Liyana or sesiapa je.Just both of us.Love you honey"

Kepala Eyra dicium sekilas sebelum Fairul berlalu pergi.Ya allah dik,haram dik!Baginya,inilah masanya untuk memikat hati jandanya dengan betul dan teliti.



Korang sendiri tengok hambarkan😂I will improve sweet scene dekat next chapter ya.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top