13-Tak sengaja
SEBAIK sahaja Fairul melangkah masuk ke dalam,Puan Salmah menghadiahkan pandangan tajam kepada anak tirinya itu.
Tahukan pandangan mak mak bila sedang marahkan anak?Hah begitulah keadaan Puan Salmah tika ini.
Puan Salmah bermain-main dengan rotan yang sedang dipegangnya.Tak sabar nak guna agaknya.
"Penyapu buat hal lagi ke mak?" soal Fairul polos.
Rotan itu digunakan khas untuk memukul manja Penyapu jika kucing itu membuat hal.Penyapu yang mendengar terus sahaja memarahi tuannya.
"Goblok kamu," maki penyapu
😂😂😂okay stop!
"Penyapu tu punyalah baik.Yang tak guna tuan dia," balas Puan Salmah garang.
"Amboi,mak.Garangnya," usik Fairul.
"Mak nak tanya ni.Ke mana Fairul tadi?Malam-malam baru balik?"
"Mak nak bantai Rul pakai rotan ke mak?"
Lain yang ditanya lain yang dijawab.Nak mengelaklah tu.
"Kalau boleh,mak nak hempuk mesin basuh atas kepala hang.Nasib hang baik,mak dah tak kuat.Rul pergi mana tadi?"
Orang tua itu sekali lagi bertanya.Lengan baju mula dilipat tanda sudah bersedia beraksi.
"Rul ada hal?"
"Penting sangat ke hal tu sampai tinggalkan Eyra sorang diri?"
Fairul dapat menganggak soalan maknya.Dia selamba menjawab,
"Alah,dia dah balikkan?Okaylah tu"
"Ohh okay ya?Tunggu sini sekejap"
Langkah Puan Salmah diperhati.Wanita itu kelihatan menuju ke bilik Eyra. Beberapa saat kemudian,Eyra dan emaknya keluar beriringan.
"Ni Rul kata okay?!" tengking Puan Salmah.
Fairul terkejut melihat luka yang bergaris panjang di dahi Eyra.Darahnya masih baru.
"Kenapa tu?"
"Mak,Eyra masuk bilik dululah," kata Eyra menyampah.
Kenapa dia tanya?Semuanya sebab kaulah Fairul!
Puan Salmah melepaskan gadis itu.Pintu bilik dihempas kasar.Bergegar sebentar lantai kayu rumah itu.Lantas,dia memandang semula anaknya.
"Apa kena Rul ni?Tinggalkan perempuan macam tu?Dahlah dia tak biasa dengan kampung ni.Nak mak bagitahu Naqi ke?"
"Hal tu betul-betul penting mak.Serius penting"
"Apa yang penting sangat tu?" soal Puan Salmah lalu melibas kaki Fairul.
"Sakitlah mak.Rul ni dah besar!Nak rotan buat apa?"
"Nasib rotan bukan getah paip tau"
"Ayah mana?"
Fairul cuba menukar topik.Kakinya yang bisa digosok bagi mengurangkan sakit.
Biasanya orang nak kurangkan sakit letak ubat.Dia pula pergi menggosok.Pelik benar.
"Jangan nak ubah topik.Malam ni tidur luar.Jangan berangan nak masuk dalam.Selagi menantu mak merajuk,selagi tu Rul tidur luar.Faham tak?"
"Alah mak!Mana boleh!" bantah Fairul.
"Kau nak tidur dalam reban ayam ke dekat pangkin?" ugut Puan Salmah
"Hisy,iyalah!"
Jejaka itu merengus tetapi tetap juga menurut arahan.Puan Salmah segera mengunci pintu.
"Padan muka hang.Buat lagi menantu aku.Kalau dia buat lagi,memang kena gantung kat langit"
🐂🐂🐂🐂🐂
"MAK,bukalah pintu ni," pinta Fairul sambil mengetuk pintu tersebut.
Semalam dia menumpang tidur di rumah Zabedah.Siapa je yang bodoh pergi tidur dekat luar?
Datang sahaja dia ke sini,pintu masih ditutup.Marah betul Puan Salmah.Fairul terus-terusan mengetuk pintu dan meraung.
Tindakannya berhasil apabila pintu dibuka luas.Terpacul wajah Eyra.
"Kau bodoh eh?Pintu belakangkan buka," kata Eyra.
Setelah itu,Eyra meninggalkan Fairul terpinga-pinga.
"Eyra tunggu!" jerit Fairul.
"Kau pun tak tunggu aku semalam.Ada hati nak suruh aku tunggu kau"
Fairul mengejar Eyra sehingga ke dapur.
"Eyra,aku nak minta maaf pasal semalam," ucap Fairul.
"Alah,benda simple je tu.Kena tinggal je pun"
"Kau nganjing aku ke?"
"Taklah.Tak apalah.Lagipun kau ada hal pentingkan semalam?Lagi penting dari aku"
Sakit hatinya mendengar perbualan Fairul dan Puan Salmah semalam.
"Eyra aku terpaksalah"
"Eh,tak apa.Aku memang layak ditinggalkan"
"Sis"
Tubuh Eyra dibalikkan menghadap ke arahnya.
"Cerita dekat aku apa jadi sampai dahi kau berparut macam ni?"
"Tak ada apa.Ini aku lukis.Kau apa tahu?"
"Eyra,please!Aku cuba nak berbaik dengan kau"
"Lepaslah!Nak berbaik konon!Senang je minta maafkan?"
"Ceritalah.Kalau tak cerita,mana aku nak tahu"
"Tak nak!Berambus lu!"
Tubuh Fairul ditolak kasar.Terlepas pegangannya.Fairul masih tidak berpuas hati.Dia menarik wanita itu kuat sehingga tubuh itu berpaling belakang.
Malang bagi Eyra,dia terlanggar kaki kerusi lalu dahinya yang luka terhantuk kuat di bucu meja.
"Arghh!"
"Wei,Liyana!"
Dalam panik,Fairul tersasul memanggil nama Liyana.Mulutnya ditekup.
"Bang,apa kau buat ni?!"
Zaki yang baru pulang melempar bungkusan makanan yang dibelinya dek terkejut.Meleleh darah di wajah Eyra.
"Aku tak sengaja!"
Eyra dibantu oleh Zaki.Dahinya dipegang.Saat Fairul menyebut nama Liyana,dia sudah tahu hubungan mereka berdua.
"Eyra,kau okay tak?"
"Siapa Eyra?Aku Liyana!" kata Eyra dengan tangisan lebat.
"Kau ni memang tak guna bang!Kau dah tinggalkan akak sampai dahi dia kena toreh,hari ni kau tolak dia pula"
"Ke.. Kena toreh?"
"Iya!"
"Siapa buat!Setan betul!"
"Zabedah 2.O"
Dah masuk dua kali Zabedah 2.O cederakan Eyra.
"Asal,kau nak marah orang tak waras tu ke?Sudahlah,takde makna"
"Maafkan aku.Aku tak tahu budak tu boleh pergi jauh"
Zaki membawa Eyra jauh dari abangnya tanpa mempedulikan rayuan Fairul.Eyra pula tidak henti-henti menangis sambil membebel.
"Aku benci kau Fairul Amin!" laung Eyra.
🐂🐂🐂🐂🐂
EYRA yang baru selesai bersiar-siar sebentar di tasik itu mula tercari-cari kelibat Fairul.
"Rul!"
Sudahlah tasik itu sunyi,tiada orang.Dia pula berseorangan di situ tanpa teman.
"Ya Allah,mana dia ni?Kereta tak ada,barang memancing pun tak ada"
Dia mengambil tempat di pondok untuk menunggu.Mana tahu Fairul tertinggal barang dan akan kembali.Namun,sudah setengah jam dia berkeadaan sebegitu.
"Kepala penguin punya jantan.Kau tinggalkan aku macam pinggan dekat kedai mamak.Siap kau balik nanti.Aku lenyek kau pakai kasut bola," marah Eyra.
Mujurlah dia ingat jalan pulang ke rumah.Kalau tidak,sampai ke malamlah dia berada di situ.
"Tak guna betullah!Ajak aku memancing,aku pula kena tinggal.Dahlah tak bagitau!At least informlah!"
Dia menyepak tin kosong di tar sehingga terkena seseorang.Eyra yang tidak perasan menyepak pula ranting kayu.
"Badigol!"
Eyra terkejut mendengar jeritan itu.Matanya terbeliak memandang susuk tubuh yang sedang berlari ke arahnya.
"Hidup lagi kau rupanya!"
Maka,aksi kejar mengejar berlaku.Terpekik terlolong Eyra meminta tolong.
"Tolong!"
Zabedah 2.O yang lebih pantas segera menerkam Eyra dan duduk di atas tubuh wanita itu.Akibatnya,Eyra terjatuh dan dagunya bergesel dengan tar.
"Ampun wei,ampun!Aku tak sengaja Zabed!" rayu Eyra.
Zabedah 2.O pula tidak melayan rayuan Eyra lalu pisau lipat dikeluarkan.Dia bertindak menoreh dahi Eyra.Kenapa dia buat macam tu?Dah namanya gila.
"Sakit!Kau ni tak guna macam Fairullah!"
Nasib otaknya masih berjalan untuk melarikan diri.Eyra menggeletek Zabedah 2.O sehingga wanita itu tergelak suka.
Kemudian,Eyra dengan rasa sedih dan marah berlari cepat.Darah dibiarkan mengalir akibat ketakutan yang amat.
"Rul,aku sumpah kau jadi best friend Zabedah 2.O!"
Rakan² makcik,silalah baca story by chimchimhopie AFTER I MET YOU. Sweet sampai potong kaki nak.Siapa baca,makcik kiss satu kali extra spicy chicken.
Makcik nak tergelak tulis pasal zabedah 2.O anak² semua😪
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top