• 𝕻𝖗𝖔𝖑𝖔𝖌𝖚𝖊 •

"Tak mahu! Beta menolaknya mentah-mentah!" seorang gadis berpakaian royal bertemakan kekuningan membentak dengan dirinya membelakangi beberapa orang di suatu ruangan yang diketahui merupakan singgahsana takhta keluarga istana.

"Emma, jaga nada suara kamu." tegur gadis yang dibelakangi oleh Emma yang membentak tidak suka barusan. Dia adalah Diana Lionel, puteri sulung kerajaan Hymix dan anak ketiga daripada 4 adik beradiknya yang merupakan anak kandung dari sang Ratu.

Dia ruangan singgahsana Raja dan Ratu itu berkumpulnya semua anak-anak perempuan kandung sang Raja dan Ratu juga anak-anak gundik sang Raja. Anak-anak kandung sang Ratu terdapat 4 orang. Anak sulung lelaki adalah Michael Lionel. Anak lelaki yang kedua diberi nama Henry Lionel. Kemudian baru yang ketiga merupakan anak perempuan, Diana Lionel. Anak perempuan bongsu adalah Emma Lionel.

Sementara anak-anak daripada gundik sang Raja terdapat 7 orang. 5 antaranya adalah lelaki, 2 lagi adalah perempuan. Anak-anak gundik sang Raja yang ikut berkumpul dengan sang Ratu dan anak-anaknya hanya 2 orang perempuan itu sahaja. Luna Sierra dan Sophia Amyra. Ya, peraturan kerajaan sudah ditetapkan untuk tidak membenarkan anak-anak gundik sang Raja menerima nama keluarga sang Raja, sebaliknya nama keluarga dari ibu mereka lah yang didapatkan.

Selalunya anak gundik sang Raja yang lelaki akan diambil sebagai tentera kepada kerajaan Hymix apabila mereka sudah tumbuh dewasa. Manakala anak-anak gundik sang Raja yang perempuan hanya tunggu saja untuk jadi pengantin sesiapa sahaja. Itu sahaja yang layak bagi mereka yang bukan anak kandung sang Ratu.

"Ketepikan nada suara Beta, Beta sudah berikan jawapan yang muktamad untuk permintaan Putera bongsu kerajaan Demonic Vulp. Beta masih muda untuk mati dalam kerajaan tersebut!" Emma memusingkan badannya menghadap sang Ratu dan adik-beradiknya yang lain. Riak tidak suka tercetak jelas pada wajahnya.

"Jaga juga percakapan kamu, Emma. Demonic Vulp bukan lah neraka sehingga kamu mengatakan sesuatu yang keji seperti itu. Sudah cukup berikan sahaja jawapan penolakan, tidak perlu membentak dan berkata buruk." dengan tegas Diana berkata, menahan rasa jengkel dengan sikap tak reti bersabar si adiknya.

"Sudah anakanda ku sekalian. Bonda mahu dengarkan jawapan sahaja, bukan pertengkaran. Kalau kedua-dua anak gadis kandung bonda sudah berikan jawapan muktamad. Apa kata anak-anak gadis gundik sang Raja pula berikan jawapan." sang Ratu memandang dua orang gadis di sebelah Diana. Pakaian mereka tak semewah sang Ratu dan anak-anak kandungnya.

Tak juga lusuh seperti pengemis, hanya biasa-biasa saja pakaian mereka. Seumpaman gaun yang tiada perhiasan padanya.

"Apa kata kalian, Sophia? Luna?" dengan lembut sang Ratu bertanya kepada mereka. Luna dan Sophia berpandangan sesama sendiri. Mereka juga taknak berkahwin, tak bersiap untuk menempuhi tanggungjawab dalam pernikahan. Tapi tak manis sekiranya suatu kerajaan telah membuat permintaan, ditolak pula permintaan tersebut.

"Bonda! Tak perlu bertanyakan kepada mereka ini. Sudah kerja mereka untuk menjadi pengantin sesiapa sahaja yang ingin berkahwin dengan keturunan di Raja kerajaan Hymix." ujar Emma dengan kasar. Mukanya menunjukkan bertapa tak sukanya dia pada anak-anak gundik sang Raja.

"Emma, bonda bertanya kepada Sophia dan Luna, bukan kamu. Tutup mulut kamu." setelah ditegur begitu oleh sang Ratu, Puteri bongsu kerajaan Hymix melempar pandangannya ke samping dengan keluhan marah.

"Jadi, apakah jawapan yang Beta boleh dapat daripada kalian?"

"M-maafkan hamba.. Hamba menolaknya." dengan perlahan Sophia bersuara. Gadis itu menunduk dengan dalam saat memberi jawapan. Sedangkan Luna memandang Sophia di sebelahnya dengan riak tidak sangka.

Sophia merupakan gadis yang penurut, baik hati dan disenangi penghuni istana dan rakyat Hymix. Diana dan Sophia adalah icon gadis terbaik bagi rakyat-rakyat Hymix. Luna pula type gadis yang pemalu dan pendiam. Dia tak terlalu menyerlah seperti anak-anak kandung sang Ratu mahupun anak-anak gundik sang Raja yang lain.

Dikerana itu Luna tak percaya akan jawapan yang diberi oleh Sophia. Gadis di sebelahnya selalu setuju apa-apa sahaja permintaan yang diutarakan kepadanya. Lagi pula, semua sudah tidak setuju. Takkan lah Luna mahu mengatakan tidak setuju juga. Tak manis lah macam tu.

"Luna?"

"Hamba terpaksa setuju, bukan?" tanpa disedari Luna mengungkapkan kata hatinya yang ketakutan dan tidak senang saat ini. Dengan gayanya yang tidak memandangi sang Ratu, ia hanya memandangi Sophia dengan riak sedih. Sophia pula sedar akan pandangan itu, makin tidak mahu ia mengangkat kepalanya.

"Jangan berfikir begitu, Luna. Beta tidak pun membantah jawapan kalian, itu hak kalian. Beta akan beritahu kepada Raja dan Putera bongsu kerajaan Demonic Vulp akan pembantahan kalian. Mereka pasti akan faham." lembut sahaja Ratu berkata-kata. Oh Ratu sorang ini adalah Ratu idaman yang orang mahukan, tegas dan garang atas apa yang benar walaupun Ratu ialah seorang yang lemah lembut.

"Tuanku, tidak.. Hamba setuju. Kan tidak manis menolak permintaan mereka." ujar Luna, tersenyum kecil.

Ratu kerajaan Hymix terlalu baik, sedangkan anak-anak gundik sang Raja yang perempuan dilarang membantah dalam urusan perkahwinan untuk mereka.

"Luna, jangan paksakan hal ini pada diri kamu."

"Tidak, Tuanku. Tentang perkahwinan adalah tanggungjawab kami sebagai anak gundik sang Raja. Kami sepatutnya tidak layak untuk menolak, Tuanku." Luna mengangkat kepalanya untuk memandang sang Ratu yang sedang mengemam bibirnya bersama wajah sedih.

Seketika itu sang Ratu memeluk badan halus Luna. Diana ikut mendekatinya.

"Terima kasih, Luna. Baiklah anak-anak, bersurai." sang Ratu melepaskan pelukannya tadi dan menggosok kepalanya. Diana pula memegang tangannya dan berulang kali mengucapkan kata terima kasih.

Emma dengan selamba ia beredar dari singgsahsana Raja dan Ratu. Sophia pula setelah meminta izin Ratu untuk pergi, ia pun berjalan pergi tanpa menengok ke arah Luna.

Yeah, takdir kehidupannya sudah bermula di saat ia mengujarkan kata-kata setuju.

.
.
.
.
.
.

Hye, macam mana prologue? Panjang en, BAHAHA. Uwu my first novel evah. See ya in the first chapter.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top