Love High School Part 11
Sehun dan Leo menapak keluar dari makmal komputer menuju bangunan kelas. Sewaktu mereka berjalan melewati pavilion, Tiffany memanggilnya.
"Ada apa?"Sehun merenung gadis yang nampak serabut saja.
"Saya buntulah, tak tahu nak buat apa lagi."Tiffany meluah rasa. Gusar.
Sehun memasukkkan kedua-dua tangannya ke dalam poket seluar track berwarna hitam gelap. Dia mengagak apa yang menjadi serabut dalam fikiran gadis itu.
"Apa masalah awak sekarang?" Sehun menyoal dengan suara tenang. Leo di sebelahnya tidak bersuara. Diam saja menjadi pemerhati.
"Song Jihyo... "Tiffany menyebut nama pelajar yang semakin menambah masalah dalam kepala.
Sehun menghela nafas pendek. Sudah dia agak, sudah tentu ia berkaitan dengan pelajar gred 4 itu, Jihyo.
"Dia...dia masih tak nak bertugas walaupun kita dah rombak jawatan. Dia sikit pun tak ambil tahu hal disiplin sekolah. Apabila diajak berbincang, saya yang dimarahinya. Bergaduh sudahnya. "Tiffany bercerita pula.
"Sya bukan nak membela dia, tapi awak tak sepatutnya lantik dia sebagai AJKT bahagian disiplin asrama. Awak tahu dia tak duduk di asrama tapi awak senaja menyusahkan dia. Kenapa?"Sehun menyuarakan pandangannya. Mengungkit sesuatu yang sudah lama terpendam di hatinya.
"Saya bukan nak menyusahkan dia. Dia dah biasa dengan bahagian disiplin waktu di sekolah lama, apa salahnya dia berada di bahagian yang sama di sekolah ni? Dia berkaliber dan tahu kendalikan tugas-tugas disiplin."Tiffany merenung namja idaman di hadapannya.
Sehun tidak terus membalas bicara gadis itu.
"Sekarang tugas dah diubah. Dia bukan lagi bertugas di bahagian disiplin asrama tapi disiplin sekolah. Itu pun masih nak berpeluk tubuh lagi. Seragam MPS pun tak dipakainya. Saja nak tunjuk keras kepala dengan saya. "
"Sampai bila awak dengan Jihyo nak bertegang urat ni? Masa terus berjalan. Kes disiplin masih dalam proses nak pulih. Yang saya tak habis fikir, kenapa awak terlalu tumpukan fikiran pasal Jihyo? Kan ada ramai lagi AJKT lain boleh buat kerja. Kalau Jihyo tak nak jawatan ni, lepaskan sajalah dia."Sehun memberi cadangan.
Tiffany terdiam. Tidak mungkin dia semudah itu melepaskan pelajar baharu yang nampak sombong itu. Dia ingin tahu sejauh mana kehebatan Song Jihyo.
"Saya jumpa awak ni nak minta bantuan,bukan nak dengar awak membebel. Sepatutnya awak bela saya, bukan budak berlagak tu."
"Siapa yang kau katakan berlagak tadi? Jihyo?"Leo mencelah, merenung naib pengerusi pelajar yang lancang berkata-kata.
"Yalah, siapa lagi! "
"Kau tak kenal dia, jangan cepat nak buat kesimpulan. Jihyo tu tinggal satu taman dengan aku. Aku tahulah sikap dia."
"Way! Nampaknya Jihyo dah ada peminat misteri!"sindir Tiffany dengan senyuman sinis.
"Cakap tu berlapik sikit, Tiffany. Apa cacat cela dia yang jadi dengki dalam hati kau sebenarnya? Kau gugurkan saja nama dia daripada unit disiplin, tak boleh? "Leo menapak setapak ke hadapan, bersungguh benar membicarakan masalah itu.
Sehun terdiam, tidak menyangka teman yang pada mulanya hanya sebagai peneman kita bersuara tinggi, mempersolakan isu tersebut dengan riak serious.
"Kau jangan masuk campur. Ini urusan pelajar yeoja."Tiffany memberi amaran.
"Habis tu kau mengada-ada sangat mengadu pada Sehun ni, apa halnya?tempelak Leo pantas.
"Itu aku punya hal. Kau sibuk kenapa? "Tiffany membalas dengan iringan sebuah jelingan.
"Memeang betul la sikap orang perempuan, suka sangat membesar-besarkan cerita. Benda remeh pun nak jadikan isu besar."Leo tidak mahu kalah. Meluat benar melihat sikap manja gadis itu.
"Sudahlah tu, Leo. "Sehun mencelah sebelum pertelingkahan menjadi lebih parah.
Leo menjeling geram. Meluat dia melihat muka sombong naib pengerusi pelajar itu. Dia terus saja meninggalkan teman tapi mesra itu. Namun kemudian, Sehun sudah berada di sisinya tidak lama selepas itu.
"Wah, marah nampak? Berani kau marah yeochin aku."Sehun menoleh teman yang hanya membisu, menyusuri kaki lima kelas. Kelihatan pelajar2 masih konsentrasi mengulang kaji pelajaran di dalam kelas.
"Aku bengkak betul bila dia buruk-burukkan Jihyo.Tengok-tengoklah juga kalau nak mengutuk orang tu. "Leo membalas bicara teman tanpa memandangnya.
"Menarik bunyinya. Ada apa2 special kut pasal Jihyo ni? "duga Sehun sambil tersengih.
"Kau jangan merepek pula. Jihyo tu bukan sebarang budak. Dia tu budak baik."memang lah dulu dia lain sekarang dia dah berubah. "Leo mencerita.
Sehun mengangkat kening, benar-benar tertarik dengan apa yang sedang didengarinya itu.
"Kau tak pernah cerita pun selama ni dia tu yechin kau."dan apa maksud kau dia dah berubah?
"Tak ada apala. And one more thing dia bukan yeochin aku. Aku sekeh juga kau ni kang. "Leo mengerut kening memandang teman yang sudah tersengih-sengih.
"Habis tu? "
"Dia tu tinggal satu taman dengan aku. Budak baik. Aku tak suka dengar orang buruk-burukan dia. "
"Ooo, dia tinggal satu taman dengan kau.. Sehun hanya mengangguk-angguk.
..
Sehun terdiam. Banyak soalan yang inginn dilontarkan tetapi bimbang Leo salah anggap padanya. Lebih baik dia diam saja. Lambat laun dia akan tahu juga sama ada kata-kata chingu itu benar atau sebaliknya. Biar masa yang menentukan.
Thanks for read..Saranghae^
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top