PENGUMUMAN PEMENANG II [ERC]

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu lagi kita untuk sambungan penyampaian Anugerah Khas dan Penghargaan Istimewa untuk para peserta yang sangat layak dan bertuah.

Bagi Anugerah Khas ini, terdapat tiga peserta yang terpilih. Walaupun dia tidak berpeluang merangkul tempat untuk johan, naib johan dan ketiga. Hal ini demikian kerana pihak kami ingin memberikan peluang yang luas bagi setiap peserta untuk mendapat anugerah di dalam Evitras Rose Contest ini.

Sebelum kami mengumumkan nama para pemenang, kami ingin mengingatkan bahawa keputusan ini telah dibuat oleh juri rasmi kami dengan adil dan berpengetahuan dalam bidang grafik dan kesenian. Tugasan yang dihantar pada setiap bahagian telah dinilai dengan sangat teliti dan sama rata.

Kami berharap keputusan akhir yang akan diumumkan sebentar lagi, tidak dapat menimbulkan perasaan tidak berpuas hati oleh para peserta. Yang baik datang daripada Allah dan yang buruk datangnya dari kesilapan kami sendiri.

_____________***_____________

Kini tibalah masanya yang dinanti-nantikan. Kami akan mengumumkan para pemenang utama untuk setiap bahagian yang telah dipertandingkan.

Setiap peserta yang mendapat tempat akan menerima hadiah berbentuk sijil dan sticker khas dari pihak kami. Terimalah hadiah yang tidak seberapa daripada pihak kami ini. Terima kasih

__________***__________

ANUGERAH KHAS EVITRAS ROSE CONTEST

1. Chef d'oeuvre Awards
[Pemenang Keseluruhan]

-SHADHIA-

Kami memilih Shadhia sebagai pemenang keseluruhan berdasarkan penelitian semua hasil kerja yang telah dihasilkan di dalam setiap tugasan adalah sangat kemas dan menepati kreatiria yang ditetapkan oleh semua juri.

Tambahan pula apabila ShaDhia telah berjaya merangkul dua tempat sebagai Johan di dalam bidang yang disertainya membuktikan ShaDhia mempunyai bakat di dalam bidang seni editing ini. Bukan bermakna peserta lain tidak setaraf dengannya. Terdapat ramai lagi yang akan menerima anugerah Istimewa selain Anugerah Chef d'oeuvre Awards ini. Namun kami telah sebulat suara memilih ShaDhia sebagai penerima anugerah ini. Tahniah lagi sekali diucapkan kepada ShaDhia.

__________***__________

2. PenArt's Master
[Hasil Kerja Paling Kreatif]

- IRA_ASTER -

Kami memilih Ira_Aster sebagai penerima Anugerah PenArt's Master ini kerana sebuah cover dan banner yang telah menarik perhatian para juri. Karya yang dihasilkan oleh Ira_Aster merupakan sebuah hasil yang unik dan kreatif.

Walaupun kami tidak terpilih sebagai tiga pemenang utama. Ini merupakan sebuah penghargaan yang layak diterima oleh peserta Ira_Aster. Jadi Tahniah diucapkan kepada Ira_Aster di atas keberanian kamu untuk menghasilkan sebuah karya yang unik dan kreatif.

Hasil kerja dari Ira_Aster yang telah menarik perhatian para juri.

#JURI 1

Firstly, saya memang terpukau dengan cover ni. Watak perempuan dan lelaki tu mmg 100% tepat mengikut kriteria. If awak buat theme dark maybe akan buat saya lgi terpukau. Tahniah sebab awak berjaya curi hati saya untuk design cover ni🤭...Apa-apa pun congrats!

#JURI 2

Pemilihan gambar yang menarik dan cantik 👍. Cover Light theme macam ni memang saya suka, lepastu ngam pulak dengan gold font tu. Cantik sangat! macam poster drama dah. Apa-apa pun tahniah ye ❤️

#JURI 3

Apa yang saya tertarik dengan cover ni ialah susun atur gambar tu. Tambahan pulak design yamg awak buat ni sangat minimalist dan sedap mata memandang. Seriously banner awak tu cantik sangatlah😍. Saya sangat berpuas hati dengan cover awak ni. Tahniah yer!🥳

__________***__________

3. Consistent Contributor
[Peserta Paling Komitet]

-HANNAZ2HYA-

Seperti yang telah diingatkan sebelum ini. Pihak kami sangat mementingkan komitet dan kualiti kerja daripada semua peserta. Akhirnya hannaz2hya
telah berjaya menunjukkan minat dan memberi komitmen yang sangat tinggi sepanjang Evitras Rose Contest ini berlangsung sehingga ke tugasan terakhir. Jadi tahniah diucapkan untuk usaha yang awak tonjolkan sepanjang pertandingan ini.

Tidak bermakna peserta lain tidak memberi komitmen yang tinggi juga di dalam pertandingan ini, mungkin ada beberapa peserta yang tidak mempunyai kekangan masa sepanjang pertandingan ini berlangsung. Kami faham...
Jadi diharapkan semua peserta tidak berasa iri hati tentang kepurusan yang telah dibuat oleh pihak kami. Terima kasih...

__________***__________

Pengumuman Anugerah Khas telah dibuat. Kini tibalah Anugerah Istimewa yang akan diberikan kepada 6 orang peserta yang berjaya menarik perhatian juri secara personal. Bukan bias yer y'all.

Apa yang istimewa sangat tu?
.
.
.
.
.
Enam peserta bertuah ini merupakan peserta yang terdiri daripada peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan membuat Cover Style Novel dan peserta Cover & Banner.

Disebabkan terdapat beberapa hasil kerja yang sangat menarik dan membuatkan pihak juri jatuh cinta dengan karya anda secara personal. Dengan ini, kami bersepakat untuk menggunakan cover atau banner pada buku sebenar kami.

Harapnya peserta yang bertuah ini sudi memberi keizinan untuk kami menggunakan cover atau banner anda pada buku kami selepas ini.

Tanpa membuang masa, kami akan mempersembahkan hasil kerja dari para peserta yang bertuah tersebut:

__________***__________

Cover & Banner:

1) deanyaz
[Takdir Menanti Bahagia]

JURI & AUTHOR

First, saya sendiri terpukau dgn cover ni...Yes, kriteria yang ada pada cover ni memang 100% tepat dengan cover impian saya. Untuk watak prempuan dan lelaki tu pun memang tepat. Yang buat saya terpukau adalah design cover ni. Wktu terima cover ni memang reaksi saya "wow!"🥺 sebab jarang jumpa orang yang buat cover for my story lawa mcm ni. So, saya mintak izin untuk gunakan cover ni. Thanks🥺❤️. Btw congrats sebab berjaya curi hati saya dengan design ni!
.
.
.

2) KnisaRose
[Suami Kiriman Tuhan]

JURI & AUTHOR

Secara rasional, jujur dan senang hati saya suka cover awak ni tapi gambar Syafiq Kyle yang awak guna tu buat saya gerun kejap... errrr takut la garang sangat 😿

Tapiiii

saya suka awak pilih gambar Wanna Ali yang tu... memang kena dengan kriteria saya.

Ha cakap pula pasal font, sumpah lawa. Feeling feeling novel betul dah. Sebenarnya kan masa tengok cover ni rasa macam tengok poster filem tak pun drama tv. Awak ni pandai eh ikut citarasa saya🥵❤️
.
.
.

3) MixxRose
[Suami Kiriman Tuhan]

JURI & AUTHOR

Masa mula-mula nampak cover ni terus rasa "wow" sebab cara awak susun gambar memang creative sebab awak pandai guna gambar yang cantik dan senang nak edit. Susunan perkataan dan penggunaan font pun cantik. kemas teratur😍😍. Serius saya suka sebenarnya cover awak sebab tu awak dapat anugerah khas.

sekali lagi saya ucapkan setinggi tinggi ucapan penghargaan sebab masuk contest dan jadi juara di hati saya 😻👏🏻😼💪

_________***_________

Cover Style Novel

1) Dreamy_Sakura
[Main-main Cinta]

JURI & AUTHOR

Okay sebab utama saya memilih karya awak ni adalah keunikan design cover book ni. Walaupun ianya tidak mengikut kehendak utama saya dalam pengusunan gambar, tapi saya rasa awak dah hasilkan hasil kerja yang sangat memukau.🤩

Sekali pandamg dah nampak "WOW!" faktor pada cover ni.✨ Yang paling saya suka adalah pemilihan watak dan cara susunan gambar yang menarik. Cover ni betul-betul macam cover buku untuk novel yang dijual di pasaran!🥳

Dengan background dia lagi, memang buat semuanya nampak sangat sempurna.😍 Tapi buku ni masih dalam draft saya, jadi saya akan guna cover awak ni lambat sikit. Sorry yer...

Nanti bila dah published kalau sudi awak bacalah yer. Trailer untuk buku ni pun dah siap. Tapi saya kena habiskan buku-buku saya sebelumni.🤧

Okaylah banyak dah saya berceloteh ni. Btw, thank you so much for the prettiest cover book for me. Tahniahh jugak sebab berjaya menarik perhatian dan menjuarai hati saya ni!!!🙊🥰

.
.
.

2) hannaz2hya
[Mr. Hacker Miss Mafia]

Sebenarnya saya tak reti nak comment panjang-panjang ni. Tapi bagi saya, saya pilih cover awak ni sebab penggunaan background yang menarik. Susunan gambar dia tu pulak memang tepat dan kena dengan cita rasa saya. Tambahan pula dengan font yang warna gold tu memang highlights tajuk dia dan buat saya terpukau.

Kesimpulannya awak berjaya penuhi keinginan saya dan meraih attention saya untuk memilih buku awak. Congratulations!🥳
Sekian
.
.
.

3) hannaz2hya
[Kasyaf]

JURI & AUTHOR

Okey first sekali, saya pilih cover awak ni sebab ianya kena dengan tema yang saya nak dalam design ni iaitu dark theme. Lepastu pemilihan imej awak juga telah menunjukkan sisi misteri yang saya nak dalam buku saya ni. Gabungan warna merah dan hitam memang sangat kena bagi saya. Font yang awak guna pun cantik. Jadi itulah sebabnya cover awak mampu menarik perhatian saya. Btw, thanks sebb buat cover yang cntik ni and tahniah.✌️

.
.
.

Semua juri yang telah memilih cover buku itu akan menggunakan cover anda sekurang-kurangnya selama satu minggu.

Jadi sampai sini sahajalah pengumuman untuk Anugerah Kjas dan Anugerah Istimewa bagi peserta Evitras Rose Contest ini.
.

.
.

Pihak kami turut memberikan sijil penghargaan kepada semua peserta yang berjaya terlibat sehingga ke akhir tugasan di dalam Evitras Rose Contest ini. Jadi yang menang ataupun tak, akan menerima sijil penghargaan kami yang tak seberapa ni:

__________***__________

CARA TUNTUTAN HADIAH

Telegram: @amzffwa
Email: (sila pm nraina_am untuk maklumat lanjut)

_________***_________

Sebelum tu, saya nak buat pengumuman penting khas kepada semua peserta yang telah mengambil bahagian di dalam Cover & Banner.
Semua peserta tu termasuk dengan peserta yang dah tersingkir sebelumni.

Kepada semua peserta Cover & Novel, sila pm miss_izz kerana ada perkara penting yang nak disampaikan khas untuk korang. Wajib pm tau, kalau tak rugi!

__________***__________

Untuk peserta yang menerima semua anugerah utama dan anugerah khas akan diberikan hadiah tambahan iaitu anda akan menerima 15 vote melalui dua buah account pada mana-mana buku milik anda.

Nanti isi borang pada halaman seterusnya yer...

Sampai di sini sahaja untuk kali ini...
Tahniah dan terima kasih sekali lagi.

SEKIAN DARIPADA KAMI
TERIMA KASIH

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top