ERT TUGASAN 1

Assalamualaikum semua, terima kasih kerana telah memberi kerjasama dan mengambil bahagian di dalam Evitras Rose Contest ini. Jadi dengan ini, bermulalah hari yang ditunggu-tunggu. Kami akan mengemukakan tugasan pertama yang harus anda semua siapkan sehingga durasi yang telah ditetapkan iaitu:

[22 Mac - 25 Mac]

Kami berharap anda dapat melakukan yang terbaik dan selamat
maju jaya kami ucapkan.

_____________***_____________

TUGASAN 1

1) LOGO'S CREATION

Anda dikehendaki menghasilkan sebuah logo berdasarkan maklumat yang telah ditetapkan:

Tittle: Evitras Rose Contest
Theme: black and gold
Quotes: This is the place to show your talents

Anda boleh menghasilkan maksimum: 3 karya sahaja

***

2) COVER & BANNER

Anda diminta untuk menghasilkan sebuah Cover berserta Banner bagi tajuk dan tema yang telah ditetapkan:

Tittle: Suami Kiriman Tuhan
Theme: light, islamic
Genre: Romance-islamic

Quotes: Sampaikan salam terakhir aku buat dirinya.

Author: @erynasabella

Detail: Letak Syafiq Kyle & Wanna Ali dan seorang perempuan berpurdah (sesiapapun tak apa)

Add on: - Diminta Syafiq Kyle berbaju melayu / songkok yer 😄

- boleh tengok contoh cover di Wattpad Eryna. Ada gambar masjid pun cantik dah. MasyaAllah 😍

- kalau boleh macam poster movie indo macam Ayat Ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih, Syurga
Yang Dirindukan

(boleh rujuk dekat google atau pinterest untuk poster ala ala movie)

Kami juga turut menyediakan blurb sebagai bahan untuk membantu anda di dalam menghasilkan Cover dan Banner yang terbaik.

Blurb:

Farhatul Nuraysa atau lebih dikenali dengan nama bandar nya iaitu Lisa, gadis kampung yang membesar menjadi anak angkat keluarga kaya setelah ayah nya membuat perjanjian dengan keluarga itu. Dibutakan dengan wang ringgit telah membuatkan nuraysa alpa dengan dunia.

"Yes, aku atheis," ujar Lisa. Kenyataan yang dilemparkan Lisa membuatkan Amir terpana.

Agama? Entah. Dia sudah lupakan agama sejak 2 tahun lalu. Kejadian malang yang membawa ke penghijrahan seorang pendosa lalu dikaitkan dengan kisah cinta sedih yang terikat antara Ustaz Amir dan Lisa.

Pertemuan yang tak disengajakan dengan Ustaz Amir telah mengubah hidupnya.

Hendak tak hendak dia kena kahwin dengan lelaki itu. Lebih baik kahwin untuk halalkan dari berkepit berdua. Tapi itu bukan lah tujuan utama Amir berkahwin dengan Lisa.

Tapi lelaki itu duda. Duda yang kematian isteri 3 tahun lalu.

"Kenapa tinggalkan abang, sayang?" sayu suara Amir tatkala teringat Yusyanina.

"Dalam ramai ramai perempuan yang nak dekat ustaz tu tapi kenapa dia pilih aku?" Lisa berbisik sendirian.

"Kahwin? Semudah itu?" Lisa masih tak mempercayai yang dia akan menerima lamaran ustaz itu. Gadis sejahil dia bersama dengan lelaki semulia itu? Sungguh mustahil!

Apa yang mustahil kalau dah tertulis nama kami di Syurga nanti. Ya, Lisa memang pegang kata-kata kalau dah jodoh tak kemana tapi dia memang tidak sepadan dengan ustaz itu!

"Jadikan aku yang terakhir" - Amir

"Kalau aku tak nak maksudnya aku tak nak. Aku bukan macam perempuan lain!" Lisa menghempas pintu. Betul betul di hadapan Amir yang masih sakit.

Amir tidak tahu apa lagi yang harus dia curahkan pada isterinya itu. Kasih sayang dan harta benda segalanya sudah tapi entah dia juga tidak tahu.

"Abang..."

"Apa abang abang? Aku geli tahu tak!" bentak Lisa.

Amir tidak tahu yang keputusannya untuk menikahi Lisa adalah bala paling terburuk yang harus dihadapinya selain dari ujian yang melanda sekarang.

Anda boleh menghasilkan maksimum: 3 karya sahaja

Selamat berjaya 🌤️

***

3) Cover Style Novel

Anda dikehendaki menghasilkan sebuah cover buku seperti novel yang mempunyai Cover dan sinopsis seperti maklumat yang telah diberikan :

Tittle: Mr. Hacker Miss Mafia
Genre: Action-romance
Quotes: Dia bagai malaikat maut yang kejam. Tetapi dia juga bagai bidadari Syurga
Author: @QuenDarkness
Theme: Dark
Detail: Seorang perempuan berhijab dengan seorang lelaki (saling membelakangi)

Blurb/Sinopsis

Dia bagai malaikat maut yang kejam. Tetapi dia juga bagai bidadari syurga.

Hacker dan Mafia, dua insan yang kejam.

Hacker yang mahir dan bijak dalam setiap teknologi. Kasar dan kejam. Hacker tak hacker, membunuh adalah salah satu hobinya.

Bagaimana pula heroin?

Heroin kalini bukan lah seperti biasa yang kita lihat. Lembut, polos, dan baik. Tidak.

Heroin seorang Mafia. Kejam, kasar dan dingin. Lebih gemar menyeksa mangsa sebelum dihantar ke neraka.

Cinta? Tak ada langsung perasaan cinta di hati masing-masing

Ketika menjalankan misi, mereka bertemu.

"Serius lah kau ni mafia? Ada ke mafia pendek macam kau?" -Mr.Hacker

"At least aku tak bongok macam kau" -Miss Mafia

Kerana dipaksa berkahwin dengan orang yang tidak dikenali, mereka berkahwin tanpa kerelaan.

"Siapa ni Kak Ngah?"

"Boyfriend Angah" -Miss Mafia

Apakah kisah sebenar di sebalik kisah ini? Semuanya akan terungkap di dalam Mr. Hacker Miss Mafia

Anda boleh menghasilkan maksimum: 3 karya sahaja

***

4) Invitation Card Design

Para peserta dikehendaki menghasilkan satu Anniversary Invitation Card ataupun Kad Jemputan Ulang Tahun berdasarkan maklumat di bawah :

Invitation Name: Evitras Rose Anniversary's
Date: 9 September 2021
Theme: Black & Gold
Size: [landscape] 3464(width)×2309(height)

Anda boleh menghasilkan maksimum: 3 karya sahaja

___________* * * ___________

PERINGATAN

- Setiap hasil kerja anda mestilah asli menggunakan idea dan kreativiti anda sendiri. Sekiranya anda didapati menciplak hasil kerja orang lain atau meniru mana-mana grafik yang dihasilkan oleh peserta lain, tindakan tegas akan diambil.

- Setiap hasil kerja anda boleh dihantar melalui 3 cara:

1. Buku khas [tags:ainthebest]
2. Whatsapp [pm kami untuk dapatkan number yang anda perlu hubungi]
3. Telegram [username: NrAinaa]

Jadi, sampai di sini sahaja makluman kami pada hari ini. Semoga anda dapat menghasilkan hasil kerja yang menarik dan kreatif. Selamat maju jaya kami ucapkan kepada semua peserta.

SEKIAN DARIPADA KAMI
TERIMA KASIH

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top