Cinta hati ratu phoenix


"Maafkan patik tuanku. Patik gagal dalam tugas patik. Tuan Puteri..." Panglima Tekai tunduk hormat. Selepas tujuh hari perang tamat barulah dia sampai ke istana. Banyak terjadi kerosakan dan kemusnahan akibat perang.

Raja Qusay telah mati akibat api ignis Ratu Phoenix. Tentera kerajaan Qusay berundur selepas kematian ketua mereka. Kota Hagan dan Kota Pedalaman rosak teruk. Selesai tugasnya Ratu Phoneix terbakar lalu menjadi abu. Tiada siapa yang tahu asal kemunculan Ratu Phoenix.

"Tidak mengapa panglima... puteri beta berjiwa halus. Puteri Adelita sayangkan rakyatnya. Sudah takdirnya begitu." Raja Maksim sudah maklum akan kemunculan Ratu Phoenix yang membantu tentera kerajaan Hagan. Dan sekarang puterinya telah tiada lagi.

Tidak perlu Panglima Taekai ceritakan secara terperinci apa yang berlaku, baginda sudah tahu. Puteru Adelita tidak akan tinggal diam jika rakyat menderita. Saat sekarang baginda sedih namun sebagai ketua kerajaan baginda punya tugas untuk membagunkan kembali Kota Hagan.

"Panglima boleh pulang ke teratak panglima dan berehat." Mata Raja Maksim tertancap ke arah dua kanak-kanak yang berada di sisi Panglima Taekai. Kanak-kanak itu berdarah raja. Baginda dapat mengesan darah diraja pada tubuh kanak-kanak itu. 

"Anak siapa ini Panglima Taekai?" Baginda tidak dapat sembunyikan rasa ingin tahu. Derianya mengesan kanak-kanak itu bukan seperti kanak-kanak lain. Berdarah raja dan punya kuasa luar biasa.

"Ampun tuanku, ampunkan patik tuanku. Kanak-kanak ini lahir dari darah patik dan darah Puteri Adelita tuanku. Ampunkan patik dan hukumlah patik." Panglima Taekai bersujud di hadapan Raja Maksim. Adalah menjadi kesalahan bagi kerabat di raja berhubungan dengan orang biasa. Boleh dikenakan hukuman bunuh.

Baginda dan seisi istana terkejut dengan kenyataan Panglima Taekai. Tidak di nafikan kanak-kanak itu mirip dengan Puteri Adelita. Tapi bagaimana ini semua terjadi. Ritual itu tidak akan menjadi jika tidak memiliki darah sama.

"Tangkap Panglima Taekai. Dia telah mencemarkan nama kerajaan kita." Perdana Menteri Nealon memberi arahan.

Para pengawal mengacukan tombak dan senapang ke arah Panglima Taekai yang sedang sujud. Namun Putera Edric dan Puteri Edlyn pantas melindungi ayah mereka. Putera Edric mengayunkan tangannya menyebabkan semua senjata terbang ke udara. Puteri Edlyn menukarkan semua senjata itu menjadi kelopak bunga sakura.

Para pengawal berundur ke belakang. Kanak-kanak itu lahir dari kuasa sakti. Dan sememangnya terlalu kuat untuk mereka. 

Raja Maksim memberi isyarat agar semua pengawal berundur. Baginda turun dari singgahsana lantas mendapatkan cucu-cucunya. Sejak awal lagi baginda merasakan Panglima Taekai bukan orang sebarangan. Ritual perkahwinan tidak akan menjadi kalau pengantin tidak berdarah sama. Pasti ada mengalir darah keturunan di raja pada tubuh panglima itu. 

"Puteri Adelita sudah memilih jodohnya sendiri. Jodoh mereka direstui oleh langit. Kalian semua pasti tahu ritual itu tidak akan menjadi jika tiada restu. Panglima Taekai akan dianugerahkan gelar Putera Taekai. Dia adalah bapa kepada cucu-cucu beta." Raja Maksim mengarahkan Putera Taekai untuk bangun.

"Puteri Adelita sanggup mengorbankan dirinya sendiri untuk kerajaan Hagan. Panglima telah menjaganya dengan baik. Siapa nama cucu-cucu beta." Raja Maksim sedar baginda tidak boleh menghukum Putera Taekai. Lelaki itu pilihan anaknya dan cucu-cucnya pasti tidak akan berdiam jika bapa mereka di apa-apakan.

"Puteri Adelita menamakan mereka Putera Edric dan Puteri Edlyn."

"Beta mengisytiharkan Putera Edric sebagai Putera Mahkota Kerajaan Hagan."

****

Sementara itu di hujung sempadan kerajaan Hagan dan Jednorog. Tubuh seorang wanita bersalut abu terbaring betul-betul di garis sempadan. Seekor kuda unicorn muncul. Hidung kuda itu menolak tubuh wanita yang terbaring tadi. Berkali-kali namun tiada gerak balas. Pantas tubuh itu di apungkan ke udara menggunakan kuasa melalui tanduknya. Wanita itu di baringkan di belakangnya. Setelah memastikan semuanya selamat unicorn itu mengepakkan sayapnya lalu terbang ke udara.

Unicorn itu terbang masuk ke tingkap sebuah istana. Bunyi tempikan unicorn itu mengejutkan para pengawal dan dayang istana. Serta-merta pintu bilik terbuka. Dayang dang pengawal menerpa masuk.

"Ampukan kamu Putera. Kami..."

"Bantu gadis ini." Unicorn itu bersuara.

Para dayang tunduk hormat. Seterusnya mereka menurunkan gadis yang tidak sedarkan diri dari belakang unicorn. Gadis itu dibaringkan ke peraduan. Unicorn tadi merubah dirinya menjadi seorang putera kacak.

"Bersihkan dia dan tukar pakaiannya." Putera Ardus memberi arahan dan seterusnya keluar dari kamar peraduan. Hatinya tertanya-tanya bagaimana gadis itu bisa menembusi perisai sempadan. Setahunya tiada mana-mana rakyat Hagan pernah menembusi perisai itu. 

"Tuan Putera. Kami sudah selesai menukar pakaian gadis itu." seorang dayang datang memberi khabar.

Putera Ardus segera kembali ke kamar peraduannya. Hatinya meronta-ronta mahu melihat bagaimana rupa gadis itu. Adakah cantik seperti yang dia bayangkan. 

"Indah wajah mu gadis. Siapa namamu dan dari mana asalmu?" Putera Ardus terpaku dengan kecantikan milik gadis itu. Sangat jelita walupun sedang tidur. Lebih jelita dari puteri beradu yang disebut dalam legenda.

Putera Ardus tidak dapat menahan dirinya dari menyentuh pipi gadis itu. Putih licin bagai salji. bibir merah bak delima. Untuk pertama kali hati lelakinya bergetar. Putera Ardus meyelak rambut panjang gadis itu. Wajah itu sungguh menawan dan ayu.

"Putera Ardus. Siapa gerangan gadis ini." Permaisuri Inrigo tiba-tiba menerpa masuk. Baginda mengesan bau makhluk yang bukan dari kerajaan mereka.

"Dia terbaring di tengan garis sempadan Hagan dan Jednerog."Putera Ardus segera mendapatkan bondanya dan tunduk hormat.

"Gadis itu berdarah Phoenix." Permaisuri Inrigo mencium bau darah burung api dari gadis itu. Burung lagenda yang biasanya membawa kemusnahan.

"Dia tidak seharusnya berada di sini. Pulangkan dia ke kerajaan Hagan. Kita tidak tahu siapa gadis ini." Permaisuri Inrigo memberikan arahan. Kerajaan Jednerog adalah sebuah kerajaan yang mengamalkan dasar tertutup. Tidak pernah menjalinkan sebarang hubungan dengan kerajaan lain. Lebih-lebih lagi negara bangsa manusia.

"Bonda... gadis ini cedera parah. Kita rawat dia dahulu. Selepas gadis ini sembuh kita hantar dia pulang." Putera Ardus memujuk bondanya. Dari pengamatannya gadis itu luka parah. Perlukan masa untuk sembuh. Lagi pula dia tidak mahu melepaskan gadis itu pergi.

Permaisuri Inrigo berfikir sebentar. Gadis itu memang kelihatan lemah sekali. Denyut nadi gadis itu juga sangat halus. Kalau tidak di rawat pasti akan mati. Jika gadis itu mati di dalam Istana Kayangan pasti bencana lebih besar akan terjadi.

"Baiklah. Tapi anakanda harus berjanji akan menghantar gadis ini pulang selepas sembuh nanti." Permasuri Inrigo berbelas hati.

"Terima kasih bonda."

"Namun anakanda harus ingat... jangan pernah jatuh cinta kepada gadis ini. Phoenix dan Unicorn tidak boleh bersatu. Bencana akan menimpa kerajaan kita jika anakanda ingkar."

***

Sudah tiga purnama berlalu. Seluruh tentera dikerah untuk mencari mayat Puteri Adelita di segenap pelosok negara. Namun khabar sia-sia. Tiada sebarang tanda di mana mayat Puteri itu. Putera Taekai berdiri di tingkap sambil memerhatikan keindahan bulan purnama. Statusnya sebagai putera tidak membuatkan dia gembira.

Yakin dengan gerak hatinya, Puteri Adelita masih hidup. Phoenix akan mati tetapi juga akan bangkit kembali. Puteri Adelita ada di suatu tempat yang mereka semua tidak tahu.

"Puteri Adelita. Di maka tuan puteri sekarang. Putera Edric dan Putera Edlyn membesar terlalu cepat. Dalam masa tiga purnama mereka sudah tumbuh remaja. Anak-anak kita perlukan kau puteri ku."

***

"Tuan Putera, gadis itu memberikan tindak balas." Seorang dayang perasan kelopak mata Gigi bergerak-gerak. Gigi adalah panggilan terhadap gadis yang putera mereka temui tiga purnama dahulu.

Putera Ardus yang sedang duduk berehat lantas mendekati peraduan. Tapak tangan di halakan ke arah Gigi. Cahaya putih perak terpancar dari tapak tangan putera itu. Mereka semua ada kuasa penyembuh tetapi kuasa Putera Ardus paling kuat.

"Panglima Taekai." Terluncur perkataan dari bibir Gigi. 

Putera Ardus tersentak. Gadis itu milik orang rupanya. Dia tidak akan biarkan gadis itu kembali mengingati lelaki yang di sebut tadi. Putera Ardus halakan tapak tangannya ke dahi gadis itu. Dia harus padamkan ingatan lelaki itu dan berikan ingatan baru. Gadis itu miliknya.

"Tuan Putera kenapa kita harus padamkan ingatan gadis ini."

"Dia milik beta." Putera Ardus terus berusaha memadamkan ingatan gadis itu. Dayang-dayang berusaha untuk menegah namun dia tidak hiraukan.

Cahaya merah muncul dari rantai yang dipakai oleh Gigi menyebabkan putera itu serta dayang-dayang terpelanting ke belakang. Ada di antara dayang yang batuk berdarah.

"Tuan Putera telah melanggar hukum. Kita akan ditimpa bencana." Ujar seorang dayang sambil memuntahkan darah. Kuasa gadis itu terlalu kuat untuk mereka.

"Dia milik beta. Dan selamanya akan jadi milik beta." Putera Ardus mengibarkan kepaknya tanpa bertukar kepada Unicorn. Tubuh Gigi dia dukung dan terus terbang keluar dari istana. Para pengawal tidak sempat menghalang Putera Ardus.

"Dayang... apa yang telah terjadi?" Permaisuri Inrigo muncul bersama pengawalnya. Melihat dayang-dayang yang cedera parah baginda menggunakan kuasanya memulihkan mereka semua.

"Putera Ardus jatuh cinta kepada isteri orang. Gadis itu milik orang lain dan putera cuba memilikinya secara paksa. Putera berusaha memadamkan ingatan gadis itu." Cerita seorang dayang. Sudah termaktub dalam undang-undang negara dilarang jatuh cinta kepada isteri atau suami orang. Apatah lagi cuba memiliki secara paksa. Unicorn yang melanggar peraturan akan kekal wujud sebagai unicorn sampai bila-bila.

"Kita harus cari Putera Ardus sebelum Raja Inundo tahu. Baginda pasti akan menghukum Putera Ardus walaupun dia satu-satunya pewaris baginda."

***

Putera Ardus tiba tebing sebatang sungai. Baginda membina sebuah peraduan indah di perbuat dari kaca menggunakan kuasanya. Tubuh Gigi dibaringkan perlahan. Setiap hari memandang wajah itu hatinya dipalu rasa cinta. Dia tidak mahu kehilangan gadis itu.

Putera Ardus tahu saat ini pasti seluruh istana gempar dengan tindakannya. Pasti ayahanda dan bonda kecewa dengan tindakannya. Cinta telah membuat dia gila.

"Gigi... buka matamu sayang. Kita akan hidup berdua di sini. Kita akan membina keluarga di sini." Putera Ardus mengelus rambut Gigi.

Tebing Sungai Rano adalah kawasan yang jarang unicorn kunjungi. Hanya Unicorn yang mempunyai sayap yang kuat mampu terbang dari puncak bukit Rano dan turun ke tebing sungai. Sungai Rano adalah jambatan ke sebuah negara bawah laut yang didiami oleh manusia separa ikan atau mermaid.

"Putera Ardus jatuh cinta." Seekor manusia ikan terbang ke udara. Dengan kuasa sakti ekor ikan tadi bertukar menjadi sepasang kaki manusia. Dengan perlahan kaki itu menyentuh tanah. Sisik ikan bertukar menjadi pakaian sutera.

"Puteri Anabella." Putera Ardus tersenyum. Puteri Duyung itu adalah sahabat baiknya sejak kecil lagi. Dia tahu sahabatnya pasti akan menghulurkan bantuan untuk dia.

"Dia bangsa manusia tapi berdarah Phoenix. Dia bakal membawa bencana." Puteri Arabella mengesan sesuatu. Wanita itu adalah jelmaan Ratu Phoenix yang semua makhluk gemparkan. Putera Ardus membawa wanita itu ke sini secara paksa.

"Kita cintakan dia puteri. Kita akan miliki dia."

Puteri Anabella terkejut. Gadis itu bangsa manusia berbeza dari mereka. Tindakan Putera Ardus hanya mengundang murka dari langit. 

"Walaupun mengorbankan nyawa putera dan seluruh kerajaan Unicorn. Satu tidakan gila."

"Kau tidak faham apa itu cinta puteri. Hati kita telah terikat kepadanya."

Puteri Anabella senyum mengejek. Putera itu baru berusia seratus tahun. Masih mentah tentang apa itu cinta. Hanya kerana jatuh suka, sudah dianggap cinta. Dia mendekati Gigi yang terbaring. Tapak tangan diletakkan di dahi gadis itu.

Sebagai puteri duyung, Puteri Anabella memiliki kuasa luar biasa. Dari kuasanya Puteri Anabella tahu siapa gadis itu dan asal-usulnya. Nampaknya kehadiran gadis itu bukan satu rahmat melainkan satu bencana.

"Cinta adalah racun dan juga penawar putera. Sanggup kau korbankan semuanya untuk dia yang belum tentu akan membalas cinta kamu. Dirinya terikat dengan manusia lain. Malah sudah punya pewaris. Jika kau terus dengan niatmu... dunia ini akan kucar-kacir. Keamanan yang kita nikmati akan lenyap."

"Aku sanggup..."

"Kalau begitu aku tidak punya pilihan." Puteri Anabella menggunakan kuasanya untuk menidurkan Putera Ardus. Mereka bersahabat sejak kecil lagi tetapi baru sekarang dia terlihat sisi Putera Ardus yang sangat pentingkan diri sendiri.

"Kau tidak bersalah Puteri Adelita. Aku akan pulangkan kau ke tempat mu." Puteri Anabella mengambil seruling bambu yang diselitkan di sanggulnya.

Sebuah lagu dia mainkan untuk memanggil sahabatnya. Kelihatan dari jauh seekor naga putih sedang terbang di udara. Naga putih itu terus menuju ke arah Putera Anabella dengan lajunya. Dalam sekelip mata naga itu bertukar menjadi manusia.

"Ratu Phoenix... bagaimana baginda boleh berada di sini." Puteri Ustrina segera mengenali Puteri Adelita.

"Sahabat kita jatuh cinta kepadanya." Puteri Anabella menunjukkan Putera Ardus yang sedang tidur.

"Kerajaan Hagan sedang mencari mayat Puteri Adelita selepas baginda menjelma menjadi Phoenix ratu. Jika kerajaan Hagan tahu baginda ada di sini pasti Raja Maksim tidak akan tinggal diam." Puteri Ustrina menjadi gusar. Dengan adanya Ratu Phoenix kerajaan Hagan pasti tidak terkalahkan.

"Aku tahu itu. Dan keamanan pasti akan hancur. Ini semua kerana cinta gila Putera Ardus." 

"Ini bermakna cintamu tidak akan bersambut. Putera Adrus cintakan gadis lain." Puteri Ustrina mengusik sahabatnya. 

Di sebelah timur Bukit Rano adalah kerajaan Naga. Tiga kerajaan hidup rukun walaupun tidak menjalinkan hubungan diplomatik. Kerajaan Naga juga bersempadan denga kerajaan Hagan. Segala apa yang terjadi di kerajaan Hagan, kerajaan naga tahu. Sebab itu semasa peperangan Hagan dengan Qusay kerajaan naga sudah bersiap sedia di sempadan.

"Cinta tidak boleh di paksa." Puteri Anabella mengeluh. Perasaan hatinya tidak penting sekarang. Buat masa ini dia perlu mengelakkan terjadinya perang.

"Kau rasa kerajaan Hagan akan menyerang kita." Tanya Puteri Ustrina. Melihat wajah jelita Puteri Adelita dia faham kenapa Putera Ardus gila cinta. 

"Tidak perlu tentera Raja Maksim. Kuasanya sendiri cukup untuk menghancurkan tiga kerajaan. Kerajaan naga juga tidak akan terkecuali walaupun kalian sama berkuasa api. Batu Ignis terlalu kuat untuk kaum naga. Dan...."

"Apa perlu aku buat..."

"Cari Putera Taekai dan bawa dia ke mari sebelum Putera Ardus bangun. Aku tidurkan dia untuk tiga hari." Puteri Anabella melancarkan kuasanya ke arah Putera Ardus. Memberikan mimpi indah buat putera itu agar terus tidur.

"Tapi bangsa manusia tidak bisa masuk ke dunia kita."

"Putera Taekai berdarah naga... dia pasti bisa."

"Maksud kau..." Puteri Ustrina kurang faham namun pantas dia teringat satu cerita.

"Putera Taekai yang kau maksudkan dia keturunan raja naga emas yang tersumpah. Wajarlah kau bilang kerajaan naga juga akan musnah walaupun kami jauh di puncak bukit sana. Raja Naga Emas sangat kuat."

Puteri Ustrina tahu sejarah lama nenek moyang mereka. Raja Naga Emas jatuh cinta kepada manusia biasa dari kerajaan Hagan. Raja naga meninggalkan takhta demi cintanya dan berjanji tidak akan kembali lagi. Naga emas adalah naga yang paling berkuasa di kalangan naga. Sudah pasti warisnya juga punya kuasa yang hebat.

"Bagaimana aku boleh mengenali putera itu."

"Seekor naga pasti boleh mengenali naga yang lain."

"Aku pergi dulu..." Puteri Ustrina melompat dan menjelmakan dirinya menjadi naga semula.

Puteri Anabella meambai ke udara. Dia berharap Puteri Ustrina berjaya mencari Putera Teakai. Pemilik sebenar hati Puteri Adelita.

"Maafkan aku Putera." Puteri Anabela terus melancarkan cahaya putih ke arah Putera Ardus.

***

"Putera Taekai..." akhirnya setelah dua hari merayau-rayau di kota Hagan, Puteri Ustrina ternampak kelibat seorang lelaki yang mempunyai bau naga. Dia yakin lelaki itu Putera Taekai. Puteri Ustrina mendekati lelaki itu.

"Kau siapa? Apa niatmu."

Puteri Ustrina tiba-tiba di tahan seseorang.

"Aku ada urusan dengan Putera itu. Kau siapa?" Puteri Ustrina mendekatkan hidungnya ke tubuh lelaki yang menahannya tadi. Bau naga juga. Dia kebingungan. Kenapa ada dua lelaki berbau naga.

"Aku Putera Edric. Dia ayahku Putera Taekai. Sekarang kau nyatakan tujuan kamu."

"Bukankah kau sepatutnya masih bayi... baru tiga purnama." Puteri Ustrina menutup mulutnya. Lelaki kacak itu pasti akan mengesyaki sesuatu. Wajarlah lelaki itu juga berbau naga. Tidak hairanlah dalam masa tiga bulan zuriat Puteri Adelita tumbuh menjadi pemuda gagah.

"Kau siapa. Lebih baik kau berterus terang sebelum aku hancurkan tubuhmu menjadi daging cincang. Anjing-anjing di istana tentu akan gembira dapat makan daging cincang." Putera Edric mengeluarkan pisau lalu diacukan ke perut gadis itu.

"Anjing tidak boleh makan naga. Daging naga adalah racun." Sekali lagi Puteri Ustrina menutup mulutnya. Kenapa dia harus terlajak bicara. Putera ini akan tahu siapa dirinya yang sebenar.

"Kau seekor naga... bagaimana kau boleh masuk." Putera Edric terkejut. Pisau disisip kembali ke pinggangnya. Pisau kecilnya tidak mampu menembusi kulit naga.

Puteri Ustrina menutup mulut Putera Adric. Tiada siapa boleh tahu yang dia adalah naga. Pasti akan menimbulkan kekacauan nanti. Puteri Ustrina membawa Putera Edric ke sebuah lorong yang sunyi.

"Aku tidak berniat jahat. Aku cuma mahu berjumpa Putera Taekai. Puteri Adelita masih hidup."

"Bonda beta masih hidup." Putera Edric terkejut dengan berita itu. Lebih tiga purnama bondanya masih belum ditemui dan sekarang gadis itu muncul membawa perkhabaran.

"Puteri Adelita ada di Sungai Rano. Putera Ardus mahu memilikinya secara paksa. Sekarang Putera Ardus sedang tidur. Aku ada masa hingga matahari terbenam esok. Aku harus membawa Putera Taekai ke sana. Hanya dia yang boleh membangunkan bondamu." Terang Puteri Ustrina. 

Puteri Adelita masih tidur kerana menunggu kehadiran cinta hatinya. Puteri Adelita hanya boleh disedarkan oleh ciuman Cinta Hati Ratu Phoneix. Kerana itu Putera Ardus gagal untuk membangunkan Puteri Adelita.

"Puteri Adelita masih hidup." Putera Taekai mendengar semua cerita gadis itu. Dia berasa girang mendengar berita itu.

Berita yang sangat menggembirakan bagi Putera Taekai. Akhirnya setelah tiga purnama Puteri Adelita muncul. Malah masih hidup.

"Benar putera... Puteri Adelita masih hidup. Kita harus segera kembali ke Sungai Reno."

"Kita ke Sungai Reno sekarang." Putera Taekai terus bersetuju.

"Ayahanda... Tidakkah kita harus selidiki dahulu berita ini. Bagaimana kalau gadis ini menipu. Sengaja memancing ayahanda untuk keluar dari sini." Putera Edric tidak bersetuju dengan tindakan ayahandanya. Dia risau tentera Qusay mahu membalas dendam dan mensasarkan ayahandanya.

"Seekor naga tidak boleh menipu apa lagi seorang puteri. Kalau dia menipu loceng di kakinya akan menjerut dia dan dia tidak boleh bertukar menjadi naga untuk seratus tahun."

"Putera Taekai betul... kau harus banyak belajar Putera. Tubuh kamu dewasa tapi akal masih bayi." Puteri Ustrina senyum mengejek.

 "Anakanda... Pulanglah ke istana khabarkan kepada nenda dan adindamu. Ayahanda akan bawa bonda pulang."

"Baik ayahanda. Perlukah kita menghantar tentera kita." Putera Edric tunduk hormat.

"Tidak perlu bala tentera. Kekuatan bonda mu melebihi kekutaan seratus angkata tentera. Mari puteri... segera kita ke Sungai Reno."

***

"Kau bukan sahabat aku... kau busuk hati. Sengaja memisahkan aku dengan cintaku." Putera Ardus berang. Dia berusaha sedaya upaya untuk sedar dari tidurnya. Akhirnya dia berjaya. Walaupun mata terlelap Putera Ardus tahu semua perancangan Puteri Aanabella bersama Puteri Ustrina.

"Dia milik orang putera. Kau harus sadar itu." Puteri Anabella berusaha menahan akar kayu yang membelit lehernya. Putera Ardus sudah kerasukan cinta terlarang. Dia tidak mahu menggunakan kuasanya, bimbang kalau-kalau Putera Ardus cedera.

"Aku akan memilikinya... dia milik aku!" Putera Ardus meningkatkan kuasanya. Akar kayu yang membelit leher Puteri Anabella semakin ketat. Puteri itu tidak mampu bernafas lagi.

"Hentikan." Puteri Ustrina muncul dan terus menolak Putera Ardus menggunakan kuasanya. Dia membantu Puteri Anabella menanggalkan akar kayu yang membelit.

"Kau sudah gila. Kerasukan cinta terlarang. Kau hanya akan memusnahkan dirimu sendiri." Puteri Ustrina tidak dapat menahan sabar. Dia ayunkan tangan dan bola api muncul lalu terbang ke arah Putera Ardus. Bola api itu terbang mengelilingi tubuh Putera Ardus. Membuatkan Putera itu tidak dapat bergerak.

Putera Taekai segera mendapatkan Puteri Adelita yang sedang tidur. Sebuah senyuman terpancar sebaik terlihat Puteri itu masih hidup.

"Belahan Jiwa... kita datang. Bangunlah." Putera Taekai mengucup dahi Puteri Adelita. 

"Panglima Taekai. Di mana beta." Puteri Adelita membuka mata perlahan-lahan. Matanya terlihat Panglima Taekai. Wajah terakhir yang dia lihat sebelum menjelma menjadi Ratu Phoenix.

"Syukur tuanku sudah selamat. Langit melindungi tuanku." Putera Taekai membantu Puteri Adelita untuk bangun.

Melihat Gigi sudah sedar. Putera Ardus melancarkan kuasa dari tenaga dalamnya dan memadamkan api naga Puteri Ustrina sekelip mata. Puteri Ustrina tercampak ke sebelah Puteri Anabela.

"Gigi... kau sudah sedar sayangku." Putera Ardus terus menerpa namun terhalang oleh kuasa perisai pelindung yang dilancarkan oleh Putera Taekai. 

Puteri Anabella menggunakan kuasanya untuk membekukan tubuh Putera Adrus. Dia tidak akan izinkan putera itu menggunakan kuasanya untuk berlawan. Pergaduhan hanya akan menimbulkan bencana. Apatah lagi hanya kerana merebutkan seorang perempuan.

Puteri Adelita mendekati Putera Adrus. Walaupun Putera itu bertindak keterlaluan, dia tetap terhutang budi. Putera itu telah menyelamatkan nyawanya. Dia memberi isyarat agar Putera Anabella mengizinkan Putera Ardus berkata-kata.

"Siang tidak akan bertukar malam hanya kerana kau mahukan malam berpanjangan. Cinta tidak boleh dipaksakan hanya kerana kau mahukannya." Ucap Puteri Adelita. Kudratnya masih lemah kerana sudah lebih tiga purnama dia terbaring. Panglima Taekai memeluknya. membantu dia untuk terus berdiri.

"Aku mencintai kamu Gigi."

"Maaf Putera. Cinta dan hati aku milik orang lain. Lagi pula kita berbeza. Ada orang lain yang mengharapkan cintamu. Sambutlah cinta dia dan kamu berdua akan bahagia." Puteri Adelita memandang Puteri Anabella. Sebagai wanita dia dapat merasakan perasaan cinta puteri duyung itu.

"Kerana cintanya dia tidak mahu kamu terluka. Jika kau teruskan hasrat mu, kau akan terlaknat. Kau akan jadi unicorn selamanya. Kerana cinta dia sanggup mengizinkan kau menyakiti hatinya. Sedangkan dia boleh membunuh kamu." Tambah Puteri Adelita lagi.

Puteri Adelita memandang ke arah langit. Sekumpulan Unicorn sedang terbang di udara. Beberapa ekor unicorn terbang ke arah mereka lalu menjelma menjadi manusia. Raja Inunndo dan Permaisuri Inrigo muncul bersama beberapa orang pengawal.

"Kita tidak berniat jahat tuanku. Kita hanya mahu menjemput isteri kita pulang. Kerajaan Hagan berterima kasih kepada Kerajaan Jednorog kerana menjaga Puteri Adelita." Putera Taekai menyembah hormat terlebih dahulu. Dia tidak mahu kehadirannya di salah ertikan oleh ketua kerajaan Jednorog. Puteri Adelita turun menunduk hormat.

"Kita yang sepatutnya mohon maaf kerana kelancangan putera kita." Raja Innundo membalas tunduk hormat Putera Taekai. Baginda juga tidak mahu mencari permusuhan.

"Gigi sudah sedar." Permaisuri Innundo menegur Puteri Adelilta. Akhirnya gadis itu sudah sedar.

"Terima kasih kerana sudi merawat kita Tuanku Permaisuri. Kerajaan Hagan sangat berterima kasih kepada Kerajaan Jednorog. Kita tidak apa-apakan Putera tuanku. Kita terhutang budi kepadanya."

"Maafkan anakanda kita puteri. Dia bersifat lancang terhadapmu. Dia akan dihukum sebaik sampai ke istana." Permaisuri Innundo berasa lega kerana Puteri Adelita dan Putera Taekai berbaik hati melepaskan anaknya. Perlakuan Putera Ardus bukan sesuatu yang boleh dimaafkan.

"Kita bawa isteri kita pulang dahulu. Mohon kami berundur diri."

"Silakan Putera... Puteri. Sampaikan salam beta kepada Raja Maksim. Beta mohon maaf atas apa yang terjadi." Raja Innundo mengarahkan pengawalnya untuk membawa Putera Ardus beredar dari situ. Sempat lagi baginda tunduk hormat kepada Putera Taekai sebelum bertukar menjadu unikorn dan terbang ke udara.

"Kita hantarkan..." Puteri Ustrina yang sejak tadi diam, bersuara.

"Terima kasih puteri... tapi ayah kamu sedang mencari kamu. Sudah tiga hari kau menghilang. Kerajaan naga sedang heboh. Kamu mahu ayahanda kamu mengukum kamu."

"Bagaimana...." Puteri Ustrina tersenyum. "Kita akan jumpa lagi Putera Taekai." Dia melompat ke udara dan menjelmakan diri menjadi naga.

"Terima kasih puteri." Puteri Adelita menunduk hormat ke arah Puteri Anabella. "Satu hari nanti cintamu akan terbalas."

Puteri Anabella tersenyum lalu melompat masuk ke dalam sungai. Tinggal Puteri Adelita bersama Putera Taekai.

"Bagaimana kita harus pulang. Pasti mengambil masa berhari-hari untuk kita sampai ke istana Hagan." Puteri Adelita memandang Putera Taekai. Baru dia sedar panglimanya memakai persalinan putera. Nampak lebih kacak dan segak. Teringat perbuatannya di gua dahulu, dia terus melepaskan diri dari Putera Taekai.

"Maafkan beta kerana memaksa Panglima menyerahkan hati panglima kepada beta." Puteri Adelita duduk di atas batu dengan kakinya mencecah sungai. Perbuatan itu boleh dianggap salah kerana memaksakan lelaki itu menjadi suaminya. Tetapi ketika itu tiada cara lain untuk memunculkan waris berdarah raja. Dia risau kalau dirinya terkorban dan kerajaan Hagan tiada pewaris.

"Siapa yang menjaga putera dan puteri kita." Sudah tiga purnama. entah bagaimana rupa zuriatnya, Puteri Adelita tidak tahu.

"Anak kita sudah dewasa... Sudah pandai menjaga diri sendiri." Putera Taekai duduk di sebelah Puteri Adelita.

"Bagaimana mungkin... kuasa beta tidak sekuat itu. Sepatutnya mereka masih bayi lagi... kuasa beta..." Puteri Adelita terfikir sesuatu. Mungkin Panglima Taekai bukan apa yang mereka semua sangka. Teringat tadi Raja Innundo tunduk hormat seolah-olah Putera Taekai lebih tinggi darjatnya.

Putera Taekai tersenyum. Setelah mendengar cerita Puteri Ustrina baru dia faham semuanya. Patutlah dia rasa lain berada di kalangan sepupu-sepupunya. Dia mempunyai darah keturunan berbeza. Oleh sebab itu ritual perkahwinan yang Puteri Adelita jalankan menjadi dan anak-anak mereka membesar secara luar biasa. Kuntuman bunga yang Puteri Adelita tinggalkan bertukar menjadi bayi dan kanak-kanak hanya dalam masa beberapa hari.

"Puteri mahu pulang atau masih mahu terus di sini. Patik suka keindahan sungai ini. Tenang dan mendamaikan."

"Uhh... dingin." Puteri Adelita menggosok lengannya. Matahari sudah mula menghilang.

Putera Taekai mengeluarkan bebola api melalui tapak tangannya. Api yang berwarna kuning keemasan. Berbeza dengan api yang dikeluarkan Puteri Ustrina tadi.

"Ada sesuatu yang kita boleh fahami dan cari maksud serta sebab. Ada sesuatu yang patut kita biarkan sahaja."

Puteri Adelita mengangguk faham.

"Ini rahsia kita..." Putera Taekai atau pewaris raja naga emas. itulah sebenarnya dirinya. Puteri Ustrina telah menceritakan semuanya semasa mereka dalam perjalanan. 

"Kenapa panglima berpakaian putera?" Sejak tadi soalan itu Puteri Adelita mahu tanyakan. 

"Raja Maksim anugerahkan kita gelar Putera. Kerana kita adalah Cinta Hati Ratu Phoenix. Tunaku Raja Maksim dan sekelian rakyat restukan ikatan kita."

Pipi Puteri Adelita merona merah. Malu dengan perbuatannya. Hanya terfikirkan tentang waris kerajaan Hagan. Tidak sempat bertanya jika Putera Taekai dimiliki perempuan lain.

"Sudah lama hati ini jatuh suka kepada Puteri Adelita. Namun kita sedar, taraf kita berbeza. Tidak mungkin seorang panglima boleh memiliki puteri raja yang cantik jelita." Putera Taekai membuka rahsia hatinya. Menjadi pengawal pengiring Puterai Adelita bersama Panglima Varya membolehkan dia melihat wajah Puteri itu setiap hari. 

"Kita boleh batalkan ikatan kita kalau tuan puteri mahu. Patik akan hantar puteri balik ke istana dan patik sedia menerima hukuman."

"Panglima jangan... kita yang mahukan ikatan ini. Kita tidak akan biarkan ayahanda hukum panglima."

"Jangan risau puteri. Kita bapa Putera Mahkota Edric. Pasti Putera Mahkota tidak akan hukum kita. Maaf puteri... tuanku tidak dapat bersemayam di singgahsana. Putera kita bakal menjadi raja."

Puteri Adelita tersenyum manis sambil memandang Putera Tekai. Mereka punya rasa yang sama. "Kita hanya mahu bersemayam di hati Putera Taekai. Sehingga akhir hayat kita. Hati ini telah lama sukakan panglima."

"Sungguh." Putera Taekai sukar untuk percaya. 

"Sungguh..." Jawab Puteri Adelita.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top