PROLOG

   TALI beg yang terasa ingin jatuh daripada bahuku itu dibetulkan. Sesekali aku menutup mulut yang asyik menguap tidak henti-henti. Masakan tidak, sekarang tengah pukul 5:30 minit pagi kot!

   Kalau kau orang hendak tahu, beginilah kehidupan seorang pelajar universiti macam aku. Macam aku sahajalah. Pergi ke stesen bas dari rumah sewa untuk ke universiti.

   Kalau lambat, mesti pemandu bas itu kata, "apa-apa roger, gerak lu!" dan meninggalkan aku tanpa rasa bersalah. Huh, dari kena potong markah pointer dan menjatuhkan maruah aku sebagai penganti Shaz Rukan, baik bangun awal.

   Namun, pagi ini lain sedikit. Aku ditemani dengan sosok memakai baju putih. Eh, bukan akak pontianak yang teman aku, tetapi seorang pak cik tua yang buta dan memegang tongkat.

   Aku tidak tahulah dia hendak pergi mana pagi-pagi buta macam ini. Dari hadapan aku dapat dengar dia seperti menyebut sesuatu berulang kali. Rasanya itu yang kawan Islam aku panggil 'zikir'.

   Untuk mengisis kebosanan berjalan ke penunggu bas, aku menyanyi kecil. "I am barbie girl. In the barbie world. Life in plastic. Is fantastic."

   Apa? Hendak kecam akulah nyanyi lagu perempuan? Rentak lagu itu seronok, tau. Kau orang tahu apa?

   "Allah!" Pak cik buta itu rebah ke tanah secara tiba-tiba. Tongkat yang dipegang eratnya juga tercampak jauh.

   "Pak cik!" Aku terus menyimpan fon telinga aku ke dalam poket lalu mendekati pak cik itu. Aku  membantu pak cik itu untuk bangun. "Pak cik okey tak?"

   Waktu itu aku rasa macam tanya soalan bodoh. Sudah depan mata aku pak cik itu jatuh dan merungut kesakitan, tidak mungkin baik sahaja keadaanya. Tetapi, nak buat macam mana. Kena tanya juga.

   Pak cik buta itu merintih kesakitan. "Baik sahaja. Cuma sakit sedikit kakinya. Tongkat pak cik mana?"

   Aku terpandang ke arah kaki pak cik tua itu. Ada segaris luka terbentuk pada buku lali pak cik itu. Dengan penuh beradab, aku menawarkan bantuan pada pak cik itu. "Kaki pak cik luka ini. Nak bawa klin... eh, klinik mana ada buka pagi-pagi macam ini."

   Pak cik itu menggeleng dengan sebuah senyuman. "Tak apa, nak? Pak cik nak pergi dekat masjid terdekat. Pak cik nak solat Subuh..." Pak cik itu melangkah meskipun langkahnya terhinjut-hinjut.

  Aku memberhentikan langkah pak cik itu. "Tetapi, kaki pak cik ini luka." Aku terasa berbelah bahagi. Rasanya boleh bawa pak cik ini memandangkan pondok bas itu memang dekat dengan masjid...

   "Tak apa, sedikit sahaja luka ini. Pak cik kuat... ha, lagipun sekejap lagi nak azan. Bolehlah kita solat Subuh sama-sama." Pak cik itu bertutur polos dalam masa yang sama cuba meyakinkan aku yang dia okey.

   Aku menidakkan ayat terakhir pak cik itu. "Oh, maaf pak cik. Saya bukan orang Islam."

   Riak wajah pak cik itu berubah bersalah. "Oh, maafkan pak cik. Pak cik tak tahu."

  "Tak apalah. Saya dukung pak cik sampai ke masjid, ya? Kaki pak cik luka ini." Aku perlahan-lahan mengendong pak cik buta itu dari belakang apabila pak cik itu nampaknya seakan mempersetujui cadangan aku. .

   Lagipun lambat lagi bas aku hendak sampai, mana tahu pak cik bas itu lambat bangun ke ataupun terpakai baju terbalik tengah jalan ke.

   "Terima kasih, nak. Buat susah-susah kau sahaja." Pak cik itu mengucapkan terima kasih tatkala aku mengutip tongkatnya bersamaku.

   Aku menggeleng. "Tak adalah pak cik. Kita kan rakyat Malaysia. Mesti saling tolong-menolong." Rasa semangat patriotik mula muncul dalam diri.

   Sedang aku mengendong pak cik itu ke masjid, aku langsung tidak tahu langkah demi langkah itu membuatkan hidup aku berubah tiga ratus enam puluh darjah.

  "Allahu Akbar! Allahu Akbar!" Laungan azan berkumandang dari masjid memberhentikan langkah aku. Aku menjadi kaku juga terkelu mendengarnya.

   "Allahu Akbar... Allahu Akbar..." Kedengaran pak cik itu seakan-akan menjawab laungan azan itu. Setiap kali baris azan dibacakan, pak cik itu akan menjawab.

   Aku pula? Aku hanyut dengan lamunan sendiri. Mendengar setiap baris azan itu masuk ke dalam telinga aku serta langsung tidak keluar. Lamunanku terhenti apabila suara pak cik itu menerjah ke telingaku. "Nak, kenapa tak gerak?"

    "Eh? Ma..." Aku terkedu merasakan pipi aku basah. Aku... aku menangis ke tadi? Tetapi... kenapa? "Maaf. Termengelamun sekejap. Nak sampai ini."

   Mengintai ke belakang, melihat pak cik itu memahami, aku terus melangkah ke hadapan. Melangkah menuju perubahan yang aku sendiri tidak sangka-sangka.

















📎📎📎

Macam mana dengan Prolog, kau orang semua?
Ha, ini pertama kali aku buat buku genre Romance.
Kalau rasa kekurangan itu... memanglah sebab aku single.
Kahwin pun belum. TvT

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top