EPILOG
KEPADA diriku sendiri...
Hari ini 1 Syawal bermakna hari Raya Aidilfitrilah! Sepanjang sebelum nak sampai ke sini, banyak cabaran yang diri engkau lalui untuk sampai ke sini. Sekarang ni pun takbir raya dah berkumandang!
"Allaaahuakhbar! Allaaahuakhbar! Laaailaaahaillah Allaaaah, Allahuakhbar!"
Mirin terpaku, kakinya tidak mampu bergerak saat tiba di muka pintu bilik wad. Orang yang dinanti-nantikan untuk bangun, kini membuka mata di hadapannya.
Ibu Scotch yang memandang ke luar beralih ke arah Mirin yang berdiri tegak. Wanita tua itu tersenyum manis. "Aazar, selamat hari raya. Mana Ari ya?"
Mirin terduduk ketika nama betulnya dipanggil. Serta-merta dia meringkuk lalu meraung teresak-esak. Air matanya tidak berhenti keluar walaupun ibu Scotch menenangkannya.
Nak ditulis ujian itu terlalu banyak pula, tapi yang aku tahu... perasaan setelah diuji, itulah perasaan yang paling best sekali.
Nasib baik tak dapat kahwin dengan si Jamsyir tu. Hahaha, masih rasa bersyukur dia ada dalam hari ini.
Aku bersyukur kerana Allah hadirkan Gopal dalam hidup kita. Bukan sahaja Gopal, malah amma, appa, patti, Samantha. Dan ada juga Layyin.
Elmarsya terdiam berhadapan dengan El-Mara di hadapannya. Muka mereka... benar-benar sama. Namun, yang membezakan mereka hanyalah pada mata kembar tersebut.
"Ak... saya nak min..." Permohonan itu dipintas dengan tamparan daripada El-Mara. Terketar-ketar lidahnya cuba meminta maaf sekali lagi. "Saya nak mi..."
Mata Elmarsya terbuntang tatkala tubuhnya didakap oleh El-Mara. El-Mara terus merintih kuat di bahu Elmarsya. "Huh..." Suara Elmarsya bergetar.
Setelah apa aku buat... kenapa? Kenapa?
"Saya minta maaf!" Elmarsya mencucurkan air mata sama sedu-sedannya. Bahunya terhinjut-hinjut. "Maaf sangat-sangat. Maaf. Maaaf..."
El-Amin melihat kedua beradiknya menangis serentak sambil dia mendukung anak saudaranya yang masih merah itu.
Gopal kata nak buka restoran lepas raya nanti. Amboi, sejak kerja dengan kak Alia, terus nak buka restoran! Nama restoran itu bukan calang-calang, Eternal Love. Ditanya napa tak letak nama kita, katanya takut orang tak datang nanti. Kurang asam!
Ha, tak dilupa. Tahun ini pun ada cahaya mata baru yang datang dalam hidup aku. Semoga anak ini akan membesar dengan baik, janganlah ikut ibu dia yang tak pandai masak ini. Huhuhu...
Meskipun ada ujian yang kau rasakan sekarang, pasti ada seribu nikmat yang kuatkan kau. Tapi itu tak bermaksud kau boleh nafikan penderitaan kau.
"Kenapa kau selamatkan Elmarsya tu?" El-Amin berkalih wajahnya ke arah Gopal. Gopal tersentak lalu segera mengukir senyumannya. "Sebab aku nak."
"Ha?" Berlipat-lipat dahi El-Amin dibuatnya.
"Bak kata Shinichi Kudo..." Terselit lagi watak anime dalam penjelasan Gopal. "Ada banyak sebab untuk bunuh seseorang, jadi kenapa perlukan sebab untuk selamatkan seseorang?"
"Jadi, aku selamatkannya sebab aku nak."
Kalau nikmat yang Allah berikan sekarang sudah buat kita senang, apatah lagi di masa hadapan kan?
Semoga kita tak mudah berputus asa, ya. Yaya!
Sina Yaya menyimpan nota digitalnya di dalam Google Keep. Harap-harap dirinya rajinkanlah diri membaca bila rasa murung atau negatif menguasai diri.
"Dah habis ke cakap dengan kawan-kawan awak?" Sina Yaya menegur Gopal di ruang tamu itu.
"Dah." Gopal menunjukkan telefonnya. "Rizal dengan Afiq itu risau sangat sampai nak datang beraya. Nanti plot twist, rupanya nak minta duit raya."
"Ah, awak bagilah duit raya dekat dia orang. Kesian dia orang." Mengekek Sina Yaya ketawa. Gopal menjeling manja ke arah Sina Yaya. "Amboi, mana aci! Berani awak menangkan member saya! Sepatutnya saya minta duit raya kat dia orang, kan anak appa kan?"
"Sebab saya anak appa, bolehlah bagi duit kat amma kan?" Sengaja Sina Yaya memimikkan suara kebudak-budakkannya.
Gopal mengoyang-goyangkan jarinya di hadapan perut Yaya. "Eh jangan kurang ajar, anak appa. Tak lahir lagi kan?"
"Dah boleh ke tekan Google Meet ni?" Mata Sina Yaya menurun ke arah komputer riba yang memaparkan refleksi kamera itu. Gopal turut melakukan hal yang sama. "Dah masukkan kod tu. Bolehlah tekan rasanya."
Butang tetikus itu digerakkan menekan butang 'sertai'.
"Dah mula ke?" Gopal bertanya berulang kali seraya mukanya didekatkan memenuhi skrin kamera.
"Dah mula! Jangan dekatkan muka kau dengan skrin! Kotor skrin aku!" Siao Fang menghalau-halau Gopal seperti lalat. Alia gelak terbahak-bahak mendengarnya.
"Kan kan kan! Entah-entah tak mandi!" Samantha di skrin berlainan mengangguk-angguk bersetuju akan abang birasnya.
"Wah, sejak bila kau orang bond ni? Tak apa, tak apa, aku ingat." Gopal menjauhkan dirinya daripada skrin.
"Ayo, tatayo! Abang Siao Fang! Kena minta maaf sebab buat annan merajuk! Hari ini hari raya." Bukan setakat Samantha, Alia pun sertai sekali!
"Wah aku pula, en! Alia, awak pun sama?"
Yaya turut menyokong. "Betul tu! Minta maaf cepat!"
Nota Tambahan:
Terima kasih ya Allah, hadirkan cinta abadi ini dalam hidupku ini.
- TAMAT -
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top