9 | EL
"TAHNIAH ya, Gopal? Besar dah kawan kita ini. Selamat pengantin baru." Rizal memberikan kata-kata tahniah selesai sahaja upacara pembatalan air sembahyang.
Afiq turut bersuara. "Itulah tapi, siapa suruh kau kahwin masa PKP? Kalau tidak boleh buat majlis bersanding dan aku jadi pengapit kau. Hehehe... tapi duduk belakanglah."
Sina Yaya memerhati sahaja suaminya bergurau-senda dengan kawan-kawannya. Beberapa orang mak cik dan Alia mengucapkan tahniah untuk pengantin baru sepertinya. Nampaknya dia sudah bergelar 'puan' sekarang!
"Tahniahlah ya." Ringkas sahaja ucapan Siao Fang. Maklumlah, tuan punya badan ini malas hendak merangka ayat.
Sina Yaya menjongketkan keningnya denvan satu senyuman. "Lah... tahniah sahaja ke? Cakaplah semoga berbahagia ke? Apa ke?"
"Ala, dekat rumah boleh cakap. Dah, dah pergi dekat suami kau." Senang-senang sahaja Siao Fang menghalau adiknya. Eleh, mentang-mentang ada bini dekat sebelah.
Sina Yaya menggembungkan pipinya. Kurang asam betul abang dia! "Dasar..." Dia menoleh semula ke arah Gopal dan mendekatinya. Sekarang kan tempat dia di sisi suami. Hehehe, malu pula!
Sina Yaya terkedu melihat Gopal menepis tangan Afiq yang ingin menyalamnya. Gopal lantas menayangkan wajah beku dan berkata. "Aku tak layak untuk semua ini."
Sina Yaya mempercepatkan langkah ke arah Gopal. "Apa maksud awak?"
Rizal yang perasan akan perubahan wajah Gopal segera bertanya. "Hey, kau okey tak? Hari ini kan hari kahwin kau. Semua manusia layak untuk rasa perasaan ini."
"Tapi bukan aku." Gopal mengeluh keras sebelum berpaling ke arah Sina Yaya. "Yaya, awak nak kahwin dengan saya sebab tak nak kahwin dengan tunang awak, kan?"
Sina Yaya menggeleng laju. "Tak... bukan sebab it..."
"Saya tak yakin untuk bahagiakan awak, Yaya. Awak tak cintakan saya dan saya tidak layak untuk awak." Bicara Gopal dipintas oleh Afiq.
"Hey, hey. Apa kau merepek ini? Kau layaklah. Kalau tak, kau tak mungkin ada di sini. Jangan buat hal dekat majlis ini. Ini masjid." Afiq berasa gusar dengan tindakan Gopal seterusnya.
"Apa dah jadi ini?" Siao Fang memasuki perbualan mereka. Kecoh sekejap keadaan dalam dan luar masjid melihat pengantin seolah-olah bertengkar.
"Demi kebahagiaan awak, saya akan..." Sina Yaya laju menutup bibir Gopal daripada terus mengucap sumpah ngeri itu. Kelopak matanya sedaya-upaya menanggung air mata dari tumpah keluar.
Gopal menggenggam pergelangan tangan Sina Yaya dan mengalihkan tangan isterinya. Seorang lelaki dari luar masjid bersama teropong tersenyum melihat keadaan itu.
Jangan... tolonglah. Kalau ini mimpi, bagilah dia bangun.
"Sina Yaya, aku ceraikan kau dengan talak satu."
"HUH!" Sina Yaya terbangun daripada lenanya. Air matanya mengalir laju tidak usahlah dikatakan. Dia tersenyum dengan birai air mata. Alhamdulilah, syukur ianya hanya mimpi!
Sina Yaya menoleh ke arah sebelah katilnya. Maksudnya kalau dia bermimpi, maknanya dia tidak kahwin dengan Gopallah semalam? Aduh, maksudnya hari inilah!
Sina Yaya mengelap bekas basah di pipinya. Bagaimanalah air matanya boleh terkeluar masa dia tertidur? "Ibu tak ada pula kejut nak pergi majlis kahwin."
"Kahwin, kita kan dah kahwin? Memanglah tak kejut." Selamba badak Gopal membalas soalana Sina Yaya. Matanya menangkap bekas air mata Sina Yaya. "Awak mena..."
Tidak sempat ayat itu dihabiskan, sebuah sepakan terkejut datang ke arah muka Gopal. Solat Subuh lambatlah hari ini. Pengsan sekejap dahulu!
...
"Aku terima nikahnya Sina Yaya Binti Siao Afiq dengan mas kahwinnya 500 ringgit tunai dan senaskah Al-Quran."
Tersenyum-senyum puan Jivanta mengulang video yang dirakam suaminya. Walaupun dia tidak dapat pergi, melihat video ini turut menggembirakan hatinya.
"Aku terima nikahnya Siao Afiq Bin Siao Afiq dengan..."
"Hoi, hoi, hoi! Kau nak kahwin dengan bapa mertua kau buat apa?"
Puan Sarindi yang baru tiba di ruang tamu memutarkan bola matanya melihat puan Jivanta tergelak seorang diri. "Cukup-cukuplah tengok video itu. Buat bingit telinga aku sahaja."
Puan Jivanta laju menyimpan telefon itu. "Err, bila masa mam'mi sampai dekat situ? Tak perasan pula saya." Dia memang nampak tersenyum, namun dalam hati siapa tahu.
"Macam mana hendak perasan kalau asyik tengok benda alah tu sahaja. Daripada tengok benda tak berfaedah itu, baik buat kerja rumah. Nanti kalau si Samantha bangun, susah pula kau nanti," ujar Puan Sarindi. Dia menggerakkan kerusi rodanya mendekati meja kecil di hadapan televisyen itu.
"Tak berfaedah?" Puan Jivanta terasa sedikit panas hati mendengarnya. "Tetapi dia juga pēraṉ mam'mi (cucu ibu). Bukan Samantha sa..."
"Aku tiada cucu tak guna macam dia!" Garang Puan Sarindi menengking pernyataan itu sehingga anjing yang duduk menyalak pun boleh menguis tanah ketakutan.
Puan Sarindi sempat terbatuk-batuk kecil. Itulah, nenek. Menjerit macam tarzan lagi. "Kalau kau nak ikut dia, ikutlah. Tapi jangan harap kau boleh jumpa anak aku dan cucu aku lagi!"
Puan Jivanta menghela nafas pendek mendengar kata-kata itu. "Baik, mam'mi. Saya pergi basuh pinggan dahululah." Sebelum dia masuk ke dapur, dia mencelah masa dengan berpesan. "Mam'mi janganlah gerak bany..."
"Kalau aku lumpuh, tak bermaksud aku boleh buat banyak benda. Dah, kata nak basuh pinggan, kan? Pergilah!" Puan Sarindi mengusir Puan Jivanta untuk ke dapur. Melihat menantunya menghilang dari pandangan, dia cuba mencapai majala di atas meja kecil hadapannya itu.
"Uh..." Kerana kebatasan kakinya yang lumpuh, menjadi sukar buat wanita tua itu untuk mengambil majalah itu. Puan Sarindi yang terlalu berusaha menyebabkan dia terjatuh daripada kerusi rodanya. "Aduh!"
Puan Jivanta yang mendengar suara ibu mertuanya pantas kembali ke ruang tamu. "Mam'mi!" Puan Jivanta mempercepatkan langkah membantu puan Sarindi.
"Kan saya sudah kata, jangan bergerak banyak sangat." Puan Jivanta menolong Puan Sarindi duduk di atas kerusi rodanya. Buku yang dikehendaki puan Sarindi diberikan kepadanya.
Puan Sarindi menggenggam majalah yang sampai ke tangannya. Terasa benci kepada seseorang itu semakin membuak-buak. Kalau tiada orang seperti Gopal wujud di dunia, pasti dia tidak akan lumpuh sebegini!
...
Semalam...
Tidak sampai satu saat, Gopal berdiri bersama Sina Yaya, beberapa orang mula mengerumuni berjarak satu meter mengucapkan tahniah. Kekok jugalah mahu melayan. Salam tidak boleh, cakap-cakap sahajalah.
Berkurang sahaja orang di sekeliling Gopal, Afiq segera menuju ke arah Gopal. "Selamat pengantin baru, Gopal. Ha, nanti puasa tak payahlah suruh aku kejutkan. Sudah ada bini tolong kejutkan."
"Hahaha, dan kau orang dah tak boleh panggil aku singlet lagi." Gopal ketawa kejam di dalam hati. Akhirnya, penghinaan kepadanya telah dihentikan.
"Tak apa, 'title' takut bini masih boleh digunakan." Rizal menyedari kesilapannnya dalam berkata segera menampalnya. "Maksud aku, sayang bini. Yalah... kita beli beras."
Sina Yaya dan Alia yang mendengarnya berpandangan sesama sendiri. Berlagak benar ayat para suami ini. Alia yang tidak tahu malu menyampuk. "Yalah, beli beras. Tapi yang masaknya kami. Kalau tidak kebuluran para suami macam kau orang ini."
"Eh, aku tak macam itu. Aku pandai masak nasi walaupun orang bujang dulu." Gopal membela dirinya sendiri. "Kalau tidak, mahu masuk hospital makan maggi hari-hari."
"Sina Yaya pun pandai masak. Ha, eloklah ada bonding begitu." Alia merapatkan kedua-dua jarinya, mengisyaratkan bahawa itu merupakan Gopal dan Sina Yaya.
"Ish, mana adalah. Yaya mana pandai masak sampai macam itu." Pipi Sina Yaya berubah menjadi tomato mendengar usikan itu. Tetapi, di sebalik topeng, hampir senget bibirnya menerima 'pujian' itu.
"Tak apa, masak air pun kira jadilah." Gopal menjadi resah seketika melihat perubahan anak mata Sina Yaya. "Err, tetapi tak bermaksud yang saya tak yakin Yaya pandai masak."
"Saya boleh sahaja masak. Masak apa sahaja yang awak nak." Laju sahaja Sina Yaya menabur kata-kata. Rasa hendak hantuk kepala pada dinding pun ada selain bahang muka yang dirasai sekarang. Mulut mengkhianati tuan betul!
Gopal mengusap leher. Walaupun begitu, hati berbunga-bunga. " Baguslah."
"Ehem! Ehem!" Rizal berdehem beberapa kali sekaligus memadamkan suasana cinta ala drama Hindustan di sekeliling mereka. Nasib tidak ada orang rakam, kalau tidak boleh tambak efek zum beberapa kali.
"Nak sweet pun dekat rumahlah. Nak balik dah ini. Tahulah bini kita orang berdua dekat rumah." Ujaran kata daripada Afiq menambahkan lagi warna merah pada wajah kedua pengantin baru itu. Aduh, nanti ada banyak semut pula datang masjid nanti!
Puan Finna menghampiri mereka. "Mari balik. Urusan sudah selesai. Kalau lama-lama, takut salah faham dan dikenakan saman pula." Selain takut kena saman, virus encik covid yang comel itu pun berbahaya juga. Terkena sekali mahu duduk atas katil berhari-hari.
"Baik..." Gopal menangkap wajah seseorang memerhati mereka. Seorang lelaki berpakaian t-shirt memberi pandangan sinis di luar masjid. Matanya kemudian terarah ke bawah sedikit, ke arah seorang lelaki berbangsa India merakam sesuatu di luar pintu masjid.
"Pergilah dahulu. Aku nak jumpa ayah aku kejap." Gopal meminta diri kepada mereka yang ingin beredar.
"Siapa?" Raisha yang baru sampai ke kumpulan mereka beralih pandangan ke arah yang sama dipandang Gopal. "Oh, ayah kau. Pergilah jumpa dia."
"Ibu pergilah dahulu. Yaya teman abang Gopal sekejap." Gopal yang terdengar permintaan Sina Yaya menghentikan langkah serta mengukir senyum. Gopal berpaling ke arah Sina Yaya. "Marilah, Yaya. Kita jumpa appa."
Ayah kepada Gopal, Encik Kumar yang perasan anaknya mendekatinya, menghentikan rakaman lalu menyimpan ke dalam telefon. Senyuman bangga dipamerkan di sebalik topeng muka.
"Appa, inilah isteri Gopal yang Gopal ceritakan itu. Nama dia Sina Yaya." Gopal memperkenalkan Sina Yaya yang lengkap berpengantin kepada Encik Kumar.
"Cantik. Pandai kamu pilih," puji Encik Kumar.
Gopal dan Sina Yaya saling berpandangan sebelum menoleh kea arah Encik Kumar. Pilihan kahwin versi kereta api express ini. Jumpa beberapa hari lepas, minggu depan kahwin.
"Kenapa appa tak masuk masjid?" Gopal menyoal encik Kumar. "Tak nampak appa dalam masjid tadi. Amma dengan pāṭṭi mana?"
"Pāṭṭi kamu macam biasalah. Jangan harap dia datang ke sini." Encik Kumar memandang tubuhnya sendiri. "Lagipun, layak ke orang macam appa nak masuk ke dalam ini?"
"Bolehlah, appa. Asalkan appa berpakaian tutup aurat, boleh sahaja masuk masjid." Sina Yaya mengurangkan kegusaran di dalam hati encik Kumar. "Terima kasih juga sebab appa reda akan perkahwinan kami."
"Oh, boleh ke masuk masjid?" Rasa lega mula terbit di dalam hati tua itu. Encik Kumar tiba-tiba teringatkan sesuatu. "Sama-sama juga. Oh, lupa pula appa hendak cakap. Apa orang kata... selamat... selamat pengantin baru. Jaga isteri kamu elok-elok."
"Appa jangan risau, saya akan pastikan tiada sebarang luka tergaris pada dia." Walaupun dia merasakan Sina Yaya langsung tidak mengingatinya. Yalah, sudah 8 tahun berlalu. Gopal mengalih pandangannya ke arah Sina Yaya. "Insya-Allah."
Perasaan bercampur baur menyelimuti hati Sina Yaya. Dia teragak-agak untuk memandang anak mata si lelaki ini. Bukankah dia dan lelaki ini hanya 'orang asing'. Jadi mengapa lelaki ini memberi pandangan begitu menenangkan kepadanya?
Lelaki yang menegur Raisha tadi masih belum meninggalkan masjid itu. Dia hanya memberi pandangan kosong kepada situasi dihadapi dua pasangan kekasih itu.
Mata lelaki itu kemudian menangkap Siao Fang yang memerhatinya dari kawasan letak kereta. Memandang renungan serius Siao Fang, lelaki itu tersenyum sinis lantas meninggalkan tempat itu.
✨✨✨
Aku sudah macam orang gila duduk kawal senyum. 😭✨
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top