8 | EL

               "UH..." Sina Yaya merebahkan diri ke atas katil. Sesekali matanya memandang ke arah gaun pengantin di dalam almari dengan segaris senyuman. Esok merupakan hari besarnya... hari yang menukarkan status 'singlet' nya ke status isteri lelaki itu.

   Telefon di sebelahnya diambil dan dibuka aplikasi Instagram. Belek punya belek, harap-harap tidak jatuh ke muka. Mahu tersenget hidung esok di majlis kahwinnya. Lebih-lebih lagi guna telefon Nokia 3110.

   Melihat siaran dari @kementeriankesihatanMalaysia, Sina Yaya mengeluh. "Haih... macam makin naik nampaknya. Jadi 1,294 kes baharu pula."

   Membaca statistik kes harian itu, teringat pula akan hal perkahwinannya. Majlis perkahwinannya nantk akan diadakan secara kecil-kecilan. Tidaklah jemput ramai orang. Kau gila nak kena saman di hari pernikahan?

    Eh... jaga SOPlah!

    Bunyi pintu terbuka tiba-tiba. "Ha, main telefon! Baca mesej dari 'abang Gopal' Yaya, ya?" Jari telunjuk digoyang-goyangkan Alia. Haih... sudahlah main teranjang sahaja pintu bilik, siap buat nada mengusik lagi.

   Akibat suara Alia mengalahkan suara Tarzan itu, telefon Sina Yaya selamat jatuh ke mukanya. Segera dia alihkan lalu menjeling garang Alia. "Akaaak. Sakitlah! Mana ada mesej."

   "Hehehe... maaf, maaf." Alia menayang sengihan tanpa rasa bersalah. Hendak bagi penampar pada wanita ini pun ada. "Ha, sebelum Yaya jadi bini orang esok, jomlah makan maggi sama-sama. Alang-alang akak tidur sini sekejap."

   Sina Yaya menjongketkan kening seraya matanya terarah ke arah Alia yang mengusap perutnya yang membuncit. "Yakah? Eh, mana elok makan maggi masa mengandung! Tak elok! Yaya masakkan mihunlah kalau nak sangat." Sina Yaya bingkas bangun daripada katil.

   "Erm. Yaya ini sama sahaja macam abang Yaya. Huhuhu, mihun pun mihunlah." Alia hanya redha dengan keputusan Sina Yaya. Lagipun 'budak' di hadapannya ini yang berkungfu di dapur.

   Sina Yaya menutup suis lampunya. Sabar sahajalah hadap kakak iparnya ini. Harap anak saudaranya hanya mengikut sedikit gen gila si ibu mengandung ini.

   Sedang mereka berdua menuruni tangga, Alia bertanya sesuatu kepada adik iparnya. "Ha, yang Yaya cakap fasal orang yang kacau Yaya tu... Lasyin, kan? Apa jadi dengan dia?"

   "Eh, bukan Lasyinlah. Tapi, Layyin." Sina Yaya menjelaskan keadaan Layyin sejak peristiwa beberapa hari lepas. "Sekarang Layyin okey sahaja. Cuma kena tunggu masuk mahkamah dan dapat keadilanlah. Fuh, nasib tak kahwin dengan abang Jamsyir itu."

   Alia tersenyum sumbing mendengar ayat terakhir Sina Yaya itu. "Kan... nasib Yaya kahwin dengan abang Shaz Rukan Yaya itu. Kalau tidak, tidak merasala..."

   "Ha, akak jangan cakap benda lucah dekat sini, ya?" Sina Yaya memotong Alia daripada meneruskan kata-katanya. Sambil itu, dia memeriksa poketnya untuk mengambil telefonnya.

   Alia mengerutkan dahi. "Lah, bila masa akak nak cakap benda lucah. Kan Gopal belajar kulinari, masakanlah. Ke Yaya yang fikir benda itu sebenarnya? Haaa..."

   Kata-kata Alia tepat mengenai hidungnya. Alamak! Sina Yaya laju memberi alasan. "Eee, taklah. Ha, telefon tertinggal dekat atas. Nak pergi ambil, akak tunggu dekat bawah dululah, ya? Bye! Bye!"

   "Ceh, nak mengelatlah tu." Alia berpeluh tubuh. Kenal sahaja dengan perangai Sina Yaya ini! Tertoleh ke arah Puan Finna yang mengacau air di dapur, membuatkan Alia terdetik ingin membantu. "Ibu, nak Alia tolong ke?"

   "Fuh, nasib tertinggal telefon dekat atas katil. Kalau tak, malu aku dibuatnya sebab silap kata." Sina Yaya membebel sendirian saat lalu di hadapan bilik di mana abangnya dan Alia duduk buat sementara.

   Kedengaran sayup-sayup suara seseorang berbual di dalam bilik tersebut. Di sebalik pintu tersebut, kelihatan Siao Fang sedang berborak penuh serius dengan seseorang melalui telefon.

   "Kau... betul-betul serius, kan? Tak ada bergurau ke apa? Yalah, otak kau pun sama sewel dengan isteri aku." Siao Fang meminta kepastian daripada si pemanggil.

   Si pemanggil ataupun dikenali sebagai Izzkhair bermuram nadanya setelah digelar sewel. "Huhuhu, sampai hati kau kata begitu. Ha'ah, dari pengintip dalam Endanger Regulation itu... katanya bini kau, adik kau dengan kawan dia lagi satu nampak kerja kotor dia orang."

   Siao Fang bergerak menuju ke mejanya, memerhati kertas-kertas yang bersepah sebelum berbicara. "Tetapi... pelik. Kenapa mereka tak bunuh sahaja mereka atau... sebab mereka tengah tunggu sesuatu?"

   Wajah seseorang terpapar di dalam visual minda Siao Fang. Siao Fang berdecit, geram. "Ya, orang tak guna itu."

   Talian di sebalik seperti berdiam diri seperti sedang menyusun kata. Beberapa saat kemudian, Izzkhair bersuara. "Kalau orang itu dah kembali pada mereka, memang payahlah nanti."

   "Dengan rancangan dia orang yang bakal rugikan satu Malaysia... bagus juga adik kau kahwin dengan lelaki itu. Tak susah-susah kena jaga dia nanti."

   "Dok..." Pandangan Siao Fang terarah ke pintu tatkala kayu pintu itu berbunyi. "Sekejap ya, Izz." Siao Fang memutuskan talian lalu bergerak ke pintu.

   Sina Yaya pantas menjarakkan telinganya dari permukaan kayu itu. Dia mengetap bibir, tangannya sedikit berpeluh. "Tch, macam mana ini? Baik aku cepat turun."

   "Kreeek..." Bunyi dedaun pintu dibuka menghentikan langkah Sina Yaya. Siao Fang mengintai adiknya melalui celah-celah pintu. "Kau ada dengar apa-apa ke?"

   "Taklah, Yaya ambil telefon sahaja. Tadi tertinggal. Ha, abang tak nak turun ke? Makan?" Demi mengelakkan dirinya disyaki, Sina Yaya menukar topik. Namun, nampak sangat tipunya! Mata itu memang sedaya-upaya dielakkan daripada bertentangan!

   "Tak apalah. Kejap lagi. Yaya pergi makanlah dahulu." Sebaik berkata, Siao Fang terus menutup pintu. Sebenarnya, dia sudah tahu adiknya berbohong, cuma malas mahu berdebat.

   "Oh, okey." Yaya menghembus nafas lega apabila pintu kayu itu ditutup. Dia mengigit kuku sendiri selepas itu. "Aduh, nampak sangat macam aku menipu tadi. Ah, mungkin masa ini abang aku bodoh ke... positif..."

   Mesti berasap Siao Fang dengar di dalam bilik. Sedap-sedap mulut Sina Yaya sahaja gelar abang dia begitu. Tunggulah dia pesan kepada Gopal untuk cilikan mulut adiknya.

  "Yaya! Buat apa atas tangga itu? Turunlah!"

  Sina Yaya tersedar dari lamunannya. Dia segera menyahut. "Yaya nak turunlah ini!"

...

   Satu sudu aiskrim Milo dimasukkan ke dalam mulut. Sesekali matanya terpejam kerana kesejukan aiskrim itu memasuki ke dalam mulutnya. Lain daripada lain Gopal ini.

   Sebelum kahwin esok hari, sempat lagi dijamu diri sendiri dengan aiskrim. Aiskrim Milo yang bekasnya besar pula itu!

   Esok hari dia akan kahwin dengan Sina Yaya...tetapi adakah gadis itu ingat bahawa dia bekas cinta monyet gadis itu semasa zaman sekolah? Gopal mengeluh, perlahan. "Dia nak kahwin dengan aku pun sebab tak nak kahwin dengan bekas tunang dia itu."

   Walau bagaimanapun, wajah Sina Yaya sering muncul di dalam fikiran mahupun mimpinya sejak solat istikharah beberapa hari lepas. Ya, dia yakin bahawa keputusan ini tepat!

   "Ding! Ding!"

   Telefon Gopal bergetar menandakan terdapat mesej baru masuk. Gopal ternaik keningnya. Eh, tidak mungkin dua orang manusia itu yang mesej.

DarkWeeb Club

    Oh, kumpulan ini.

Nafiq
Dah nak kahwin dah bintang Hollywood kita!

Rizal Anak Dua
👏👏👏 (Emoji tepuk tangan.)

Jianying
Aaaa, nak tengok juga.
Tapi aku terkandas dekat Singapura. Hantarlah gambar banyak-banyak.

Okey, tapi siapa nak jadi jurugambar?
Aku makan aiskrim...
(Gambar aiskrim Milo)

  Kalau hendak tahu, kumpulan What's app ini ditubuhkan semasa Afiq pindah sekolah pada beberapa tahun yang lepas. Yang 'Darkweeb Club' itu pun gara-gara Gopallah.

Kakak susuan Afiq
Waah, wey apa hal tunjuk kat aku.
Ha, tengok. Aku dah mengidam aiskrim Milo.
Tak apa, Jianying. Aku boleh ambilkan.

Tak apa, Afiq boleh belikan.

Nafiq
Membazir duit aku sahaja.

Kakak susuan Afiq
Tak apa, aku boleh beli sendiri.
Macamlah aku tak ada duit.

Bini Afiq
Ha, beli untuk aku sekali.

Kakak susuan Afiq
Tak adanya.
Muahahahaha, aku nak beli untuk aku seorang sahaja.

Rizal jadi CCTVlah.

Rizal Anak Dua
Mana adalah.
Ha, Shaz Rukan. Kau duduk mana sekarang? Kan esok kau kahwin.

Duduk rumah akulah.
Nenek aku mana bagi aku duduk sekali dengan dia.

Nafiq
Haih, apa masalah nenek kau tu? Macam tak anggap kau cucu dia pula.

Biarlah dia.

Kakak susuan Afiq
Ah, jangan sedih.
Aku beli aiskrim untuk kau nanti.

Rizal
Tak apa, esok hari kahwin kau, kan? Cerialah sikit. Nanti bakal isteri kau tak ngaku laki kan.

Bini Afiq
Gopal boleh pula kau belikan aiskrim.
Aku nak sedih jugalah macam ini.

Kau sedih tak apa. Abang Afiq boleh pujukkan.
Aku ini? Huhuhu, singlet sahaja.

Nafiq
Ha, betullah itu.

Jianying
Singlet apanya.

Rizal Anak Dua
Entah, esok nak kahwin dah pun.

Nafiq
Jangan mimpi bukan-bukan sudahlah. Nak dekat Ramadhan ini.

   Gopal ternaik keningnya. Ha, ini seperti ada bau-bau dia mahu dikenakan ini. Baik dia pergi lari dulu daripada kena bahan nanti.

Aku nak pergi letak aiskrim dalam peti balik. Nanti cair pula.

Nafiq
Shaz Rukan mengelaaaat.

Mana ada. Betullah. Bye. Jumpa esok! :V

   Gopal menutup bekas aiskrim yang terbuka itu. Sesekali dia mengeluh sebelum mengukir senyuman semula. Dia membawa bekas itu ke dapur dengan seribu pemikiran.

   Tidak mengapa, Gopal! Kau ada Tuhan kau. Kau ada diri kau. Semuanya akan berjalan dengan lancar. Insya-Allah. Mungkin ada hikmah di sebalik Puan Sarindi bersikap sedemikian. Lagipun benar kata Rizal, esok majlis kahwinnya, bukan?

   Gopal meletakkan bekas aiskrim ke dalam tingkat atas peti tersebut. Rasa gelisah dan takut lantas bercampur-baur. "Tetapi... kenapa aku rasa ada benda buruk akan terjadi, ya?"

   Saat Gopal memusingkan tubuhnya kembali, langsung tidak memandang ke tanah kerana terlalu memikirkan perasaan tersebut. Tidak semena-mena, jari manis kakinya tersepak kaki meja maka bergemalah suara Tarzan di dalam rumah Gopal.

...

   Matahari mula terbit daripada Timur. Yalah, kalau keluar dari Barat, lain pula jadinya. Seekor burung terbang dengan cacing di mulutnya mencari pokok ia bersarang.

   Sebuah pokok di sebelah kedai serbaneka menangkap perhatian burung itu. Burung itu memusingkan arahnya ke arah pokok itu. Namun, signal lupa hendak dibagi. Maklumlah, bukannya dia ada lampu dekat belakang.

   Seorang lelaki berumur dalam 30-an melangkah masuk ke dalam kedai serbaneka. Langkah utama diorakkan ke mesin ATM yang disediakan di dalam kedai itu. Hrm, penuh tong sampah sebelah itu dengan resit.

   Punat-punat pada mesin ATM itu ditekan. Dinilai pada skrin tersebut, nampaknya lelaki ini ingin mengeluarkan duit! Namun, sesuatu yang mustahil berlaku ke atas lelaki itu.

   "Sekejap, sekejap!" Lelaki itu menggosok matanya beberapa kali, manalah tahu ada tahi mata yang mengaburkan permandangan. Tetapi ternyata sama sahaja.

   "Duit aku semuanya hilang! Kosong terus! Dahlah hari jadi bini aku 3 April! Ah, hari ini 3 April!"

   Suara lelaki itu cukup kuat sehingga burung tadi yang ingin memberi makanan kepada anak-anaknya hampir terjatuh dari sarang. Melihat semua anak-anaknya sudah makan, burung itu kembali mengibaskan sayapnya ke langit.

   Burung berbulu pelepah kelabu itu kembali mencari rezeki. Dalam perjalanan itu, haiwan spesies burung itu melintasi di sebuah masjid, di mana satu persatuan besar berlalu di situ.

   "Bismillahirahmanirrahim. Sebut nama kamu, ya?" Encik Siao Afiq yang duduk di hadapan Gopal menyebut namanya. "Gopal Khadeen Bin Abdullah?"

   Gopal menyahut. "Saya."

   Sudahlah gugup ini. Ini kalau salam, pasti makin bertambah berdebarnya lagi.

   Encik Siao Afiq membaca takrif nikah di hadapan bakal menantunya, Gopal. "Saya nikahkan kamu dengan, Sina Yaya Binti Siao Afiq, yang telah berwali-walinya kepada saya, dengan mas kahwinnya 500 ringgit tunai dengan senaskah Al-Quran."

   Terteguk sebentar Gopal mendengarnya. Selepas sahaja dia mengucapkan, dia akan menjadi isteri kepada Sina Yaya. Sina Yaya yang berpakaian pengantin ditoleh sebentar ke belakang sebelum memandang Encik Siao Afiq semula.

  "Aku terima nikahnya Siao Afiq Bin Siao Afiq dengan..."

   Rizal yang duduk jauh di belakang bersuara. "Hoi, hoi, hoi! Kau nak kahwin dengan bapa mertua kau buat apa?" Pertanyaan Rizal membuatkan semua di dalam masjid itu ketawa.

   Afiq yang duduk sebelah Rizal berjarakkan satu meter sudah merakam aksi tersebut. Haih... boleh jadi kenang-kenanganlah ini. Gopal ini praktis akad nikah ke semalam? Sudahlah sebut nama bapa mertua dua kali.

   Alia menepuk-nepuk riba dengan tawa masih bersisa. Sina Yaya yang tergelak menutup mulut yang disarung topeng muka dipandang. "Habislah Yaya. Bakal suami Yaya tak nak kahwin dengan Yaya."

   Encik Siao Afiq segera meredakan suasana yang ada. Wajah serius ditayangkan. "Dah, dah. Tahulah berdebar. Ada pula nak kahwin dengan aku. Aku ada binilah. Baik kita ulang sekali lagi."

   Gopal tersengih-sengih mendengar encik Siao Afiq membaca akad nikah semula. "Saya nikahkan kamu dengan, Sina Yaya Binti Siao Afiq, yang telah berwali-walinya kepada saya, dengan mas kahwinnya 500 ringgit tunai dan senaskah Al-Quran."

   Gopal menarik nafas dalam-dalam sebelum mengucapkannya. "Aku terima nikahnya Sina Yaya Binti Siao Afiq dengan mas kahwinnya 500  ringgit tunai dan senaskah Al-Quran."

   Sina Yaya menitikkan air mata setelah akad nikah itu dibacakan. Entah kenapa rasa sebak di dalam hati. Sina Yaya melihat ayahnya bertanya kesahihan kepada saksi-saksi.

  "Sah, sah."

  Ramai menyebut-menyebut rasa syukur kepada Allah. Nampaknya dua insan telah bersatu pada hari ini. Tidaklah bersalaman sebab jaga SOP. Semua pakat cakap tahniah sahaja.

   Sebaik sahaja melakukan solat sunat selepas berkahwin, acara pembatalan air sembahyang dilakukan. Ramai betul orang kahwin sebelum 1 Ramadhan ini.

   Raisha yang duduk satu meter di belakang Afiq bangun dengan satu senyuman. Bolehlah dia menyatakan tahniah kepada kawannya nanti. Belum sempat dia ke hadapan, dia terlanggar seseorang.

   "Aduh. Maaf. Maaf."

  Raisha membetulkan tudungnya yang sedikit senget. "Aduh, jalan tengoklah hadapan. Yang jalan ke senget kenapa? Da... eh, kau kan..."

   Habri tertoleh ke dalam mata Raisha. Pipinya merona merah di sebalik topeng tersebut. Jodohnya di hadapan mata. "Jo... jod..."

   "Ah, kau pervert hari itu, kan? Kau ikut aku, ke? Tak malu." Raisha mejarakkan diri daripada Habri. Macam manalah boleh jumpa manusia seperti ini di majlis kahwin rakannya? Aduh, sakitlah hati!

   Habri laju menidakkan. "Bukan, bukan. Ini majlis kahwin saya puny..."

  "Kahwin kau? Ke kau ex kepada pengantin perempuan kawan aku? Eh, ex kau dah kahwinlah. Menyesal aku selamatkan kau hari itu." Berterus-terusan Raisha menuduh Habri.

   Rizal berpaling ke belakang. Melihat Raisha kelihatan bertengkar dengan seseorang, Rizal menyiku Afiq. "Wey, kenapa dengan Raisha itu?"

   Afiq memandang ke arah yang ditunjukkan ke arah Rizal. Dia mengecilkan matanya. Lah... itu ke 'lelaki' yang Raisha kata gila itu? Dia menoleh semula ke hadapan. "Biarlah dia."

   "Tak. Itu sepupu saya. Har..." Habri yang sudah kehilangan kata-kata itu disampuk oleh seseorang.

   "Itu ke pengantin lelakinya?" Seorang lelaki berkulit coklat manis menunjukkan ke arah Gopal bersama Sina Yaya itu. Ada juga Afiq dan Rizal mengucapkan tahniah kepadanya.

   Raisha mendongak ke arah lelaki di sebelahnya. Mata lelaki ini... serupa benar akan Gopal. Pelanduk dua serupa, mungkin? Raisha tersedar dari lamunannya tatkala lelaki itu berdehem kuat.

   "Saya tanya... itu pengantin lelaki ke?"

   Raisha pantas menjawab. "Ya. Takkan yang pakai baju Melayu itu pembantu rumah kau pula. Kau ini siapa?"

   Lelaki misteri itu menarik senyum di sebalik topeng. "'Kawan' lelaki itu." Dia beredar daripada Raisha dan Habri. Senyuman sinis belum hilang pada wajahnya.

   "A... awak... nama siapa?" Kasihan Habri dipulaukan Raisha. Entah dengar atau tidak si Raisha itu bahawa Habri itu sepupu Sina Yaya.

   "Ah, sibuk sahaja kau ini nak tahu nama aku. Jangan kacau akulah." Raisha meninggalkan Habri yang menyendu di belakang.

   "Eh, awak!" Tabah buat Habri. Misi hendak mengorat perempuan gagal dilakukan. Tanda pagar, singletlah selamanya.

   Lelaki itu merakam Sina Yaya dan Gopal dengan pandangan matanya. Pasangan itu seperti kekok. Mungkin disebabkan baru kahwin ataupun menyangka mereka berdua kahwin tanpa rasa cinta.

   Lelaki itu mengusap dagunya. "Ini barulah menarik." Dia kemudiannya meninggalkan masjid itu.



















✨✨✨

Gopal yang kahwin, aku pula yang berdebar.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top