43 | EL

                              TANGANNYA setia berada di pemegang kerusi roda yang diduduki Gopal. Kerusi itu sebenarnya salah satu kerusi roda yang dimiliki puan Sarindi. Tak sangka pula puan Sarindi buat koleksi kerusi roda.
 
   "Jadi, apa kau nak buat sekarang?" Siao Fang menegur Gopal, memecahkan kesibukan kaunter yang didengari mereka. Dahlah kerani tu lambat bagi ubat, adiknya yang pergi tandas pun macam pergi cuci tandas saja lamanya!
 
   "Aku ingatkan nak jadi ikut bidang aku. Kau tahu ke bidang aku apa, kan?" Eh, Gopal ini... sempat lagi suruh main teka-teki.
  
   Siao Fang mengerutkan dahi. "Mana aku tahu kau masuk course apa masa universiti. Kulinari, kan?"
 
  "Ha, betullah tu!" suara Gopal bersama gelakan di akhir kata. Kening Siao Fang mula bercantum.

  "Ha?"

  "Eh?"

   "Maaf, lambat. Ubat dah sampai ke... eh?" Sina Yaya termengah-mengah menuju kembali ruang menunggu. Matanya terkebil-kebil memandang situasi di hadapan matanya.

   "Ah, nantilah aku bagitahu! Jangan congekkan aku! Nanti tertonggek aku nanti!" Gopal melaung apabila Siao Fang tiba-tiba acah-acah ingin menjatuhkannya ke belakang.

  "Kau ni puasa puasa buat hal kan? Bagitahu jelah." Siao Fang berhenti mengancam nyawa pesakit. Pemegang kerusi roda itu dilepaskan.

  "Ala, nantilah aku bagitahu." Gopal membuat muka tidak bersalah. Dia serta-merta panik melihat Siao Fang mengeratkan pemegang kerusi rodanya. "Eh, janganlah Siao Fang. Kulinari kan memasak. Jadi faham-faham jel..."

  "Apa benda kau orang buat ni?" Alamak, Sina Yaya!

...

   Pintu keretanya dihempas perlahan. Perempuan itu mengurut-urut lehernya yang terasa sakit-sakit. Pangsapuri bertingkat empat itu didongakkan. Walaupun tingkatnya tingkat dua, dia punya rasa malas nak naik tangga itu... masya-Allah.

"Dahlah tak boleh balik kampung beraya... memanglah boleh video call tapi tak seronoklah. Kurang asam punya Covid." Perempuan itu merungut-rungut sambil mengutuk entah siapa.

   Jalan pun terhuyung-hayang, kan kena langgar tak fasal fasal beraya di hospital pula!

  "Akak!" Hati perempuan itu berkembang-kembang saat dipanggil begitu. Tak jadi hendak memaki di bulan puasa. Umur 27 ini masih dianggap muda? Segera dia menyahut. "Ya, hrm... nak apa?"
 
   "Akak nak kuih raya percuma tak?" Sina Yaya menghulurkan sebalang kuih raya kepada perempuan itu. "Ha?" Tercengang perempuan itu dengan kangkangnya yang terbuka luas. Tak sopan betul!

   Kuih raya itu disambut lambat-lambat. Fulamak, kuih tart gunung! Kekuningan kuih tersebut membuatkan dia meleleh air liur. Sabar, jangan terbuka waktu bulan puasa pula!

   Perempuan itu tersedar dari hawa nafsunya. "Ah, terima kasih banyak-banyak."

  "Ha, kak itu kuih buatan saya sendiri." Gopal muncul dari belakang, menghulurkan katalog poster kuih pada perempuan itu. "Kalau nak beli kuih dari saya, boleh datang dekat rumah ni."

   "Huh! Kuih ini bukan percuma ke?" Terkejut beruk wajah perempuan itu. Dia kena tipu ke? Baru hendak marathon drama Korea sambil makan kuih ini.

  Sina Yaya menyangkal. "Eh, tak, tak. Yang tu, kita orang sedekahkan. Tapi kalau nak lagi, boleh order dengan kami dekat rumah ni."

   "Oh, jimat duit aku." Perempuan itu mengurut dada, lega.

  Kya yang bersenang-lenang di atas meja lipat merenung perbualan itu. Hrm, pelik-pelik betul manusia zaman sekarang. Tidak sehebat macam aku pun! Macam manalah boleh layak untuk bersekutu dengan kaumnya.

   Sedang sibuk Kya berguling dan bermonolog, dia terjatuh ke bawah meja.

  "Assamualaikum dan selamat sejahtera. Anda sedang menonton Berita Utama bersama saya, Pelek Bannar. Sebuah tapak pembangunan dibom gara gara pentempuran antara ahli kongsi gelap dengan pihak berkuasa pada 30 April, semalam."
 
  "Seluruh ahli kongsi gelap ataupun dipanggil Endanger Regulation, E.R.... yang terlibat ditangkap pada hari tersebut. Berikutan dengan itu, polis mendapati mereka terlibat dengan kes perdagangan senjata haram, pelacuran dan kelab malam, mengancam nyawa rakyat juga kecurian duit Malaysia baru baru ini."

  "Ha, dah siap." Siao Fang nak tak nak menghidangkan pada meja. Mungkin tidak bersahur pagi orangnya tadi. Semua tumpuan pada siaran berita beralih pada jamuan berbuka puasa.

   "Jemputlah makan, semua. Ibu, ayah..." Alia menyusun pinggan-pinggan mengikut susunannya. Dia meletakkan lauk ikan tiga rasa di hadapan Sina Yaya. "... dan ini untuk Yaya dan Gopal."

   "Terima kasih, kak," ucap Sina Yaya, senyumannya dikuntum. Aduh, tengok lauk-lauk ini rasa lapar pula.

  "Amboi, Alia dengan Yaya ke masak semua lauk ini? Nampak meliurkan semuanya." Puan Finna menjongketkan keningnya memandang lauk-lauk yang tersidang. Ada ayam goreng, ikan tiga rasa dan kurma pun ada sekali!
 
   "Eh, mana ada. Yaya dengan kak Alia masak nasi saja."

  "Eh, tolong sikit. Akak masak air tau." Alia menyampuk membetulkan. Sina Yaya pun hanya melayan sahaja.

   "Yaya dengan kak Alia tolong apa yang patut je. Abang Gopallah yang masak semua ini! Sebab tulah nampak sedap-sedap!" Yaya membangga-banggakan masakan suaminya.

   "Wah? Patutlah nampak macam hotel 5 bintang!" Pak cik, janganlah puji si Gopal itu. Terkembang hidungnya nanti.

   "Tak adalah, ayah. Biasa-biasa je. Tapi boleh je nak sampai ke peringkat hotel. Hahaha." Gopal tergelak tanpa henti. Dah kata dah. Nanti tidak fasal-fasal terpecik air liur dia pula melekat dekat lauk-lauk.

   Mata puan Finna terarah pada kerusi roda yang dipakai Gopal. Ketika orang memakai kerusi, menantunya yang dianggap seperti anak sendiri cuma memakai kerusi roda. Rasa simpati mula terungkap dalam hatinya.

   "Gopal? Gopal dah okey ke?"

   Sina Yaya terkedu mendengarnya. Perlahan-lahan dia menoleh ke arah Gopal di sebelahnya.

   Gopal terurai tawanya. "Tak adalah, Gopal dah okey je, ibu. Lagipun walau lumpuh sekarang, saya masih boleh belajar benda baru dan masih ada nikmat dekat sekeliling kita."

   "Kalau nikmat sekarang pun dah banyak, apatah lagi nikmat di masa akan datang, kan?"

  Kedua pasangan itu terasa hangat mendengar jawapan menantu mereka. Secara automatik, lorekkan senyuman muncul pada wajah kedua-duanya.

   "Ha, kalau nak tahu... sebenarnya Sina Yaya mengandung sekarang." Sebaik sahaja pengumuman itu dilakukan, merona merah muka Sina Yaya. Eh, Gopal ini. Tiba-tiba sahaja!

   "Uhuk! Uhuk!" Terbatuk-batuk Siao Fang disebabkan tersedak air liur sendiri. Alia segera menghulurkan air. "Eh minumlah air ini, awak. Eh lupa... belum azan lagi, hehehe."

   Siao Fang mengerutkan dahi memandang Alia yang menggosok belakangnya. Ini nak berterima kasih ke nak minta jentik dahi itu?

   "Kenapa pandang macam tu? Malulah saya." Belum sempat Alia hendak mengubah riaknya menjadi hodoh, Siao Fang sudah menjentik dahi Alia.

  "Alhamdulilah! Yakah? Dah berapa kandungan tu?" Terpancar sinaran wajah Puan Finna mendengar berita cahaya mata baru dari Gopal.

   "Erm, baru tiga minggu," jawab Sina Yaya.

   "Wah, bolehlah geng perut memboyot nanti." Alia berseloroh. Diusap-usap perutnya yang membuncit.

  "Ha, nanti aku suruh anak aku jadikan anak engkau hamba abdi." Siao Fang tergelak jahat dalam hati. Gopal segera bersuara. "Ha, ini red flag ni. Aku senarai hitamkan anak kau jadi saudara anak aku."

   "Sepatutnya aku senaraikan hitam anak kau dekat dengan anak aku. Entah menurun degil mak dia ke menurun badut kau. Tak fasal fasal anak aku jadi gila sekali," tambah Siao Fang.

   "Eh, Yaya tak degil en!" Yaya menafikan tuduhan itu manakala Gopal tersentuh hati dengan panggilan badut itu. Aku... badut? Ya Allah, aku pelawak juga sebenarnya!

   Encik Siao Afiq ketawa kecil dalam situasi meja makannya. Dulu, tak adalah ceria begini. Tetapi, sejak kedatangan Gopal... entah mengapa rasa makin ceria kehidupannya yang dialaminya.

   Sesungguhnya pilihan Allah tak pernah salah.

  "Tahniah ya, Gopal... Yaya." Tenang sahaja encik Siao Afiq mengujarkannya. Gopal dan Yaya memandang sesama sendiri sebelum berterima kasih serentak pada encik Siao Afiq.

   "Harap-harap dia mengikut perangai Gopal yang pandai memasak tu."

   "Ayah pun sama!"

   Terburai tawa mereka di situ. Tidak lama daripada itu, azan Mahgrib mula berkumandang.

...

   Gopal membungkus balang kuih raya buatannya. Kya di bawah mengangkat-angkat wajah berbulunya memandang Gopal. Sejak Gopal berkerusi roda ini, jarang dia dikacau oleh Kya.

   Mungkin dipandang rendah bahawa lelaki ini tidak boleh lagi merampas Sina Yaya daripadanya.

   "Buat apa tu!" Sina Yaya menyentuh pipi Gopal dengan tangannya yang bertepung. Gopal mencalit tepung pada pipinya lalu perlahan-lahan berpaling ke belakang.

   "Jangan marah... eh, awak marah k..."

   "Buat macam ni!" Gopal pantas menepek tepung pada muka Sina Yaya saat Sina Yaya menghampirinya. Moleklah mu dua orang, dua-dua sudah bersolekkan tepung di wajah!

   "Ah, jahatlah. Nah." Sina Yaya cuba menepek tepung pada wajah Gopal namun lengannya pula yang terkena. Meriah betul dua budak ini main tepung dekat dapur.

   Kya yang melihat kekecohan itu keluar penuh bergaya daripada dapur itu. Meskipun bulunya putih, tak mahulah bulunya bercampur sama tepung gandum itu. Erm, poyo betullah engkau ini Kya.

   "Dah, dah. Cukup!" Gopal menghalang mukanya yang ingin menjadi sasaran. Aduh, kalau termasuk dalam mulut tepung ini jadi hal lain pula. Terbuka puasa tanpa sedar.

   "Yalah, yalah. Saya tak buat." Sina Yaya mengangkat tangan, tanda mengaku kalah. Muka dia pun sama naik berdebu sama macam Gopal. Matanya tertumpu pada berbalang-balang bekas kuih itu.

   "Wah, ingatkan sikit. Rupanya banyak. Ramai gila orang nak beli kuih awak."

   Gopal menepuk dadanya. "Mestilah ini Gopal kot!"

  "Yalah, takkan jiran sebelah pula." Sina Yaya melawak sendiri. Walaupun rasa tak lawak mana pun, Gopal tetap gelak dengan lawaknya (mudah terhibur orangnya).

   Betullah, ada hikmah apabila mereka berpindah ke sini. Dapur di sini melengkung memudahkan Gopal untuk membuat kerja masakannya. Dan unik juga. Senang untuk bergerak dengan kerusi rodanya ke mana-mana.

   "Saya bersyukur awak jadi suami saya," kata Sina Yaya. Dia duduk di hadapan suaminya. Kepalanya dijatuhkan pada riba Gopal.

   Gopal terkedu seketika. "Walaupun saya ni tak kacak, berkerusi roda, dan selalu kecewakan awak?" Gopal terasa pahit dengan ejekannya sendiri.

   "Walaupun awak baik, pandai masak dan selalu gembirakan saya..." Sina Yaya menunjukkan giginya di atas riba Gopal. "Ya, jadi saya bersyukur."

   Gopal terasa mahu meletup di situ. Panas rasanya mukanya! Sina Yaya mengangkat dua jarinya. "Kalau awak cakap buruk fasal, Gopal. Saya cubit awak nanti!"

   "Biarlah saya nak ejek dia. Lagipun cubitan awak setakat macam kena cubit ngan Kya je. Yalah, Gopal tu kan..." Gopal sambung mengutuk dirinya bagi menahan malunya yang masih belum terpadam.

   "Oh, macam Kya, ya?" Sina Yaya mendukung Kya yang kebetulan lalu di situ. Kya yang bingung dihalakan ke arah Gopal tersenyum sumbing memandang tangan Gopal. Kukunya dikeluarkan.

   "AH, KYA! CUKUP!

  
  

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top