42 | EL

                             GARISAN hijau bergerak secara ombak pada skrin monitor nyawa itu. Setiap gerakkanya sentiasa berserta dengan bunyi tit... tit... tit, namun pesakitnya masih belum menyedarkan dirinya.

   Sina Yaya mengenggam seluarnya tanpa matanya bertentang langsung dengan Gopal. Kalau dia tenung sekali lagi kaki Gopal yang berbalut konkrit itu, pasti kelopak matanya akan bocor dan tertumpah-tumpah!

   Selalunya perkara ini ditayangkan pada kaca televisyen, tidak sangka dia akan melalui perkara ini di hadapan mata!

   "Puan Sina Yaya, maafkan saya... tetapi suami puan telah disahkan lumpuh separuh badan, seumur hidup."

   Sina Yaya mengetap giginya, menahan tangis. Apa yang dia boleh lakukan sekarang ini? Kuatkah dia... kuatkah Gopal?
  
   Perutnya yang berbunyi meminta makanan, diendahkan. Segala keperluannya tertanam dalam lubuk keresahannya. Hatinya berbisik panjang.

   Macam mana kalau ada orang pergi tutup suis pernafasan Gopal? Macam mana kalau Gopal terbangun kalau dia pergi? Macam mana kalau Gopal mati?

  "Ergh..." Kedengaran rengekan daripada Gopal. Saat Sina Yaya mengangkat wajahnya, ketika itulah kelopak mata Gopal mula terbuka. Gopal menahan peningnya sambil memandang sekeliling.

   Anak matanya terhenti pada jasad Sina Yaya. "Kenapa... awak menangis?" Gopal menyoal, lemah?

  Pecah suara Sina Yaya meluahkan. "Saya ni nampak tak guna ke sampai awak tak nak minta tolong saya?"

  Mata Gopal terbeliak mendengarnya. Dia cuba menggerakkan tubuhnya namun hanya keperitan yang dia dapat. Sina Yaya merintih menghalang. "Janganlah... janganlah gerak. Kaki awak dah sakit tu."

   Gopal berpaling kembali ke arah Sina Yaya. Mahu sahaja dia memohon maaf kepada gadis itu, sayangnya tekaknya terasa kering sangat. "Ya... ya..."

   "Yaya... Yaya belum solat Mahgrib, kan? Eh, Gopal dah sedar?" Puan Finna tersentak melihat Gopal yang masih lemah itu. Pantas dia mengambil tindakan. "Sekejap, ibu panggilkan doktor."

   "Ya..." Hati Gopal perit melihat Sina Yaya bangun menuju ke pintu. Namun begitu, dia lagi sakit lihat Sina Yaya menangis di hadapannya. Ini semua salah dirinya...

   Puan Finna kembali dengan seorang doktor lelaki. Doktor lelaki itu meminta Sina Yaya dan puan Finna memberi masa untuk beliau memeriksa keadaan Gopal. Yalah, orang nak buat kerja takkan nak menyibuk tengok kat sebelah. Malulah doktor itu.

   "Yaya, tak solat Mahgrib lagi kan?" Puan Finna menghela pahit menerima gelengan daripada Sina Yaya. "Tak bolehlah macam tu, Yaya. Yaya pun tak berbuka lagi... amma kata. Jangan sampai kerisauan kita, memakan diri kita sendiri."

   Yaya hanya diam membisu.

   "Jomlah pergi solat. Ibu teman Yaya. Lagipun nak masuk azan Isyak ni. Baik cepat." Puan Finna mengajak anaknya ke surau. Sina Yaya mengangguk sahaja lalu mengikut ibunya tanpa ada reaksi emosi.

   Keluhan terlepas dari mulut Puan Finna. Ya Allah, berikanlah kekuatan pada anak aku ini ya Allah. Berikanlah senyuman yang hilang dari anaknya ini kembali, ya Allah.

  Usai sahaja menunaikan solat, Sina Yaya pulang ke bilik wad Gopal bersama ibunya. Selepas solat tadi, rasalah tenang sikit dilihat Sina Yaya itu. Cuma setiap kali ditanya, anggukan dan gelengan sahaja dapat diberikan.
 
   Okeylah daripada mendiam sahaja dari tadi!

   "Siapa pula tu?" Puan Finna mengecilkan matanya, cuba mengfokuskan tubuh perempuan menghendap depan bilik wad menantunya.

   "Macam mana ni?" Elmarsya menyandarkan dirinya pada dinding. Aduh rasa gugup macam nak bagi surat dekat idola pula ini! Dia mengigit jarinya. "Nak minta maaf, tapi Gopal tak sedar lagi."

   Jarinya diturunkan. "Kenapa dia selamatkan aku agaknya? Selama ni aku selalu nak bunuh dia."

   "Apa kau buat dekat sini, ha?" Sina Yaya menjerkah Elmarsya. Wajahnya masam mencuka seakan-akan memendam sesuatu.
  
   Teragak-agak Elmarsya ingin membalas. "Aku... aku nak minta dekat kau dengan Gopal." Tapak tangan Sina Yaya secara mendadak mengenai pada mukanya. Bergetar iris mata Elmarsya diperlakukan begitu.

  "Nak... nak minta maaf? Suami aku dah lumpuh separuh badan tau tak?" Meluap-luap kemarahan Yaya ditempiaskan ke arah Elmarsya. "Kalau mati macam mana? Kau ingat... orang macam kau, layak dimaafkan ke!"

   Puan Finna laju menarik Sina Yaya. "Ya Allah, Yaya! Sabar, Yaya. Sabar!"

  Sina Yaya masih tidak puas hati melepaskan amarahnya. "Kau ingat aku akan maafkan kau ke?" Ayatnya terhenti apabila El-Amin muncul memegang bahu Elmarsya.

   El-Amin bertanya. "Gopal dah sedar ke?"

  "Dah." Semua serentak menjenguk ke dalam bilik wad. Gopal mengetap bibir janggal dipandang begitu. "Bagilah dia orang masuk."

...

   Ragu-ragu Gopal mahu melangkah masuk ke dalam masjid. Pak cik tua di belakangnya pelik apabila Gopal berhenti berjalan. "Kenapa nak tak masuk dalam masjid lagi? Tak apa, boleh je masuk."

   Gopal terkedu bila ditegur pak cik tua itu. Dia tersengih seketika, aduh... pak cik ini macam tahu tahu saja. Lambat-lambat dia melangkah kaki kanan ke dalam perkarangan masjid.

   Isi masjid itu diintai dari luar. Nampaknya dia orang dah nak bersiap-siap untuk menghadap tuhan mereka. Dengan berhati-hati, Gopal menurunkan pak cik itu di atas lantai masjid. "Okeylah, pak cik. Kita dah sampai masjid."

   "Terima kasih ya, nak. Kamu memang baik orangnya." Senyum pak cik itu sehingga menampakkan gigi palsu. Entah kenapa hati Gopal dinyulit rasa hangat momen kata itu diucapkan.

   "Sama-sama." Gopal menjatuhkan kepalanya. "Tak adalah, saya hanya tolong orang je. Eh, lupa pula nak bagi tongkat ini kat pak cik."

   Pak cik itu menyambut tongkat dihulurkan Gopal. "Jangan begitu, kamu memang layak dipuji. Baiklah, terima kasih sebab dukungkan pak cik." Sebaik sahaja berkata, terus pak cik itu menuju ke pintu utama saf lelaki.

   Sedang itu, entah mengapa Gopal tidak mampu menggerakkan kakinya. Terasa ingin perhatikan sahaja pak cik itu masuk dengan selamat. Yalah, sudahlah terhinjut-hinjut pak cik itu berjalan berpandukan tongkatnya. Risau pula hendak melihat.

   Nak tolong... dia was was sama ada orang macam dia boleh masuk dalam kawasan ini atau tidak.

  "Tok!"

   Beberapa para jemaah yang bersedia hendak mengerjakan solat serta-merta berhenti tatkala pak cik tua itu memberi salam. Bukan seorang, bukan dua orang, bahkan berpuluh-puluh!

   "Tok, lama saya tunggu tom. Tadi pun ragu ragu nak imamkan sebab tok tak ada jadi makmum saya!"

  "Tok, napa lambat? Selalunya tok paling awal!"

  Seorang lelaki berbangsa cina memeluk pak cik tersebut. "Atuk, saya tak tahu lagi nak baca Al-Fatihah, kalau tok tak ada. Matilah saya."

   "Wey, Ah Min. Janganlah nangis wey."

   Gopal terkedu melihat situasi itu. Hebat betul pak cik tua itu sampai hampir satu jemaah menunggunya! Dalam keriuhan yang ada, dia terasa sesuatu yang menenangkan dalam dirinya.

   Pak cik tua itu cuba menarik perhatian ramai yang ada. "Sebenarnya tok terseliuh kaki masa nak perjalanan ke masjid. Kalau tak ada anak ini, pasti atuk takkan ada kat masjid hari ni."

   Semua mata tertumpu ke arah Gopal yang masih terpaku ke situ. Gopal sudah berpeluh, alamak. Nak lari ke tak ini. Sebaliknya, hatinya merasakan ingin tinggal di dalam suasana yang tenang ini.

   Seorang lelaki datang pada Gopal. "Terima kasih banyak-banyak sebab hantar atuk kat sini. Boleh ambil mee goreng atas meja lebih. Sebagai ucapan terima kasih." Lelaki itu mengucapkan terima kasih sekaligus mempelawa Gopal menjamah satu.

   "Eh?" Lelaki itu panik ketika Gopal tiba-tiba berubah riak. "Kenapa kau nangis? Aku salah cakap ke?"

  "Boleh saya nak masuk Islam?" Pertanyaan tiba-tiba itu mengejutkan semua. Pak cik tua itu menguntum sebuah senyuman lalu menunduk sekilas. "Mestilah boleh."

   "Tak apa, aku maafkan," kata Gopal. Semuanya seperti tidak percaya dengan ujar kata Gopal. Eh macam itu sahaja?

   "Awak maafkan? Dia... dia buat kaki awak lumpuh kot, kenapa awak senang-senang sahaja maafkan dia orang?" Sina Yaya meminta penjelasan, tidak puas hati.

  Elmarsya setuju dengan kutukan Sina Yaya itu. "Kau ni okey ke tak? Lepas apa aku buat dekat kau, tak akan ada orang akan maafkan perbuatan macam tu."

   "Itu orang, dan bukan aku. Lagipun, aku yang nak selamatkan kau. Kan maafkan orang tu lagi menenangkan dari terus berdendam." Balasan Gopal itu berjaya menepis hidung Sina Yaya sendiri. Bahunya yang ternaik diselaputi marah lama kelamaan terturun sendiri.

   Masakan tidak, itu ayat yang pernah diucapkan semasa puan Sarindi meminta maaf kepadanya.

  Gopal menambah."Lagipun, kalau orang tu betul betul nak berubah, dia memang layak untuk dimaafkan."

  Terpancar cahaya masuk ke dalam mata Elmarsya. Rasa terharu dan rasa dihargai mula dirasakan. Perasaan ini bukan sama sepertinya di dalam ER, ini seribu kali ganda jauh lebih berbeza.

   "Saya pun nak minta maaf sebab marah marahkan awak tadi." Sina Yaya laju pinta maaf dari Elmarsya. Dia tersedar dia melampau terhadap wanita ini. Elmarsya cuma mengangguk sahaja.

   "Itu saja urusan kau kan? Mari ikut aku." El-Amin bangun daripada kerusinya. Nampak dua orang ini macam bermasalah sahaja, baik tinggalkan berdua supaya dapat diselesaikan masalah itu.

   Elmarsya mengikut serta. Lagipun dia sudah tiada hala tuju di sini. Atmosfera mula menjadi janggal tatkala dua beradik itu menghilang daripada bilik ini.

   Sina Yaya merenung Gopal yang menundukkan kepalanya, ibarat anak menghadap ibunya yang sedang marah. "Saya minta maaf sebab melampau tadi. Risau saya tak bermaksud saya boleh jadi kurang ajar macam tu."

   "Saya memang marah sebab awak pura-pura hilang ingatan. Tapi pandai juga en awak berlakon. Bukan takat pandai masak saja. Rupa-rupanya awak ada bakat tersembunyi juga." Sina Yaya tergelak kecil dengan selorohan sendiri.

   "Lagipun saya bersyukur yang Allah masih adakah awak di sisi saya. Bolehlah anak kita  tengok ayah ke appa dia nanti." Tahan memerah Sina Yaya mengucap perkataan 'anak kita'. Aduh, masa inilah rasa nak tanam kepala dalam bantal!

   "Ish, pandanglah muka saya bila bercakap!" Sina Yaya memaksa wajah Gopal memandang ke arahanya.

   Hati Sina Yaya terkelu semasa mata Gopal bertentangan dengannya. Tidak berhenti-henti air mata keluar daripada gegendang mata itu. Sina Yaya memegang bahu Gopal. "Gopal..."

   "Minta maaf..." Tersedu-sedan Gopal cuba melafazkan kata. "Saya minta maaf sebab buat awak risau. Tak fasal fasal jadi lumpuh dan menyusahkan awak pula. Ah... maaf tiba tiba menangis."

   Bersungguh-sungguh Gopal mengelap air matanya, tetapi pipinya masih semakin lama semakin basah. "Saya minta maaf jadi suami yang teruk. Saya tak bermaksud pun nak buat awak sedih. Saya minta maaf, Yaya."

   Sina Yaya memegang pergelangan tangan Gopal. Dia memeluk Gopal lalu menggosok belakangnya. "Tak apa, tak apa. Janganlah lap air mata tu. Nangis je sampai puas."

   Gopal mula mengalirkan air mata pada bahu isterinya. Kala air mata Gopal membasahi tudungnya, air mata Sina Yaya turut laju turun.

   Malam itu, dua bintang itu menangisi penderitaan mereka, kerana mereka sudah terlalu kuat untuk terlalu lama.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top