41 | EL
SUASANA hitam menjadi benda pertama yang dilihat oleh Elmarsya. Ruang yang didudukinya seolah-olah dicat dinding hitam. Suara yang dapat dengar di sekelilingnya hanyalah suara membisu melainkan suara hatinya sendiri.
Elmarsya mengeluh keras. Kenapa selalu benda ini terjadi setiap kali dia melayar ke alam ini. Bukan hanya sekali namun sudah berkali-kali!
'Tak akan mimpi ni lagi?' Serentak dengan itu, sebuah memori darinya menyala di hadapan wajahnya.
Dalam biasan memori itu, kelihatan seorang kanak-kanak berkusut-masai berdiri di hadapan seorang wanita. Dan kalau hendak tahu, kanak-kanak itu ialah aku.
Aku mula tinggal di rumah anak yatim ini sejak dari bayi lagi. Katanya ibu bapa aku tak mampu untuk sarakan aku, maka mereka campakkan aku ke sini. Tetapi masa itu, aku dikutip oleh seorang 'ibu'.
"Mulai sekarang, nama kamu Tequila."
Dan 'ibu' itu seorang bos mafia yang berbahaya.
"Bang! Bang! Bang!" Semua patung-patung menghadap budak Elmarsya itu, rebah terlentang ke belakang. Pistol itu berpusing mengikut rentak tubuh pemegangnya, berpaling ke arah seorang wanita dan kanak-kanak lelaki yang berdiri menontonnya.
'Ibu' juga ada dua anak. Seorang namamya Rizu dan seorang lagi Izzkhair. Tapi si Izzkhair itu jarang melawat ke sini.
Aku mula belajar menggunakan pistol sejak kecil. Dilatih memegang pisau dan memggunakan bom dengan betul. Mesti mahir dalam penyamaran. Aku buat semua itu tanpa mengenal niatku, yang aku tahu... aku cuma 'membalas budi' kerana dia mengambilku.
"Puan E.R dan tuan Rizu dah dibawa masuk lokap! Izzkhair dan Siao Fang itu buat hal lagi!"
Elmarsya membulat mata mendengarnya. Riak air mukanya cuma mempaparkan rasa terkejut, tidak sedih bahkan terselit dendam dalam hati. Ibarat layang-layang yang terputus talinya, dia tidak tahu untuk buat apa dengan hidupnya sekarang.
"Tequila, misi pertama kau. Kau kena bom rumah salah seorang ahli White Knight ini." Tuan Cralet menolak gambar El-Amin serta alamat rumahnya ke hadapan.
Sampailah si anak haram ini berikan tugas ini pada aku.
"Ah, cepat siramkan air!"
"Api ini makin marak! Rasanya tak sempat dah!"
"Bila bomba nak sampai?"
Elmarsya duduk mencangkung di hadapan rumah yang baru dibomnya. Hangat api mengenai wajahnya namun hatinya di bawah bayu seribu pengetahuan.
"Betul ke apa aku buat ni?" Elmarsya membisik, perlahan.
"Marsha!"
Iris coklat Elmarsya mengecil. Dia berundur beberapa langkah menghampiri tembok pagar. Masakan tidak, seorang perempuan tua keluar daripada api yang marak itu. Dalam pangkuannya seolah-olah mendakap sesuatu.
Elmarsya terkedu, badannya usul kaku. Apa dia harus lakukan ini. Wanita itu terbatuk-batuk, mungkin tertelan asap tadi. Melihat api yang membara ke arah kaki berdarah wanita itu, Elmarsya pantas menarik wanita itu ke hadapan.
Ketika tidak sedar, bingkai gambar terlepas dari pelukan mak cik itu. Terdapat lima orang dewasa terdapat dalam gambar tersebut. "Ah..." Wanita itu cuba mengesot mencapai bingkai gambar itu sambil melawan rasa sakit. Air mata wanita itu mula mengalir tanpa dihalang.
Bingkai gambar itu dikutip lalu dihulurkan kepada mak cik itu. "Nah, mak ci..." Suara Elmarsya tersekat ingin mengatakan. Sudahlah bakar rumah orang, ada hati untuk berbuat baik pula.
Malangnya, wanita itu telah tidak sedarkan diri. Perlahan-lahan Elmarsya menunduk, menggoyangkan tubuh mak cik itu. Perbuatan itu terhenti tatkala mendengar sesuatu.
"Ibu! Ayah!"
Sekelip mata, Elmarsya menaiki tembok tersebut bersama gambar tersebut.
"Kau memang syaitan, Tequila!"
Bunyi tepukan bergema pada telinga Elmarsya berselang-seli. Bagaikan baru meraikan sesuatu, padahal hampir satu keluarga terkorban dalam jenayah itu.
"Kau memang syaitan yang hebat, Tequila. Kau memang istimewa! Padanlah puan E.R ambil kau sebagai anak angkat dia." Tuan Cralet berhenti menepuk tangan pabila suasana menjadi sunyi. Tahu sahajalah cemburu kerana amatur seperti Elmarsya mampu diberi tugas seperti ini.
"Apa-apa pun, tahniah Tequila!"
Semasa ingatan ini, aku merasa dihargai dan istimewa. Tidaklah sepenting sehingga sanggup dibuang dan ditinggalkan orang. Sepertinya aku menjumpai sebab untuk hidup.
"Mari raikan Tequila kita!"
Bahkan, entah mengapa hati aku terasa perit.
"Huh!" Elmarsya bingkas bangun daripada mimpinya. Dia mengenggam selimut putih yang menghangatkan dirinya. Bagaimana dia boleh ada ke sini... eh?
"Nampaknya kau dah bangun." Siao Fang berhenti berbual dengan Izzkhair setelah Elmarsya memandang ke arahnya. Elmarsya pantas menyandar ke dinding dan berpaut pada pemegang tingkap. "Apa kau orang nak dengan aku, ha?"
"Rilex, kau dekat hospital." Izzkhair cuba menenangkan Elmarsya. Jangan kau terjun dari tingkap itu sudahlah.
Elmarsya pula... semakin dekat Izzkhair dengan dirinya, makin dia rasa terancam. Sudahlah pintu bilik wadnya tertutup bermakna dia terperangkap dalam bilik ini!
Cari jalan keluar... cari jalan keluar...
"Lupakan saja niat kau untuk cari jalan keluar. Lutut kau dah luka parah dibelasah. Kalau kau jalan pun, belum tentu sempat sampai ke pintu masuk." Siao Fang meneka fikiran Elmarsya sambil menyindir dalam satu masa.
"Apa kau nak dengan aku, ha!" Elmarsya menjenggil ke arah dua lelaki itu.
"Kami cuma..." Bicara Siao Fang dipotong oleh Izzkhair. "Sebenarnya kita orang ambil DNA kau untuk uji sesuatu... saja-saja. Dan bila kita orang buat test, kau sebenarnya ada penyakit kanser."
"HA?" Berkerut-kerut dahi Elmarsya mendengarnya. Apa jantan di hadapannya ini buat lawak ke apa. Nanti dia campak lelaki ini ke luar tingkap baru tahu.
Siao Fang menjeling ke arah Izzkhair. Budak ini, perangai sama sahaja. Suka sangat berseloroh tak kena tempat. Izzkhair tersengih kemudian menarik nafas dalam.
"Kau kembar adik dia, atau lebih tepat, adik beradik El-Amin."
"Kau jangan nak melawak boleh tak?" Leher baju Izzkhair ditarik kasar Elmarsya. Buku lima di tangan wanita itu sudah sedia ingin mempenyekkan muka Izzkhair.
"Betullah. Yang ini aku tak tipu punya." Izzkhair mempertahankan diri seraya dirinya ditarik ke belakang oleh Siao Fang.
"Kalau kau nak seksa aku, seksa sahajalah. Tak perlulah buang masa!" Suara Elmarsya menjerkah marah.
"Memang betul." Siao Fang menunjukkan lampiran surat DNA. "DNA kau dengan El-Amin sama 99 peratus. Kita orang siap buat DNA dengan adik El-Amin lagi."
"Dan keputusannya. Seratus peratus." Percakapan Siao Fang membisu seketika. Izzkhair juga terkelu pergerakkannya.
Menitik satu persatu air mata keluar dari mata Elmarsya. Seluruh anggotanya bagai disumpah menjadi anak patung. Tiada esakan, tiada rengekan... cuma air mata tetap mengalir.
"Apa benda ni?" Elmarsya mengambil sekeping gambar yang disimpan di belakang bingkai tersebut. Potret dua bayi perempuan tersenyum memandang kamera.
Di sebalik foto itu tertulis sesuatu.
Maafkan ibu sebab pernah tinggalkan kamu, Sya.
Kalau ibu cukup duit, mesti ibu dapat jumpa kamu. Bila ibu pergi rumah anak yatim, katanya kamu telah diambil orang. Mesti anak ibu lagi bahagia duduk dengan orang berbanding ibu.
Tetapi kalau dapat jumpa Sya, mesti ibu gembira sangat-sangat.
"Wey, janganlah nangis!"
Siao Fang mengalih pandangannya ke arah pintu. El-Amin pula tak ada ke sini sebab pergi ke wad bersalin menyambut anak saudaranya. Gopal pula... erm.
Macam mana dengan Sina Yaya sekarang?
...
Dari jauh, tiada berbunyi pun satu patah perkataan bagi penunggu di hadapan bilik pembedahan itu. Yang kedengaran sayup sayup cumalah bunyi tapak kasut orang lalu lalang berdekatan.
Puan Jivanta mengerling ke arah jamnya. Tak silap dia... pukul berapa lagi ya nak azan? Sekarang pukul 7 petang. Anak matanya memandang ke arah Sina Yaya yang seperti patung tidak bernyawa itu.
Suaminya pula bawa ibu mertuanya ke tandas sekejap. Baru sahaja dia terima panggilan bahawa Gopal masuk ke hospital. Kalau dia sudah luruh jantung mendengarnya, apatah lagi Sina Yaya.
"Yaya, Yaya tak nak buka puasa ke? Sekejap lagi nak buka puasa." Puan Jivanta cuba menegur Sina Yaya yang kelemasan itu.
"Tak apalah, amma pergilah makan dulu. Yaya nak tunggu sini." Sina Yaya perlahan-lahan jawab tanpa mengangkat mukanya. "Kalau doktor datang nak panggil keluarga Gopal, tak ada orang... macam mana?"
Puan Jivanta tidak terkata menerima jawapan itu. Dia terkelu seketika. Dia memegang bahu Sina Yaya lalu dengan sebak, dia tersenyum kecil. "Mungkin ni bukan masa yang sesuai, tetapi Yaya nak tahu tak kenapa amma nak sangat masuk Islam?"
"Kenapa?" Serak suaranya bertanya.
"Masa tu, Gopal baru balik rumah lepas dua tahun tak jumpa kami. Bayangkan dua tahun tak jumpa, tiba-tiba masuk agama baru." Senyuman Puan Jivanta berubah kelat. "Waktu tu, amma memang marahlah. Appa lagilah, siap report lagi dekat pāṭṭi."
Wanita itu menghembus nafas berserta kuntuman senyum masih di wajah. "Tetapi amma masih tak dapat lupakan ayat yang Gopal cakap, masa amma tanya dia... sebab dia masuk Islam."
"Gopal rasa macam baru masuk dunia yang indah. Gopal rasa bersyukur sangat-sangat dapat masuk Islam." Sina Yaya mengangkat wajahnya. "Sebab Gopal tahu ada yang sayang Gopal. Disayangi oleh cinta yang abadi."
Mata Sina Yaya mula bertakung.
"Sebabkan amma tak faham dan keliru, amma suruh dia balik. Walaupun macam tu, ayat Gopal tu tusuk hati amma pada hari tu." Puan Jivanta menyambung. "Jadi amma pun carilah Islam di youtube."
"Dan amma tak sengaja tertekan satu video ayat Al-Quran. Surah Al-Taha, ayat satu sampai lima. Sampai sekarang amma dengar. Siapa sangka, amma menangis dan rasa tenang dengar ayat tu." Puan Jivanta tergelak kecil.
"Macam mana dengan appa pula?" Sina Yaya bertanya bersama suara yang bergetar, menahan tangis.
Puan Jivanta seakan seronok melihat Sina Yaya mula berminat dengan ceritanya. "Waktu tu, appa masih marah Gopal sekali dengan pāṭṭi. Tetapi setiap malam masa appa tidur, amma selalu pasang surah dekat Youtube untuk peneman tidur."
"Satu hari tu nak katakan, amma lupa nak pasang surah tu sebelum tidur. Esoknya appa bagitahu yang dia tak lena tidur malam semalam."
Puan Jivanta menyambung. "Lepas tu amma jelaskan sambil pasang surah tu, yang amma pasang ni masa surah ni masa tidur. Mahu terketar juga kaki amma takut kena marah masa tu." Puan Jivanta tergelak kecil serentak dengan Sina Yaya.
"Yang menakjubkannya, appa tak nangis macam amma. Dia nak dengar lagi, lagi dan lagi," terang Puan Jivanta. Dia beralih ke arah Sina Yaya yang telah pun basah bersama air mata.
"Terima kasih pada Gopal dan hidayah Allah, amma dan appa berminat nak belajar Islam masa tu."
😭😭😭
Tak fasal fasal aku menangis sekali masa taip. 😔✨
Nooroo kepada pembaca :
Pembaca :
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top